Showing posts with label Mujahiddah. Show all posts
Showing posts with label Mujahiddah. Show all posts

Monday, 28 March 2022

Murtadkan Anak? Peranan Kita?

Masa terbaca dialog antara Rasulullah saw bersama Utbah bin Rabi'ah antara pemimpin Quraisy dalam buku Raheeq Makhtum, teringat dengan kes Loh, ibu Hindu yang mahu murtadkan anak-anaknya yang sudah bahagia hidup dengan Islam. 





Selepas Saidina Hamzah, bapa saudara Baginda masuk Islam, para pemimpin Quraisy makin tak senang duduk. Sebab pengIslaman tu memang bawa tamparan besar. Saidina Hamzah bukan calang-calang orang ya. Influencer tika itu.  


Utbah bin Rabi'ah berjumpa dengan Rasulullah saw untuk menawarkan beberapa cadangan dan cari titik persamaan. Mudahan Baginda terima dan penduduk Mekah yang kafir tidak 'diselar' Baginda lagi. 

Antara isi pembicaraan Utbah adalah mahu angkat Baginda jadi pemimpin tanpa persoalkan apa sahaja, jika Nabi buat dakwah semua itu sebab nak jawatan. 


Utbah juga tawarkan harta yang melimpah jika Nabi berdakwah semua itu untuk kekayaan sebenarnya. 

"Adakah sudah selesai penyampaianmu wahai Abu al-Walid?"


Kemudia Baginda membacakan ayat 1 hingga 5 surah Fussilat dan sehingga ayat sajadah. Sampai Utbah pun secara automatik tersujud masa dengar ayat itu. Terpukau dengan kemukjizatan Al-Quran.


Terus Utbah pulang dan berkata kepada kaumnya, "Berilah laluan kepadanya dengan apa yang dibawanya itu ...."

Lihat saja cara Rasulullah saw menangani isu akidah. Walaupun isu ini sangat besar hingga memecahkan hubungan orang Arab tatkala itu. 


Akidah tetap akidah. Isu pokok yang tiada kompromi untuk dipertahankan. 

Jika ada pemimpin Islam yang suruh jaga hubungan berlainan agama, hormati agama lain dan kaum lain, something wrong rasanya tu. Apalagi jika suruh kita mengalah, amatlah buruk perangai pemimpin begitu. Terlalu lama orang Islam kita ni berlembut dengan semua perkara. 


Bagaimana mungkin kita senang-senang saja biarkan permata Islam kita dimurtadkan. Anak-anak itu pejuang agama. 


Selagi boleh lawan dan pertahan, kita usaha hingga titisan darah terakhir. Moga Allah swt bantu perjuangan para pejuang kes. Kejayaan besar buat Islam insya Allah. Banyakkan doa ya kalian!


Farhana Zali

Masih Membaca Ceghita Kes Ini.

Tuesday, 19 October 2021

Salam Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul!

Siang tadi seharian ada retreat pusat komuniti, jadinya malam baru sempat nak menulis. 

Jom kita hidupkan sunnah yang makin dilupakan oleh masyarakat iaitu berdakwah. Ramai orang teruja dengan berjubah, janggut dan beberapa penampilan luaran Nabi, tapi masih merokok dan hembus vape sana-sini. Sangat tak tauladan. 

Jom fokus tiru akhlak baginda mana yang kita mampu. Sama-sama lah kita ya! 

Tuesday, 3 August 2021

Siri Ibrah Perang Uhud #1

 


Bila kita cerita tentang Perang Uhud, mesti semua orang terbayang yang ada pasukan yang tak ikut arahan Rasulullah SAW dan terpedaya dengan harta.

Bila baca tafsir surah ali Imran bermula ayat 121, kisah Perang Uhud ini sangat epik rupanya. Penuh dengan pengajaran yang bertubi-tubi tanpa henti. Sesak dada bila baca.

Ya, bila sebut epik, semua akan terbayang Perang Badar, kan? Sebab perang yang hebat dengan kemenangan besar.

Kalah bukan bererti kita KALAH ya. Ada pelajaran besar dalam kekalahan itu. Mungkin akan membawa kepada next kemenangan yang lebih besar.

Sorotan kisah dimulai dengan suasana sebelum perang berlaku. Rasulullah SAW dan para muslimin bersyura/mesyuarat untuk membuat keputusan atau mungkin strategi perang.

Setelah habis syura, rupanya ada 2 kumpulan yang terasa takut dan ingin undur diri. Mereka tak sebut kepada Nabi secara terangan. Hanya berkata sendiri atau mungkin dalam hati. Semuanya hasil hasutan bapa munafik, si Abdullah ibn Ubay itu.

Mereka adalah bani Salamah dan bani Harithah.

Turun ayat 122 telah membongkar hasrat hati mereka itu.

"Kenangilah ketika dua kumpulan daripada kamu ingin berundur kerana takut, dan Allah-lah pelindung kedua mereka dan hanya kepada Allah hendaklah para mukmin itu bertawakal."

Mereka hampir ingin undur diri, tetapi Allah yang Maha Mendengar hasrat mereka telah menyelamatkan mereka dari berundur dan ketakutan.

Kalau buat drama, boleh dapat dalam 4 scene ni.

Scene 1: semasa mesyuarat diketuai Rasulullah SAW.

Scene 2: semasa Abdullah ibn Ubay hasut orang mukmin dengan mulut muncung-muncung gaya over.

Scene 3: ketika 2 kumpulan berkata sendiri ketakutan.

Scene 4: Suasana mereka tersedar semula dan Rasulullah memberi kata-kata semangat.

Mungkin, Fana berangan saja hehe.

Apa pengajaran boleh belajar daripada ayat 121 dan 122 ini?

1) Allah SWT Maha Mendengar dan Mengetahui. Walaupun kita tak ungkap dan sebut guna mulut, DIA tetap tahu.

2) Amalan syura/mesyuarat antara amalan terbaik dalam hidup. Jika ada masalah, buatlah aktiviti syura agar idea solusi bercambah dan dapat keputusan yang lebih tepat.

