Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Thursday, 28 April 2016

Kenapa Perlu Dapatkan BK Dan CBSB Di PBAKL 2018?

# Assalamu'alaikum pembaca #





Kenapa anda semua perlu beli buku BASIKAL KARAT dan CAKAP BIAR SERUPA BIKIN di PBAKL 2018 yang akan bermula 27 April hingga 6 Mei ini?



Basikal Karat dan Cakap Biar Serupa Bikin merupakan buku yang ditulis oleh Ukhti Mawar, seorang anak muda yang teruja dengan kehidupan yang sementara ini. Menikmati kehidupan selama berpuluh-puluh tahun dengan jalan yang kadang-kadang tersimpang-siur. 

Dia aktif dalam aktiviti tarbiah dan dakwah semenjak zaman diploma lagi. Alhamdulillah, dia masih bersama medan ini. Doakan dia tsabat tau!

Banyak kisah yang berlaku di sekelilingnya. Penulis suka untuk mengambil setiap peristiwa yang dialami dan didengari buat bekalan kehidupan. Kisah sewaktu di zaman kolej dan universiti dalam Basikal Karat, dan sebahagian zaman universiti dan kehidupan luar IPT dalam CBSB. 

Sebenarnya ramai anak muda terlupa bahawa kita akan mudah jadi matang dengan belajar daripada dunia dan kehidupan. 

Kata orang, pengalaman merupakan guru terbaik dalam dunia!



Keciciran-keciciran yang berlaku dalam medan yang penuh dengan liku ini, membuatkan penulis berkesedaran untuk membukukan beberapa kisah yang sentiasa memotivasikan dirinya untuk tsabat (kekal). Penulis ingin berkongsi kisah dan ibrah yang sama buat daie muda di luar sana agar sentiasa bersedia dan sabar dengan dugaan yang dihadapi dalam kehidupan. 

Jangan sesekali mengasingkan, melarikan diri dan menyendiri. Nanti dimakan syaitan!

Tip-tip yang penulis sendiri karang pun ada! Tip yang menjadi dalam diri penulis. Mungkin anda boleh cuba, mana tahu menjadi juga kan. 

Ada tip buang malu untuk berbicara, ada petua rajin solat sunat rawatib, ada juga tip untuk tak rasa rendah diri sebab bandingkan dengan orang lain, tip make sure masa bujang jadi berkualiti dan pelbagai lagi. 


Insya-Allah, buku ini wajib anda borong di PBAKL nanti. Tak menyesal punya. Mestilah harga murah kan. Jika nak beli pada penulis pun boleh juga. Terus wasap Fana.



Kalau berkesempatan boleh jumpa 1 Mei ini di booth Karangkraf insya-Allah. Jumpa di sana tau!

Keratan dalam Sinar Harian, 8 April 2016
Keratan akhbar Harian Metro



Sunday, 14 December 2014

Nak ukhuwah basahh?

Assalamualaikum pembaca sekalian



sila jawab soalan di atas?

Mahu atau tidak?

***

Saya rasa semua orang mahukan kebasahan ukhuwah bukan? ukhuwah yang didasari iman dan takwa sangat kita idamkan..

Ukhuwah itu bukan sekadar BFF semata-mata... bukan sekadar tidur sebantal sekatil.. ke mana-mana jalan bergandingan.. tapi..

ukhuwah itu bila susah senang bersama.. saling nasihat-menasihati.. tegur-menegur bila wujud kesalahan antara saudara.. 

*satu point*

Ukhuwah yang sebenar bilamana kita tidak teragak-agak untuk menegur kesalahan saudara kita. Ada orang yang punya BFF. Tapi bila si BFF dia buat salah atau maksiat, dia hanya mendiamkan sahaja. Dengan alasan...

"Takut la nak tegur. Nanti persahabatan putus"

Okey. Jelas, terang lagi bersuluh. Ini bukan ukhuwah. 

Sepatutnya bila kita melihat ada salah atau silap, kita terus menegur saudara kita tu. Sebab kita sayang dia. Tak mahu dia terusan buat maksiat. Kan nak masuk sorga bersama. Itu barulah BFF!

Macam mana nak dapat rasa kemanisan ukhuwah itu?

Bagaimana nak rasa kemasaman sebuah limau? La budda lakum, perlu kopes dan makan. Barulah rasa masam atau manis sampai ke tekak kita. 

Begitulah ukhuwah, kita perlu kenal, menyelami, hidup bersama saudara kita tu. Sweet lettuw.. 


