Showing posts with label Ombak Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Ombak Kehidupan. Show all posts

Sunday, 16 April 2023

Keberkatan Dalam Gaji

 

Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash

Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, tapi kita yang perlu buat kerja bagai nak mati. Dia relaks dan tenang tanpa jawatan dan bebanan yang berat. Alasannya sudah tua, tidak reti komputer, berkeluarga dan pelbagai alasan lagi. 

Dalam dunia KAFA, memang ada yang gaji RM2000 ke atas dan yang KAFA biasa hanya RM880. Setiap negeri berbeza bab bayaran dan hari bekerja. Kalau dilihat bebanan kerja sama saja seperti sekolah pagi, tugas mendidik anak-anak tentang akhirat, dokumentasi dan kerja kerani yang tak sudah, pelik betul kenapa susah sangat untuk gaji kami naik. Ups, bukan gaji ye, hanya elaun. 

Jika kita bangkitkan isu, mesti kata, "Bersyukurlah apa yang ada. Jika rasa tak mampu bekerja dengan ikhlas lagi, silakan berhenti. Cari kerja lain. Ramai lagi yang nak kerja."

Sepatutnya bila golongan guru yang bekerja di bawah menyuarakan isi hati atau masalah, pleaselah dengar dan empati. Bukan terus menuding dan beri ancaman. 

Bayangkan dengan gaji paras SPM, budak lepasan SPM kerja kilang pun dapat lagi banyak tau. Kerjaya mulia kot. Kenapalah susah sangat mahu beri yang terbaik untuk kami. 

Disebabkan suara tak didengari, bonus yang tidak adil sebab ikut gaji, dan bebanan yang banyak untuk guru muda inilah buat ramai kecewa dan penat. Ramai yang nak putus asa mendidik. 

Bayangkan bonus separuh gaji. Siapa gaji besar 2000, akan dapat 1000. Siapa gaji macam kami, hanya dapat separuh saja. Macam kapitalis kan. Orang yang kaya akan semakin kaya, yang macam kami teruslah tertindas. Fuh. 

Guru lama yang sudah bergaji 2 ribu ke 3 ribu, tenang saja tanpa buat kerja pengkeranian yang memenatkan dan tiada jawatan. Siap dapat anugerah perkhidmatan cemerlang 2 ke 3 kali lagi. Cemerlang apanya. Datang lambat, dalam kelas tidak mengajar, tugas hakiki tak dibuat sebaiknya. 

Sejak tu memang saya tak pernah percaya dengan anugerah cemerlang semua ni. Orang dalam semata. Tak adil dan tak layak. 

Bila guru muda mengadu dikatakan mengeluh, merungut dan tak ikhlas. Tapi mereka tak cuba duduk dalam kasut kita. Orang atasan jabatan atau pihak sekolah tolonglah belajar untuk empati. Jangan terlalu kering dengan arahan demi arahan. Belajar untuk memahami dan menyelami. 

Ingat ya, dalam gaji kita ada keberkatan. Jika dapat gaji besar sekalipun, tetapi usaha kita tidak selayaknya, berhati-hatilah. Risau makan minum kita dengan duit tak berkat. Jika kita jadi ketua atau pemimpin, sesekali lihatlah orang bawahan. Gembira atau tidak mereka kerja di bawah anda. Anda akan disoal kelak. Risau bahu berat sebelah sebab tidak adil dalam menyempurnakan amanah. 

Thursday, 23 September 2021

Sambal Goreng Jawa Versi Paya Dalam.

 


Ini menu berhantu setiap kali raya dan kenduri. Menu wajib dalam ambeng juga. Ada orang sebut nasi ambeng atau orang Melayu panggil nasi ambang. Kadang-kadang kami panggil 'berkat' juga.

Bila balik kenduri, "Dapat berkat tak?" 😍

Sambal goreng jawa. Serunding penambah selera.

Ada yang versi hitam, ada versi putih. Satu menu saja sudah punya kepelbagaian rupa. Ada versi raya dan versi kenduri kahwin juga pada Fana. Bila letak suun, automatik rasa jadi sambal goreng kerja kahwin 🤭

Bagi Fana, sambal jawa punya bermacam rahsia yang tersembunyi. Menu yang agak lengkap serba-serbi dengan protein, mineral dan lemak juga hihi. Penyediaan yang renyah sebab banyak bahan dan ada teknikal yang tinggi.

