Showing posts with label Diari Cikgu Ana. Show all posts
Showing posts with label Diari Cikgu Ana. Show all posts

Tuesday, 18 October 2022

Curhat Dengan Anak Murid Tentang Couple

 "Ustazah nak buat permintaan boleh?"


Ini ayat keramat semalam yang buat suasana perbualan kami hiba. 


Semalam petang cakap dari hati ke hati dengan seorang anak tahun enam lelaki. Anak yang sama yang dapat Kit Kat sebab dapat hafal doa qunut. Dia ada kes kapel dan bermesej dengan orang perempuan. Dan yang perempuan tu agak nakal sedikit. Fana tak suka sangat. 




Habis semua cerita anak ini luah petang semalam. Anak yang semakin meningkat remaja begitulah lumrahnya. Masih mencari hala tuju hidup dan belum ada pendirian tersendiri. Bercinta tu apa pun dia tak faham sebenarnya. 

Habis kami curhat, 


"Ustazah nak buat permintaan boleh?"


Anak ini pandang Fana. "Boleh."


"Lepas ni awak takyah lah kapel dengan dia lagi. Awak pun bukan suka dia pun kan." 


Dia mengangguk. "Apa yang awak rasa awak boleh buat lepas ni?"


Dia diam beberapa saat sambil tunduk ke bawah bangunan sekolah. 


"Lepas ni kalau dia mesej saya takyah balas lah. Lagipun dia mesej saya pun waktu dia bosan saja." 


Fana senyum. Polos sungguh anak ini. Anak Kit Kat dan doa qunut daku yang disayangi.  

Ingatkan bila kena tegur, dia akan mengelak daripada bertembung mata dan bercakap dengan Fana. Mana tahu terasa hati ke kan. 


Rupanya bila waktu akhir masuk kelas dia ajar tajwid, nampak bersemangat dan bersungguh cari kalimah dalam Quran. Jawab soalan pun beria gamaknya. Alhamdulillah Allah mudahkan bicara tanpa anak ini berkecil hati atau menjauhkan diri. 


Terima kasih Allah ya Latif 🌹


Ada beberapa anak lagi dalam susunan untuk dikorek isi hati. Selain jadi mak guard jaga pagar di sekolah, ustajah pun jadi kaunselor dan mak tiri tak bertauliah ye huhu. Moga jadi saham di 'alam sana'. 

Monday, 26 January 2015

RINDU SDASA (ANAK NAKAL YANG MEMBASAHKAN JIWA)

Assalamualaikum sesahabat

ada eh sesahabat.. ada je la eh..

semalam dok belek laci meja study kat kampung.. niatnya nak la mengemas sikit.. maklumlah sudah 2 bulan lebih tak pulang ke kampung halaman.. tetiba, terjumpa pula satu plastik, plastik yang lutsinar kulitnya..  dalam tu ada beberapa helaian kertas yang sangat berharga buatku.. 

helaian kertas yang punya pelbagai jenis tulisan.. ketas kajang pun ada, kertas koyakan buku pun ada..tulisan yang pelbagai bentuk seninya.. cantik, buruk, bersegi, berkotak... herm.. tapi yang penting, ikhlas tulisannya..

aduhh.. aku sangat rindu akan mereka. serius aku cakap.. keletah dan perangai mereka amat aku rindui..

mereka yang berjaya mencuri hatiku tatkala kali pertama kami bertemu.. mereka yang polos dan comel..

jom ikut aku imbau kembali kerianganku kala itu

dahulu, semasa setahun aku di Port Dickson bekerja sambil perhati keadaan dakwah di sana, aku ditugaskan untuk mengajar mengaji di sebuah sekolah yang sangat terkenal di sana. SDASA. Aku rasalah terkenal.. huhu.. nama skola yang tak asing lagi dalam sanubariku.