3) Tawakal. Jangan takut dengan ujian hidup. Serahkan segalanya kepada Allah yang Maha Mengurus.

Biasakan selepas mesyuarat, bila keputusan sudah dibuat hasil majoriti punya keputusan, lapangkan dada dan serah tawakal kepada Allah SWT. Jangan ragu-ragu dan penuh sangsi.

Belajar sesuatu?

Jumpa dalam siri 2 pula nanti!

#siriibrahperanguhud #siri1 #tafsirfizilalalquran


Thursday, 22 July 2021

Hadis Perjuangan: Pelihara Allah, Allah Pelihara Kamu

 


"Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah."

Bila baca hadis perjuangan yang ini, rasa terubat sangat. Tepat pada waktunya. Rasa terlalu dipujuk.

"Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memeliharamu."

"Apabila engkau meminta, maka pintalah daripada Allah."

"Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan denganNya."

"Tiada yang dapat beri manfaat dan mudarat kepadamu kecuali sesuatu yang Allah telah tentukan."

Ditutupi dengan,

"Kemenangan itu ada bersama orang yang sabar. Kelapangan itu ada bersama kesusahan dan bersama kepayahan ada kesenangan."

Betapa indah tema akidah yang dibawa dalam hadis perjuangan yang ini kan? Dalam bait-bait berunsur akidah itu terselit motivasi buat kita para pejuang.

Usah terlalu bersedih dengan manusia dan makhluk lain. Kerana jika ada Allah, semua akan okay dan baik-baik saja.

Usah terlalu mengharap pada makhluk kerana mereka tiada kuasa untuk beri apa-apa kepada kita. Minta saja padaNya.

Jika dikabulkan, mungkin akan diberi melalui manusia. Bukan minta pada manusia secara akarnya. Manusia hanya pengantara saja.

Kalau perasan, setiap apa yang kita lakukan kebaikan pasti Allah balas dalam hadis tersebut. Tiada amalan kita yang sia-sia.

Semuanya dapat balasan yang setimpal bahkan sudah tentu lebih.

"Allah jaga dan pelihara kita." Ini idaman semua orang. Dengan syarat kita jaga hak-hak Allah dan serahkan khauf dan raja' hanya padaNya.

Moga kita jadi makhluk yang sentiasa Allah pandang dan tegur jika berniat buat dosa. Amin.

#70hadisperjuangan

Friday, 11 June 2021

Jadi Pendengar yang Empati



Kemahiran mendengar secara empati item paling sukar dalam hidup seorang wanita. Wanita suka buat kesimpulan dengan cerita atau curhatan orang lain. Wanita juga bila orang mengadu masalah, dia akan bandingkan dengan diri dan mula cerita diri dia pula. Bukan selesaikan masalah si pengadu tadi. Sudahnya si pengadu pula kena dengar curhatan dia. 

Kemahiran ni Fana didik lama dalam diri. Tak mudah tapi kena cuba. Belum cemerlang mungkin, tapi rasanya ada peningkatan lah skala empati tu. 

Bila orang mengadu sesuatu, dengarlah dan jangan buat kesimpulan ikut hati kita. Dengar saja dan beri respon dari segi bahasa tubuh. Hadapkan badan dan kaki ke arah pengadu. Pandang mukanya sekali-sekala. Sahut sedikit. 

Jika orang itu tanya pendapat kita atau nasihat baru kita buka mulut. Tapi fikir dahulu sebelum keluarkan perkataan. Short and simple. Bukan berjela. Kekadang masalah itu memang tak boleh selesai pun dengan bantuan kita. Hanya jadi pendengar yang empati masalah sudah berkurang.

Kata Ir Lukman, mendengar ni bukan kerja telinga sahaja. Malah kerja telinga dan minda. Tanpa perhatian minda, proses pendengaran akan jadi kosong yang tidak bermakna. Seperti mendengar ketika tidur. Boleh dengar bunyi tapi tak tahu apa pun. 

"Hearing but not listening."

3 Faktor yang Jadi Penghalang Utama Pendengaran Empati

1) Prejudis
2) Pemahaman cetek
3) Persekitaran tak kondusif

Prejudis: Manusia ni secara normalnya suka menghukum dan mengkritik. Jika kita mula timbul persepsi negatif terhadap pengadu, proses mendengar akan jadi sulit. Sebab kita takkan mampu nak memahami, menghayati apa yang mereka sampaikan. 

Pemahaman cetek: Kemahiran tumpuan dan menghafal akan dapat dibanteras faktor ini. 

Persekitaran tak kondusif: Bunyi bising, suhu terlalu panas dan sejuk, bau yang tidak selesa dan pemandangan yang tak menyenangkan juga akan mengganggu proses mendengar. 

Nak tahu 5 langkah jadi pendengar yang aktif? 

1) Tangguh penilaian
2) Tumpu perhatian
3) Teka emosi
4) Tidak bersuara
5) Tanya untuk kepastian

Jom jadi pendengar yang penuh empati!

 Buku: 7 Rahsia Pemimpin Berwibawa oleh Ir Lukaman al-Hakim, terbitan Humaira Publication.

Monday, 30 September 2019

Apa Itu Ukhuwah?


Ukhuwah tu bukan hashtag tilljannah dan bff semata. Ukhuwah tu bukan tiap minggu makan di kedai hipster berwefie bersama. Ukhuwah bukan love you muah muah dalam wasap membawang berjemaah juga.

Ukhuwwah sebenar tu bila kita keep doakan sahabat kita agar istiqamah dalam amal. Kita juga sentiasa doakan dia berada dalam jalan yang lurus. Tsabat dalam jalan tarbiah selalu jadi pokok tanya khabar.

Ukhuwah kerana Allah itu sukar diterjemahkan. Tidak bersama selalu, tapi bila berjumpa hati bertaut. Indah!

Ukhti Mawar
Bukan Ukhuwah Muah Muah.

Sunday, 14 July 2019

Nak Cantik Tak Salah

Lama rasanya tak menulis di sini. Berbulan tak silap saya. Assalamualaikum semua. Moga sihat dan bahagia hendaknya.