Kacang panjang, tempe, tauhu goreng, santan, cili, bawang, petai, udang dan babat (masa sesi bergambar babat masih belum empuk) disatukan dalam periuk yang sama menghasilkan aroma yang sungguh lemak. Bau lemak santan bila mendidih tu jangan cakap lah. Lagi-lagi masak dalam periuk Dessini. Okay yang ni Fana gurau hehe.

Bila cerita bab menghiris pun bukan sembarangan hiris ya. Hiris tempe dan tauhu ada gayanya. Hiris atau patah kacang panjang pun boleh jadi lain rasanya. Hiris kacang serong tu yang pakar saja boleh buat dengan tenang dan cantik. Keluarga kami memilih kacang potong serong 🤭

Serunding pun bukan calang-calang orang boleh buat tau. Lenguh tangan sampai rasa nak campak saja sudip tu huhu.

Kalau kita bayangkan sambal goreng jawa ibarat watan/tanah air, pelbagai bangsa dan kaum hidup bersama dalamnya, tetap mereka boleh hidup aman walaupun pegangan berbeza. Janji ikut resipi. Jangan derhaka resipi huhu. Resipi hormat satu sama lain dan jangan rasis.

Ya jangan rasis.

Setiap bahan sambal goreng ada kewajipan masing-masing untuk menghasilkan rasa. Setiap kaum di Malaysia punya tanggungjawab yang sama juga. Pertahankan tanah air dengan kapasiti tersendiri. Matlamat satu, cara berbeza.

Barulah sambal goreng jawa atau watan Malaysia kita tampil 'sedap' di mata dunia. Dipuji dek keenakan dan keunikannya 💐

Saya bangga jadi anak Melayu Jawa! Tiberrr. Ada geng anak jawa ke yang tengah baca tu? 

Nota: Ini sempena Fana masuk Pertandingan Menu Cinta Merdeka. 


Thursday, 12 August 2021

Sihat untuk Ummah

Alhamdulillah. Masuk bulan ke-2 Fana mula konsisten untuk keluarkan peluh, bersenam dan buat aktiviti fizikal. Orang jenis tak suka bersenam ni kena paksa sikit. Lama-lama dah jadi rutin syukur. 

Bagi Fana, objektif bersenam Fana bukan kurus atau nak slim pakai baju ketat tu. Sebab alhamdulillah BMI dah ideal. Cuma ada part of my body yang nak diselesaikan saja hehe. 

Sebenarnya lebih kepada nak sihat sebab Fana punya kerja banyak sedentari. Cikgu kan. Duduk depan laptop, menulis artikel dan buat kelas online, tengok Netflix (eh huhu ni untuk reward lepas kerja). 

Nanti badan lemah dan tak fit. So bersenam dan luangkan masa setiap hari untuk aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk kekal segar dan fit. Keluar peluh, hormon happy pun dirembes juga, tengok pokok menghijau dan jumpa orang kampung pun agak membantu untuk terus sihat fizikal dan mental. 

Dan nak turunkan kolestrol juga. Kesihatan dalaman lah. Doktor kata konsisten senam boleh pulihkan bahagian dalam hehe. 


Bulan Ogos ni, Fana join 2 cabaran. Larian Tun Teja anjuran wanita ISMA Subang Jaya dan jump rope 5000 anjuran SCORE Malaysia. Kita cabar diri sendiri tengok mampu ke idok. 

Kasut POWER BATA peneman setiap hari



Pestime join cabaran ni



Ada masa joging dan brisk walking



Ada masa cycling dengan santai dengar lagu. Best moment i cakap kat u tau!



Setakat 11/8 ni. Lepas vaksin kena rehat dulu. 


Nasib baik virtual, kalau maraton betul memang tertinggal belakang lah haha.

Korang jaga kesihatan tau. Jangan stress-stress dengan masalah yang takkan berkesudahan tu. Stay positive dan tawakal dengan Allah SWT. Allah pinjamkan kita hidup dan badan ni untuk beribadat, berdakwah dan berbakti kepada ummah. Jaga sebaiknya sehingga ajal menjemput kita. 

