Showing posts with label Diari Seorang Penulis. Show all posts
Showing posts with label Diari Seorang Penulis. Show all posts

Friday, 6 October 2017

VIEW NAIK LEPAS BELI DOMAIN DAN TUKAR TEMPLATE

Alhamdulillah. Siapa perasan wajah blog saya sudah baharu? 

Melabur sedikit untuk tahun ini demi kelangsungan kerja sebagai penulis. Bukan sahaja atas nama mencari rezeki, atas nama dakwah menyampaikan kebenaran juga saya buat pembaharuan. 

Saya beli domain dan tukar template baharu. Mula-mula contoh yang saya minat warna putih bersih. Tetapi lepas tengok hasil Sis Awa ini, berkenan pula di hati. Kita blend dengan tema warna darah. Kan saya suka kongsi tentang darah wanita.

Insya-Allah dari masa ke semasa, saya akan edit agar lebih kemas dan bermanfaat blog ini. Doakan ya! 

Banyak lagi saya perlu belajar. Herm, rasa sudah berapa kali kata nak semangat belajar pasal blog dan berapa kali juga lah saya hangat tahi ayam. Hahaha.



Alhamdulillah. View naik selepas pemberitahuan tukar template oleh Sis Awa yang ohsem di Facebook. Siapa yang mahu tukar domain dan template ikut citarasa, boleh berurusan yang Sis Awa ya. Pasti tidak mengecewakan. 

Tekan pautan ini tau. Sis Awa Designer Ohsem

Monday, 25 September 2017

BUKU BAHARU UKHTI MAWAR

Buku baharu saya sudah keluar!

Alhamdulillah. Syukur. Anak kedua selepas Basikal Karat. Ini sambungan yang pertama tau.




Cakap Biar Serupa Bikin nama diberi. Hanya 160 halaman yang akan menjernihkan minda anda apa itu qudwah. Mengapa penting kita jadi muslim yang baik. Perkara yang berlaku setiap hari dan kita tak sedar yang kita sentiasa diperhatikan orang lain. Jika kita menunjukkan perilaku buruk dan hodoh, itulah yang mereka sangka tentang agama kita. Muslim kan agen Islam. 

Sekarang sedang buka pesanan awal.

Bolehlah klik di pautan ini ya! Diskaun 6 ringgit tu. 

https://mall.karangkraf.com/cakap-biar-serupa-bikin.html

Jangan lepaskan peluang! Pasti lebih berbaloi berbanding Burger King yang awak makan tapi 'buang' selepas itu. 

Sunday, 14 May 2017

8 QUICK TIPS FOR WRITING A GOOD ARTICLE (1 MIN READ)

Assalamualaikum everyone! 

Hari ini nak bagi tip menulis pula. Saya ambil dari blog lain dan copy di sini. sumber asal ada di akhir tulisan ya. 

Ehsan Annie Spratt, Unsplash


1. Choosing a topic.

Choose a topic that is from your areas of expertise and interests.

2. Planning.

Plan every possible thing. The more you plan the greater are your chances to be a good article writer.


3. Clear and correct language.

Keep your ideas clear and use the correct language form.

4. Research.

That is the crucial step. Does a research on your topic, see how much work has already done on that topic and how much things you would like to add!

5. Use Pictures!

Pictures attract readers, yeah in the same way you are attracted to this article. If you can use pictures with your topic than do use them!

6. Rewrite.

For a writer, it is very difficult to create a good article on a one go! Write and rewrite your article, make changes, make sure that you have written that article in the best way!

7. Give time!

Writing requires your time. The more time you will give to it, the more are the chances that it will be perfect!

8. Use quotes/ references.

It is not a good idea to copy-paste someone’s thought without even giving credits to them. If you are using someone’s ideas than do give them the credit by using their quotes or by writing a separate reference list.

Now you’re to-be-written article is waiting for you, go and write it in the best way you can!

Article Credits: Bisam Alam

(Sumber asal: https://millionairedigest.com)

Tuesday, 20 September 2016

5 SEBAB ORANG CEPAT 'PANAS' PERLU SERTAI TARBIAH

# Assalamu'alaikum pembaca #


aanaffin.blogspot.com



Anda seorang yang cepat 'panas'?
Ada sahaja yang akan buat anda melenting dan tidak puas hati?
Sedang mencari jalan bagaimana mahu mengubah sikap buruk anda itu?

Nah! Artikel ini memang sesuai dan sepadan untuk anda!:) Silakan terus membaca dan membaca. Jika anda seorang yang penyabar mungkin kurang sesuai kot. Tetapi, teruskan sahajalah membaca, tak rugi apa pun kan (hihihi). 