Petang Ahad ini terpanggil nak tulis sesuatu. Sejak dua menjak ini saya lihat trend mencantikkan diri agak mengambil tempat dalam medis sosial. Sampai di Twitterjaya pun orang perempuan post gambar selfie merata-rata. Suruh vote lah mana yang cantik lah. Yang teman lelaki pun pakat up gambar teman wanita haramnya yang konon cun. 

Fuh hela napas panjang saya. 

Bagi saya, nak mencantikkan diri tidak salah sama sekali. Orang dakwah juga perlu kelihatan cantik dan bergaya. Semua orang ada hak untuk tampil cantik. 

Mencantikkan diri dan memperkemas diri salah satu manifestasi kita sayang dan hormat diri kita. Bagaimana kita layan diri kita, begitu jugalah orang lain akan layan kita. 

Pilihan skincare, pilihan baju dan tudung atau shawl, pilihan aksesori dan tatarias wajah semuanya bergantung pada individu wanita itu sendiri. Mahal atau murah bergantung kemampuan. 

Saya selalu kalau duduk dengan akhawat terutamanya adik-adik IPT, saya memang akan selitkan taujihat pasal cantik ini. Walau bagaimanapun kita nak tampil cantik dan berhias, ruh akhawat sebenar jangan ditinggalkan. 

Dahulu mana ada akhawat pakai shawl, agak peliklah. Tapi sekarang normal saja. Shawl tak salah langsung, tapi kalau belitan atau gaya kita itu keterlaluan dan sama macam orang biasa tak buat dakwah, bagi saya agak menarik perhatian. 

Apa-apa pun kalau saya, bawal adalah tudung paling best dan selamat. Hihi sila jangan kecam. 

Satu lagi adalah part baju. Sekarang ini ramai juga saya lihat akhawat gerakan dakwah pakai baju kebaya atau kurung moden paras bawah punggung saja bajunya. Gulp. Serius bagi saya memang tak sesuai. Baju yang sesuai untuk muslimah sebenar adalah yang menutup bahagian paha kita. Sebab kalau baju pendek bila duduk memang akan menampakkan bahagian paha kita. 

Dan juga skincare. Kadang-kadang muka polos pun boleh nampak sangat sedap mata memandang bila dalaman kita tenang dan bahagia. Kan apa yang ada di dalam akan terpancar di luar? 

Tidak perlu foundation tebal pun kadang-kadang. Cukup sedikit bedak atau bb cushion dan calitan nipis lipmatte, muka akhawat boleh tampil sangat prentable dan manis dipandang. Ditambah senyuman pula tu, fuh memang memikat. 

Lagi-lagi kalau nak jumpa adik usrah dan mad'u, kenalah kemas dan cantik lebih sikit. 

Wallahu 'alam ini pendapat saya semata. Wara' (berhati-hati) dalam isu pakaian mungkin kita boleh didik diri kita. Tidak terlalu terikut trend sangat. 

Ini saya selitkan beberapa tip untuk tampil berani, cantik dan sedap mata memandang di khalayak ramai.

  1. Yakin dengan diri sendiri
  2. Tidak terlalu rigid; fleksibel kan diri dan idea
  3. Pilih warna wow dan sesuai dengan majlis
  4. Senyum
  5. Duduk tegak dan jalan tenang
  6. Ringankan mulut
  7. Lebihkan mendengar daripada bercakap
  8. Seloroh bila dalam perbualan (buat orang selesa)
  9. Pakai yang kita selesa dan syariah compliant
  10. Banyakkan berzikir hatta dalam hati

Apa yang ada di dalam memang akan dikeluarkan oleh diri kita. Oleh itu, bersihkan hati dan banyakkan intim dengan Allah ya Rahman antara tip utama yang semua kena buat dahulu. Bagaimana cantik kita hias luaran kita, takkan nampak cantik di mata Allah pun. 

Selamat mencuba! 


Saturday, 29 September 2018

Suatu Kisah Manis Tentang Penghijrahan di Rabithah Beliawanis

Ini kisah yang paling menyentuh hati minggu lepas. Kisah ini diceritakan oleh Aisyah, si gadis muka artis. huhu. Waktu kali pertama jumpa Aisyah, Fana cakap yang muka Aisyah macam Afiq Shazwan budak baru nak up (bbnu) itu, kawan di tepi semua tengok angguk-angguk dan senyum mengiyakan.

Haahlah. Ada ada. Kenmain semua eksaited.

Maaflah, akak ni walaupun tiada Astro Ria, tapi kenallah juga bbnu bagai itu.

Sabtu lepas kami buat siri Rabithah Beliawanis yang pertama di Taman Seribu Bunga. Nama saja begitu, jujurnya kalau lihat bukan seribu bunga pun, tapi seribu daun. Maaf lagi. Terkutuk pula negeri sendiri.

Suatu-Kisah-Manis-Tentang-Penghijrahan-di-Rabithah-Beliawanis-1

Selepas habis talk pasal Student Cliche, kami bukalah ruang soal jawab. Pada mulanya semua malu-malu ayam, bila seorang sudah angkat tangan, yang lain pun terpengaruh sama.

Ada yang tanya tentang masalah keyakinan diri, masalah keluarga dan masalah sukarnya untuk memahami Bahasa Inggeris yang dalam kebanyakan buku subjek mereka.

Akak faham sangat, dik. Akak dulu kejutan budaya juga bila datang UniSZA. Sudahlah buku bahasa Arab, pensyarah mengajar dalam bahasa Terengganu pekat pula, akak rasa dik akak macam belajar luar negara tau.

Korok mung.
Bodo mung.

Kau ingat akak senang-senang saja ke boleh terima bahasa mereka ni. Tapi lama-lama terselam sama. Hahaha. Okay kita balik kepada cerita Rabithah Beliawanis tadi.

Tiba-tiba kan Fana teringat. Eh, ada bawa 2 buku untuk dijadikan hadiah lah. Ada kak long, Basikal Karat dan kak ngah, CBSB juga. Mahu beri hadiah percuma, mestilah mereka kena buat kerja sikit. Suruhlah kakak ketua beliawanis UTEM, RosAzima Ahmad tanya soalan.

