Showing posts with label basikal karat. Show all posts
Showing posts with label basikal karat. Show all posts

Tuesday, 20 September 2016

5 SEBAB ORANG CEPAT 'PANAS' PERLU SERTAI TARBIAH

# Assalamu'alaikum pembaca #


aanaffin.blogspot.com



Anda seorang yang cepat 'panas'?
Ada sahaja yang akan buat anda melenting dan tidak puas hati?
Sedang mencari jalan bagaimana mahu mengubah sikap buruk anda itu?

Nah! Artikel ini memang sesuai dan sepadan untuk anda!:) Silakan terus membaca dan membaca. Jika anda seorang yang penyabar mungkin kurang sesuai kot. Tetapi, teruskan sahajalah membaca, tak rugi apa pun kan (hihihi). 

5 sebab kenapa anda perlu sertai sistem tarbiah mana-mana jamaah Islam atau perkumpulan orang baik-baik atau berkawan rapat dengan orang yang soleh (sesama jantina), jika anda seorang yang panas baran dan cepat 'panas'

  1. Anda akan berjumpa dengan ramai insan yang sangat tenang (cool) dan penyabar. Bergelumangnya anda dalam kumpulan orang baik-baik ini akan membuatkan anda termuhasabah sendiri diri anda. "Sabarnya akak itu!"; "Boleh eh dia sabar dengan anak-anak ramai macam itu." Anda malu untuk menunjukkan belang panas baran anda itu. Akhirnya, anda balik rumah dari suatu program, "Kenapa aku tak boleh sabar macam dia?"; "Bagaimana aku nak jadi sabar macam kakak itu?". Anda akan terus mencari akar punca anda jadi sangat cepat panas dan cuba untuk lakar strategi bagaimana hendak mengatasinya. Terasa nak tiru mereka! Qudwah namanya itu!
  2. Sentiasa akan ditegur dan dinasihat jika terlebih bicara atau perlakuan. Bahagian ini seronok juga tetapi pahit sedikit. Manusia ini fitrahnya sukar menerima teguran dan kritikan. Walau apa pun yang berlaku, terimalah walaupun pahit. Jika anda hidup dalam lingkungan manusia ditarbiah, setiap tindak-tanduk anda akan diperhatikan orang lain. Ramai yang akan menegur jika kita buat silap atas nama kasih sayang seakidah. Jika ada sikap anda yang terlebih sempadan, pasti akan menerima nasihat-nasihat yang berisi daripada mereka itu. Sweet gitu! Kalau anda duduk seorang diri atau dengan yang 'sekepala', anda akan rasa sikap anda itu okay sahaja. Tidak buruk sama sekali!
  3. Sikap orang lain yang pelbagai ragam akan menjadikan anda lebih kreatif dan proaktif. Manusia ini pelbagai ragam dan kerenah. Ada yang begini, ada yang begitu. Kalau anda cepat 'panas', banyaklah unsur tidak puas hati dan tebalnya hitam dalam dinding hati anda itu. Selalulah anda akan mengamuk bila ada yang tidak sebulu dengan pendapat anda. Dalam tarbiah, anda akan diletakkan dalam posisi yang sesuai dengan kemampuan serta minat anda. Anda akan berurusan dengan pelbagai jenis manusia dan ia akan membuatkan anda jadi KREATIF dan PROAKTIF dalam menyelesaikan masalah dengan mereka. Walaupun ada sedikit 'panas' pada permulaan jika tidak sependapat, itulah adat berjamaah. Banyak kepala, banyaklah ideanya.  Ini telah terbukti dalam diri saya bila saya diletakkan sebagai Ketua Beliawanis di UniSZA. Saya jadi semakin sabar mencetak anak-anak muda dengan kreatif dan adil. Sabar menanti buah masak ranum, tidak memetik sebelum masanya tiba.
  4. Tidak mudah mengamuk dan putus asa bila satu strategi tidak menjadi. Bila anda merancang sesuatu projek bersama-sama dan telah dijumpai kata sepakat, lalu anda dan kumpulan soleh anda laksanakannya. Tup tup! Gagal! Dengan adanya insan-insan setarbiah, anda tidak terus dihanyut rasa kecewa, marah dan putus harapan. Mereka akan terus motivasi diri anda, belanja makan coklat dan sama-sama bina strategi baharu yang mungkin pula berkesan. Bayangkan jika duduk berseorangan atau dalam kalangan manusia yang busuk hatinya, pasti anda ditertawakan dari arah belakang atau dalam hati. 
  5. Dapat nikmati masa bujang dengan gembira dan tenang. Bila umur anda (kita sebenarnya) sudah meningkat dan anda pun belum ada calon yang sesuai, anda akan mudah resah gelisah dan sentap tak tentu pasal bila orang tanya tentang jodoh. Anda mula membandingkan kenapa rakan seusia sudah punya suami yang kacak dan anak yang comel. Hal ini sedikit sebanyak akan terubat bila anda sentiasa hidup dengan orang soleh dan jamaah Islam. Anda akan semakin terlupa untuk menyoalkan kenapa tiada orang masuk meminang dan kenapa tidak laku walaupun cantik dan solehah (Eh!). Kerana anda akan sibuk menguruskan aktviti-aktiviti yang membangkitkan potensi anak muda dan terlalu sibuk dengan bagaimana mahu tingkatkan mutabaah amal diri sendiri. Anda juga akan sentiasa mematikan niat untuk berkahwin muda tanpa sebab, ketika membandingkan diri dengan kakak atau abang yang soleh yang lebih berusia pun masih solo dengan tenang. Jadinya, anda pun akan cool dan sabar menikmati zaman bujang dengan penuh kesyukuran. Tetapi doa tetap sentiasa dihulur buat mereka dan diri sendiri juga! 