setiap malam isnin dan selasa, aku dan sahabatku dunia akhirat seorang lagi, ain akan ke sana selepas maghrib. isnin malam untuk pelajar perempuan dan selasa malam untuk pelajar lelaki. walaupun kami letih dek sampai rumah sewa pun sudah jam 6 lebih, kami tetap bersemangat untuk mengajar mereka. walaupun kekadang bayaran kami terima lambat, disebabkan sayang akan mereka, kami suka bersama mereka. ia bukan hanya mengajar mengaji sahaja sebenarnya, jujur kata ingin sekali mendidik hati mereka. akhlak mereka.

adik-adik yang kami mengajar hanyalah aspura dan aspuri tingkatan 1 hingga 3 yang kami ajar.. pelajar yang baru segar dengan kedudukan asrama versus pelajar yang sudah otai di asrama..

adik-adik yang sangat ceria, nakal dan nampak degil tapi pandai. jujur aku cakap, malam pertama kami berkenalan aku sudah jatuh cinta dengan mereka. comel dan manis. 

ingat lagi aku sewaktu malam pertama kami berkenalan di surau mereka. nampak polos saja. hehe.. dengan berbaju melayu berwarna- warni dan baju kurung.. alahai, ayu sungguh.. akan tetapi, untuk malam seterusnya, minggu seterusnya, aku dan ain sudah kena jadi warden da.. dok mengelintar di dewan makan mereka sesuka hati..  pujuk sensorang masuk kelas.. haha.. asrama itu aku yang punya.. hahaha.. 

ada yang ternyorok-nyorok kepala macam kekura.. padahal dialah manusia yang paling tinggi di sana.. alahai.. ada yang buat-buat baca buku padahal kerja rumah subjek apa pun dia tak tahu..

pengalaman yang sangat manis. 




sangat.. sangat.. *speechless*

malam pertama kelas bermula, aktiviti yang dilakukan adalah tulis biodata.. huhu.. memang sangat lucu.. kalau aspuri its okay. perempuan memang suka tulis mende alah begitu kan.. tapi tapi kan.. aspura???

ustazah yang kecik ni kan.. akhirnya berjaya suruh aspura yang gagah perkasa tu tulis biodata dorang. ada yang jujur, ada yang macam tipu apatah lagi yang mengarut.. hehe

warna kegemaran? pink panther.. boleh percaya ke gangster minat pink.. haha.. panjang panjang..

aku pun belek la part ucapan untuk ustazah.. huhu.. kekadang ucapan mereka ni buat aku bersemangat. sebab kalau rasa down dengan belajar atau beban kerja dakwah, ucapan mereka ni buat aku fresh balik. 

"ustazah, belajar sampai phd tau."
"ustazah, ajar saya mengaji sampai pandai"

paling terharu sekali, 

"saya doakan ustazah dapat masuk syurga!"

amennn.... mudahan Allah makbulkan doa kalian tu.

"ustazah orang paling comel yang saya pernah jumpa"
"ustazah comel dan baik hati"

hahah.. ucapan-ucapan berbaur sabotaj dan bodek belaka.. hehe.. apa-apa pun thanks atas ucapan yang membangkitkan semangat itu.

sangat banyak la kenangan yang indah bersama mereka. satu je yang aku nak beritahu kalian pembaca sekalian. kita nak tarik hati remaja yang baru nak naik ni bukan dengan menganggap mereka sebagai anak murid atau adik. tapi anggap sebagai kawan, member. barulah senang nak tarik hati dan ngam gitu..

ok. nak kongsi lagi nanti. jumpa lagi.





Monday, 25 February 2013

sang guru, tolonglah!!

                                     * Assalamu'alaikum sahabat sekalian*

lama rasanya tidak menulis di sini.. hamdalillah.. setelah seminggu kembali ke uniSZA tercinta.. hidup sebagai mahasiswi... aku kembali sibuk dengan aktiviti di sini.. kuliah yang masih kelam-kabut.. program tarbiyah yang berebut untuk dihadiri.. aktiviti dakwah yang sentiasa full-time.. ohoi..!


*senyum sedikit*



haish.. bagaimana kalau guru kita tidak menunjukkan qudwah? apakah qudwah itu kak?

ya, qudwah adalah suatu contoh.. ! seperti rasulullah saw kita; baginda menjadi qudwah hasanah atau contoh yang elok lagi terbaik bagi kita ummatnya.. baginda menunjukkan akhlak Islam yang sebenar.. baginda menyeru kepada Allah dan risalah Iman.. seiring dengan itu baginda menunjukkan contoh praktikal.. hah.. begitu mudah orang lain yang jahil mendengar dan terpaut pada deen kita ini.. mudah dan indah!!!

sepatutnya wahai  guru, murabbi di luar sana.. menunjukkan contoh yang terbaik buat anak murid yang lainnya.. bagaimana murid nak ikut jika sang guru menasihati; kita sebagai orang Islam untuk saling hormat-menghormati sesama rakyat Malaysia walaupun berbeza agama... sedangkan sang guru mengeji dan menceritakan keburukan para pemimpin dan orang yang kita hormati...di hadapan sang murid yang khusyuk menadah ilmu.. mendengar segala apa yang disampaikan.. dan semestinya akan patuh dengan apa isi penyampaian sang guru..

pening sungguh aku melihat situasi ini.. keliru dan sangat sedih... sistem pendidikan apa yang digunakan oleh sang guru ini.. kotor caranya.. salah pengamatannya..

hem.. mengeluh dan terus mengeluh.. semoga sang guru diberi kesedaran bahawa yang sang guru sedang menjual professsion guru itu sendiri.. taku-takut kerana nila setitik rosak susu sebelanga..


Wednesday, 23 January 2013

jom belajar arab!!! :)

                     :: Assalamu'alaikum adik manis sekalian :::


rindu la sama kamu semua-semua.. hehe.. malam ni tak mengantuk lagi.. baru lepas buat flyers..


ceh wah..flyers konon...



untuk apa? program mende?



soalan yang sungguh direka sendiri... 





jom join kite....!  

ya.. aku nak buat kelas ajar bahasa arab untuk bebudak kecik lagi tomei kat kampung tersayang ini.. kampung paya dalam yang cantik.. hahaha.. promote..promote...

maklumla.. sebulan mati kutu dibuatnya kat sini.. tiada kerja nak buat.. balik-balik duk naik basikal ke hulu ke hilir.. takpun duk nyanyi, dengan lebih sedap lagi melalak dengan sepupu ku yang teramat becok tu.. 

so, jom la.. mak cik..pak cik..wak-wak.. bibik-bibik.. maman-maman sekalian.. dekatkan anak-anak kamu dengan bahasa syurga ini...

:: segan la jugak nak mengajar ni... ::

kalau orang tanya.. ko ni tak pening ke dengan bebudak tu sume?

jawapan aku: "memang kite suka budak-budak.. dah peel dorang kalut camtu, nak guane..."

doakan kite tau!!!

~syukran sebab sabar baca entry kali ini~

Thursday, 4 October 2012

She is 'Tokoh Penterjemahan Negara'

   * Bismillahir rahmanir rahim*

Assalamu'alaikum sahabat sekalian..

Ye..tokoh penterjemahan negara..sweet kan bunyinya..maknanya beliau berhempas pulas..mengerah otak..untuk menterjemahkan buku daripada bahasa lain ke bahasa yang lain..masya Allah..

Awak hingat senang ke..?..mudah ke...ni kita nak suruh translate sebaris ayat Arab aje..terkedut dahi..

TAHNIAH BUAT wirawati kita...ADIBAH AMIN..

Sunday, 12 August 2012

Saat-saat akhir ku..

              * Sweet Ramadhan with barakah*

Dah lama tak ngomel-ngomel kat blog ku ini..agak busy dengan hal dunia..insya Allah bekalan ke akhirat sana..ameen..

Di hari-hari terakhir aku bergelar 'murabbiah' aka pendidik di SRARU...SRA Raudhatul Ulum, Pd nie.. rasa sayup kat hati ni..sayang pulak nak tinggalkan budak-budak tuh..aku rasa masih banyak amanah belum terlaksana..isk..isk..

Untuk anak kelas ku..tahun 6 Al-Khawarizmi yang agak pasif tu.. tapi belakang murabbiah hanya Allah je yang tahu..hehe..actor terbaik tahu...kelas yang didiami oleh pemain-pemain bola sepak handalan negara.. pencipta lambang Harimau Malaya yang latest..pencinta fesyen terkini.. penyepah dengan guntingan kertas warna..konon nak ceriakan kelas..hemm.. alasan jek!!! pencinta beg sgv...macam-macam la..

Pasti ku merindui telatah mereka ni..walaupun agak high blood pressure akhir-akhir ni..dengan perangai dorang yang main2 mcm tak hingat nak exam upsr sept nanti.. baru trial dah macam lepas exam sebenar je..ya Allah...beri aku kekuatan...

ni gambar pelakon-pelakon terbaik..berlatih khatam..nak wat ehya' Ramadhan rabu ni.. korang tataplah wajah suci dorang nih.. hehe..

testing..testing camera..

pemain bola sepak negara hepi botul tuh..

pencipta logo HM yg baru berkopiah baru..

khusyuk depan kamera..baguih..!!

muhammad hamzalah tak khusyuk..

tak hengat pesan murabbiah la tu.."jage posture awak"

bakal hafizah negara..insya Allah..

Thursday, 5 July 2012

Referee tak bertauliah..

                       * Assalamu'alaikum*

hehe..diriku la referee tidak bertauliah..dengan berbaju kurung...membawa anak-anak buah berpakaian serba putih..dengan sebiji bola..dan 4 kon...

dengan meniup wisel tanpa arah tujuan..seakan ku pandai bab bola sepak-menyepak ni..huhu.. anak murid ku yang bagi tunjuk ajar..diri ini tukang sampaikan aje..hek..jahat betul..

"Murobbiah, buat satu line panjang...nak bagi kumpulan..sebut 1, 2.."..iyela..ikutkan je..

" okei..korang boleh main sekarang...mainla yang macam dalam tv tu yek!"..pandai-pandai la main..janji puas hati dan baju of course la kotor..maklumlah baru lepas hujan..sepoi-sepoi manja rintiknya...

kelakar betul dorang main..comel je..macam ikhlas lagi redha permainannya.. ntah ape yang digaduhkan ntah..murobbiah hanya tukang tiup wisel kalau ada murid yang kata.." murobbiah, outside!..penalti!"... okei...preeettt....

Saturday, 16 June 2012

debaran..

          * Assalamu'alaikum*

Salam rindu buat sahabat sekalian..rindu rasanya..kerana Allah swt ye..!

Kaifa halukum? bil khair? syukur..alhamdulillah..gunalah nikmat kesihatan yang diberi tu dengan sebaiknya okei..kang kalau dah sakit, demam ditambah dengan selesema..tak bole buat kerja pulak..sudahnya mesti kerja akan bertangguh punya kan...huhu...[ si penulis dah berpengalaman kot!]

Nak story sikit nih..

Semalam adalah hari yang paling mendebarkan buat diri ini..saat cemas lagi bikin tangan berpeluh laju.. hyperhidrosis.. saatnya datang tetamu yang tidak pernah diundang..mereka datang tanpa dipaksa..dengan satu tujuan dan harapan..yang mereka tidak mahu dikecewakan..

Hah! mesti semua berdebar jugak kan..otak biar bersih..jangan asyik nak fikir pasal mende tu je.. hehe.. cam tahu je apa yang korang fikir..~nenek nujum sudah mula meneka dan mengagak~...

Adakah ummu ubaidah .....

oh! tidak..bukan lamaran..bukan peminangan..mahupun risikan..tidak sama sekali.. lama lagi tu rasanya.. hari yang dimaksudkan adalah... 'Hari Terbuka di skool yang aku mengajar'..haha.. terkena!

Betul apa..tetamu yang dimaksudkan tu parents la.. harapan nak tahu yang anak-anak mereka punya result.. punya kerenah.. baik ke, nakal ke, macam ustaz ke..

Disebabkan aku telah ditauliahkan untuk menjadi guru kelas tahun 6..aka budak UPSR lagi dah besar.. secara tak rasmi dengan tanpa pengalaman..walaupun sesaat.. setelah berhempas pulas membuat buku jawapan.. rekod keputusan..dan macam-macam lagi..akhirnya hari yang ditunggu telah tiba.. 

********

Tetiba aku teringat zaman skool dulu..baba kalau datang nak amek buku rekod mesti lama punya.. nak tanya kenapa tak dapat A untuk subjek tu la.. nak tanya aku macam mana kat skoola la.. suka tidur ke..[sebab kat umah dulu memang banyak tidur, maklum la budak asrama balik kampung]..sampai mak ayah orang lain kat belakang dah hentak-hentak kasut bagi hint suruh berhenti..coz lama bebenor..yang baca paper pun dah selak berkali..sampai hancur paper tuh..

hehe..takut-takut la antara parents dorang ini ada yang macam tu.. nak jawab apa nanti..menganga je la aku.. 

alhamdulillah..semuanya pun dah selesai..banyak pengalaman yang aku dapat..
  1. kena sentiasa bermanis muka dan senyum; walaupun kaki dah lenguh sebab tak dapat bersila.. duk tegak je jaga posture..
  2. haruslah pandai cepatkan masa; dengan terus buka buku rekod anak-anak dan tunjuk kat mana perlu disain..
  3. kena pandai benteng telinga; tang parents yang suka luah perasaan.. kena buat yang kita amat memahami perasaan mereka..
  4. wajib untuk jadi pencadang dan penerima.. cadangan untuk penambaikkan anak-anak mereka.. dan terima apa sahaja yang mereka komen..
memang aku salute sangat pada parents yang sanggup datang semalam..walaupun nampak simple..hanya sign buku rekod je..tapi menda tu amat memberi makna pada anak-anak kita.. cuba bayangkan kalau mak ayah kita tak datang time tu..mesti rasa macam dorang tak care kat kita..[takut-takut sampai terfikir aku ni anak angkat ke?]..tak peduli langsung kita belajar ke tak..

Siapa tahu..dengan cara kita datang..boleh buat anak-anak semangat nak belajar..dengan lebih lagi sebab dia tahu yang mak ayah dia nak dia berjaya..amek tahu pasal dia.. mak ayah jangan sering salahkan anak-anak tika mereka lakukan kesalahan mahupun kegagalan..

Cuba selami dia..tanya punca..dan sebab..memang benar...dorang nak perhatian..mahu dibelai..bukankah dorang tu anak-anak kita [ups!anak kita pulak..perasaan la penulis]..Allah kurniakan sebagai anugerah yang paling tak ternilai..so, haruslah jaga dengan sempurna.. 

Ek!

Sudah..macam kursus parenting dah pulak.. anak-anak kan pewaris generasi Islam masa hadapan..jika kita tidak didik dengan didikan yang sempurna..mustahil untuk dorang membesar sebagai pemimpin seperti Sallahuddin al-Ayyubi dan Sultan Muhammad al-Fatih..mustahil anda semua..

So, harapnya sahabat dapat sedikit la pengajaran kan..dari apa yang aku mengarut ni...bagi yang belum bernikah..sediakanlah diri k!!! memang la kawen best dan bahagia..tapi tanggungjawab seterusnya menuntut persediaan yang kukuh agar tak kecundang..hehe.. ceh!!

See next time..salam menjadi bakal ummi dan abi yang melahirkan bakal-bakal penghuni syurga..

Sunday, 20 May 2012

Sapa nak masuk syurga!

                 <3 Assalamu'alaikum <3

Ya Allah..lama dah aku tak bertandang kat blog yang amat aku sayangi ni.. lewat-lewat ni memang aku sibuk sangat..dengan program..dengan paper exam yang bertimbun tu..mujahadah untuk menanda tahu.. iye la.. lagi-lagi subjek English.. korang bayangkan..zaman dolu-dolu..korang buat karangan yang agak-agak menyesakkan untuk cikgu korang baca..dah la tulisan macam doktor tak bertauliah.. dan ayat-ayat memang 'bombastic' la sangat..hehe..[ sentence khusus untuk diri si penulis]

Eh! Sebelum melalut panjang nanti..apa khabar sahabat semua? Moga kalian sentiasa di bawah rahmat Allah dan sedang berada di jalan mencari keredhaanNya..Insya Allah..jangan pernah putus asa dengan rahmatNya okei..okei!3x..[ala-ala Mak Jemah @ Johan Erafm]...

Amacam cuti hujung minggu ni..masa terisi tak? ke terbuang sepi lagi kosong dengan perkara yang nonsense.. Segala perancangan yang telah diatur dan dipin kat jadual terbuat tak? dah selesai? Alhamdulillah..itulah baru dinamakan Muslim yang hebat! * Umat Islam harus cemerlang.. hari ini mesti lebih baik dari semalam..*

Setelah bermulanya dunia baru sebagai murobbiah..Ummu Ubaidah kembali ke dunia sibuk selepas hampir sebulan lebih mengurung diri dalam taman anggur yang enak lagi ranum.. kembali dengan pening untuk fikir nak pakai baju yang mana dan tudung yang mana.. kelam-kabut untuk start kereta disebabkan cari stokin tak jumpa-jumpa..minta kawan punch kad..sebab parking kereta tak masuk-masuk dalam box..hem..

Macam-macam la..tapi apa-apa pun..memang seronok..aku suka!!! aku suka jadi sibuk..tapi bukan menyibuk okei...sebab kalau kita sibuk..kita pasti akan takde masa nak buat perkara yang melalaikan dan tidak berfaedah..betul tak? Hah..itulah tipsnya..kalau tak nak diri kita buat maksiat atau perkara yang tak elok lagi tak berfaedah..harus sibukkan diri dengan perkara yang makruf..maknanya perkara yang kebaikan.. yang Allah suka..dan menambah keimanan kita..insya Allah akan datang keredhaan Allah swt..

Ada satu cerita..yang berlaku depan mataku sendiri..hehe..satu kisah kiut lagi suci..sewaktu aku jaga exam untuk kelas tahun 1 Al-Biruni..ada satu incident..si Ariiq Bukhori ni takde pensel warna hitam.." Murobbiah, kite takde warne hitam la"... dengan muke comel dia tuh.. pastu, aku try la pinjam kat Raja aka budak paling nakal..dalam kelas..dan sukar dikawal..yang kebetulan duduk depan si Ariiq tu..

Dengan muka selamba..dia tak bagi..masya Allah..memang la betul..ramai murobbiah kate jaga kelas tahun satu boleh wat tekanan darah naik..di tambah dengan badan jadi lenguh..pastu aku pun dapat la 1 idea menarik..dengan kelas yang agak bising walaupun tengah pekse ni.." Sapa bagi Ariiq pinjam warna hitam dapat masuk SYURGA!"....

Dengan pantas, budak-budak comel tu..bawak warna itam dorang bagi kat si Ariiq..hehe.. menjadi..menjadi idea aku.. mendapat sambutan sampai Ariiq tak tahu nak amek yang mana satu..ramai yang hulur..dan beria-ia nak Ariiq amek warna dorang..dapat masuk SYURGA..sapa tak nak kan?

Kalau budak-budak kecik macam tu nak berebut masuk syurga..lagilah kita yang dah besar gajah ni..tak kan tak nak pulak kan...banyak je mende yang bolee wat kita masuk syurga.. mende yang paling senang sekali adalah apa..ce teka..yes! betul tu..SMILE..SENYUM..IBTISAM..mudah je kan? semua orang boleh buat mende tu..

"Senyummu untuk saudaramu adalah sedekah..."

So, after this..kita haruslah berkejar-kejar untuk buat kebaikan..walaupun kebaikan itu kita nampak kecil dan simple..moga ada ganjaran di mata Allah swt..insya Allah..

See next time..salam sayang seharum bunga rampai..hehe..



Wednesday, 25 April 2012

Hi kapten!

Selamat berkawat buat adik-adik ustazah di SDASA..hehe.. buat yang terbaik..agar nama skool akan bertambah harum semerbak..insya Allah...

Monday, 2 April 2012

SE Painting

Special Edition Painting..hehe..

 
ikhlas dari hati nurani..




Kemas kan anak-anak di warna..huk..buat pencuci mata..

Wednesday, 28 March 2012

Lap air liur..?

Menaip sambil pakai krim malam Garnier...sambil berdoa; Perindahkan akhlakku ya Allah, seperti mana Engkau perelokkan wajahku...ameen...

Detik yang sungguh menaik dan mencuit hati... adik-adik menunggu giliran mengaji..tertido dan apabila dikejutkan..terus saja..mengelap air liur...huhu..hem...

Thursday, 22 March 2012

Jujur tulis biodata...

Salam dear readers..blog yang baru..dengan idea yang baharu..hehe...moga-moga dengan tercetusnya idea create blog kt blogspot ini, lebih membawa manfaat hendaknya..huhu..macam tulis surat!,,insya Allah...

Sebenarnya dulu, wt blog dekat wordpress..mmg best! macam profesional je.tetapi atas sebab-sebab tertentu dan tak dapat dielakkan..terpaksa create blog baru dan wajah yang baru...hehe..cun x?

Alhamdulillah..baru balik dari ajar mengaji di SDASA...hari ini turn student lelaki..em, hari Isnin yang lepas student perempuan..semua berjalan lancar...kebanyakkan student asrama tengah sibuk dengan latihan nasyeed.. katanya minggu depan ada pertandingan..most of student form 3, mmg penyanyi nasyeed..suara sedap ke..tak sedap ke..kena masuk juga sebab student asrama mereka sangat sikit..

tetapi alhamdulillah..walaupun yang menyanyi tu busy, mereka tetap datang walaupun lagi 20 minit halaqah nak habis..ok apa? daripada tak hadir langsung..sempat juga la mereka duduk di bawah sayap malaikat yang menaungi manusia yang berkumpul dalam majlis ilmu..alhamdulillah..

student form 3 yang sememangnya otai-otai amatlah mencabar kewibawaan kesabaran ku..kalau waktu pagi, mengajar kanak-kanak tadika, aku guna method yang berbeza untuk menegur..bole la di marah sedikit.. hem..yang ini, budak besar lagi berakal..kalau guna method yang sama, alamatnya tayar pancitlah cikgu..heehee..

Aktivit menulis biodata..memang menimbulkan pelbagai kerenah..bayangkan budak lelaki yang selalu belagak macho dan teror..kena tulis biodata..hehe..nak tak nak..kena la buat..maaf ye adik-adik sdasa.. u all memang sporting..!

Banyak sebenarnya yang aku belajar dari mereka..walaupun nampak simple dan remeh..kesungguhan mereka datang walaupun memang aku tahu yang budak lelaki memang tak suka dikongkong..lagi-lagi di suruh buat perkara yang mereka bosan..dan dah tahu...kesungguhan mereka untuk menghabiskan satu muka surat walaupun lidah hampir terbelit ke lelangit...<susah untuk menyatukan bunyi huruf tuh..tu yang sampai terbelit..>

Hah, lagi satu...Ingatan Islamik mereka pada item-item biodata yang aku dan rakan kemukakan..contohnya..apa perkara yang paling ditakuti...kalau kita kebanyakkannya mesti tulis..takut hantu la..takut gelap la..tapi mereka tulis..TAKUT ALLAH SWT..!! masya Allah, hebatkan mereka..padahal mereka ni hanya sekolah asrama biasa saja..alhamdulillah..

Betulah kata orang..masa muda belia ini masa terbaik untuk kita curahkan cantingan batik yang sesuai dan menarik warnanya pada kain putih kita..insya Allah..hasilnya amat menakjubkan.. Warna yang cantik..dan cantingan yang teliti dan kemas adalah keyword kejayaan...

Insya Allah..Ana akan terus mentarbiyah mereka..dengan kesabaran 210%...hehe..ada ke? Over la tuh.. Doakan Ana yup!!


Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...