"Apa yang awak dapat sepanjang 3 program kita setakat ini?

Macam biasalah Izzati yang bertudung kelabu dalam gambar itu angkat tangan. Memang saat Fana cakap ada bawa buku muka dia yang paling teruja nak.

Okay kisah yang Fana nak cerita ini sebenarnya kisah si tudung merah, Aisyah yang comel. Alah yang muka macam Afiq Shazwan itu.

Suatu-Kisah-Manis-Tentang-Penghijrahan-di-Rabithah-Beliawanis-2

Masa pertama kali Fana jumpa Aisyah 3 minggu lepas dalam program Running Iman, sungguh berbeza dengan Aisyah yang dalam gambar itu. Sungguh berbeza.

Sebab itulah masa pagi di taman itu ternampak Aisyah sopan berselendang labuh dan baju pun longgar, hati Fana terus tersentuh. Ya Allah, comelnya.

Aisyah cerita. Dia sebenarnya ada beli tudung bidang 60 masa jalan-jalan hari itu. Dia suka tengok kawan serumahnya, Izzati dan Syafikah bertudung labuh. Tetiba saja hati Aisyah terdetik macam best saja. Dia terdetik nak jadi macam itu juga. Tiba-tiba.

Itulah hidayah. Kita tak akan sangka bila dia datang secepat kilat dan tak diduga pun. Fana pun sangat terkejut sebenarnya.

Aisyah cakap best program dengan kami dan seronok dapat kenal akak-akak. Dia cakap yang dia dapat banyak ilmu agama yang jarang dia dapat. Aisyah cakap yang dia sedar yang dengan tudung labuh dan menutup aurat pun masih boleh berfesyen dan cantik. Macam akak-akak lah.

Bila Aisyah cakap macam itu, terus Fana tengok diri sendiri dan akhawat kiri kanan. Siapa yang cantik berfesyen itu. Hahaha. Kelakar pula rasa. Semua kakak macam selekeh saja.

Aisyah cakap dia rasa lebih dihormati bila dia bertudung labuh sikit daripada dahulu. Part ini Fana memang setuju. Orang lelaki akan lebih hormat perempuan yang menutup dan menjaga pergaulan berbanding yang seksi terbuka sana-sini.

Begitulah indahnya bila hidayah dah menyapa. Kita tak sedar pun bila kita berubah dan tiba-tiba saja tengok cermin, eh comel juga aku pakai baju longgar begini. Syukur. Terima kasih ya Allah. Kau hadirkan insan begini untuk mentarbiah kami.

Masa jalan nak bergambar, Fana nasihatkan Aisyah dan Izzati. Perubahan yang kita nak lakukan ini jika mahu kekal lama, jangan berubah terlalu drastik. Biasanya yang begitu jarang kekal lama. Biar lambat tapi istiqamah. Allah sayang kita sebenarnya. Sebab itu Allah beri peluang untuk berhijrah.

Aisyah pun cakap memang dia nak berubah slow-slow. Sebab baju Aisyah banyak yang tak ikut syarak. Kecil dan pendek. Makan masa sikitlah. Take your time, Aisyah!

Fana rasa Sabtu lepas adalah hari yang paling berbunga. Hilang segala penat bila dengar pengakuan suci anak-anak muda. Moga Allah sentiasa sayang kita dan kekalkan kita dengan sahabat yang soleh.

Suatu-Kisah-Manis-Tentang-Penghijrahan-di-Rabithah-Beliawanis-3


Kawan-kawan, tolong doakan Aisyah dan kita semua istiqamah berada di jalan yang lurus ya.

Farhana Zali
Kisah Orang Lain Ibarat Waze.

Friday, 28 September 2018

Istiqamah Menuju Kemenangan

Istiqamah-Menuju-Kemenangan-1

Istiqamah itu perlu diasah dan dicari. Dalam hidup, jika kita mendambakan istiqamah dan konsisten dalam apa sahaja, kita perlu bawa diri dan jiwa kita ke arah itu.

Doa semata tidak akan membenarkan segalanya kecuali dengan izin-Nya. Usaha juga penentu yang kukuh.

Jika istiqamah dan tsabat yang didambakan dalam dakwah dan tarbiah, kita semestinya kekalkan diri duduk dalam kalangan sahabat setarbiah yang solehah. Usah jauhkan diri kita dan mula menuduh bahawa kita sudah tidak serasi dan ini merupakan takdir Ilahi.

Jika istiqamah dalam beribadat yang diingini, paksalah diri untuk berada lama di atas tikar sejadah. Pegang tasbih dan Al-Quran sesegera selepas teringat. Rancang ibadat mana yang mahu dikonsistenkan dan beramallah dengan perancangan itu.
Istiqamah bukan sekadar dalam doa.


Farhana Zali
Masih Rotan Jiwa Sendiri.

Wednesday, 22 August 2018

Mahasiswa Patut Selami Pengajaran Bulan Zulhijjah dan Ogos


Google


Disaat saya mula mencoret di artikel ini, pagi pertama Zulhijjah menjelma dengan terang dan indah. Bulan yang sinonim dengan musim haji ini datang bersama pelbagai ujian buat negara tercinta kita, Malaysia.

Apa pengajaran terbesar bulan Zulhijjah dan Ogos yang patut para mahasiswa ambil berat dan cuba aplikasikan dalam hidup?

Bila kita sebut bulan Zulhijjah, akan terbayanglah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail atas seruan Allah SWT. Kita juga akan terkesan dengan kesabaran para Jemaah haji di Tanah Suci Mekah sana. Begitu juga dengan bulan Ogos. Tema pengajaran yang sama kita akan dapat jika kita benar-benar amati. Pengorbanan nenek moyang kita dahulu berjihad demi sebuah kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah. Mereka bermandi darah dan berkerah wang ringgit demi tanah air.

Apa sudah jadi sekarang? Adakah berbaloi segala pengorbanan nenek moyang menyerah segalanya? Adakah semangat Nabi Ismail rela korban nyawa demi menyahut seruan Tuhan yang Maha Esa terserap dalam jiwa kita?