5 sebab kenapa anda perlu sertai sistem tarbiah mana-mana jamaah Islam atau perkumpulan orang baik-baik atau berkawan rapat dengan orang yang soleh (sesama jantina), jika anda seorang yang panas baran dan cepat 'panas'

  1. Anda akan berjumpa dengan ramai insan yang sangat tenang (cool) dan penyabar. Bergelumangnya anda dalam kumpulan orang baik-baik ini akan membuatkan anda termuhasabah sendiri diri anda. "Sabarnya akak itu!"; "Boleh eh dia sabar dengan anak-anak ramai macam itu." Anda malu untuk menunjukkan belang panas baran anda itu. Akhirnya, anda balik rumah dari suatu program, "Kenapa aku tak boleh sabar macam dia?"; "Bagaimana aku nak jadi sabar macam kakak itu?". Anda akan terus mencari akar punca anda jadi sangat cepat panas dan cuba untuk lakar strategi bagaimana hendak mengatasinya. Terasa nak tiru mereka! Qudwah namanya itu!
  2. Sentiasa akan ditegur dan dinasihat jika terlebih bicara atau perlakuan. Bahagian ini seronok juga tetapi pahit sedikit. Manusia ini fitrahnya sukar menerima teguran dan kritikan. Walau apa pun yang berlaku, terimalah walaupun pahit. Jika anda hidup dalam lingkungan manusia ditarbiah, setiap tindak-tanduk anda akan diperhatikan orang lain. Ramai yang akan menegur jika kita buat silap atas nama kasih sayang seakidah. Jika ada sikap anda yang terlebih sempadan, pasti akan menerima nasihat-nasihat yang berisi daripada mereka itu. Sweet gitu! Kalau anda duduk seorang diri atau dengan yang 'sekepala', anda akan rasa sikap anda itu okay sahaja. Tidak buruk sama sekali!
  3. Sikap orang lain yang pelbagai ragam akan menjadikan anda lebih kreatif dan proaktif. Manusia ini pelbagai ragam dan kerenah. Ada yang begini, ada yang begitu. Kalau anda cepat 'panas', banyaklah unsur tidak puas hati dan tebalnya hitam dalam dinding hati anda itu. Selalulah anda akan mengamuk bila ada yang tidak sebulu dengan pendapat anda. Dalam tarbiah, anda akan diletakkan dalam posisi yang sesuai dengan kemampuan serta minat anda. Anda akan berurusan dengan pelbagai jenis manusia dan ia akan membuatkan anda jadi KREATIF dan PROAKTIF dalam menyelesaikan masalah dengan mereka. Walaupun ada sedikit 'panas' pada permulaan jika tidak sependapat, itulah adat berjamaah. Banyak kepala, banyaklah ideanya.  Ini telah terbukti dalam diri saya bila saya diletakkan sebagai Ketua Beliawanis di UniSZA. Saya jadi semakin sabar mencetak anak-anak muda dengan kreatif dan adil. Sabar menanti buah masak ranum, tidak memetik sebelum masanya tiba.
  4. Tidak mudah mengamuk dan putus asa bila satu strategi tidak menjadi. Bila anda merancang sesuatu projek bersama-sama dan telah dijumpai kata sepakat, lalu anda dan kumpulan soleh anda laksanakannya. Tup tup! Gagal! Dengan adanya insan-insan setarbiah, anda tidak terus dihanyut rasa kecewa, marah dan putus harapan. Mereka akan terus motivasi diri anda, belanja makan coklat dan sama-sama bina strategi baharu yang mungkin pula berkesan. Bayangkan jika duduk berseorangan atau dalam kalangan manusia yang busuk hatinya, pasti anda ditertawakan dari arah belakang atau dalam hati. 
  5. Dapat nikmati masa bujang dengan gembira dan tenang. Bila umur anda (kita sebenarnya) sudah meningkat dan anda pun belum ada calon yang sesuai, anda akan mudah resah gelisah dan sentap tak tentu pasal bila orang tanya tentang jodoh. Anda mula membandingkan kenapa rakan seusia sudah punya suami yang kacak dan anak yang comel. Hal ini sedikit sebanyak akan terubat bila anda sentiasa hidup dengan orang soleh dan jamaah Islam. Anda akan semakin terlupa untuk menyoalkan kenapa tiada orang masuk meminang dan kenapa tidak laku walaupun cantik dan solehah (Eh!). Kerana anda akan sibuk menguruskan aktviti-aktiviti yang membangkitkan potensi anak muda dan terlalu sibuk dengan bagaimana mahu tingkatkan mutabaah amal diri sendiri. Anda juga akan sentiasa mematikan niat untuk berkahwin muda tanpa sebab, ketika membandingkan diri dengan kakak atau abang yang soleh yang lebih berusia pun masih solo dengan tenang. Jadinya, anda pun akan cool dan sabar menikmati zaman bujang dengan penuh kesyukuran. Tetapi doa tetap sentiasa dihulur buat mereka dan diri sendiri juga! 

