Monday 27 January 2014

Peranan masjid

                                   :: Assalamu'alaikum sahabat semua ::


sobahul khair??? alhamdulillah, jom kita bersyukur kerana masih dapat bernafas lagi.. menghirup udara segar lagi nyaman ini.. (rumah saya dikelilingi famili pokok getah yang bahagia, boleh tak bayangkan betapa segarnya udara di sini..huhu)... bersyukur juga pada Rabb kerana memberi saya dan kamu semua nikmat-nikmat yang tidak terhitung lagi.. ada tak yang bangun tidur tadi sudah tidak boleh bercakap? adakah yang sudah tidak boleh melihat? alhamdulillah masih diberi kesempatan berdakwah lagi..

hah, banyakkan nikmat yang Allah beri pada kita lagi.. melihat, mendengar, merasa, ni ha yang saya sedang buat.. menulis dan berjuta million lagi nikmat yang lain.. memang nampak kecil tapi kita selalu lupakan... [astaghfirullah al-azim]

saya nak cerita ni,

sesi 1

semalam bermusafir bersama keluarga tercinta... kami singgah di sebuah masjid yang superior hebat.. mahu tahu kenapa saya begitu taksub kehebatannya? jom, tatap gambar-gambar di bawah.... 



cantik kan.. ini belum lagi hebat!

laluan masuk di bahagian muslimat.. kiri kanan tangga adalah tempat ambil wuduk dan tandas.. belum hebat lagi ni!

ha..hebat tak?? sila angguk cepat.. ada mesin beli air siap meja lagi..

ini pula.. bilik musafir berehat.. power kan..?







nampak tak fasiliti yang disediakan di masjid ar-Rasyidin ni.. masjid biru ini terletak di Alor Gajah, Melaka nan indah... melaka maju negeriku sayang, negeri bandar teknologi hijau.. sempurna serba serbi... kan fungsi masjid sebenarnya sangat banyak. tempat berehat, tempat rujukan musafir, tempat minta bantuan tika susah.. dan pelbagai bantuan yang lain.. BR1M pun patut beri di luar masjid.. gunakan semaksima mungkin masjid ini.. kena ingat tau, masjid bukan hanya tempat beribadah semata!

kekadang saya terfikir dan berangan sekejap.. kalau kebanyakan masjid atau surau kita lengkap fasiliti dan bersih begini, insya Allah orang awam suka datang masjid.. ditambah lagi dengan pelbagai aktiviti menarik.. ceramah setiap hari dengan ustaz yang mantap.. sure penuh la masjid punya..

anak muda pun pasti suka datang masjid.. ada tempat untuk buat study grup ke.. dah penat study pergi urut badan jap ke.. huhu.. dah haus, ada ruangan bole berehat dan minum santai.. menarik kn?

untuk yang ada usrah..boleh buat halaqah mingguan di masjid.. takde masalah punya.. so, bukanlah masjid hanya untuk solat lima waktu dan solat jumaat sahaja kn?

sesi 2


sila gambarkan kenapa orang tak suka ke masjid? cuba bagi 3 alasan??


banyak bukan larangan dalam masjid ini...



keluar masjid dah boleh hafal larangan yang ada..


boleh diterima lagi




versi lama dan dah koyak

 ada lagi ni nak tunjuk.. sabaar tau..

paling sadis..

ini kes paling teruk.. saya rasa ini kali pertama saya terbaca larangan sebegini.. sebelum kami nampak larangan yang satu ini, sahabat saya yang polos itu mencucuk charger telefon beliau ke salah satu plag di dalam masjid.. tiba-tiba.. ada satu suara..


"dik, dalam masjid mana boleh cas telefon.. mana boleh guna elektrik masjid"
"patutnya kita derma kat masjid, bukan guna barang masjid!"

wah, terkejut beruk la saya dan sahabat tersebut.. buat sekian kalinya.. tak boleh guna barang masjid.. jadinya, fungsi masjid apa kalau kita tak boleh guna?

saya tidak boleh bayangkan jika ada musafir yang penat-penat, datang ke masjid untuk melepaskan lelah seharian.. pahtu bateri telefon iphone beliau kong, guane tu?

bukannya saya hendak melepaskan geram di catatan kali ini, akan tetapi saya hendak membuka minda kita semua bahawa Islam is very simple.. mudah untuk diamalkan.. flow the rukun iman dan islam... tapi jangan ambil mudah dalam pengamalannya pula ye!

kadang-kadang pemuda malas ke surau sebab mak cik-pak cik asyik tegur je.. tak boleh itu.. tak boleh ini.. jangan bising (walaupun cakap berbisik bagai).. dan pelbagai ragam 'jangan' yang lain..

please! ahli masjid dan surau sekalian, eh, nenek atuk baca blog ker????? huhu.. ubah mindset dan pemikiran kita.. masjid bukan tempat untuk solat sahaja.. sepatutnya kalau kita takde duit nak bayar hutang pun boleh minta kat masjid..huhu.. boleh kerr gitu????

bahan bacaan tambahan untuk tajuk kali ini:
  1. http://www.masjidalakbar.com/khutbah1.php?no=88 
  2. http://alhidayah-damar.blogspot.com/2011/07/peranan-masjid-nabawi-pada-zaman-awal.html 


[ syukran sebab sudi baca]

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...