Saya menyarankan para mahasiswa terutamanya mahasiswa Melayu Islam untuk sahut seruan berkorban dan berani berjihad demi Malaysia tercinta. Mahasiswa patut keluar dari kelompok kampus dan mulalah aktif bersama masyarakat. Penyakit turun-temurun yang hidup hanya katil, kuliah, kafe dan Korea patut dihapuskan serta-merta. Sungguh tidak lagi relevan penyakit itu.

Melihatkan keadaan negara terkini yang amat sesak dan makin hancur identiti negara Islamnya, mahasiswa harus sedar yang keintelektualan kita dan semangat muda belia kita amat diperlukan untuk mempertahan negara dan bangsa daripada terus dijajah dalam dan luar. Idea bernas kita, kepetahan berhujah kita, tenaga muda kita dan masa lapang kita semua mesti disalurkan untuk agenda memelihara negara dan seisinya.

Sungguh, negara mendambakan kesatuan para belia untuk menjadi benteng di seluruh sempadan negara. Cakna dengan musuh yang datang menyerang. Bersedia untuk serang kembali. Serang kembali, bukan berdiam diri mematikan diri. Sikap mahasiswa yang tidak acuh pada masalah sosial dan serangan pemikiran yang bertubi-tubi kepada masyarakat perlu ditukar 360 darjah. 

Bagaimana para liberal membina tokoh belia mereka dan dihantar ke hadapan, begitulah kita harus bermain di pentas yang sama. Belia beragenda yang sanggup korban hidup senang dan lapang seperti mahasiswa lain lah solusi keamanan negara. Tiada yang lain.


Nur Farhana binti Zali
Ketua Beliawanis PEMBINA Melaka Tengah

Monday, 9 July 2018

Jaulah Akhawat Yang Menginspirasikan

Pagi semua! Ya ampun badan sakit-sakit dan letih ya amat. Semalam baru balik jaulah dengan akhawat selama sehari setengah. Kami ke Kajang dan Seremban. Perut ni jangan cakaplah sumbat apa saja. Fana drive pergi dan balik gitu. 

Alhamdulillah pengalaman duduk homestay yang sangat bernilai. Homestay kami di Saville, Kajang yang apartmen baharu tu. Tingkat 22 tau. Punyalah tinggi dan siap ada kolam renang di tingkat 7. Dekorasi dalam ya ampunnn mewah sangat! Macam dalam televisyen tu ha. 



Memang benar, jaulah banyak mengajar kita sesuatu tentang sabar dan sayang. Kita lebih kenal akhawat kita macam mana. Kita bertahan tidak dengan perangai mereka. 

Syukur Allah tsabatkan Fana dalam lapangan tarbiah bersama ISMA ini lagi. Semua akhawat sangat menginspirasikan benda yang berbeza. Ada yang sabar sangat dengan anak. Ada yang lemah-lembut sangat sampai Fana cannot brain di rumah tak menjerit ke. Hahaha. Kalau anak dia duduk rumah Fana agaknya tiap jam menangis terkejut dengan suara petir semua.

Sempat pergi dua rumah terbuka dan dua rumah akhawat. Alhamdulillah. Perut kenyang, dapat juga kenal dengan keluarga akhawat seusrah.  

Iya tiada gambar yang boleh dipaparkan. Sebab ini jaulah tarbiah yang rahsia. huhu. Moga kita semua Allah beri jalan istiqamah hingga ke akhir hayat. 

Thursday, 22 March 2018

Jarangnya Kita Muhasabah Diri Dalam Kehidupan Seharian

Bila kita rasa diri kita termuhasabah?


jarangnya-kita-muhasabah-diri-dalam-kehidupan-1


Yup! Bila kita pergi program motivasi. Kan ada slot yang nangis-nangis itu. Balik program memang lain macam lah rasa insaf dan termuhasabahnya. Tapi selang beberapa hari kemudian, herm kembali kepada yang asal. 

Kita kan manusia, biasalah begitu. Iman turun dan naik. Semangat juga turun dan naik. Sebab itu  orang Islam disarankan pilih sahabat yang soleh solehah. Supaya sentiasa terinspirasi dan termuhasabah setiap masa. 

Muhasabah ialah kita meneliti modal dan untung rugi bagi mengenal pasti sama ada harta kita bertambah atau berkurang. Modal dalam perkara agama ialah AMALAN FARDU. Keuntungan dalam agama pula ialah AMALAN SUNAT dan PERKARA YANG BAIK.

Kerugian pula ialah PERKARA MAKSIAT yang telah kita lakukan. Jika kita terlanjur lakukan PERKARA MAKSIAT dan KERUGIAN, kita perlu tampung semula dengan perkara sunat yang membawa kembali keuntungan.

Aik macam usahawan pula Fana kan? Dalam buku Minhajul Qasidin yang gambarkan begini tau. Fana sampaikan sahaja. Hihi. Tapi indahkan gambaran itu.  

Memanglah sepatutnya seorang daie/ pendakwah muda harus ada fikiran seorang USAHAWAN. Sentiasa fikirkan keuntungan dalam kehidupan. Ghairah untuk buat banyak amalan sunat. Teruja untuk cari lebih ramai adik untuk ikuti usrah dan program membina jiwa islami. 

Cuba anda buka Al-Quran dan selak surah al-Hasyr. Ayat 18. Cuba baca ayat dan terjemahannya.


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah dia sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)..." 

Jika kita perhatikan betul-betul, frasa melihat dan memerhatikan itu menyuruh kita menghisab atau memuhasabah apa yang telah kita lakukan, sebagai persediaan hari akhirat.

Sungguh amalam ini sungguh penting dan mulia di sisi Allah. Hingga dirakamkan dalam Al-Quran, kitab panduan seluruh umat sedunia. 