Banyak kisah menarik tentang tarbiah dan sabar dalam Tayar Koyak 18, buku Basikal Karat. Mungkin bakal menggamit memori anda atau persediaan buat anda yang baru melangkah. :)

Anda belum punya Basikal Karat? Jangan risau, anda bukan keseorangan. 

Bagi yang ingin mendapatkan naskhah ringan dan santai tetapi penuh dengan motivasi tarbiah ini, boleh dapat secara terus daripada penulisnya, iaitu saya (hihihi). 

Feel free to private message my facebook: Facebook Ukhti Mawar

Terima kasih sudi menahan mata sampai artikel habis. Jumpa lagi artikel akan datang! 

Monday, 13 June 2016

RAMADHAN BERSAMA BQ!

# Assalamu'alaikum pembaca #

Lama sudah rasanya tidak menulis di sini. Alhamdulillah petang ini ada sedikit masa terluang untuk bercoretan.

Ramadhan Kareem!

Sudah lapan hari kita hidup dalam naungan bulan Ramadhan. Bagaimana Ramadhan anda? So far lebih baik dari tahun lepas tak?

Kan anda sudah listkan perancangan sebelum Ramadhan? Tengoklah setiap hari supaya tidak leka dan kekal di atas track yang sebenar. 

Sekarang saya dalam proses penyempurnaan manuskrip yang kedua. Tajuk buat masa ini Badut Qudwah. Comel tak? hehehe. Tema yang akan saya bawa dalam naskhah yang kedua ialah QUDWAH. 



Anda tahu qudwah itu apa? 

Qudwah itu contoh teladan. Kita buat sesuatu, orang terinspirasi dan ikut. Kita dapat pahala sebab melakukan amal baik dan pahala sunnah kerana orang amalkan apa yang kita lakukan. Subhana Allah! Banyak kan pahala kita.

Ini adalah rentetan kepada buku pertama, Basikal Karat. Basikal Karat menampilkan insipirasi buat anak muda berdakwah dan bermanfaat pada ummah.

Badut Qudwah (dengan izin Allah SWT) membawa daie baharu untuk berdakwah sambil mengamalkan apa yang didakwahkannya. Cakap serupa bikin. Lebih kurang begitulah.

Doakan BQ cepat siap ya! Lagi 20 muka surat lebih lagi. Seterusnya saya akan baca dua kali lagi atau tiga kali untuk penambahan mana-mana bahagian. Dan kemudian saya akan suruh kawan baca untuk kesalahan ejaan atau mana-mana input yang silap. 

Seterusnya akan dihantar kepada editor. Doakan BQ lulus untuk penerbitan pada tahun depan. :) Ameen.  


Monday, 16 May 2016

TULIS SKRIP SELARI DENGAN ISLAM

# Assalamu'alaikum pembaca #

Alhamdulillah. Hujung minggu penuh dengan sogokan anak Melaka perlu berbakti pada negeri sendiri, serlahkan kepahlawanan anak Melaka dan dekati mad'u dengan sejarah kegemilangan Melaka.

Ohh! Melaka!

Semalam berkesempatan untuk menghadirkan diri yang kerdil ini dalam program uncle Zabidi. Jihad dalam penulisan skrip. Alhamdulillah! Sangat berbaloi dan banyak ilmu serta kesedaran yang UM dapat.




Program ini bukan bengkel pun sebenarnya. Ia hanya seakan kelas pengenalan untuk bidang penulisan skrip, dan yang paling penting ialah terma 'jihad'. Tulis skrip yang selari dengan tuntutan Islam.

Cerita Islam yang sebenar! Bukan hanya balutan tudung dan kopiah.

Stesen televisyen yang banyak dalam negara kita mendambakan dan menunggu-nunggu skrip yang berkualiti untuk dihidangkan kepada masyarakat. 

Buat penonton TV RTM tegar macam UM ni, dapat lihat cerita yang berkualiti di stesen itu. Kalau kita cakap pasal RTM mesti orang akan cakap, "Euw, macam orang tua je!"

Betul tak?

Ada pula macam tu.

Orang muda tengok stesen TV berapa? Biasanya yang berteraskan hiburan, lawak ketawa terbahak tak ingat mati, nyanyi gelek membuka aurat dan cerita hantu tahyul yang menakutkan untuk hidup di waktu malam. Kan?

Mungkin kita sebagai manusia yang punya minda dan ingin menjaga minda kita daripada terkikis keintelektualan kita, kita perlu menonton sesuatu yang akan menebalkannya.

Pilihan stesen sangat mempengaruhi fikrah kita. Kalau itu yang kita lihat hari-hari, mesti kita akan terikut-ikut kan. Pilihan mana yang kita mahukan. Kita sahaja yang berhak memilih.

Remote control di tangan kita!

UM mengambil keputusan untuk memperlebar kemahiran untuk bidang skrip pula sebab... banyak sebab sebenarnya. 

