Showing posts with label BELAJAR DARAH WANITA. Show all posts
Showing posts with label BELAJAR DARAH WANITA. Show all posts

Saturday, 30 October 2021

Darah Pekat & Merah Itu Haid?

"Sis, darah merah pekat kalau keluar, tidak semestinya itu darah haid tau."



Betul sungguh apa yang sistur atas ini kata. Bila kita nampak ada darah merah pekat atau hitam likat keluar, kita bukan mudah-mudah saja boleh kata darah itu adalah darah haid.

Ada beberapa soalan perlu ditanya sebelum mahu pastikan darah itu darah apa. Darah haid ka, darah istihadah ka atau darah rosak ka. Kahkahkah. Okay ini gurau.

Jika kita ambil kes perempuan yang sudah ada adat kebiasaan haid atau mu'tadah, kita tanyakan satu soalan ini kepadanya bila dia tengah keliru tentang darahnya itu.

🗣Bila awak mandi wajib dan berapa hari bulan awak mula suci?

Ini untuk kita tengok tempoh suci dia cukup atau tidak 15 hari 15 malam. Kalau cukup okay, boleh haid baru. Kalau tak cukup, perlu sempurnakan baki suci hingga 15 hari dahulu, baru boleh haid semula.

Seterusnya, sistur tu perlu catat segala aktiviti darahnya. Jam darah keluar, warna apa, bila perubahan warna dan kering jam berapa. Jangan pula dia buat tak tahu saja dengan apa yang berlaku. Go with flow katanya huhu.

Jika cukup semua darah yang keluar itu 24 jam, dia dikira haid. Jika darahnya terlalu sedikit dan tidak cukup 24 jam, kita kira darah dia darah rosak atau darah fasad. Status sama seperti darah istihadah juga lah.

Kalau ada tinggal solat atau puasa, perlu diganti semula ya.

Okay ke semua tu? Ingat tau soalan cepumas tadi bila nampak darah kita keluar. Janji?

Salam Jumaat yang penuh berkat 🧕

#belajardarahwanita

Thursday, 23 September 2021

💐 Tak Perlu Mandi Wajib 💐

Sumber: Google 


Antara ilmu baharu yang Fana dapat sepanjang berguru dengan 3 orang guru tentang darah wanita ni, masih lagi belajar bersama mereka sebenarnya, tentang mandi wajib jika darah tak cukup 24 jam lagi.

Kalau kes darah kita jenis sikit-sikit yang tak berterusan 24 jam tu, kita tak perlu mandi wajib untuk bersolat. Kes tompok tompok manja ni ya.

Fana bagi contoh ya.

Hari 1: darah merah keluar sikit selama 2 jam.

Hari 2: darah merah keluar 3 jam.

Hari 3: darah tak keluar dan check faraj guna kapas ada kesan darah pada kapas. Fatrah namanya.

Hari 4: darah merah keluar 1 jam saja.

Hari 5: darah tak keluar dan check guna kapas di faraj bersih.

Kita pun nak solat lah sebab dah bersih. Walaupun lendir putih belum keluar.

Okay persoalan di sini perlu mandi wajib atau tidak?

1) Tak perlu mandi wajib sebab darah belum cukup 24 jam. Kalau kita kira baru 2+3+1+fatrah sikit= 6++ jam.

2) Dikira sebagai darah fasad/ rosak atau istihadah. Bukan darah haid.

3) Kita hukumkam zahir yang kita nampak. Bersih saja, maka kita pun solat macam biasa. Tanpa mandi wajib.

Tapi kalau lepas tu darah keluar semula, kita tahan diri daripada solat sebab darah jadi penghalang untuk kita solat.

Jika darah dah cukup 24 jam dalam tempoh 15 hari baru dikira sebagai HAID.

Belajar sesuatu? 💐

#belajardarahwanita

💐 Wiladah Tak Bersambung Nifas 💐

 


Hari ini kita belajar sikit tentang nifas nak?

Bila bersalin kita akan ada 2 jenis darah. Darah wiladah dan nifas.

Ada wanita semasa bersalin, keluar darah wiladah dan bersambung terus dengan nifas. Ada wanita lain pula, keluar darah wiladah dan berhenti. Beberapa hari kemudian baru keluar darah nifas.

Berdasarkan pengalaman, anda kategori yang mana?

Okay kita tengok contoh dalam gambar yang tulisan buruk tu huhu.

Perasan tak darah wiladah dia dan nifas tidak bersambung? Ada kosong atau suci atau naqa 5 hari selepas baby keluar.

5 hari gap itu boleh jadi bermacam jenis status.

Kalau dia calit kapas di faraj, ada kesan darah; ia dikira FATRAH dalam NIFAS. Tapi kalau kapas tidak ada kesan darah, kita kira dia SUCI. Makanya wajib mandi wiladah dan beribadat seperti biasa.  

Tiba-tiba 5 hari kemudian datang darah. Jadinya SUCI tadi bertukar NAQA'. Kalau darah tak datang dia kekal suci.

Persoalan yang muncul? 5 hari itu dikira sebagai hari-hari NIFAS juga ke walaupun darah tak keluar?