Jarangnya Kita Muhasabah Diri Dalam Kehidupan Seharian

Dalam konteks seorang daie, jika seruan kita atau ajakan kita untuk ke program tidak berjaya, amalan ini patut kita utamakan. Kita sepatutnya muhasabah kenapa mereka sukar dengar seruan kita. Adakah cara kita yang salah? Atau adakah kita sendiri belum cukup qudwah untuk ajak buat baik? Atau apa. 

Pokoknya adalah muhasabah. Bukan mencari salah sehingga kita down dan terasa terseksa, cuma cari mana punca yang boleh diperbaiki untuk lebih BERJAYA.

Anda boleh teruskan pembacaan tentang Jarangnya Kita Muhasabah Diri dalam buku Cakap Biar Serupa Bikin, karya Ukhti Mawar. 

Boleh klik gambar buku di atas untuk pembelian. Terima kasih daun keladi sudi baca sampai sini. 

Friday, 13 October 2017

Bila Kita Dikritik Dan Dituduh, Apa Kita Buat?

Assalamualaikum. Sekarang saya cadang untuk rutin buat entry seminggu sekali. Setelah berehat berbulan lamanya, tidak mahu terlalu tekankan diri sendiri. Buat yang mampu dahulu. Buat masa ini setiap hari Jumaat insya-Allah saya terbitkan.

Ya, seperti tajuk di atas. Apa yang anda akan lakukan jika anda dituduh tidak buat kerja sedangkan anda melakukannya, dan anda dikritik semua kerja yang anda lakukan di belakang anda. Bukan kritik depan-depan, tetapi diumpat di belakang.

Pedih. Pedihnya itu tidak dapat ditahan tau.

Sudahlah kita dapat tahu daripada orang lain yang boleh dipercayai, bukan dari mulut beliau sendiri. Sedih, pedih, luluh, tawar hati dan kecewa bercampur-aduk.

Saat mendengar segala kenyataan itu, air mata memang tidak dapat ditahan. Hati memberontak ingin lari dan menjerit. Ingin sahaja mulut ini hamburkan segala penafian membela diri.

Apa yang terbaik saat itu?

Ya. Ada beberapa tip untuk kita yang ‘bersalah’ amalkan saat genting begitu.

  1. Istighfar (walaupun payah tersekat)
  2. Tenang dan tenang (walaupun sudah rasa mahu pecah kolam hati)
  3. Tutup mulut, jangan dibuka untuk menjawab
  4. Ambil masa beberapa minit untuk jelaskan, jika punya waktu dan peluang


Tentang peluang untuk penjelasan itu tidak semua akan punya. Ada yang dikritik dan diberi peluang untuk menjelaskan. Ada yang dikritik, lalu ditinggalkan tidak bertali. Tiada penjelasan bagimu! Memang kejamlah jenis yang kedua ini.

Masa beri penjelasan itu, janganlah terlalu emosi ya. Kasi tenang dahulu, kadar pernafasan sederhana baru bersuara dengan sopan. Insya-Allah, keadaan akan kurang bahang dan empati lebih meresap.

Mari saya tinggalkan untuk anda beberapa perenggan kata-kata beberapa ahli falsafah yang sangat menusuk buat saya saat hati dirundung sedih beberapa hari lepas. Saya ambil daripada buku Peribadi tulisan Pak Hamka.

“Orang yang arif suka memaafkan. Bagaimana dia tidak pemaaf padahal ia menyedari bahawa setiap manusia yang berakal mecari kebenaran dan setiap orang yang mencari kebenaran akan bertemu dengan kesulitan. Jika dia sulit, tentu orang lain juga sulit. Tidakkah patut orang itu dimaafkan?”


“Orang yang arif ialah apabila engkau telah sanggup menghiasi wajahmu dengan kesabaran dan menunggu dengan tenang, padahal berbagai tuduhan telah ditimpakan kepadamu."


“Apabila engkau telah sanggup menahan hatimu, melihat pendirian yang engkau perjuangkan dan perubahan yang engkau kehendaki tidak diperhatikan orang."

Sungguh menenangkan bila saya baca bait-bait di atas. Seakan ada yang datang menghulur ketenangan dan menyejukkan jiwa. Terima kasih Allah.

Google


Satu saja kita perlu ingat dan peringatkan diri kita sentiasa. Kita lakukan semua kerja kita kerana Allah SWT semata, bukan kerana orang lain. Bukan jua kerana suruhan orang. Bersihkan niat asal kita suci murni, dengan izin-Nya kita akan tenang kembali. Biarlah mereka dengan sangkaan mereka. Biarlah kita bekerja dan terus beramal lillahi Taala. 

Fana Zali/ UkhtiMawar
Mujahadah Untuk Tsabat

    

Monday, 2 October 2017

HIDUPKU UNTUK-NYA!

Jika kita laungkan slogan seperti tajuk, sudah semestinya kita tidak mengeluh mengerjakan segala ibadah. Kita mesti sentiasa bersungguh-sungguh mencari apa kebaikan hari ini yang ingin dilakukan. 

Sering kali melihatkan suasana pergerakan dakwah anak muda. Punya banyak group dalam aplikasi Whatsapp dan Telegram. Bercampur semuanya. Ada group kelas, group dakwah, group tarbiah dan group merapu juga.

Jika kita laungkan "HIDUPKU UNTUK-MU", mesti pilihan group TARBIAH dan DAKWAH akan kita buka dahulu. Akan wujud rasa BERSALAH jika membiarkan group masuk mesej beratus-ratus tanpa kita baca. Akan wujud rasa BERSALAH dan BERDOSA mendiamkan diri tidak memberi respons. 

Silent reader kadang-kadang bagus, tetapi kadang-kadang akan merencatkan perjalanan agenda Islam tersebar.

Bila kita muhasabah diri. Kenapa kita mengutamakan group selain amanah kita? Kenapa kita rasa serabut dan menyampah untuk buka group jihad kita?

There is something wrong here!

Masih ada masa untuk perbaiki apa yang kurang dan cacat. Selagi kita hidup dan mampu bergerak. 


Sunday, 30 July 2017

BACK FOR GOOD; BUKAN SEINDAH NAMA

Assalamualaikum. Masih segar bertenaga untuk hidup? Masih berwibawa untuk lawan kesusahan kepayahan cabaran dunia? Alhamdulillah. Tahniah awak!