Banyak kisah menarik tentang tarbiah dan sabar dalam Tayar Koyak 18, buku Basikal Karat. Mungkin bakal menggamit memori anda atau persediaan buat anda yang baru melangkah. :)

Anda belum punya Basikal Karat? Jangan risau, anda bukan keseorangan. 

Bagi yang ingin mendapatkan naskhah ringan dan santai tetapi penuh dengan motivasi tarbiah ini, boleh dapat secara terus daripada penulisnya, iaitu saya (hihihi). 

Feel free to private message my facebook: Facebook Ukhti Mawar

Terima kasih sudi menahan mata sampai artikel habis. Jumpa lagi artikel akan datang! 

Thursday, 28 April 2016

Kenapa Perlu Dapatkan BK Dan CBSB Di PBAKL 2018?

# Assalamu'alaikum pembaca #





Kenapa anda semua perlu beli buku BASIKAL KARAT dan CAKAP BIAR SERUPA BIKIN di PBAKL 2018 yang akan bermula 27 April hingga 6 Mei ini?



Basikal Karat dan Cakap Biar Serupa Bikin merupakan buku yang ditulis oleh Ukhti Mawar, seorang anak muda yang teruja dengan kehidupan yang sementara ini. Menikmati kehidupan selama berpuluh-puluh tahun dengan jalan yang kadang-kadang tersimpang-siur. 

Dia aktif dalam aktiviti tarbiah dan dakwah semenjak zaman diploma lagi. Alhamdulillah, dia masih bersama medan ini. Doakan dia tsabat tau!

Banyak kisah yang berlaku di sekelilingnya. Penulis suka untuk mengambil setiap peristiwa yang dialami dan didengari buat bekalan kehidupan. Kisah sewaktu di zaman kolej dan universiti dalam Basikal Karat, dan sebahagian zaman universiti dan kehidupan luar IPT dalam CBSB. 

Sebenarnya ramai anak muda terlupa bahawa kita akan mudah jadi matang dengan belajar daripada dunia dan kehidupan. 

Kata orang, pengalaman merupakan guru terbaik dalam dunia!



Keciciran-keciciran yang berlaku dalam medan yang penuh dengan liku ini, membuatkan penulis berkesedaran untuk membukukan beberapa kisah yang sentiasa memotivasikan dirinya untuk tsabat (kekal). Penulis ingin berkongsi kisah dan ibrah yang sama buat daie muda di luar sana agar sentiasa bersedia dan sabar dengan dugaan yang dihadapi dalam kehidupan. 

Jangan sesekali mengasingkan, melarikan diri dan menyendiri. Nanti dimakan syaitan!

Tip-tip yang penulis sendiri karang pun ada! Tip yang menjadi dalam diri penulis. Mungkin anda boleh cuba, mana tahu menjadi juga kan. 

Ada tip buang malu untuk berbicara, ada petua rajin solat sunat rawatib, ada juga tip untuk tak rasa rendah diri sebab bandingkan dengan orang lain, tip make sure masa bujang jadi berkualiti dan pelbagai lagi. 