Jawapannya YA. Naqa dikira sebagai NIFAS. Sela-sela kosong antara NIFAS kurang 15 hari dikira nifas juga.  Darah ada tapi tak turun.

Kata kunci: gap kurang 15 hari

"Habis tu kami dah solat dan puasa waktu kosong tu, sebab ingatkan suci."

Tidak mengapa ya. Kan kita berhukum dengan apa yang kita nampak di mata kita. Darah tiada, maka kita perlu solat macam biasa. Tidak berdosa. Tapi solat dan puasa tidak dikira lah.

Sebenarnya ada panjang lagi perbahasan. Tapi kita hadamkan yang ini dulu ya. Kang fenim lalat manyak-manyak cerita 😅

Dari masa ke masa garis masa tu akan kita sama-sama penuhkan. Ilmu hari ni faham kan? 💐

#belajardarahwanita #ilmunifas


Thursday, 27 May 2021

Keputihan Boleh Bawa Dalam Solat?




Pagi ni baca buku baru beli 2 bulan lepas. Bab pertama ni ada bincang tentang kelembapan faraj selepas jenis darah wanita. 



Sumber: Google




Kan Fana pernah bangkitkan isu, orang perempuan kalau jalan luar macam shopping, jalan raya atau travel ke mana-mana, bila nak solat mesti pergi bilik air dulu untuk buang air kecil. Jangan terus ambil wuduk. Cuci dahulu apa yang patut dicuci. 

Inilah tujuannya. Nak tengok ada keluar lembapan faraj atau tidak. Keputihan, air mazi, air wadi atau peluh. Ni semua jenis-jenis kelembapan faraj. 

Ada orang dia kata dia simpan wuduk daripada zohor. Jadi, solat Asar terus boleh dikerjakan. 

Tapi dia tak jenguk dulu adakah keputihan atau air mazi telah keluar dek berjalan dan beraktiviti. Kadang-kadang duduk saja depan laptop pun masih keluar. 

Nak tak nak memang kena jenguk dan bersuci. 

Buat pengetahuan uolls, kelembapan faraj ada 2 jenis dan 2 status. 

Had zahir faraj: macam peluh. Suci dan tak perlu bersuci sebelum berwuduk. Ini kawasan yang zahir waktu kita mencangkung. 

Had batin faraj: seperti keputihan, air wadi dan air mazi. Ia najis dan perlu disucikan sebelum berwuduk. Ini kawasan dalam yang tak nampak bila mencangkung. Bersihkan sahaja ya, bukan mandi wajib 😅

Seluar mini kita jika ada terkena najis ni, maka tak boleh bawa solat ya. Mesti diasingkan dari tempat solat. Jangan letak bawah sejadah, dalam poket atau sebagainya. 

Saranan Fana, pakai pantyliner untuk kebersihan yang terjamin dan mudah diurus. Selamat berhati-hati sebelum solat! 😊 

Jemput join channel Telegram Fana ya di https://t.me/belajardarahwanita 

#belajardarahwanita


Friday, 31 May 2019

Fatrah & Naqo Dalam Haid

Anda geng fatrah atau geng naqo'?



Ceh! Kenmain tajuk kan. Okay seperti yang ramai kata 'nak' tengah hari tadi, Fana pun belek semula kitab dan ulangkaji sedikit tentang 2 adik-beradik kembar ini tapi lain perangai.

Seorang nama 'fatrah'.
Seorang lagi nama 'naqo'.

Jangan buat nama anak pula ya.

Isu utama yang penting untuk si fatrah dan naqo' ini adalah ia istilah bagi masa selang antara hari-hari haid kita. Kan kalau kita datang haid, ada hari darahnya keluar, ada hari darah tidak keluar. Part tidak keluar itu isunya.

Contoh;

Hari pertama hingga hari ke-3: darah keluar
Hari ke-4 hingga ke-6: tuala wanita bersih
Hari ke-7 hingga ke-11: darah keluar dan bersih pada hari ke-7

Itulah isunya. Tiada darah yang keluar. Boleh jadi 2 situasi itu masa selang. Amma!

Kosong itu adakala boleh jadi fatrah, adakala boleh jadi naqo'.

Okay. Faham ke setakat ini? Boleh Fana teruskan lagi?

Fatrah: memang kosong di tuala wanita, tapi bila check guna kapas, ada kesan warna darah pada kapas.

Naqo': memang kosong ni tuala wanita, tapi bila check guna kapas pun bersih juga. Tiada kesan darah pada kapas.

Nampak bezanya, kawan-kawan?

Fatrah ada darah pada kapas. 
Naqo' tiada darah pada kapas.

Ops! Jangan tidur dulu. Sedikit saja lagi.

Jika keadaannya fatrah (ada kesan darah); masa selang itu dikira haid juga. Kiranya hari ke-4 hingga ke-6 itu termasuk dalam hari-hari haid. Ini tiada khilaf tau.

Jika keadaanya naqo' (kapas bersih), boleh jadi haid dan boleh jadi suci juga. Tapi perincian yang ini Fana macam perlu buat siri lain lah. Nanti acik-acik pening lalat kalau sambung. 🤣

Boleh ke acik-acik semua? Komen sikit faham ke idok? Kalau dah faham tag member lain tau. Biar dia dapat ilmu tambah darah dia sendiri.