Terpanggil pula untuk coretkan sedikit sebanyak tentang perit pahit jerih menjadi graduan bfg (back for good). Biasanya graduan universiti akan intim dengan istilah ini. 

Pulang ke kampung halaman setelah tamat pengajian. Balik untuk berbakti. Sebab itu istilah "good" digunakan. Jika balik membongkang, mengangkang dan menyusahkan, bukan good namanya. Back for bad! Cit!

Jujur saya cerita. Jika awak balik ke kampung tanpa ilmu dan perancangan, awak akan gagal menyandang bfg tersebut. Bukan mudah gais. Sungguh, bukan mudah. 

Awak bukan saja akan berjumpa dengan keluarga tercinta, tetapi saudara-mara, mak cik kampung, pak cik sebelah kampung, kawan sekolah dahulu, bekas pakwe sekolah rendah dahulu dan tidak dilupakan nenek atuk kepochi yang akan sentiasa bertanya perkembangan kau. Kalau kau tak bersedia, sure punya kau akan stress dan tertekan lalu meroyan. 

Hilanglah istilah indah bfg tersebut. Hilang gais. 

Jika ada yang sebelum ini pernah ikuti artikel-artikel saya, mesti ada yang sudah tahu beberapa tip untuk bfg dengan jaya. Salah satunya ialah TAWAN HATI IBU AYAH KITA. 



Jika awak mahu terus aktif seperti di kampus, pegang dan menangi hati mereka dahulu. Insya-Allah akan terlaksana impian awak itu. Awak boleh baca salah satu artikel berkenaan persediaan bfg di sini. :)

Tuesday, 30 May 2017

BEZA MUJAHADAH KITA

Assalamualaikum pembaca 



Alhamdulillah, hari ini masuk hari keempat kita berpuasa. Tahniah bagi yang tiada culas dan tipu. Orang perempuan yang kedatangan haid, jangan pula bersedih dan menyampah, banyak juga ibadah yang membuahkan pahala untuk anda. Membaca buku bermanfaat, berzikir, masak untuk orang berpuasa, sedekah dan buat amal kebajikan yang lain. 

Tadi terbaca status kawan lama. Seronok sungguh beliau memasang lampu kelap-kelip di rumah akhawat. Teringat zaman saya di bumi Port Dickson dahulu. Duduk dengan akhawat waktu puasa memang menyeronokan. Sungguh. 

Sama-sama sibuk dan penat. Masak bersama, hias rumah ikut selera kita dan cuba pelbagai resipi dengan tanpa takut salah dan orang kutuk. hehehe. 

Sejak saya kembali ke kampung halaman dan buat keputusan untuk tinggal bersama ibu ayah, saya suka untuk berkongsi realiti sebenar apa yang terjadi dan patut kita lakukan. Saya rasa ramai yang ada di luar sana yang mengambil posisi seperti saya, tetapi tidak ambil pusing apa yang sepatutnya.

Suasana kini berbeza. Sungguh, memang tidak sama. Realitinya ramai dalam kalangan kita berasal daripada keluarga biasa-biasa dan sederhana.

Bagi yang sekapal denganku, kita patut bijak mengislamikkan diri. Memang tidak semua yang kita impikan akan terlaksana. Sekurang-kurangnya kita boleh hidupkan sedikit gaya itu. Budaya baca al-Quran sentiasa. Budaya makan kurma dahulu. 

Jujur saya cakap. Jika kita tidak letak target di awal Ramadhan, kita akan mudah 'lost' dikemudian hari. Hidup seperti biasa dan biasa sahaja. Bangun pagi, sahur dan hidup seperti biasa sehingga terawih malamnya.

Di rumah, tiada yang mahu nasihat kita jika malas mengaji. Malas beramal. Suka hati kita semuanya. Jika dilayan, memang hancurlah Ramadhan kita. Pahala kurang, takwa pun tidak datang. Berbeza dengan di rumah akhawat, ada yang memerhati dan menasihati. Kita juga mudah terikut amal orang lain jika malas datang tiba-tiba. 

Oleh itu kawan, semak semula target kita. Tampal biar tidak lari dari garisan sebenar. Jangan salahkan persekitaran kerana kita yang memilih untuk di situ, tapi berusahalah hidupkan persekitaran (biah) dengan bersungguh. Mujahadah kita berbeza kawan. 

Wallahu 'alam. 




Thursday, 9 March 2017

MEMINTA KESIBUKAN?

# Assalamualaikum pembaca #

Annie Spratt, Unsplash


Lama saya tak menulis di sini. Idea mencurah-curah sebenarnya, tetapi sangat malas untuk menaip. Memang separuh tahun awal saya akan berperangai begitu. Malas nak menulis, hanya nak membaca dan membaca saja. Adalah tulis sikit di buku nota jika ada idea atau ilham menyinggah. 

Sementara buku kedua siap, saya akan memperuntukan masa untuk baca dan cari idea baharu. Niat nak sambung belajar pun asyik tertunda dek duit asyik defisit sahaja. hehe

Malam ini saja mahu kongsikan tentang satu perangai pelik saya. Tiba-tiba saja datang petang tadi. Ini bukan angin kus-kus ya. Ini perangai pelik yang hanya datang pada insan tertentu. 

Biasanya jika kita kurang bebanan atau tugasan, kita sepatutnya merasa seronok dan gumbira tidak terkata kan, sebab boleh berehat dan berjimba. Tetapi, pelik sungguh saya ini. Boleh pula rasa futur bila orang tak beri kerja. Kecil hati pun ada sikit. hahaha. Entah apa-apa kan mama BK ni.

Futur tu sejenis macam down dan putus asa plus malam terlajak.

Ceritanya begini. Saya kan sudah lebih 7 tahun hidup berpersatuan dan aktif menerawang ke sana sini bersama PEMBINA. Sekali berpindah ke Melaka, saya sudah tidak beramal dalam PEMBINA lagi. Masuk biro penerangan pula. Bahasa mudahnya, biro media.