Insya-Allah, buku ini wajib anda borong di PBAKL nanti. Tak menyesal punya. Mestilah harga murah kan. Jika nak beli pada penulis pun boleh juga. Terus wasap Fana.



Kalau berkesempatan boleh jumpa 1 Mei ini di booth Karangkraf insya-Allah. Jumpa di sana tau!

Keratan dalam Sinar Harian, 8 April 2016
Keratan akhbar Harian Metro



Saturday, 6 February 2016

PERJALANAN BASIKAL KARAT #3

#Assalamu'alaikum pembaca#

Sihat semuanya? Alhamdulillah, syukur pada Allah swt kan. 

Hari ini aku nak sambung tentang kisah perjalananku seorang diri ke kota raya untuk  melunaskan beberapa amanah sebagai penulis Karya Bestari. hikhik..

Seorang anak kampung yang kecil dan jarang ke kota raya, kini meneroka bandar Shah Alam yang banyak roundbout tu. 

Bagi yang belum membaca kisah perjalanan siri 1 dan 2, silalah klik:

PERJALANAN BASIKAL KARAT #1 
PERJALANAN BASIKAL KARAT #2 

Okay! Kita teruskan perjalanan kita. 

Setelah aku sampai di stesen Shah Alam, aku pun mencari tempat yang boleh aku berteduh dengan selamat tanpa gangguan emosi. Maklumlah pertama kali aku sampai di sini seorang diri. Seriau!

Sebenarnya tadi masa di dalam bas, aku hampir tidak turun pada stesen yang sebenar. Aku tak tahu pula stesen Shah Alam sekecil dan semini ini. Tika aku baharu buka plastik roti yang pertama, bas pun berhenti. Aku pun seperti biasa terus menyuapkan cubitan roti yang pertama. Sedapp.. Hmmm...

Aik! Kenapa ramai turun sini?

"Ni stesen apa ye cik?"
"Shah Alam kak."

Hah... Shah Alam ke. La, aku dah sampai rupanya. Punyalah selamba makan tengok orang turun bas, rupanya tempat aku pun patut turun dan angkat barang. Apalagi, kelam-kabut la aku. Nasib baik bas berhenti lama. Alhamdulillah.   

***

Ada akhawat Shah Alam akan pick up aku di sini. Aku ambil keputusan untuk menumpang sementara waktu di rumah akhawat Shah Alam. Nama rumah mereka ialah Baitul Sakinah (BS). Indah bukan?

Ya. Aku tidak mengenali secara dekat dengan sesiapa pun akhawat di sini. Hanya dengan mesej peribadi di Telegram dan berbekalkan ikatan ukhuwwah dan aqidah aku meminta izin untuk tumpang sementara waktu.   

***

Seperti yang korang tahu, aku datang sini dengan tidak berkenderaan dan sudah pasti memerlukan ada yang menjemput atau yang menghantar ke Karangkraf esok pagi. 

Ohh... Perkara paling aku tak sukai. Menyusahkan orang lain.

Akhawat tetap akhawat. Indahnya ukhuwwah hanya yang pernah merasai sahaja akan tahu. Akhawat hantar aku ke Karangkraf pagi itu dan yang paling sweet ialah aku dapat bekal kuey teow goreng berlada hitam. Memang nak nangislah kan!

***

Sampai sahaja aku di lobi Karangkraf, aku duduk di kerusi tamu di lobi. Ada beberapa insan kemas berpakaian di situ. Aku berbekalkan dengan gigi arnab di hadapan, senyum pada semua orang di situ. 

Rupanya mereka akan menjalani temuduga sebentar lagi. Kekosongan jawatan untuk video-video gitu. Keduanya daripada UITM. Tapi berlainan kampus. Bagus anak muda berpandangan jauh begini. Aku hanya diam memasang telinga mencuri dengar perbualan mereka tentang pengajian di UITM mereka dan apa yang hendak dilakukan masa hadapan. 

Salah seorang daripada mereka berusia sama denganku. Baharu tamat belajar sepertiku dan sedang buat freelance photographer. Nak cari duit untuk meneruskan kehidupan katanya.  