Asyik mengutuk cerita orang di TV ini dan itu, apa kata UM cuba untuk ubah dengan usaha sendiri. Asyik sarankan orang lain buat itu dan ini, apa kata UM yang cuba untuk buat.

Insya-Allah. Kalau niat kita buat sesuatu itu untuk amar makruf nahi mungkar, Allah SWT akan sentiasa tunjuk jalan dan bantu kita. Walaupun menuntut pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.

Uncle Zabidi kata bulan November nak adakan bengkel selama lima hari.

Okay! Kena kumpul duit yuran ni!  


Friday, 13 May 2016

JASNI MATLANI: BERSUNGGUH DALAM BIDANG SASTERA YANG DICINTAI

# Assalamu'alaikum pembaca #


Sekarang UM sedang menelaah majalah Dewan Sastera edisi Mac 2016. Majalah ini bukan sembarangan majalah. Bukan majalah hiburan yang penuh dengan gambar artis separuh bogel dan boleh dibaca santai berbaring. Tidak sama sekali!



Fokus dan fokus! Itu kunci kalau anda mahu memahami apa yang terkandung dalam majalah ini. Penuh dengan fakta dan bahasa yang tinggi.

Muka depan untuk edisi kali ini ialah Tuan Jasni Matlani. Beliau merupakan penerima Anugerah SEA Write 2015 di Bangkok, Thailand yang lepas. Anak jati Sabah ini mula UM kenal namanya melalui buku tulisannya tentang tips penulisan cerpen terbitan PTS Publications. 





Selepas itu, terus UM borong dua buah buku kumpulan cerpen beliau yang diterbitkan oleh ITBN (2015) di PBAKL yang lepas. 





Menelusuri artikel demi artikel tentang beliau dalam majalah ini, banyak yang aku pelajari. Sungguh banyak!

Yang paling UM terkesan ialah bukan mudah untuk beliau sampai ke tahap ini. Memenangi anugerah yang paling berprestij dalam dunia sastera dalam linkungan negara-negara ASEAN.

Beliau yang lahir di Beaufort, Sabah ini telah mengahadapi pelbagai cabaran semata-mata untuk memenuhi impian beliau sebagai penulis sepenuh masa. Beliau sanggup meninggalkan Bank Negara demi kerjaya yang penuh dengan liku-liku yang mencabar.

Kita jangan bayangkan zaman dahulu seperti zaman kita sekarang. Alam maya memudahkan hasil tulisan kita dibaca dan disebarkan. Zaman dahulu amatlah sukar untuk menembusi pasaran, apatah lagi peluang yang ada hanya terbuka luas di Semenanjung Malaysia. 

Jasni Matlani mengambil kira-kira 30 tahun untuk sampai kepada tahap diiktiraf sebegini. Suatu tempoh yang lama dan menuntut kesungguhan dan keikhlasan. Iyalah, kalau kita tidak ikhlas, manakan kita akan sanggup bertahan berpuluh tahun demi dunia jihad pena ini.

Kelebihan beliau ialah sering kali menyusupkan elemen agama dalam semua karya beliau. 

"Mengapa kita tidak utamakan perkara ini (agama) dalam karya kita? Hal ini perlu supaya masyarakat kita tahu bahawa kita boleh bersatu walaupun kita berbeza agama."

Sungguh indah dan bijak! 

Jujur aku katakan, dunia sastera penuh dengan daya intelektual, kehikmahan dan seni yang tinggi nilainya.

Sungguh, aku jatuh cinta dengan insan yang se'seni' beliau. Insya-Allah, akan lahir lebih ramai sasterawan muda yang berani dan ikhlas seperti beliau suatu hari nanti.

Wednesday, 11 May 2016

MAJLIS PENGHARGAAN PENULIS BAHARU GRUP KB

# Assalamu'alaikum pembaca #


Alhamdulillah. Pesta Buku Antarabangsa KL 2016 telah melabuhkan tirainya dengan jaya. Banyak komen negatif dan positif yang dilontarkan dek pertukaran tempat dari PWTC ke MAEPS, Serdang. 

Biasalah, dalam kehidupan ini, mesti ada yang baik dan buruk. Cantik dan hodoh. Vice-versa omputih cakap. Saling lengkap melengkapi. 

Bagi aku, PBAKL di Maeps lagi best sebab senang untuk aku pergi. Selfish sangat kan? huhu. Kalau di PWTC memerlukan aku merantau jauh dengan kenderaan yang pelbagai. Duit banyak keluar dan masa juga banyak terbuang. 

Okay! Tutup kes tak puas hati itu dan ini. Let's move on!

Mawar yang insya-Allah tak layu. 


Alhamdulilllah. 7 Mei yang lepas grup Karya Bestari telah mengadakan majlis penghargaan buat penulis baharu dan lama di acara pentas utama. Teruja sangat tau kita! Terharu rasanya. 