Farhana Zali
Acik Darah Manis. Bajet.

#belajardarahwanita #like #comment #share

Thursday, 11 October 2018

Cara Kira Hari Pertama Haid Yang Betul

Ramai wanita yang kira tempoh hari pertama haid mereka begini. Farah datang bulan/haid pada jam 8 pagi 10hb Oktober. Dan Farah katakan bahawa hari pertama haidnya ialah pada 10hb. Hari ke-2 pula ialah 11hb dan seterusnya.

Ha, betulkan kebanyakan daripada kita kira begitu?


Menurut pendapat dalam mazhab Syafie, sekurang-kurang haid adalah 24 jam atau sehari semalam. 

Jika darah keluar kurang daripada itu, ia bukan darah haid, tapi ia adalah darah istihadah atau darah fasad (rosak). Suci dan boleh beribadat seperti biasa.

Okay sebelum Fana terangkan cara pengiraan yang betul, mari kita bandingkan 2 kiraan ini. Satu kiraan yang salah, dan satu kiraan yang betul. 

Farah haid pada 8 pagi - 10hb Oktober. 
Farah habis haid pada 11 pagi- 16hb Oktober. 
Berapa jumlah hari haid Farah?

Jawapan pertama: 7 hari haid
Jawapan kedua: 6 hari haid

Mana yang betul dan mana yang salah?  

Kalau anda kira ikut cara biasa anda itu, jawapannya adalah yang pertama iaitu JAWAPAN PERTAMA; 7 HARI HAID. 

Sebenarnya, jawapan yang tepat adalah jawapan ke-2 tau. Hanya 6 hari haid. Jom dengar di video bagaimana pengiraan sebenar

Cara Kira Hari Pertama Haid Yang Betul




Nanti follow tau channel Fana di Youtube yang tak seberapa itu dan follow di fesbuk dan IG juga. Kongsikan ilmu ini bersama sahabat anda yang lain SEBAB ramai orang yang tersilap kira haid mereka. Kasihan mereka tau. 

Terima kasih sudi baca. Jemput singgah lagi nanti. 




Wednesday, 5 September 2018

Warna Darah Wanita dan Susunan Ikut Kekuatan


Anda tertanya-tanya apa saja warna darah kita? Bukan merah saja ke?

Warna darah wanita ada 5 semuanya. Merah, hitam, coklat kuning dan keruh. Banyak kan? Bukan merah sahaja tau. Nanti masa anda haid, anda perhati darah apa saja yang keluar. 

Keruh itu apa? Macam pelik saja. 

Keruh itu warna seakan kelabu asap. Biasanya di akhir haid kita selepas kuning dan sebelum putih atau jernih yang suci itu. Keruh di tengah-tengah.  

Okay susunan ikut kekuatan macam mana pula? Aha, begini. 

HITAM-MERAH-COKLAT-KUNING-KERUH

Hitam paling kuat, keruh paling lemah. Logik kan kalau ikut kebiasaan kita. Keruh akhir sekali. 

Ilmu warna dan kekuatan ini sangat penting dalam beberapa situasi. Nanti kalau anda terkena istihadah, senang nak tengok yang mana istihadah, yang mana haid bila sudah tahu susunan kekuatan mereka. Sebab bukan semua warna itu istihadah ya jika keluar 20 hari, ada bercampur dengan haid juga tu. 

Okay? 

Sila share tau jika anda rasa bermanfaat. Walaupun ada yang sudah tahu, kita kena ulang ilmu yang sama berkali-kali supaya makin faham dan ingat. Jadinya kita kena sebar berkali-kali agar geng kita yang lain cakna dan hadam. 💪



Farhana Zali
Suka Warna Merah Darah

Monday, 1 January 2018

SELAMAT TAHUN BAHARU 2018

Assalamualaikum semua. Selamat tahun baharu 2018! Alhamdulillah. Hari ini merupakan hari pertama kita berada di tahun baharu yang bakal lebih mencabar ini. 




Apa aktiviti anda sepanjang hari ini?

Kalau Fana sepanjang hari ini penuh. Hihi. Nak tidur tengah hari my feveret pun tak sempat. Pagi Fana ada mesyuarat ummah panggilan segera, petangnya pula kami sekeluarga belanja barang dapur sedikit di Mydin Mitc. Ramai ya amat orang di sana. Troli pun habis. haha. Nasib baik kami dah grab satu di tempat parking. Bijak kan kami!

Okay! 

Saja Fana nak buat entry ini. Mahu mengimbau kembali detik-detik penting sepanjang 2017. Ada yang manis dan ada yang pahit. Mungkin ada yang Fana pun terlupa rasa apa. hihi.

Tapi apa yang Fana ingat, tahun ini merupakan tahun yang mencabar luaran dan dalaman Fana. Dugaan nak tengok betul ke Fana ini boleh berdiri atas kaki sendiri. 

Bulan April yang lalu ada live di Suria fm bersama Abang Brian. Bila hidup selalu berteman ke sana sini, pergi ke bandar yang memerlukan baca peta, tuhan saja yang tahu betapa peratus tahap tawakal Fana pada-Nya. 