Sepanjang aku duduk mereput di kerusi merah itu, pelbagai ragam dapat aku perhatikan. Ada jurusolek artis. Jurusolek wanita, lelaki dan separa jantina. Masing-masing berjalan laju mengejar waktu yang dijanjikan dengan membawa bekas alat solek berkotak-kotak.

  Ada model tudung dan baju untuk majalah Dara dan Nur. Masing-masing membawa beg tarik dan baju berhanger-hanger. Cantik-cantik semuanya dan bergaya sakan. Sudah semestinya dress kuning dan muka polosku jauh ketinggalan bernegatif darjah celsius. Huahhhhaa.. 

  Ada juga staf Karangkraf yang ke hulu ke hilir mencari orang. Ada puan yang bising-bising kerana tokey butik tudung untuk penggambaran janji jam 9 tapi tidak datang lagi. 

Manusia pelbagai ragam. Indah ciptaan Allah swt!

Kenapa lama sangat aku di sini. Ohh, baharu jam 8 pagi. Lagi dua jam aku patut menunggu. 

Jumpa di siri akan datang untuk perjalanan ini. Jariku penat menaip.   

 

  

Sunday, 24 January 2016

PERJALANAN BASIKAL KARAT #2

# Assalamu'alaikum pembaca #

Okay! Kita sambung entry yang dahulu berkenaan pelawaan Karangkraf untuk shooting dan rakaman Salamfm. Masih ingat?

 Kalau masih belum baca, klik sini dahulu.
PERJALANAN BASIKAL KARAT #1 


Aku pulang ke kampung awal daripada perancangan sebenar. Sepatutnya aku dan akhawat bercadang untuk pulang ke kampung masing-masing dalam penghujung Januari 2016 gitu. Tapi apakan daya. Kita hanya mampu merancang. Perancangan Allah swt lagi Maha Hebat. 


Nak dijadikan cerita,


Aku pulang malam sebelum KLS Kuala Terengganu 2016 berlangsung. Karnival Lepasan Sekolah. Terasa rugi juga sebenarnya. Dapatlah juga aku bantu angkat booth PEMBINA dan bantu Ketua Beliawanis KT untuk angkat beberapa barang ke tempat kejadian petang sebelum berangkat pulang. Sempat juga aku meraikan rehearsal dan taklimat mereka dengan menjaga baby akhawat.  :)

Sayu sungguh malam itu! Hanya Allah swt yang Maha Tahu. Betapa bumi bertuah Kuala Terengganu ini memberikanku peluang untuk 'ranum' dengan pantas!

Setiba di rumah, lega dan riang berjumpa ibu bapa. Namun debaran semakin terasa. Mulalah mama bising dek risau aku hendak pergi ke Shah Alam bagaimana dan bla bla bla. 

Macam biasa jawapanku, "Tengoklah ma macam mana nanti."

Hahahaha.. Mahu tak kena membebel. Of kos la. Itu perkara biasa buat hakak daripada kecil okay! Ambil relaks semua perkara dan akan kalut bila hari kejadian sudah tiba. Keburukan okay ni. :)

Setelah  berhempas pulas memasang strategi bagai. Dapatlah hakak tiket bas untuk ke TBS pada awalnya. Ini perancangan awal. 

(Melaka - TBS - akhawat pick up - tidur rumah beliau - ? tiada perancangan untuk hari Rabu - ikut mereka ke Putrajaya (sebab Salamfm di Putrajaya katanya) pada hari Khamis - pulang dengan selamat ke Melaka dari TBS pada hari yang sama)

Hakak sangat risau tau. Sebab dapat tahu hakak perlu naik LRT bagai ke Bangi. Dan akhawat akan ambil di Bangi sebab rumah mereka di Kajang. Buat pengetahu, hakak tidak pernah naik mende alah itu sendirian. Beli tiket apatah lagi. Haish... Adakah ini keputusan yang betul?

Tapi, rezeki tiada. Akhawat tersebut tidak dapat ambil hakak. Nasib baik beliau beritahu awal sedikit. Dapatlah hakak yang manja ini berfikir cara terbaik untuk mudah dan selamat. Tanpa naik LRT itu. 

Tiket bas hakak pada mulanya jam 5.00 petang. Dan hakak mula berfikir siapa yang akan hantar ke Melaka Sentral pepetang itu. Tiada! Semuanya bekerja. Takkan la hendak jalan kaki ke sana. Rasanya hakak perlu dioperasi semula untuk appedic hari tu nanti. Huhuhuhu...