Ada idola Dr HM Tuah, ada mufti Wilayah Persekutuan Sohibus Samahah Dr Zulkifli al-Bakri dan ramai ustaz yang terkenal dalam alam maya (sebab tak kenal di alam realiti).

Dapat sahaja tahu yang setiap penulis akan dipanggil ke atas pentas untuk menerima sijil penghargaan, lutut ketar dah. Sibuklah betulkan jubah jeans yang tak semenggah dan tudung Akel hitam yang lusuh. Ditambah dengan kasut buruk yang sudah tiga tahun lamanya yang dibawa ke mana sahaja. 

"Minta-mintalah nama last sekali!"

Sibuk aku doa dalam hati. 

Ukhti Mawar!!

Hah! Tu dia kau. Nama nombor dua. Maaf, doa tak termakbul sebab tak tenang waktu berdoa. 

Berjalan dari belakang ke depan dengan senyuman dan tangan membetulkan jubah kiri dan kanan. Aku dah tak kisah apa yang pengacara majlis cakap. Mata tertumpu hanya pada tangga dan ustaz mufti.

Sepanjang di atas pentas, aku tersenyum dan tersengih. Memohon ada la penulis wanita yang akan menemaniku di atas pentas. Akhir! Tiada. Hanya aku seorang dan hanya Ukhti Mawar! 

Apa-apa pun, terima kasih ya Allah!

Terima kasih buat sahabat yang sudi hadir dan menemaniku. Doakan aku terus istiqamah dan tak malas untuk menulis. Mudahan PBAKL 2017, aku naik pentas lagi dengan buku baharu. :) 

Ameen...

Bersama ibu kepada arwah Ahmad Ammar, baik sangat orangnya.

Bersama uncle Zabidi, penulis skrip tersohor dan ayah kepada Ubadah penulis buku 'Jaulah Mencari Ibrah'.




Bersama Sidah dan Huda yang datang dari jauh

Yun yang tinggi, bukan kami yang rendah. huhu

Aida pula tiada gambar bersama. Sedih. Oh, gambar di ruangan makan pun bolehlah. Terima kasih Aida sudi teman dan penat berjalan. 

Maaf. Muka seharian di pesta. Boleh goreng ikan tu minyak. 


Tangkapan terakhirku di PBAKL 2016. Menggunakan 3 keping baucar buku. Alhamdulillah.


Baiklah. Jumpa tahun depan insya-Allah! :)

Thursday, 28 April 2016

Kenapa Perlu Dapatkan BK Dan CBSB Di PBAKL 2018?

# Assalamu'alaikum pembaca #





Kenapa anda semua perlu beli buku BASIKAL KARAT dan CAKAP BIAR SERUPA BIKIN di PBAKL 2018 yang akan bermula 27 April hingga 6 Mei ini?



Basikal Karat dan Cakap Biar Serupa Bikin merupakan buku yang ditulis oleh Ukhti Mawar, seorang anak muda yang teruja dengan kehidupan yang sementara ini. Menikmati kehidupan selama berpuluh-puluh tahun dengan jalan yang kadang-kadang tersimpang-siur. 

Dia aktif dalam aktiviti tarbiah dan dakwah semenjak zaman diploma lagi. Alhamdulillah, dia masih bersama medan ini. Doakan dia tsabat tau!

Banyak kisah yang berlaku di sekelilingnya. Penulis suka untuk mengambil setiap peristiwa yang dialami dan didengari buat bekalan kehidupan. Kisah sewaktu di zaman kolej dan universiti dalam Basikal Karat, dan sebahagian zaman universiti dan kehidupan luar IPT dalam CBSB. 

Sebenarnya ramai anak muda terlupa bahawa kita akan mudah jadi matang dengan belajar daripada dunia dan kehidupan. 

Kata orang, pengalaman merupakan guru terbaik dalam dunia!



Keciciran-keciciran yang berlaku dalam medan yang penuh dengan liku ini, membuatkan penulis berkesedaran untuk membukukan beberapa kisah yang sentiasa memotivasikan dirinya untuk tsabat (kekal). Penulis ingin berkongsi kisah dan ibrah yang sama buat daie muda di luar sana agar sentiasa bersedia dan sabar dengan dugaan yang dihadapi dalam kehidupan. 

Jangan sesekali mengasingkan, melarikan diri dan menyendiri. Nanti dimakan syaitan!

Tip-tip yang penulis sendiri karang pun ada! Tip yang menjadi dalam diri penulis. Mungkin anda boleh cuba, mana tahu menjadi juga kan. 

Ada tip buang malu untuk berbicara, ada petua rajin solat sunat rawatib, ada juga tip untuk tak rasa rendah diri sebab bandingkan dengan orang lain, tip make sure masa bujang jadi berkualiti dan pelbagai lagi. 


Insya-Allah, buku ini wajib anda borong di PBAKL nanti. Tak menyesal punya. Mestilah harga murah kan. Jika nak beli pada penulis pun boleh juga. Terus wasap Fana.