Rehlah Perdana @ Kuala Ibai


Bagaimana nak kenal semua akhawat kita melainkan kita datang semua program yang dianjurkan. Hatta mabit yang kecilan tu. Program PEMBINA ke. ataupun perjumpaan sesama akhawat. Semuanya sangat penting! Sekali lagi, sangat penting.

Tak kenal maka tak cinta!

Lepas dah datang semua program tu, kalau ada rasa tak basah lagi ukhuwah tu, nak buat bagaimana?

Angkat tangan kanan, letak di dada kiri dan tanya. Iman akukah?

Thursday, 26 June 2014

aura mereka! fuh, hangat!

alhamdulillah.....

hampir seminggu  aku meninggalkan konvensyen penulisan kuala lumpur 2014... masih terasa hangatnya aura-aura penulis hebat di sana.. kami yang baru cili padi ini menyedut segala aura yang ada.. 

kiri kanan, para hadirin bertanya khabar dan perihal manuskrip baru masing-masing.. kami terpinga-pinga! huhu.. memang bersemangat la kakak-kakak ni semua...

slot yang hebat di permulaannya.. bukan memberi semangat untuk menulis atau bagaimana untuk menulis dengan bagus.. akan tetapi bagaimana menjadikan medan penulisan ini lubuk duit dan perniagaan yang menjamin masa depan.. jika tidak tipu untuk aku perkatakan, aku tak pernah pun terfikir untuk kaya dengan menulis... naif kan aku?

ada beberapa kategori penulis ini kata tuan jemputan daripada BLINK production (maaf tak ingat nama dan sekarang di pejabat untuk aku menyelak kertas kerja hari itu). .penulis yang impikan kredibiliti ataupun menjadi terkenal.. penulis yang mahu berdakwah.. dan penulis yang mahu kaya (kalau tak silap).. kita wajiblah mempunyai kesemua kategori tersebut.. cuma yang membezakan adalah turutan yang mana didahulukan.. 

banyak sangat pengalaman yang hendak dicurhatkan..

selama seharian di sana, aku cukup teruja.. ya, teruja dengan suasana UIAM gombak yang sangat cantik.. indah binaan islamiknya.. putih biru sebagai tema.. warna pembina tu... masjid yang ibarat al-hambra..huhu..

melihatkan para penerbit eksaited di kaunter masing-masing menunggu manuskrip-manuskrip baru.. ramah melayan kerenah penulis baru.. terima kasih!

dr bubbles memang menginspirasikanku untuk menulis buku bergambar kanak-kanak! insya Allah.. impian menjadi kenyataan...

konvensyen penulisan 2015 pasti dengan title penulis baru yang berkarya!

Saturday, 14 June 2014

gila?

GILA dakwah takpe, jangan GILA bola..

jangan dek kerana tengok bola, asyik terleka.. amanah di tempat kerja atau kuliah terabai ya!


Saturday, 31 May 2014

mereka sebahagian dari dakwah kita!

merekalah walidain terbaik aku!
 


mama dan baba sanggup berulang alik dari melaka ke terengganu dalam masa sehari semata-mata duldul untuk yang tidak sihat ini.. syukur ya Allah.. Engkau kurniakan aku ibu bapa yang terbaik, terbagus dan segala ter di muka bumi ini..


pelbagai teori tentang duldul punya gearbox yang rosak... gearbox sudah lamakah? berkaratkah? atau sudah longgar mahu tercabut..


baba pun menanggalkan apatah.. then, keluarkan semula minyak.. eyuuu!! macam darah dah likat.. baba kata ini bukan minyak gearbox sebenar macam ini.. sepatutnya merah jernih sikit.. macam sudah bercampur dengan minyak hitam... apakah?


bagaimana boleh bercampur? adakah kedai yang repair duldul tempoh hari membuat onar dan penipuan? wallahu a'lam.. Allah sahaja yang Maha Tahu..


penutupnya, petang tadi duldul sudah dibawa pulang perlahan-lahan.. take care ok duldul! balik cuti nanti kita jumpa.. stay cool untuk my praktikal ya!


jazakallahu kher buat walidaini, 'ammu, wa sepupu.. moga Allah berkati usaha dan lelah kalian.. 

kereta dakwah.. kereta untuk Islam.. walaupun mereka tidak bersamaku dalam medan dakwah ini, pahalanya tetap sampai..walaupun hanya mengambil berat tentang kereta dakwah ini.. 

 kerana mereka sebahagian daripada kelangsungan dakwah kami.. ya! sebahagian!

Friday, 21 March 2014

amal jamaie memang menyeronokkan!