Tuesday, 18 May 2021

'Slow Down'kan Media Sosial

 Eid mubarak!



Alhamdulillah tahun ini menjadi tahun ke-2 kita beraya dalam keadaan PKP. Walaupun suasana agak berbeza dan aktiviti berziarah dikurangkan, penzahiran kegembiraan atas kemenangan kita lawan lapar, dahaga, nafsu selama sebulan wajib kita laksanakan. 

Sampai ada kawan mama kata, "Raya apa! Tak raya aku lah. Bukan boleh balik kampung pun."

Raya itu hadiah Allah untuk umat Islam. Raya sebab rai kemenangan Ramadan. Bukan kerana tak dapat balik kampung, kita mengamuk dan tak nak zahirkan happiness. Allah beri hadiah, kita tarik muka tak mahu ambil. Apa jenis makhluk lah kita ini. 

Selang beberapa jam kemudian. 

Fuh! Tadi pagi tulis, petang ni baru sambung semula. Lately agak malas nak buat apa-apa. Buka medsos pun malas. Memandangkan sekarang musim isu ummah Palestin, so paksa diri onz medsos semula. Bukan malas sesaja tau. Sebab tiap kali buka FB nampak gambar raya kawan medsos satu famili dengan suami dan anak jadi rasa down dan mulalah persoal sini sana huhu. 

So mengelakkan diri jadi murung. Kita cegah seawal mungkin. 

Jadi bujang bila dah 30an ni agak mencabar. Kena bijak jaga emosi, kestabilan dalaman dan ketenangan. Jangan terlalu memaksa diri over positif dan jangan marah diri sendiri kalau diri kita banding dengan orang lain. Ada orang kata, "Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain." 

Nasihat begini adalah bagus bila kita nasihat diri kita sendiri, bukan orang lain yang nasihat kita. hahaha. Dia apa tahu perasaan kita. Pandai nasihat saja. So, bagi Fana, si bujang 30an kena pandai tarik brek awal sebelum melarat jadi penyakit mental. 

Dulu selalu fikirkan masalah orang lain, nak tolong orang, selesaikan kesusahan orang, sekarang banyak tengok diri dulu. Dah tiba masanya kita fikir pasal diri kita pula. Kerjaya, kewangan, kesihatan, ilmu, kehidupan, kebahagiaan dan tarbiah dakwah. 

Benda paling buruk pernah Fana fikir dan monolog adalah, "Bestnya dia tu. Waktu belajar tak all out mana pun dakwah. Tup tup habis belajar terus dapat kerja dan ada masuk meminang awal. Dapat kahwin awal. Orang putih cantik laku sokmo."

Ya, benda pasal jeles ni kan takleh elak dan halang. Tapi kita belajar untuk kawal supaya tak jadi hasad. Sebab bagi Fana, perkahwinan tu suatu hadiah buat orang perempuan. Mestilah jeles kan. 

Nak tahu cara Fana kawal fikiran buruk macam tu?

Korang cubalah. Mana tahu ada yang boleh happy dengan cara Fana ni. Firstly ada lah slow down kan penggunaan medsos. Medsos memang punca utama ramai tak bahagia dan tak bersyukur. Tengok orang lain punya life yang bahagia, bikin sendu diri kita. Padahal mereka tunjuk bahagia simpan derita hehe. 

Kedua, boleh cuba unfollow mereka yang kita jeles tu supaya tak nampak gambar kehidupan mereka. Bukan kita tak kawan, tapi kesihatan kita yang lebih utama. 

Ketiga, sudah tentu Fana sibukkan diri dengan baca buku dan tonton movie. Of kos movie Turki. Feveret sejak tahun 2019 hobi yang ini. Dulu suka tengok hindustan dan korea yang berkisar famili. Sekarang tukar angin. Pokoknya sibukkan diri kita dengan hobi yang kita suka dan akan leka. Kita suka, hati gembira. Fizikal pun ceria. 

Buat netijen, cehhh netijenn oi. 

Jangan nasihat orang lain, "Sabarlah. Jangan banding hidup ko dengan orang lain." Ayat ini sangat tak sesuai tau. Kurang empati dan jiwa. 