Bukan mudah live di radio rupanya. Prepare jawapan 6 muka surat beb. Sekali boleh cakap setiap soalan 2 hingga 3 minit saja. haha



Moga abang Brian disapa hidayah dengan segera. Sangat suka dengan Islam beliau ini. 


Kalau suruh pergi sekali lagi pun Fana tak ingat arahnya. Memang buta tsiqah pada waze. hahaha. Sudahlah kena bayar parking dua kali sebab cari kereta pusing-pusing silap level. Aduyai. 

Kali kedua Fana pandu sendirian ialah akhir tahun lepas. Fana pergi ke Bangi untuk hadiri Seminar Viral-lah, tuan Khairul Hakimin. Patutnya ini impian tahun 2018, tapi rezeki datang lepas beberapa hari sebut-sebut kata teringin pergi. Syukurrr. Dalam nebes nebes takut pandu seorang tu, dapat juga sampai awal dan 15 minit sebelum program berlangsung. Fuh! Kira terer lah kan. 


Jumpa adik nama sama dan bekas pelajar UniSZA juga. 


Terima kasih kepada ukhti Mimi sebab beri pinjam Froggy beliau. Moga Allah limpahi rezeki yang melimpah luah. Amin.

Tahun 2017 yang lalu juga mencatatkan betapa kerasnya Fana kerja untuk bangunkan kelas Tuisyen Himmah Fana. Hampir dua tahun Fana wujudkan kelas tuisyen murah untuk anak kampung Fana sendiri.  Insya-Allah niat suci kita Allah berkati. 


Sepatutnya ada 10 orang. 


5 daripada mereka dapat masuk sekolah asrama yang agak bagus dalam Melaka. Alhamdulillah. Tahun 2018 bakal memberi sinar harapan yang lebih cemerlang buat Tuisyen Himmah. Amin. Ruang belajar yang lebih selesa mungkin?

Alhamdulillah juga untuk rezeki buku kedua Fana. Bulan Oktober akhir yang lepas, kak ngah Fana telah selamat dilahirkan. Cakap Biar Serupa Bikin nama diberi. 


Setiap penulis memang akan ternanti-nanti poster yang ini. 

Sudahlah warna wow Fana warna biru dan hitam. Cover kak ngah pun kena temanya. Rezeki orang kata. Terima kasih Karya Bestari dan kak Amal, editor super detail Fana. Berkat kena tegur berkali-kali, inilah hasil yang terbaik kami persembahkan.

Kak ngah lebih berisi, matang, tiada pembuangan masa dan pastinya lebih punya bahasa yang elok. Buku santai hasil beberapa cantuman mutiara daripada buku-buku fikrah yang sukar didapati dan difahami. 

Fana cuba untuk mudahkan bahasanya agar masyarakat umum juga bisa dapat manfaat daripada buku-buku gerakan harakah. Memang rugi siapa tak baca tau. 


Itu muka seharian muntah dek terkena angin Terengganu. 


Sekali lagi Fana syukur pada Allah swt. Tahun ini membuka satu lembaran lebih lagi keberadaan bidang darah wanita dalam masyarakat umum. Semakin ramai yang boleh terima dan mula cakna. Alhamdulillah, nikmat paling seronok Fana rasa.

Impian nak buat ebook pada masa depan telah Fana rintis dengan nota kecil 5 ASAS ILMU DARAH WANITA. Buat masa ini Fana bagi secara percuma untuk pembeli kombo kak long dan kak ngah. 




Fuh! Penat Fana taip. Senyum simpul tau taip semua ini. Banyak sangat kenangan manis. Walaupun target nak kahwin bulan Oktober tak tercapai, relaks saja lah. Siapa suruh letak target awal padahal calon pun belum ada kan. Hahaha. 

Memang pun akan timbul cemburu bagai tengok insta kawan-kawan atau akhawat tunjuk suami dan anak comel memasing, tapi pujuk diri dengan 


Allah bagi nikmat pada mereka dengan cara itu. Allah bagi aku nikmat dengan cara ini. Dapat jadi artis kan? hahah. 

Cewah! Orang sanguine dan lahir bulan April ini memang jenis pandai motivasi diri tau. Gitulah setiap kali setan datang cucuk kufur nikmat hasad bagai. 

Jadi, kita postpone bulan Oktober tahun ini lah eh. Amin kan lah kau orang ini. 

Okay satu lagi kejayaan terbesar tahun ini ialah Fana ceburkan diri dalam bisnes online Mary Jardin yang sangat best tak menyesal join. Ahah sampai gitu sekali kan. Bersyukur sangat dapat masuk team surilavender bawah supervise bonda Ira. Team yang sangat supportive dan belajar banyak benda baharu. 


Inilah bonda Ira. Muda saja lagi. Tapi best panggil bonda. 


Kenangan retreat Disember lalu. Best sangat tau! 

Tapi ada beberapa yang tak tercapai sebenarnya. Antaranya ialah baca buku sebanyak 30 buah. Fana dapat 19 saja. Tahun 2016 lagi teruk. 15 saja kot. Insya-Allah tahun ini nak sungguh-sungguh capai target.