* Assalamu'alaikum sahabat sekalian *


saya barus habis liqo' bersama penggerak PEMBINA akhawat.. tahniah buat mereka yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, kerehatan di hujung minggu ini semata-mata kerana tarbiyah dan dakwah.. tidak sangka juga, ada dikalangan mereka yang baru berkecimpung dalam bidang dakwah ini, akan tetapi pengorbanan mereka ibarat sudah faham akan realiti susah dan penatnya jalan Allah ini..

hanya secebis refreshment yang dilakukan.. pencerahan semula kenapa bekerja dalam tanzim kita.. apa yang kita akan dapat dengan segala kepenatan ini.. ada tidak hadiah yang dijanji.. PEMBINA hanya platform kita, yang kita seru adalah ISLAM..! saya rasa beratus-ratus kali saya ulang kembali ayat yang sama..huhu..

kalau ada yang mahu bergerak dalam tanzim lain, silakan.. janji teruskan berjihad dan bekerja.. tiada paksaan dalam berjemaah kan..?? no, hard2 feeling ye.. 

sedikit tazkirah telah saya berikan buat adik-adik yang sangat dikasihi itu.. adabiat amal jamaie.. apakah sebenarnya mal jamaie? apa yang dituntut dalam teamwork ini? mari, kita sharing sedikit.

  • amal jamaie adalah suatu kumpulan manusia yang bekerja dengan manhaj yang benar di sisi syarak dan bermatlamatkan keredhaan Allah semat. (saya cuma ringkaskan)
sekelompok manusia (pelakon filem), manhaj yang benar (skrip) dan keredhaan Allah (filem)

manusia-manusia yang beramal jamaie haruslah: sentiasa bermusyawarah (berbincang), isti'zan (minta pendapat), taat (patuh pada arahan pemimpin selagi bukan maksiat).

insya Allah.. akan capai matlamat kita.. ustaziatul alam.. seluruh muka bumi amalkan Islam dalam kehidupan mereka..

sekian, penulis megantuk sudah.. 

Monday, 27 January 2014

Peranan masjid

                                   :: Assalamu'alaikum sahabat semua ::


sobahul khair??? alhamdulillah, jom kita bersyukur kerana masih dapat bernafas lagi.. menghirup udara segar lagi nyaman ini.. (rumah saya dikelilingi famili pokok getah yang bahagia, boleh tak bayangkan betapa segarnya udara di sini..huhu)... bersyukur juga pada Rabb kerana memberi saya dan kamu semua nikmat-nikmat yang tidak terhitung lagi.. ada tak yang bangun tidur tadi sudah tidak boleh bercakap? adakah yang sudah tidak boleh melihat? alhamdulillah masih diberi kesempatan berdakwah lagi..

hah, banyakkan nikmat yang Allah beri pada kita lagi.. melihat, mendengar, merasa, ni ha yang saya sedang buat.. menulis dan berjuta million lagi nikmat yang lain.. memang nampak kecil tapi kita selalu lupakan... [astaghfirullah al-azim]

saya nak cerita ni,

sesi 1

semalam bermusafir bersama keluarga tercinta... kami singgah di sebuah masjid yang superior hebat.. mahu tahu kenapa saya begitu taksub kehebatannya? jom, tatap gambar-gambar di bawah.... 



cantik kan.. ini belum lagi hebat!

laluan masuk di bahagian muslimat.. kiri kanan tangga adalah tempat ambil wuduk dan tandas.. belum hebat lagi ni!

ha..hebat tak?? sila angguk cepat.. ada mesin beli air siap meja lagi..

ini pula.. bilik musafir berehat.. power kan..?







nampak tak fasiliti yang disediakan di masjid ar-Rasyidin ni.. masjid biru ini terletak di Alor Gajah, Melaka nan indah... melaka maju negeriku sayang, negeri bandar teknologi hijau.. sempurna serba serbi... kan fungsi masjid sebenarnya sangat banyak. tempat berehat, tempat rujukan musafir, tempat minta bantuan tika susah.. dan pelbagai bantuan yang lain.. BR1M pun patut beri di luar masjid.. gunakan semaksima mungkin masjid ini.. kena ingat tau, masjid bukan hanya tempat beribadah semata!

kekadang saya terfikir dan berangan sekejap.. kalau kebanyakan masjid atau surau kita lengkap fasiliti dan bersih begini, insya Allah orang awam suka datang masjid.. ditambah lagi dengan pelbagai aktiviti menarik.. ceramah setiap hari dengan ustaz yang mantap.. sure penuh la masjid punya..

anak muda pun pasti suka datang masjid.. ada tempat untuk buat study grup ke.. dah penat study pergi urut badan jap ke.. huhu.. dah haus, ada ruangan bole berehat dan minum santai.. menarik kn?