Kalau berkesempatan boleh jumpa 1 Mei ini di booth Karangkraf insya-Allah. Jumpa di sana tau!

Keratan dalam Sinar Harian, 8 April 2016
Keratan akhbar Harian Metro



Friday, 22 April 2016

CETAKAN KE-2



# Assalamu'alaikum pembaca #


Tahniah Basikal Karat! Sudah memasuki cetakan kedua! Syukur kepada Allah SWT atas nikmat dunia ini. :) 




Terima kasih buat para pembaca, pembeli, penghadiah dan penyelak Basikal Karat sepanjang tiga bulan ia di pasaran. Semoga buku ini terus memberi semangat anak muda untuk menyumbang kreativiti dan tenaga untuk ummah! 

Teruslah melakar sejarah diri sendiri. Jangan sia-siakan masa muda dengan perkara klise yang tak membawa ke syurga tau! 

Bersama Aida di Pesta Buku Karangkraf Februari lalu. 

10 000+++

# Assalamu'alaikum pembaca #

Alhamdulillah. Sudah sepuluh ribu lebih lebih blog sabarmuberbunga ini diview. Terima kasih semua!

Sebarkan kalau ada dapat manfaat dari sini ya! Teruskan menyokong UM. Ececeh! 

Saturday, 16 April 2016

CETAKAN KE-2

# Assalamu'alaikum pembaca #

Entri kali ini buat yang teringin untuk menjadi penulis dan sudah bergelar penulis. Jika kita ada terliur melihatkan karya sahabat penulis yang lain menduduki carta 'bestseller' bulanan di kedai-kedai buku seluruh Malaysia, itu memang/pasti akan berlaku.

Memang menjadi idaman kita sebagai penulis yang punya karya untuk menduduki carta bulanan itu. Tapi, jangan kita pernah lupa. Allah Maha Adil dan Maha Pemurah!

Ada penulis baharu yang dikurniakan nikmat sebegitu cepat naik nama dan bukunya. Ada yang sedikit lambat untuk mendapatkannya. Syukurlah walau apa sahaja bahagian kita.

Apa yang penting kita perlu terus berkarya dan menjual karya kita yang telah terbit. Menduduki carta atau tidak, biarlah urusan yang Maha Kuasa. 

Allah Maha Tahu segalanya!

Alhamdulillah. Walaupun #basikalkarat belum pernah menduduki mana-mana carta bulanan atau mingguan di kedai buku terkenal, kini #basikalkarat akan memasuki cetakan yang kedua.

Persediaan bekalan untuk Pesta Buku Antarabangsa di MAEPS, Serdang sedang berlangsung.

Terima kasih buat semua yang menyokong dan membeli. Mudahan banyak manfaat yang kalian perolehi. Insya-Allah.

Ikhlaskan niat berkarya dan teruslah kayuh kehadapan tanpa perlu hiraukan bisikan syaitan di kiri kanan. Mereka akan sentiasa membisikkan ketidaksyukuran dan alpa dengan pujian dunia. 

Nauzubillahi min dzalik

Mohon Allah SWT jauhkan kita semua daripada kegelinciran niat seperti ini.

Semoga berjaya semua! 

Monday, 14 March 2016

CABARAN PENULIS MUDA BAHARU

# Assalamu'alaikum #

Entry ini khusus buat yang berimpian sangat-sangat untuk menjadi seorang penulis! Yang tiada impian pun boleh baca juga. Mana tahu, selepas baca ini terus berimpian kan? 

Penulis? (sambil mencebik bibir dan hidung terjungit)

Bagus apa jadi seorang penulis. Salah satu cabang untuk sebar dakwah dengan meluas. Kalau manusia yang  jenis cakap tak berapa nak sedap macam aku ni, memang patutlah menulis (hehehe). Kalau cakap depan orang tu berterabur poin ke sana sini. Lepas tu, parkinson semacam bila pegang mikrofon. Sesuailah tu!

Aku bukanlah orang yang benar-benar berkelayakan untuk menulis tentang hal ini sebenarnya. Buku pun baharu sahaja sebuah yang berjaya diterbitkan dan nama pun orang tak kenal lagi. 

Buktinya? Korang pernah ke dengar namaku diseru-seru...? uwwuuu...  Kan... Tetapi atas dasar ingin berkongsi rasa dan idea, kugagahi untuk menulis. Sebab sayang korang la kita tulis ni. Ecehh...

Buat pengetahuan korang,

Bukuku #basikalkarat berjaya diterbitkan oleh pihak Karya Bestari pada akhir bulan Januari 2016. Syukur alhamdulillah. Impian menjadi kenyataan. Bermula saat itulah cabaran sebagai seorang penulis muda lagi pokai akan datang silih berganti.