Satu yang Fana perasan apa kelemahan yang sampai tak tercapai target. Apa kau orang rasa?

Yep. Sebab Fana tak tepek vision board di dinding bilik. Fana tulis dalam diari, tapi itupun sangat umum tak detail. Jadinya 2018 Fana dah siapkan satu "MISI 2018"

Fana buat atas kad manila dan tampal apa impian tahun ini. Setiap pagi, tengah hari, petang, malam memang Fana tengok. Ada perubahan dari segi positif diri Fana. Siap buat wallpaper laptop tau. 

Kau orang pun patut buat tau! Eh, mana boleh bagi tunjuk board Fana. Ada rahsia negara dalam tu. Ahaks! 

Saturday, 25 November 2017

NIFAS MELEBIHI 60 HARI

Assalamualaikum semua. Semalam ada seorang sahabat itu bertanya tentang statusnya sekarang. Seluar dalamnya seakan ada bau darah, tetapi tompokan darah tiada. Hari ini sudah masuk hari ke-70 dia berpantang. Maknanya terlebih hari lah kan. Macam mana tu?

Sebenarnya Fana sudah lama tidak baca semula tentang darah wanita ini. Tersibuk dengan bisnes Mary Jardin dan uruskan pembelian buku Fana (BK dan CBSB). Hihihi.

Kalau awak mahu tahu, tajuk NIFAS adalah tajuk yang paling Fana takuti. Sudahlah tidak berpengalaman, masa di U hari itu pun tidak belajar nifas secara mendalam. Surface gitu-gitu sahaja. Memang seram kalau orang tanya.

Berbalik kepada soalan sahabat tadi, keadaannya sudah suci atau belum? Darah tidak kelihatan pada seluar dalam, tapi bau ada pula. Jadi keliru dia. 

Perkara pertama yang Fana suruh dia buat ialah ambil kapas dan colek di lubang farajnya. Lihat ada kesan darah atau tidak. 

Perkara kedua pula ialah Fana beritahu yang dia terlebih maksimum 60 hari nifas. Darah nifas ini paling minimum ialah sedetik (sesaat) dan paling maksimum ialah 60 hari. Jika terlebih akan jadi ISTIHADAH. Kiranya dalam sepanjang darah keluar itu ada DARAH NIFAS dan DARAH ISTIHADAH. Tapi ada syarat juga cara nak tentukan. Akan diterangkan kemudian, insya-Allah.

Jadi apa status darah yang keluar hari ke-61 hingga hari ke-69? Hari ke-70 (hari dia bertanya) tak termasuk, sebab sudah bersih seperti yang diperkatakan.

Ada beberapa rukun (rukun pun boleh) yang perlu ditanyakan sebelum nak letak status sama ada nifas atau istihadah. 


  1. Paling penting soalan yang ini. Adakah wanita tersebut pertama kali nifas atau sudah beradat. Maksud adat itu ialah sudah lebih sekali. Kes sahabat ini PERTAMA KALI NIFAS. 
  2. Kemudian, tanya juga darah yang keluar itu satu sifat atau lebih sifat. Sifat darah ini seperti PEKAT dan disertai dengan rasa HANGAT masa keluar; ataupun cair saja; ataupun keluar laju tanpa disedari; ataupun keluar dengan rasa kebas/sakit.
  3. Selepas dah tahu dua perkara di atas, kita tanya lagi adakah dia boleh bezakan (tamyiz) darah yang keluar itu; kuat atau lemah.
Bagaimana mahu bezakan kuat atau lemah?

Ada 3 cara kita boleh tahu. Sama ada melalui WARNA DARAH atau SIFAT DARAH (seperti yang diterangkan di atas) atau BAU DARAH.

Tentang ini insya Allah, saya akan buat entry yang lain ya. Tak muat pula nanti nak tulis di sini. :) Kalau muat pun, takut awak tidur pula sebab panjang sangat. Hihihi.

Kes sahabat semalam itu. Dia pertama kali keluar nifas (sebab anak sulung) dan boleh bezakan warna darah. Ada darah merah dan coklat. Merah lagi kuat daripada coklat tau. Kiranya ini termasuk dalam golongan istihadah yang pertama.


Pertama kali dan boleh tamyiz (beza)

Susunannya jadi begini.

MERAH - COKLAT

Ikut katanya, warna merah memang keluar dalam lingkungan 60 hari (tak lebih) iaitu hari pertama hingga hari ke 39, tapi darah coklat keluar daripada lingkungan 60 hari juga dan berterusan hingga hari ke-65. Darah coklat keluar mula hari ke-40 hingga 65. 

Kita simpulkan begini kesnya.

Merah= 39 hari
Coklat= 25 hari
Kosong= 3 hari
Jumlah= 69 hari

Di sini yang dikira NIFAS ialah darah merah iaitu 39 hari pertama. Dan coklat itu dikira ISTIHADAH. Kita ambil darah yang paling kuat antara dua warna.

Tapi jika coklat berhenti pada hari ke59 atau 60, kedua darah merah dan coklat dikira sebagai NIFAS. Sebab tak lebih 60 hari.