untuk yang ada usrah..boleh buat halaqah mingguan di masjid.. takde masalah punya.. so, bukanlah masjid hanya untuk solat lima waktu dan solat jumaat sahaja kn?

sesi 2


sila gambarkan kenapa orang tak suka ke masjid? cuba bagi 3 alasan??


banyak bukan larangan dalam masjid ini...



keluar masjid dah boleh hafal larangan yang ada..


boleh diterima lagi




versi lama dan dah koyak

 ada lagi ni nak tunjuk.. sabaar tau..

paling sadis..

ini kes paling teruk.. saya rasa ini kali pertama saya terbaca larangan sebegini.. sebelum kami nampak larangan yang satu ini, sahabat saya yang polos itu mencucuk charger telefon beliau ke salah satu plag di dalam masjid.. tiba-tiba.. ada satu suara..


"dik, dalam masjid mana boleh cas telefon.. mana boleh guna elektrik masjid"
"patutnya kita derma kat masjid, bukan guna barang masjid!"

wah, terkejut beruk la saya dan sahabat tersebut.. buat sekian kalinya.. tak boleh guna barang masjid.. jadinya, fungsi masjid apa kalau kita tak boleh guna?

saya tidak boleh bayangkan jika ada musafir yang penat-penat, datang ke masjid untuk melepaskan lelah seharian.. pahtu bateri telefon iphone beliau kong, guane tu?

bukannya saya hendak melepaskan geram di catatan kali ini, akan tetapi saya hendak membuka minda kita semua bahawa Islam is very simple.. mudah untuk diamalkan.. flow the rukun iman dan islam... tapi jangan ambil mudah dalam pengamalannya pula ye!

kadang-kadang pemuda malas ke surau sebab mak cik-pak cik asyik tegur je.. tak boleh itu.. tak boleh ini.. jangan bising (walaupun cakap berbisik bagai).. dan pelbagai ragam 'jangan' yang lain..

please! ahli masjid dan surau sekalian, eh, nenek atuk baca blog ker????? huhu.. ubah mindset dan pemikiran kita.. masjid bukan tempat untuk solat sahaja.. sepatutnya kalau kita takde duit nak bayar hutang pun boleh minta kat masjid..huhu.. boleh kerr gitu????

bahan bacaan tambahan untuk tajuk kali ini:
  1. http://www.masjidalakbar.com/khutbah1.php?no=88 
  2. http://alhidayah-damar.blogspot.com/2011/07/peranan-masjid-nabawi-pada-zaman-awal.html 


[ syukran sebab sudi baca]

Friday, 7 June 2013

aku yang selalu lemah..

     *kolamresahbertakung*


melihatkan sahabat-sahabat yang lain bisa mengukir senyuman manis... memancarkan kegirangan pada orang sekeliling... aku sedih.. mengapa aku tidak begitu?

melihatkan sahabat-sahabat lain bisa berbicara lembut lagi indah dihadapan sahabat lain.. menyentuh kalbu-kalbu mereka.. aku kembali sedih, mengapa aku tidak bisa begitu?

begitu lemahkah aku di bumi ini?

banyak sungguh kekuranganku.. sungguh..aku tidak terkata.. aku amat sedih dan terus menyalah diri..

melihatkan kelebihan orang lain dihadapan kita.. kita akan merenung diri kita.. dan mengorek kekurangan yang ada.. dibanding dengan mereka.. banyak! sangat banyak kekurangannya..

*terduduk*

aku terus berfikir... aku manusia yang sangattt lemah.. hina dan miskin.. semuanya Allah yang meminjamkan padaku... sahabat yang lain juga...

kelebihan mereka.. kekurangan aku..semuanya Allah yang aturkannya... aku merenung semuanya...

aku perlu motivasi tatkala ini... 

masih..aku masih dikurniakan nikmat kehidupan dan lagi-lagilah nikmat IMAN dan ISLAM... alhamdulillah.. terima kasih ya Allah...

kasih sayang amat melimpah ruah.. aku sedar itu... terima kasih juga pada Allah yang mecampakkan aku ke dalam tanah dakwah dan tarbiyyah.. yang dikelilingi sahabat yang hebat dan baik akhlaknya..

sungguh melihat mereka, aku cemburu... cemburu yang benar... 

bidadari hebat dan indah.. suci dan menawan..

ya Allah, terima kasih.. memberi aku peringatan dengan rukyah alam... Engkau sahaja yang memahamiku...