Buat pengetahuan korang juga, aku baharu saja menamatkan pengajian sebagai mahasiswa ijazah sarjana muda di salah sebuah universiti terdamai di Malaysia ni. Jadi, faham-faham sahajalah keadaannya bagaimana. 

Tiada sumber pendapatan yang tetap lagi lumayan, makan minum tidur pun percuma di kampung dengan aman, menghabiskan masa dengan kononnya membelek semula kitab untuk dihadam dan berkorban sedikit tenaga sahaja buat mengemas rumah atau menghantar mengambil mak ke kerja.

Selebihnya, yang pernah menghadapi saja yang terlalu tahu dan faham.

Kiranya aku tamat pada bulan Januari juga, bersama-sama buku sulungku keluar pasaran. Gembira, sedih dan terharu bercampur baur.  

Berbalik kepada cerita minta menulis korang tu,

Selepas sahaja buku korang dicetak dan diedarkan ke kedai buku, di situlah bermulanya korang sebagai agen promosi dan jualan untuk buku korang sendiri. Bukan goyang kaki, terkedip-kedip kelopak mata, lalu royalti akan masuk berdesup-desup. Oh, korang sedang hidup di alam yang berbeza tu.

Amalan mempromosi buku perlu dilakukan setiap waktu. Mukabuku mesti penuh dengan gambar buku korang atau petikan daripada buku korang. Post semua gambar yang kawan sedunia capture di kedai buku. Beritahu pada dunia buku kita ada di sini, di sana, di situ dan di mana sahaja. 

Kalau korang ni jenis manusia yang sedikit pemalu sepertiku (masuk bakul tutup guna tudung saji), mula-mula memang akan malu dan segan. Tapi, lama kelaman akan jadi ketagih. Bukan isu riyak atau apa, tapi nak suruh orang beli, kita mesti beritahu orang lain kewujudan buku kita tu. Baru orang tahu, berminat, beli dan beli lagi sekali sebagai hadiah buat orang lain.

Logiklah sikit kan, nak suruh orang beli baju yang kita jahit, 

"Mana bajunya yang kau nak jual tu, Mina?" "Ada di rumah, Mah." "Dah tu macam mana aku nak cuba kat badan. Engkau ni pun..."  

Lepas dah post di sana sini, makanya akan ada orang yang berminat nak beli. Mereka akan tanya korang buku tu tentang apa. Persoalan pelik akan korang temui. 

"Kenapa nama buku pelik nau?" 
"Kenapa susah nak jumpa kat kedai?"

Dan pelbagai soalan lagi. Makanya, korang jangan pernah mengeluh dan sabar menjawab semuanya. Bayangkan mereka itu semua bakal mad'u (orang yang kita seru kebaikan paranya) kita. Merekalah calon yang akan mendapat manfaat daripada buku kita. Merekalah agen yang akan menyebarkan menggunakan kebecokan mereka betapa bestnya buku kita! Be friendly dengan mereka tau!

Mereka akan beli buku korang jika mereka tersangat berminat dengan keunikan buku korang tu. Kalau dia tak minat, dia akan kata, "Insya-Allah, kalau nak beli nanti saya beritahu ya!" Okay!!!

Mereka boleh membeli dengan cara:
  1. Beli di kedai
  2. Beli secara atas talian dengan penerbit
  3. Beli daripada penulis sendiri (paling mencabar bagi penulis)

Ramai yang suka untuk membeli dengan penulis sendiri sebab ada sign, ucapan dan kalau ada rezeki lebih hadiah percuma! Penulis sangat seronok jika bukunya mendapat sambutan dan ramai ingin menempah dengannya. 

Ada dua cara lagi jika transaksi pembelian dengan penulis:
  1. Pre-order (pembeli bayar dahulu, penulis tempah dan belikan)- kes penulis baharu pokai sepertiku
  2. Penulis beli dahulu guna duit sendiri & jual seperti biasa

Cara untuk mendapatkan stok buku korang daripada penerbit ialah dengan membeli dengan mereka. Penulis biasanya akan mendapat harga sedikit murah berbanding harga yang sebenar. 

Bagi penulis muda yang tiada sumber pendapatan sepertiku, pasti ada cabaran yang akan membuatkan korang rasa nak putus asa dan tertekan (kita manusia biasa, pasti akan rasa macam tu sekali-sekala).

Rasa itu akan datang bila korang lihat penulis lain yang sebumbung di bawah penerbitan yang sama memborong buku sendiri daripada kilang penerbitan beratus-ratus bilangan buahnya. Pada masa yang sama Editor pun minta giatkan lagi jualan buku korang dan korang masih dengan jumlah pre-order yang dahulu yang 60 buah itu. Itupun pre-order. Oh, saat itu hanya Tuhan yang Maha Tahu. 

Tapi alhamdulillah. Terima kasih buat yang menjadi pembeli #basikalkarat yang 60 buah pertama tu. Luv u la!