Akhirnya hakak ambil keputusan untuk minta sahabat baik hakak sejak lahir lagi, Fira untuk hantar ke Melaka Sentral. Beliau bekerja di Hospital Besar Melaka. Dekat sikit la ke MC tu. Naik motor tau korang.

Pagi itu, seawal jam 7.50 pagi, hakak minta Fira drop hakak di perpustakaan awam Melaka sementara tunggu Fira rehat tengah hari nanti. Hakak ada dua pilihan; masjid atau perpustakaan. Jadinya hakak pilih perpustakaan. Bermastautinlah hakak di situ membelek semua buku yang ada. 

Tahu perpustakaan buka jam berapa? 

9.00 pagi hokay! Hakak sampai jam berapa? 7.50 pagi. Haip! 

Mengantuk hakak tau! Senyap sangat perpustakaan itu. 

*****

Kemudian, waktu rehat tengah hari Fira pun hantar hakak ke Melaka Sentral. Hakak ambil keputusan untuk tukar tiket ke Stesen Shah Alam (berfikir berjam-jam di perpustakaan yang sunyi itu) dan minta tolong akhawat Shah Alam pick up di situ. Hakak ambil keputusan untuk menumpang di rumah akhawat Shah Alam, Baitul Sakinah. 

Dapatlah jugak hakak bayaran balik separuh harga sebab jual tiket ke TBS semula. Alhamdulillah. Sebenarnya pada mulanya penjaga kaunter tu kata tak boleh jual balik melainkan tukar waktu jam lain. Tapi hakak cakap, "Ni pergi TBS tauuu!!" "Okaylah. Kita bagi separuh harga." Yeah!!

Allah sentiasa permudahkan kan?

Ohhh.. sakit tengkuk hakak. Panjang nau taip. Hokeylah, nanti hakak sambung cerita ya bila sampai di Shah Alam. Nak baring sekejap. 

Terima kasih sudi baca! Muahhh!! (ala Qu Puteh)



Monday, 29 June 2015

BASIKAL KARAT #2 SUDAH DIHANTAR

Assalamu'alaikum sahabat...

cuti berbaki dua bulan lagi..

eikhwan4.wordpress.com

Ramadhan Kareem! Moga Ramadhan kali ini membawa erti yang sangat bermakna untuk kita semua. Ramadhan yang paling berkualiti dan bermanfaat. Ramadhan yang berjaya mengikis sikap-sikap malas dan degil kita. Ameen...

Semalam alhamdulillah, Basikal Karatku sudah selesai diedit dan disemak. Itulah hasil tulisanku yang pertama. Hampir 2 tahun aku menyiapkannya. Kenapa lama sangat?



Ya, buku ini agak memakan masa yang lama untuk disiapkan dek pelbagai cabaran. Yang paling utama ialah diri sendiri la! Perasaan rendah diri tak bertempat. Malas. Sibuk kononnya. Dan pelbagai alasan lagi. Akhirnya... Alhamdulillah. Syukur!

Pagi ini, aku ke rumah nenek untuk menumpang wifi. Sambil menjaga sepupuku di sini,  aku pun mengonline secara percuma di sini. hehehe... terus kucari laman sesawang syarikat kesayanganku, Karangkraf. Aku menghantar Basikal Karatku ke salah seorang puan yang incharge bahagian Karya Bestari. Bahagian yang menerbitkan buku-buku Islamik. 

Aku sangat berharap beliau tertarik dengan BK ku itu.

Tiba-tiba, aku terlihat tab ILHAM grupbuku. Sangat menarik perhatianku. Aku pernah dengar sebelum ini di konvensyen. Memang ada penulis muda yang berjaya menerbitkan buku mereka bermula daripada saluran ini. Di situ kita boleh hantar karya kita dalam talian. Dan jika ada rezeki boleh diterbitkan atas permintaan ramai atau paling tinggi bacaan. 

Menarik!

Sama juga seperti Penulisan2u. Akan tetapi Penulisan2u aku lihat lebih mengutamakan novel-novel cinta.  Cinta melalaikan. Maap.

Masing-masing ada citarasa yang tersendiri. Yang penting kita menulis untuk perkembangan tarbiyah Islam. Bukan keuntungan semata. 

Doakan aku dan BK ku.  

siapa yang mahu menghantar karya ke ILHAM, bolehlah klik di sini. dan ke Penulisan2u di sini.

Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...