Thursday, 11 April 2013

besday paling bermakna

                 * Assalamu'alaikum sahabat *

alhamdulillah.. akhirnya umurku sudah mencecah setahun lagi.. itu bermakna usia semakin bertambah dan kematian semakin menghampiri (walaupun mati tak kira waktu)... itu secara realiti dan kebiasaannya..

kenapa ditulis di atas sana, besday paling bermakna.. hehe..

kerana pada hari gembiraku.. aku telah mengambil keputusan untuk menggembirakan orang lain.. disekelilingku...

seawal pagi, aku dan sidah (sahabat unisza) bertolak ke port dickson tanah tumpah tarbiahku bermula.. tanah gersang yang pertama kuberani untuk mencampakkan benih di sana.. mudah-mudahan ianya menjadila..masih suburkah kalian?

*ternganga*

dengan berbekalkan honda kepunyaan baba yang temperaturenya tidak berapa stabil.. kuputuskan jua untuk ke sana.. nekad! : kalau tak pergi hari ini, mesti susah nak jumpa lagi :

gembiraa tidak terhingga rasanya bila dapat menatap wajah adik-adik tersayang yang masih segar dan ceria di uniti.. uniti yang masih klasik, kekal dengan ketradisiannya yang unik.. wah!!

banyak cerita yang sempat kukongsikan bersama adik muallafku, alifah ting yang comel.. dengan bertudung ayu dan sopan.. ucapan salam menggamit pertemuan di kafe tersebut.. dia yang sibuk menanyakan tudung dan buku yang kubawa untuknya kah? hahaha.. alifah tak malu..!!

sab yang semestinya comel, kini sudah bertudung labuh.. ayu!! serius nie.. tutur kata yang masih sopan dan mendinginkan hati..

:: gembiranya hati ini melihatkan kamu wahai adik yang semakin lumat dengan keindahan Islam.. indahnya!! ::

ziarah ku diteruskan dengan pertemuan di surau klasik kami.. akhawat yang masih bising celotehnya.. tapi masih comel dan bijak.. semakin matang ya kamu semua.. berbeza dengan waktu akak tinggalkan kamu dulu..

ada yang bercerita perihal lecturer yang sudah bertukar ganti.. ada yang sibuk menguruskan urusan ke mesir dan jordan.. ada yang sibuk dengan urusan pernikahan... hahha.. yang itu penulis bohong...! maap..

hemmm.. rasanya macam nak share sikit saja tadi.. dah terpanjang pulak ye..

nasihat buat adik-adik di uniti :

" teruskan perjuangan kalian walaupun dihina, ditolak, diremehkan, lalu sahaja di depan mereka sambil tersenyum kambing.. jangan peduli.. pelihara hubungan dengan sesama makhluk tau.. rakan sekelas, rakan seuniti, mak cik pasar malam setiap selasa tu ke, kucing kat tangga blok ke... hah, yang paling utama hubungan dengan Allah wajib dijaga ye...!"

full time dengan dakwah dan tarbiyah tau.. jangan sekerat-sekerat je.. dok jadi kalau sekerat nie.. cakap serupa bikin.. all out dengan kelebihan yang ada.. kemampuan yang ada.. yang boleh bercakap, bercakaplah perkara yang baik dan bermanfaat.. yang boleh bersukan, tunjukkan sukan itu adalah islam, yang boleh menulis, tulislah apa sahaja yang bermanfaat dan boleh bagi semangat pada orang lain untukbergerak sama..

huish.. banyak pulak nasihatnya nie.. k bateri dah kong..

:: syukran sebab sudi baca entry yang ini ::






Wednesday, 3 April 2013

dari KT ke KT for KD *part 2*

     :: Assalamu'alaikum sahabat semua ::



bertemu lagi... holla... moga kamu semua sihat dan ceria hari ini ye.. jika ada yang tidak berapa sihat tu, bersyukurlah kalian kerana kalian diberi kerehatan... moga ia juga penghakisan dosa kalian juga.. ameen..





jom!! kita teruskan dengan journey kita pada hari kelmarin.. pagi jumaat kami penuhi masa kami dengan menghadamkan ARUS BARU yang bakal kami ketengahkan pada sebelah petangnya.. flyers dibaca dan dimakan lumat-lumat.. kami susun dan staple bersama.. sweet!!

selepas solat jumaat kami bertolak ke markas BERJASA di *rahsia la*.. tak sure la tempat kat kl tu.. sungguh asing bagiku... dengan jalan yang sesak dan bangunan tinggi belaka. [ayat bagaikan orang kampung masuk bandau].. 



tengah hari tu, kami makan di kedai m**** di bahagian bawah markas... bukan men lagi akhawat order ABD spesel.. huih.. patutnya pergi KD kena zuhud.. kata ukhti syerasan... heheh.. eksaited la akhawat tengok ABC tinggi menjulang dengan eskrim kat atas dia...

tapi kami punya takdok biskut rokok...



tiba-tiba ada seorang ukhti yang manis separuh berbisik padaku, " eh, dorang ni tak pergi solat jumaat ke?".. hah.. baru kuteringat yang hari ni hari jumaat.. hem, tapi makanan dah sampai pun.. *berlalu masa dengan kepala digaru*



kira-kira jam 3 petang, kami diberi sedikit taklimat akan flow KD petang itu... berdebar sungguh jantungku!! gementar dan eksaited.. bercampur baur... memang hebat!!! perancangan yang bersistematik... Islam akan menang jika kita bersistem..walaupun dalam kuantiti panglima yang sedikit...yeah!!


seterusnya, kami bertolak ke tempat kejadian.. *rahsia lagi*


kafilah dakwah petang itu, berjalan dengan semangat.. nampak jantung akhawat berdegup kencang.. *hiperbola semata* 

sedikit gambaran situasi....

ada yang tak nak buka pintu walaupun macam dah ada kepala jengah dekat tingkap.. ada yang bila ditanya, "mak ada tak adik?".. adik menjawab, " ada kak".. jap eh... tup tup.. adik keluar dengan muka selamba, " mak takde."

pengalaman yang sangat manis.. aku yang sebenarnya penakut orangnya menjadi berani... woah..!

bab paling tak tahan adalah, kami berdua (dengan kak marha) asyik kena gelak sakan dengan sekumpulan mak cik ni.. sindiran mereka.. ikhlas dengan senyum kambing saja kami berikan..:)... "dik, akak tak kisah undi orang islam ke, orang bukan islam ke.. janji bawa KEUNTUNGAN...!!"... wah, pemikiran dahsyat masyarakat kita.. ini REALITI, bukan COBAAN....

betul ke dakpe undi orang bukan islam ni?????

persoalan yang selalu kita dengar.. dan mungkin mulut kita sendiri yang ungkapkannya.....

*termenung sambil terlekat bulu mata*

:: syukran sebab sudi baca entry yang ini ::




Monday, 1 April 2013

dr KT ke KT for KD.. part 1

                    :: Assalamu'alaikum semua ::


malam yang hening.. cuaca yang agak panas.. dengan berbekal perut kekenyangan koko minda dan maggi goreng.. huiy.. student life katakan... 



entry kali ini amat spesel ngan kenangan dan pengalaman dakwah ku.. eksaited nak tulih dan kongsi dengan sahabat semua.. mungkin ada yang faham seperatus ceritaku ini.. mungkin ada yang hanya 1/3 cerita je yang faham.. apa-apa pung moga dapat buka pintu hati dan minda kita..eh, minda kamu la.. untuk membaca ceritaku yang tak seberapa ini..



*gosok mata*



tajuk entry best kan.. dari kuala terengganu ke kota damansara.. untuk kafilah dakwah..!! *nganga mulut*



maap.. puji entry sendiri.. sila masuk bakul.. baikla... petang khamis yang lepas, aku dan beberapa akhawat (sahabat wanita) kuala terengganu bertolak ke kuala lumpur untuk menyelesaikan sebuah tuntutan dan kewajipan dakwah kami..


as a daie, setiap daripada kita ada tanggungjawab memasing kan..so, jalankan ia dengan sebaik mungkin dan ikhlas...



dengan diketua pasangan suami isteri yang sangat hebat dalam dakwah mereka.. kami dua kereta pung bertolak ke kuala lumpur dengan semangatnya.. dengan berbekalkan akhawat yang majoritinya boleh bawa kereta, makanya amat mudah untuk sesi tukar driver la kan...  super mahasiswi!!



kami pun dengan sabar dan tenang duduk di dalam kereta dengan posisi masing-masing... wajibat kami adalah se juzuk habis sebelum sampai kuala terengganu semula.. sepanjang journey, aktiviti kami dipenuhi dengan tawa taaruf akhawat dan pengalaman-pengalaman dakwah memasing.. woah!!! teruja sangat..


 

amat terasa ukhuwwah jaulah kali ini.. maklumlah ini adalah jaulah pertamaku bersama akhawat kuala ganu.. mereka sangat sopan dan sweetttt... hehe...yang baru kenal sudah rasa lama saling mengenali.. adik nadiah ishak dan kak jiha.. manisnya kalian yang baru kudalami keindahan akhlakmu.. :)



*** skill driving semakin terserlah ***



oleh kerana, si hitam myvi dihadapan memecut laju.. ukhti driver pung terpaksa keluarkan skill drift yang ada.. dibuang rasa gentar dan seriau.. demi sebuah tuntutan dakwah... 



kira-kira kami tiba di shah alam dalam jam 3 lebih pagi jumaatnya.. pertama kali nampak uitm shah alam dengan mata kepala mulut dan telinga sendiri.. sangat besar la.. gah gitu...



selepas menunaikan kewajipan sebagai seorang muslimah.. kami pung beradu untuk mengumpulkan tenaga untuk keesokkan harinya... esok, kami buat apa?



nanti cerita selanjutnya.. :: syukran sebab sudi baca entry yang ini ye ::






Monday, 11 March 2013

tersusun urusan..