Hendak beli stok untuk di bawa ke mana sahaja (aku banyak pergi program dan banyak peluang untuk menjual tersia begitu sahaja), kerana aku tiada dana untuk membeli dahulu sebagai stok.. 

Jauh sekali untuk minta ibu bapa yang terlalu banyak berhabis duit. Tambahan lagi kita lihat betapa kerja kerasnya mereka mencari rezeki (duduk rumah baru korang nampak kegigihan mereka, duduk asrama dahulu asyik minta duit tak ingat dunia).

Di saat korang rasa teramat sempit dan buntu tu, korang mesti teruskan untuk mempromosi buku semampu boleh. Mungkin buat masa ini itu sahaja yang Allah izinkan untuk korang usahakan. Baik sangka dengan aturan Allah swt!

Jangan lupa untuk sertakan di mana bakal pembeli boleh dapatkan buku korang tu. Yang paling mudah ialah pautan atas talian penerbit korang. :) 

http://mall.karangkraf.com/ 

Setelah orang lain nampak korang seakan banyak duit kerana duk promosi buku sana sini, akan ada yang personal message dengan korang untuk minta sumbangan itu dan ini. Minta sponsor buku dan sebagainya. (Aku tak salahkan mereka kerana mereka tidak tahu).

Korang akan rasa.... ?? Huargh!! Tak tahu nak rasa apa. Hati penulis muda yang baharu memang kena sado. Wajib!

Kita belum dapat lagi royalti hasil jualan buku. Kita tak mampu untuk tingkatkan jualan dengan membeli sebagai stok sendiri kerana kekurangan dana tapi orang di luar sana lihat kita seakan sudah banyak duit dan poket tebal berisi.  

Sampai tak tahu nak rasa apa. Hilang deria rasa. Allah sahaja yang Maha Tahu.

Allahu rabbi!
Bukan kita tak mahu beri infak atau apa, sahabat, cuba keadaan kita belum mengizinkan lagi. Royalti bukan masuk bersama like dan share di Facebook tau. Ia makan masa dan banyak birokrasinya. Bukan terus kaya pom-pom penuh akaun bank... Silap tu. (hehehe)

Tidak mengapa, dengan izin Allah segala cabaran itu akan korang berjaya tempuhi bersama-sama dengan semangat para penulis yang lain. Melihatkan aktiviti mereka mempromosi ke sana sini  bakal memberikan korang semangat baharu! Bekerja dengan insan yang sudah bekerja dan profesional, bikin matang cepat. 

Insya-Allah, ada rezeki dapatlah kita sebagai penulis baharu ini infak lebih kepada yang memerlukan. Korang di luar sana pakat-pakatlah untuk sokong dan promosi buku kawan korang ke seantero dunia. Canangkan pada semua orang yang kawan korang tulis buku. Suruh mereka beli. Nanti dapat royalti lebih sikit, dapatlah kawan korang tu belanja ke, infak lebih sikit ke.

 Rezeki mesti dikongsi walaupun sedikit, itu tanda orang bersyukur.

"Barangsiapa yang bersyukur, akanKu tambahkan lagi..."

Jadinya korang yang berimpian untuk jadi penulis tu, mohonlah sediakan hati yang sado. Kena tabah dan sentiasa positif dengan cabaran yang mendatang. Korang perlu sentiasa kreatif dalam mencari jalan promosi dan pembinaan nama korang. 

Bukan mudah untuk seorang manusia yang entah siapa-siapa untuk dikenali di mata dunia. Buat facebook page tanpa membeli 'sponsored' sangat mencabar kemampuan anda! Walau bagaimanapun, aku akan terus berjuang!

Dan satu cabaran lagi ialah jika korang menerbitkan buku dengan syarikat penerbitan besar ialah korang kena berdikari dan bijak membawa diri.  

Ini pemerhatian yang telah aku lakukan dan baca.
syarikat penerbitan gergasi mempunyai beribu-ribu penulis untuk dia terbitkan karya mereka. Tiada masa untuk mempromosi buku kita 'kaw-kaw'. Jadi, kitalah yang perlu bijak mencari ilmu promosi dan pembinaan nama

Sepanjang aku mencari ilmu pemasaran sebagai seorang penulis, buku 'Pemasaran Gerila untuk Penulis' karya Jay Conrad Levinson, Rick Frishman, Michael Larsen dan David L. Hancock  sangat membantuku. Tetapi, aku baca yang terjemahan Melayu sahaja. Banyak tip yang aku pelajari dan cuba aplikasikan. Insya-Allah, Allah kan ada sentiasa membantu kita mencari solusi.

Ada jodoh nanti aku kongsikan ilmu berharga dalam buku tu. Nak tak korang?

kredit Google


Aku mohon doanya daripada korang dan aku doakan korang juga berjaya mencapai impian. Jangan tukar impian lepas baca entry aku ni sudahlah (hahaha). Sekian!


Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...