Maknanya, dia perlu ganti solatnya semula sepanjang istihadah itu. Agak sedikit mencabar dan mujahadahlah. :) Tak mengapa. Bukti tanda syukur dapat baby, kita tunduk sebanyak mungkin pada-Nya.  

Isu yang penting di sini ialah LEBIH 60 HARI ATAU TIDAK.
Kalau tak lebih, kedua-dua warna merah dan coklat itu dikira NIFAS. Jika lebih 60 hari, pilih darah yang kuat. Tapi dengan syarat darah pertama (kuat) itu tak lebih 60 hari. 


Kes lain:

70 hari darah merah. Ini bagaimana pula? Insya-Allah next entry ya. 



Faham ke awak semua? Jangan baca kalut-kalut tau, nanti tak faham. Baca satu persatu dan catat mana yang perlu. Isi entry ini saya ambil berpandukan kitab Tuhfatul Aizzak karangan ustaz Mansoor Ismail, pakar darah wanita Malaysia gitu. 



Jika ada yang silap, mohon diperbetulkan dan saya dahulu maaf jika ada info yang tersilap. Terima kasih sudi membaca. :)




Tuesday, 11 October 2016

BAGAIMANA MAHU MEMBEZAKAN DARAH KUAT ATAU LEMAH?

# Assalamu'alaikum pembaca semua #


Ehsan Google


Kumpulan posting pasal haid datang lagi!


Anda Pernah Tahu Bagaimana Mahu Membezakan Darah Wanita Yang Kuat dan Lemah?
==================

Senang sahaja caranya, pagi ini kita kongsi ilmu segar dari kitab Tuhfatul Aizzak eh.

3 cara yang perlu anda tahu untuk sesi buang kepeningan sama ada ini darah kuat atau lemah. Mudah binti ringkas tapi perlu belajar. Hihihi

Ops! Sebelum kita belajar yang itu, anda mesti tertanya kenapa perlu belajar pembahagian ini kan?

Sebab, ia penting untuk penentuan bagi kes darah istihadah atau tidak. Itu cerita lainlah. Okay, jom!

1) kita boleh tengok berdasarkan warna darah yang keluar.
2) atau boleh juga lihat kepekatan.
3) atau bau darah yang keluar.

Alright! Posting akan datang saya kongsikan bagaimana susunan warnanya pula. Bai! ^~^

Silakan share dan like biar posting berterbangan dalam angkasaraya Facebook. #BelajarDarahWanita

*****


Hitam Dahulukah, atau Merah Dahulu?
================================

Malam ini saya tunaikan janji semalam untuk kongsikan susunan warna darah haid ikut kekuatan. Alhamdulillah, nasib baik tidak lupa. Sebab buku rujukan sokmo ada atas meja belajar. Hihih.
Jom semak susunan berikut. Salin dalam buku nota anda tau. Nanti lupa pula.

Hitam - Merah - Merah Keperangan/ Coklat - Kuning - Keruh

Hitam paling kuat.
Keruh paling lemah.

Hendak tahu keruh itu bagaimana? Insya-Allah, saya kongsikan pada posting akan datang. Doakan saya tidak lupa :)

Macam biasalah.

Like banyak-banyak, komen "Hitam paling kuat, Keruh paling lemah' dan share banyak kali supaya sentiasa bergentayangan.

Fuh! Macam Mak Lampir pula bergentayangan gitu.

Jumpa lagi nanti! 

3 KATEGORI WANITA HAID

# Assalamu'alaikum pembaca semua #




Jom, sambung ulang kaji bab darah wanita. Ini kumpulan posting Facebook saya juga. :)

Jika kita sebut tentang sifat darah, kita mesti bayangkan apa yang kita rasa waktu darah keluar.


Ada beberapa keadaan sifat darah bila ia keluar:


1) Darah pekat dan disertai rasa hangat atau panas.

2) Darah tidak pekat, iaitu cair.

3) Darah keluar tanpa disedari.

4) Darah keluar dengan rasa kebas atau sakit.


Sudah pasti sekarang? Alhamdulillah!


*****


Tahukah Anda Bahawa Wanita Yang Kedatangan Haid Itu Ada 3 Kategori?

======================


1) Mubtada'ah (baru pertama kali): ia bermaksud wanita pertama kali kedatangan haid.


2) Mu'tadah (telah biasa kedatangan haid): iaitu wanita yang pernah kedatangan haid dan suci sebelum haid terkini, dan dia mengetahui kadar lama masa kedatangan haid serta masanya.


3) Mutahayyirah: wanita yang terlupa kebiasaan darah haid yang datang; sama ada bilangan hari dan tarikh permulaan.


Sekarang tahu dah kan? ^~^ Feel free to SHARE. 



Jumpa lagi nanti!
Terima kasih sudi baca. 

3 PERKARA PENTING WANITA WAJIB TAHU

# Assalamu'alaikum pembaca semua #




Hari ini saya akan kumpulkan beberapa posting di Facebook saya tentang ilmu darah wanita. Bukan apa, senang untuk merujuk dan diulang kali semula.

Di Facebook susah sedikit kerana perlu scroll sampai sakit mata dan penat jari untuk cari posting yang diperlukan.

Nah, ada dua posting dalam setiap satu entry tau!