                     * assalamu'alaikum semua*

lamanya tak ketemu kan..rindu rasanya.. 


tajuk sangat la mantopp!!!hehhe.. hengat senang ke nak tersusun urusan kita seharian.. belum jadi perdana menteri lagi ni.. itu pun anak kat umah tak terbagi makan..



buat pengetahuan sahabat semua, tersusun urusan merupakan salah satu daripada 10 muwassafat tarbiyah atau  10 ciri-ciri seorang muslim.. cuba tengok kat images google.. banyak la teramat orang lain buat poster atau lakaran tentang 10 muwassafat ini..





mesti ada dan dibentuk dalam peribadi setiap manusia yang bermulut satu.. kamulah la kan..



permulaan semester yang agak chaos..daku pun dengan semangat waja dan wira meneruskan kehidupan sebagai student dan daie full-time.. keluar bilik, masuk bilik untuk menunaikan tuntutan tarbiyah dan dakwah.. 

tukar-tukar beg untuk ke kelas.. ke surau dan kafe... [bukan menjaga penampilan tapi mungkin beg ke kelas tak sesuai ke surau..over je nanti..]

muka rasanya macam sudah blacklist kerana asyik matrix kesayangang masuk keluar pagar unisza je.. pak guard dan mak guard pun macam malas dah nak tengok mukaku.. dengan selamba je kulintasi mereka dengan senyum simpul.. oleh kerana cermin matrix belum ditampal pelekat lagi, senyumanku kuukir manis.. demi mengalihkan pandangan mereka...[minta maap bebanyak]

dengan esaimen yang hanya berbekal sebaris dua maksud dalam tafsir.. perlu dilebarkan sehingga berpuluh muka surat..haish.. doakanku terus tsabat dalam dakwah dan menuntut ilmu..yang paling penting doakanku pandai memanfaatkan masa dan menyusun urusan mengikut keutamaan.. prioriti orang puteh kata.. aulawiyat orang arab cakap... k la nak sambung study..ceh! study la....hahaha..

:: syukran sebab sudi baca entry yang hina ini....::

Sunday, 14 October 2012

mesti tak kenal kan?

                    *Assalamu'alaikum brothers and sisters*

Hamdalillah..kita bersua lagi malam ini..uhuk..bersua kerana Allah swt untuk menambah ilmu dan mengkoreksi diri..insya Allah..untuk kamu dan diri ini juga..

Ada satu soalan nie? siapa tahu, sila jungkitkan mata..hah..macam mana tu agaknya..

Siapa pernah dengar insan yang bernama Rufaidah bintun Sa'ad..hah..siapa..siapa..aik..diam aja..mesti tak pernah kan..sama la kita masa mula-mula dulu dengar.."eh, rufaidah? tak pernah dengar pun...sapa tu?" >dengan muka kebingungan dan kepelikkan<..

itu namanya kurang lagi ilmu kita nie..sama ada malas nak cari ataupun malas nak baca kan..sama la dengan kite nie..hehe..okei..xpe..dah nama kurang ilmu..jom la kita together cari ilmu dan sebarkan kat orang lain..jangan la malu-segan pulok..

hem..buat pengetahuan saudari  saudara semua.. insan itu ialah tokoh jururawat Islam.. yang gigih merawat pesakit yang cedera dalam peperangan..hebat kan?berani kan?



cuba bayangkan..ni tengah perang nie.. anak panah ke sana ke mari mencari mangsa.. laungan takbir lantang kedengaran.. di sebalik ramai-ramai tu, ada sebatang tubuh yang sedang sibuk mengubati yang terluka dan tercedera..masya Allah.. si dia yang dimaksudkan..tak lain tak bukan adalah yang menawan lagi hebat; Rufaidah bintun Sa'ad..


hah..bagi para jururawat@mumarridoh@nurse sekalian..silalah jadikan Rufaidah sebagai idola anda.. contohilah kegigihan dan keberanian beliau..>moga beliau ditempatkan di darjat yang tinggi di Syurga<


nak cerita lagi ni..siapa tak nak dengar? wek..kena dengar jugak..

