Friday 21 March 2014

amal jamaie memang menyeronokkan!


* Assalamu'alaikum sahabat sekalian *


saya barus habis liqo' bersama penggerak PEMBINA akhawat.. tahniah buat mereka yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, kerehatan di hujung minggu ini semata-mata kerana tarbiyah dan dakwah.. tidak sangka juga, ada dikalangan mereka yang baru berkecimpung dalam bidang dakwah ini, akan tetapi pengorbanan mereka ibarat sudah faham akan realiti susah dan penatnya jalan Allah ini..

hanya secebis refreshment yang dilakukan.. pencerahan semula kenapa bekerja dalam tanzim kita.. apa yang kita akan dapat dengan segala kepenatan ini.. ada tidak hadiah yang dijanji.. PEMBINA hanya platform kita, yang kita seru adalah ISLAM..! saya rasa beratus-ratus kali saya ulang kembali ayat yang sama..huhu..

kalau ada yang mahu bergerak dalam tanzim lain, silakan.. janji teruskan berjihad dan bekerja.. tiada paksaan dalam berjemaah kan..?? no, hard2 feeling ye.. 

sedikit tazkirah telah saya berikan buat adik-adik yang sangat dikasihi itu.. adabiat amal jamaie.. apakah sebenarnya mal jamaie? apa yang dituntut dalam teamwork ini? mari, kita sharing sedikit.

  • amal jamaie adalah suatu kumpulan manusia yang bekerja dengan manhaj yang benar di sisi syarak dan bermatlamatkan keredhaan Allah semat. (saya cuma ringkaskan)
sekelompok manusia (pelakon filem), manhaj yang benar (skrip) dan keredhaan Allah (filem)

manusia-manusia yang beramal jamaie haruslah: sentiasa bermusyawarah (berbincang), isti'zan (minta pendapat), taat (patuh pada arahan pemimpin selagi bukan maksiat).

insya Allah.. akan capai matlamat kita.. ustaziatul alam.. seluruh muka bumi amalkan Islam dalam kehidupan mereka..

sekian, penulis megantuk sudah.. 

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...