Bacalah! Jangan lupa salin nota dan share ilmu ini. Jangan risau, saya sentiasa membuat rujukan semasa membuat posting tentang ilmu ini. Insya-Allah, bukan penipuan. Kalau tipu, saya berdosa besar, masuk api neraka. Sob!

Bacalah ini. Banyak cakap pula penulis kan. hihihi


PERKARA PENTING WANITA PERLU TAHU DAN KENAL PASTI
============================================

Terdapat beberapa perkara penting yang wanita perlu cakna dan sentiasa prihatin untuk kenal pasti;


1) darah kuat dan darah lemah
2) warna darah haid
3) unsur-unsur utamanya


Kenapa?

Kerana darah haid tidak bermula dan berakhir dengan satu sifat atau warna tertentu sahaja, bahkan BERUBAH-UBAH daripada satu tahap kepada tahap yang lain.

*****

Hitam, Merah, Merah Kekuningan/Coklat, Kuning dan Keruh.

Orang perempuan mesti tahu warna ini tau!

Ada yang memang tahu? Warna apakah ini?

Siapa yang mengaku perempuan, sila jawab dalam ruangan komen. Tak paksa, tapi saja hendak bagi lebih ramai orang perempuan RAJIN cakna isu perihal diri sendiri.

Feel free and happy to comment. :)

Thursday, 22 September 2016

DEFINISI DARAH NIFAS

# Assalamu'alaikum pembaca #


Bab kali ini memang bikin saya pening kepala. Cerita pasal darah nifas seperti belajar bab haji juga. Sukar difahami sedikit jika tidak pernah mengalami sendiri.

Walaubagaimanapun, perjuangan kita belajar ilmu fardhu ain ini WAJIB diteruskan. Jangan cepat menyerah kalah dan malas. Kalau pasal bisnes kita bukan main lagi share sana-sini posting. Kalau bab petua murahkan rezeki berduyun-duyun orang nak belajar dan aplikasikan. Kan. 

Kalau bab agama, ilmu fardhu ain. Herm. Krik! Krik!

Jom, jangan jadi wanita yang krik! krik! lagi dengan 'ilmu kita' ini. :)



DARAH NIFAS (KITAB MATLA' BADRAIN)

==================================
1) Darah NIFAS ialah darah yang keluar mengiringi wiladah (setelah melahirkan anak).

2) Darah yang keluar dalam kerangka tempoh 15 hari selepas melahirkan, jika darah keluar selepas berlalu 15 hari, itu dikira sebagai darah HAID.


Contoh (Kitab Tuhfah Ai'zza):


Kes 1: Setelah melahirkan anak, darah tidak keluar sehingga berlalu 15 hari, dan selepas 15 hari barulah darah keluar. Ini ialah DARAH HAID.


Kes 2: Selepas melahirkan anak, darah tidak kelihatan keluar daripada si ibu, tetapi tiba-tiba ia keluar sebelum berakhir hari ke-15 daripada tarikh kelahiran. Ini ialah DARAH NIFAS.


3) Darah yang keluar sebelum melahirkan ( iaitu semasa sakit hendak bersalin) dan ketika bayi keluar, jika tak bersambung dengan haid sebelumnya dinamakan DARAH FASAD (rosak).


Jika darah yang keluar setelah melahirkan bayi bersambung dengan haid sebelumnya iaitu sebelum sakit hendak bersalin, ini dinamakan DARAH HAID. Adapun menurut pendapat asoh, wanita bunting boleh datang haid. Pening kan? Begini contohnya. :)


Contoh (Kitab Tuhfah Ai'zza):


Seorang wanita hamil telah keluar darah haid sebelum sakit hendak bersalin, dan darah itu bersambung dengan ketika sakit hendak bersalin dan ketika melahirkan bayi. Seterusnya, darah terus keluar 

selepas bayi keluar sepenuhnya.

HAID: Sebelum melahirkan, sakit hendak melahirkan dan ketika bayi lahir. 


NIFAS: Selepas melahirkan bayi.


Wallahu a'lam.


#BelajarDarahWanita




TEMPOH KELUAR DARAH

# Assalamu'alaikum pembaca #

Siri kali ini kita belajar tentang tempoh-tempoh ketiga-tiga jenis darah keluar. Masih ingat lagi apa darah-darah tersebut?

Darah HAID, NIFAS dan ISTIHADAH. 

Jom!


TEMPOH KELUAR DARAH
======================
1) Sekurang-kurang HAID ialah sehari semalam - sebanyak-banyak haid ialah 15 hari 15 malam - ghalibnya (selalunya) 6 hari 6 malam atau 7 hari 7 malam.

2) Sekurang-kurang tempoh SUCI ialah 15 hari 15 malam - tiada had untuk sebanyak-banyak tempoh suci - adakala wanita tidak keluar haid.

3) Tempoh sekurang-kurang NIFAS ialah selahzah (sedetik) walaupun sedikit - sebanyak-banyak nifas 60 hari 60 malam - ghalibnya 40 hari 40 malam.

4) Sekurang-kurang BUNTING ialah 6 bulan 2 lahzah - sebanyak-banyaknya 4 tahun - ghalibnya ialah 9 bulan.