12 mei setiap tahun..para jururawat akan menyambut 'Hari Jururawat Sedunia'..best kan? macam kita sambut Hari Malaysia..setiap tahun kan..

florence nigtingale; tokoh jururawat owang putih..


nak tengok apa specialnya si cantik manis Rufaidah..jom pergi ke link kat bawah ini..


yang ini rufaidah islamiyyah..anak ustaz ku..mmg fotogenic..


rufaidah digoda oleh jajan di jordan..huhu
okei..moga bertemu lagi ye..terima kasih sebab sudi meluangkan masa untuk duduk di hadapan entry yang serba kekurangan ini..

~Sejarah pasti akan bermakna dan bererti..bagi yang mengkaji dan menghayatinya~

Saturday, 13 October 2012

sweetnyer entry yang ini..

                                 * Assalamu'alaikum adik manis semua*

hehe..entry kali ini khas lagi khusus buat yang bergelar wanita, perempuan, muslimah..eh, orang kelantan panggil perempuan 'tino' kan..hehe..macam kasar aje bunyi nye..uhukk..

wahai muslimah yang gojes sekalian..

mesti tak sabar nak tahu dan tengok kan..entry apa yang best sangat tue..yang sweet sangat tue..

jom la kite baca sama2..sambil tenyum timpul..sebelum ke link tu..sila lapangkan hati dahulu okei..then, dah tenang baru boleh baca..haha..saspen la tue kan..


best tak..best tak..sweet je macam ustazah fatimah syarha kan..suci aje.. lagi-lagi ditambah dengan akhlak yang hebat..subhanallah...

kitnye baby ustzah ha..

baharulah Islam dipandang oleh orang lain..kelmarin ustaz kami ada story-morry.. pada suatu hari,  student beliau ada la buat temuramah sikit..targetnya orang bukan Islam..

pi tanya depa, "kenapa hang tak mau masuk Islam?" >soalan sensitif tu<

tahu apa jawapan budak sarawak@yang non-muslim tue.."kami tak nak masuk islam sebab kami tengok ramai  orang islam tak pergi solat jemaah..bukan ke orang islam digalakkan solat jemaah.." tu dia..setepek kena kat muka..adush..

lagi satu jawapan dia @ yang tak islam tue.. "islam ajar untuk bercakap benar, tapi kami tengok ramai aje kawan-kawan yang islam yang cakap bohong...!"

ish..ish..memang akhlak memainkan peranan yang sangat penting..kat situ la orang boleh nilai kita macam mana..hoho..memang kita tak boleh judge the book by its cover... but macam mana nak suh tengok yang kat dalam kalau dia dibalut plastik..ngeee...



so, berbalik dengan cerita tudung labuh tadi..apa la kena mengena dengan cerita si non-muslim tadi pulok ni kan..hehe..sabaq..sabaq..

siapa yang berada di awangan blog ku ini..mesti sentiasa pamerkan kesabaran yang terlampau..kan sabar itu sweet..eh, sweet ke..bukan indah eh..hem..apa-apa je la..

jom la kita semua bertudung labuh..hem..tak semestinya kena terus tukaq daripada pakai shawl yang nampak dada..ke tudung cendawan terus.. tapi biaq la perubahan yang berperingkat..apa? tak tahu tudung cendawantu mande apa?

hehe...tudung labuh yang bulat tu la..yang orang arab panggil mudawwar tue..comel kan nama dia..<penangan budak sekolah agama yang suatu ketika dahulu>

insya allah..jika kita ikhlas dan redha..perubahan yang sedikit pasti menemui istiqamahnya.. boleh aje nak masih pakai tudung bawal biasa atau shawl@pashmina..tapi.. ne la kawan semua ikut 2 syarat tue.. > tutup dada n tak nipis & jarang<..mudah aje kan..

then, lepas dah betul-betul bersedia nak pakai tudung labuh..alhamdulillah.. bidadari syurga mencemburui kamu.. lagi la comey..sweet aje tengok..

SUCIIII... adik depan tu bukan korek idung tau..pegang bibir aje..



hehe..ummu ubaidah doakan moga muslimah yang dikasihi Allah yang sekarang kat depan latop@ipad nie.. sentiasa berada di bawah rahmat Nya..sentiasa dibuka pintu taubat dan perubahan buat kamu yang comel nie sume..dan jangan pernah berasa malu atau rendah diri dengan fesyen islam kita..identiti kita..

baju kurung..even ramai cakap baju orang tua-tua..old school..tak up-to-date..eleh, raya nanti buat baju kurung jugak kan..kenapa raya first tu tak pakai suar jin aje..uwek!!

akhir kata..baju kurung dan tudung EVERGREEN...!!!kerana Allah...

Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...