Cuba awak bayangkan. 7 tahun bekerja dengan PEMBINA, tup-tup PEMBINA Melaka buat program saya tak terlibat langsung. Sebab memang bukan bidang tugas saya. Bukan sebab disisihkan tau. 

Pelik kan. Meminta-minta sibuk pula. 

Itu lumrah sebenarnya since awak sudah jatuh cinta dengan jalan ini. Awak akan sentiasa dan disibukkan dengan perkara itu. Sama macam orang berpasangan. Nak dibelai selalu. Nak ditanya khabar selalu. 

Didiklah diri awak untuk jatuh cinta dengan Islam. Pasti rindu selalu untuk diamalkan. 

Okaylah. Doakan saya tsabat dan ditunaikan hasrat baharu tahun ini. Hehehe. Adalah. Rahsia. 

Thursday, 16 February 2017

Jangan Cepat Panas Bila Status Kau Dikritik

 Hidup beralam maya ini kau kena sentiasa bersedia dengan apa sahaja tindak balas orang ramai terhadap status kau. Bagaimana kau menunjukkan kematangan, bila status dikritik dan dibalas dengan statusnya yang lain.

Apa tindakan rasional yang sepatutnya dibuat?

Memang panas dan jika ikutkan hati mahu saja dibalas terus berapi-api. Ada masa juga bila kita dikritik, kita down dan rasa terus nak padam status berkenaan. Tidak mahu bertanggungjawab dan malas mahu 'bergaduh'.


Setelah difikirkan dua, tiga kali. Adakah itu sisi kematangan kau yang sebenar. Ada juga beberapa kali saya menghadapi situasi begini. So far, berjaya diatasi dengan matang (hihihi).

Satu lagi bonus selain MENGASAH KEMATANGAN, kau akan dapat ilmu baharu daripada teguran orang lain. Kau akan mula membaca apa yang kita kau pernah ketahui dan terus berusaha mencari kebenaran. Ya, terdapat kekurangan dalam status kau dan perlukan tambahan kajian.

Jazakillah kak Norhidayah Ismail untuk cetusan idea pembacaan kisah Malala. Ana akan baca lebih lagi.

Ingat ya penghuni alam maya, bijak kawal diri dan matanglah dalam bermedia sosial. Banyak kelebihan sebenarnya, jika lurus jalannya.




Kakak Mawar
Yang banyak belajar subjek "sabar" daripada internet.

TAK SUKA ORANG CEGAH MAKSIAT

# Assalamu'alaikum semua #

Pagi-pagi dingin ini lagi kakak Mawar sudah baca komen-komen orang ramai memperbodoh kempen "Say No To Zina" yang PEMBINA anjurkan.

Macam biasa kutukan dan hentaman ditulis bertalu-talu. Yang Islam pun sama rancak.

Ada beberapa komen yang kakak Mawar terpanggil untuk balas. "Saya pun tak setuju budaya ini, tapi tak perlulah buat kempen gini." Setelah saya ubah struktur ayat tapi maksud sama.

Satu saja kakak Mawar nak cakap.

Sampai bila kita nak cegah kemungkaran guna hati. Hanya cakap dengan diri sendiri zina tu maksiat dan haram tetapi tidak berusaha lebih lagi daripada itu.

Mesti lupa kan cegah kemungkaran ada 3 tahap: hati, lidah dan tangan (kuasa). Sekarang sudah ada kuasa untuk kempen besaran melalui media sosial, gunakanlah. Sokonglah kempen mengembalikan hidup Islam yang sebenar.

Usah sembang lebat kutuk usaha orang lain cegah maksiat, diri sendiri pun tidak mampu cegah diri daripada maksiat mulut dan jari.

Monday, 16 January 2017

LAIN MEDAN, LAIN TADHIYAHNYA

# Assalamualaikum pembaca #


Hari Sabtu lepas, saya seharian berada di Bangi dan Shah Alam. Ada meeting ummat bersama beliawanis yang super hebat dan manis.

Banyak saya belajar sepanjang sehari setengah di sana. Ada setengah tu sebab saya teringgal bas (huhuhu). Sepatutnya bas pulang ke Melaka jam 8.30 malam, tetapi disebabkan terlewat dan hujan juga, terlepaslah satu-satunya bas ke Melaka yang ada. 

Selepas bermuka panik-panikan di tengah-tengah lorong kaunter beli tiket, saya dan kak Nisa pun buat keputusan terakhir muktamad yang memang tidak boleh dibantah. Tang Mama membebel dalam telefon sebab tertinggal bas tu jangan ceritalah. Tahan telinga sajalah (hahaha).

Akhirnya saya tidur di rumah akhawat Shah Alam dan berjimba di sana hingga pagi. Mengikuti kehidupan mereka selama beberapa jam, apa yang paling terkesan dalam diri saya ialah semangat pengorbanan mereka yang super tinggi dan maha hebat.

Jika di Melaka, lain jenis pengorbanan yang perlu dilakukan, di bandar pusat seperti di Bangi, Shah Alam dan Kuala Lumpur pengorbanan duit yang sangat besar.

Mana taknya. Dari Shah Alam hendak ke Bangi tu berapa kalilah kak Nisa sentuh touch n go. Saya pula rasa bersalah. Hanya dalam beberapa minit, duit gaji bersusut demi susut. Siap belanja makan di kopitiam pula tu. Kau orang ingat murah ke makan di kedai macam tu. Saya pun terkalut-kalut nak makan chicken chop bagai. 

Allahu rabbi!

Sungguh besar pengorbanan wang mereka. Saya sungguh takjub dan cemburu. 

Sebagai kesimpulan, semua orang yang berada dalam dunia ini punya tahap pengorbanan masing-masing. Usah dikeluhkaan dan dibandingkan pengorbanan kita dengan orang lain. Mereka punya kadang-kadang lebih tinggi daripada kita. Baik simpan sahaja niat nak bandingkan dan ajar diri untuk ikhlas. 

Sekian sahaja pagi ini. Terima kasih sudi baca dan ambillah apa yang elok, hokay! 

Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...