Sunday, 14 December 2014

Nak ukhuwah basahh?

07:34 Posted by Ukhti Mawar , 2 comments
Assalamualaikum pembaca sekalian



sila jawab soalan di atas?

Mahu atau tidak?

***

Saya rasa semua orang mahukan kebasahan ukhuwah bukan? ukhuwah yang didasari iman dan takwa sangat kita idamkan..

Ukhuwah itu bukan sekadar BFF semata-mata... bukan sekadar tidur sebantal sekatil.. ke mana-mana jalan bergandingan.. tapi..

ukhuwah itu bila susah senang bersama.. saling nasihat-menasihati.. tegur-menegur bila wujud kesalahan antara saudara.. 

*satu point*

Ukhuwah yang sebenar bilamana kita tidak teragak-agak untuk menegur kesalahan saudara kita. Ada orang yang punya BFF. Tapi bila si BFF dia buat salah atau maksiat, dia hanya mendiamkan sahaja. Dengan alasan...

"Takut la nak tegur. Nanti persahabatan putus"

Okey. Jelas, terang lagi bersuluh. Ini bukan ukhuwah. 

Sepatutnya bila kita melihat ada salah atau silap, kita terus menegur saudara kita tu. Sebab kita sayang dia. Tak mahu dia terusan buat maksiat. Kan nak masuk sorga bersama. Itu barulah BFF!

Macam mana nak dapat rasa kemanisan ukhuwah itu?

Bagaimana nak rasa kemasaman sebuah limau? La budda lakum, perlu kopes dan makan. Barulah rasa masam atau manis sampai ke tekak kita. 

Begitulah ukhuwah, kita perlu kenal, menyelami, hidup bersama saudara kita tu. Sweet lettuw.. 


Rehlah Perdana @ Kuala Ibai


Bagaimana nak kenal semua akhawat kita melainkan kita datang semua program yang dianjurkan. Hatta mabit yang kecilan tu. Program PEMBINA ke. ataupun perjumpaan sesama akhawat. Semuanya sangat penting! Sekali lagi, sangat penting.

Tak kenal maka tak cinta!

Lepas dah datang semua program tu, kalau ada rasa tak basah lagi ukhuwah tu, nak buat bagaimana?

Angkat tangan kanan, letak di dada kiri dan tanya. Iman akukah?

2 comments: