Thursday, 26 June 2014

aura mereka! fuh, hangat!

15:38 Posted by Ukhti Mawar , , 2 comments
alhamdulillah.....

hampir seminggu  aku meninggalkan konvensyen penulisan kuala lumpur 2014... masih terasa hangatnya aura-aura penulis hebat di sana.. kami yang baru cili padi ini menyedut segala aura yang ada.. 

kiri kanan, para hadirin bertanya khabar dan perihal manuskrip baru masing-masing.. kami terpinga-pinga! huhu.. memang bersemangat la kakak-kakak ni semua...

slot yang hebat di permulaannya.. bukan memberi semangat untuk menulis atau bagaimana untuk menulis dengan bagus.. akan tetapi bagaimana menjadikan medan penulisan ini lubuk duit dan perniagaan yang menjamin masa depan.. jika tidak tipu untuk aku perkatakan, aku tak pernah pun terfikir untuk kaya dengan menulis... naif kan aku?

ada beberapa kategori penulis ini kata tuan jemputan daripada BLINK production (maaf tak ingat nama dan sekarang di pejabat untuk aku menyelak kertas kerja hari itu). .penulis yang impikan kredibiliti ataupun menjadi terkenal.. penulis yang mahu berdakwah.. dan penulis yang mahu kaya (kalau tak silap).. kita wajiblah mempunyai kesemua kategori tersebut.. cuma yang membezakan adalah turutan yang mana didahulukan.. 

banyak sangat pengalaman yang hendak dicurhatkan..

selama seharian di sana, aku cukup teruja.. ya, teruja dengan suasana UIAM gombak yang sangat cantik.. indah binaan islamiknya.. putih biru sebagai tema.. warna pembina tu... masjid yang ibarat al-hambra..huhu..

melihatkan para penerbit eksaited di kaunter masing-masing menunggu manuskrip-manuskrip baru.. ramah melayan kerenah penulis baru.. terima kasih!

dr bubbles memang menginspirasikanku untuk menulis buku bergambar kanak-kanak! insya Allah.. impian menjadi kenyataan...

konvensyen penulisan 2015 pasti dengan title penulis baru yang berkarya!

2 comments:

  1. Replies
    1. jom..jom..huhu.. kata nak buat novel bestseller kan...

      Delete