Nota:
*sekurang-kurang: paling sekejap
*sebanyak-banyak: paling lama
*ghalib: biasa yang berlaku/ adat kebiasaan



ASAS HAID #3 DEFINISI DARAH ISTIHADAH

# Assalamu'alaikum pembaca #

Bertemu lagi dalam siri Asas Haid. Hari ini kita akan pelajari sedikit tentang apa itu DARAH ISTIHADAH. Siri-siri ini saya buat posting di facebook saya, jadi saya entrykan di sini agar lebih ramai mudah untuk mencari dan membacanya. :)

Selamat belajar!

DARAH ISTIHADAH (KITAB MATLA' BADRAIN)
======================================

1) Darah penyakit yang keluar pada masa yang bukan masa haid dan nifas.
2) Tempoh keluar sama ada kurang sehari semalam (sekurang-kurang haid) atau lebih 15 hari 15 malam (sebanyak-banyak haid) atau lebih 60 hari 60 malam (sebanyak-banyak nifas).
3) Darah yang keluar daripada kanak-kanak perempuan kecil dan wanita yang sudah putus asa daripada haid (menopause) dinamakan darah istihadah juga.

Friday, 9 September 2016

WANITA HAID MASUK MASJID

#Assalamu'alaikum pembaca semua #

Kredit Google



Ramai wanita yang tidak sedar atau tidak mengetahui yang kita diharamkan untuk masuk ke dalam rumah ibadat seperti masjid atau surau yang kekal binaannya, menurut Ustaz Tirmizi Taha, pensyarah pakar darah wanita UniSZA. 



Tempat ibadat yang orang ramai melakukan solat di situ. 


Dalam kitab Matla' Badrain ada dinukilkan juga, "...dan diam di dalam masjid jika kadar tamakninah sekalipun...."


Bagaimanakah yang dinamakan tempat ibadat atau masjid yang kekal binaannya?

Baiklah. Ustaz telah memberi dua contoh tempat masjid atau surau.

  1. Masjid atau surau di kampung yang diadakan solat jumaat, solat terawih, solat sunat dua hari raya dan pelbagai aktiviti kerohanian seperti ceramah dan bacaan Yaasin.
  2. Surau di kampus kita yang terdiri daripada satu bilik atau gabungan bilik asrama yang dikhususkan untuk solat berjamaah. Ada kemungkinan surau atau bilik solat ini boleh ditukar ke bangunan yang lain. 
Surau yang pertama itu yang diharamkan oleh kebanyakan ulama dan yang kedua dibolehkan untuk wanita berhadas besar masuk dan duduk di dalamnya. 

Kekal bermakna tidak boleh ditukar sesuka hati.

Jika kita berniat untuk masuk ke dalam masjid hanya untuk lalu melalui pintu yang berbeza dan yakin darah tidak akan menitik, maka ia dibolehkan para ulama.

Jika kita yakin akan ada darah yang tertitik, maka diharamkan untuk lalu. Ingat ya, lalu bulan duduk. Masuk menggunakan satu pintu dan keluar melalui pintu yang lain pula.


Dalam Matla' Badrain, karangan Syeikh Daud al-Fatani pada muka surat 28, "... dan tiada haram lalu di dalam masjid seperti masuk yang berjunub pada satu pintu dan keluar pada pintu yang lainnya bahkan tiada makruh pula pada asoh, dan pergi datang orang junub di dalam masjid HARAM seperti diam padanya...."

Isu yang timbul sekarang ialah kita bukan hendak solat, tetapi kita hanya hendak mengikuti kuliah atau ceramah agama. Maka, kita berbalik kepada fakta awal tadi. Bukan aktiviti apa yang kita ingin lakukan, tetapi duduk di dalam masjid sahaja sudah haram bagi wanita berhaid.

Kita membawa kekotoran ke dalam tempat yang sangat suci. Tak gitu?

Kalau hanya duduk di koridor?

Baiklah. Koridor maksudnya perkarangan masjid atau surau yang tidak berpermaidani dalam masjid. Tempat yang lapang. Satu soalan sahaja untuk menentukan tempat itu masih berada dalam kawasan masjid atau tidak ialah, "Adakah ruangan itu digunakan untuk solat?"

Jika jawapannya, "Ya!". Jadinya masih dalam jajahan haram. Kerana itu adalah ruang solat dan termasuk dalam 'masjid'. 

Dalam kitab Tuhfah Aizza' karangan ustaz Mansoor Ismail, wanita berhaid tidak diharamkan untuk menghadiri mana-mana kuliah agama dan berada dalam majlis ilmu yang bukan tempatnya dalam masjid. 

Sabda Rasulullah SAW: "... aku tidak menghalalkan masjid bagi perempuan yang berhaid dan bagi orang yang berjunub."

(Sunan Abi Daud, juzuk 1, muka surat 109)

Sumber terkini: 


  1. Tuhfa Aizza' [Ustaz Mansoor Ismail]
  2. Matla' Badrain wa Majma' Bahrain [Syeikh Daud al-Fatoni rahimahullah]




Perhatian: Saya akan edit dari masa ke semasa untuk penambahan maklumat. Kitab banyak yang tertinggal di Terengganu. Insya-Allah. 

Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...