Better korang takyah nasihat tapi beri galakan semangat supaya ingat nikmat yang ada sekarang. "Takpelah dorang kahwin awal. Ko ada mak ayah depan mata yang ko boleh berbakti. Pahala ko lagi lebih daripada dia bab birrul walidain.

Nice!


Thursday, 10 December 2020

Kenapa Mak Kita Beli Semua yang Dia Teringin?

 Lately mama beli banyak barang dapur. Okay spesifiknya adalah periuk belanga, pan lah, entah apa mak nenek kuali lagi. Kalau tengok sama saja semua hahaha. 



Itu dalam gambar baru 3 set tau. Ada lagi yang dah buka dan kami dah guna. Jenama Dessini yang tengah viral tu. Mama beli sesenyap dengan kawan kilang mama. Katanya dapat harga murah dalam seratus lebih je. Selalunya harga dalam 300 lebih. 

Bisinglah asal beli banyak periuk, membazir je. Di mata fana lah. Okay, bila dah guna, wahhh memang best rupanya hehe. Senang serba-serbi. Takyah guna minyak banyak, tak melekat bila menggoreng. Happy woo terbalikkan ikan. Orite macam kena buat review satu ni nanti. Deal!

Masa mama belek 3 kotak ni, Fana tanyalah. "Macam sama je semua. Kenapa beli banyak-banyak?"

"Mana sama. Aku ni kan dulu selalu tahan bila nak beli barang. Sebab ingat benda lain yang lebih penting."

Haah, bila Fana ingat balik kan. Mama jenis pentingkan barang rumah, keperluan keluarga. Bab pendidikan Fana memang paling atas. Nak beli buku apa, kamus apa, kelas apa, alat tulis semua, memang mama baba akan beli kan punya. Minta saja. 


Hah! Itu buktinya. Ini baru separuh. Ada berkotak-kotak buku yang rosak basah terkena hujan masa atap stor kami bocor. Belum campur buku cerita zaman kanak-kanak dulu, komik Kawan siapa ingat hehe. Ada suku buku dan kertas yang baba bawa masuk kat stor sebab sakit mata haha. 

Rumah kami pun bukan jenis beria hias. Ada perabot utama saja. Bunga semua takde. Sekarang ini saja mama rajin beli karpet, cermin dinding tambah satu lagi, tukar palang langsir, tukar cat minyak yang mahal sikit. Bukan tak pandai hias. Rasa membazir beli sebab nanti bersawang saja haha. 

Orang tua kita ni bila rasa dah selesa hidup, tak fikir apa dah sangat. Mereka fikir ini masa nak bahagiakan diri mereka. Beli apa yang mereka teringin. Pendam saja selama ni. Tapi famili kami jenis pakai semua barang tau hehe. Tupperware pun jenis bukan simpan buat koleksi. Semua pakai buat basahan harian. Sampai lunyai dan hilang.

Jadi, kalau korang tengok mak ayah korang beli itu ini terutamanya di Shopee, biarkan aje. Beri mereka happy pulak. Korang tak tahu kat Shopee fana punyalah melambak cadar dalam troli hahaha. Baba punya kerja lah tu. Hantu cadar. 

Beri mereka masa untuk tenang, ceria dan happy di usia senja. 

Thursday, 23 January 2020

Move On Dengan Cara Allah



Bila kita meletakkan harapan terlalu tinggi dan yakin yang Allah SWT akan makbulkan, sekali DIA tak izinkan, pilunya tu ya Allahhh, Allah saja yang tahu bagaimana tahap sakitnya. Dalam masa yang singkat Allah SWT buka satu persatu takdirNya. 

Move on?

Bukan semudah yang disangka. Air mata yang bersisa bikin hati galau sentiasa. 2 hari berendam air mata dan kini cuba cari hikmah yang tersembunyi dalamnya. 

Ada sebab Allah tak izinkan. Ada hikmah Allah tak makbulkan. Kan Allah yang ciptakan kita? Makanya DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik buat kita. Kadang-kadang apa yang kita rasa terbaik dan sesuai untuk kita, rupanya perkara itu tak terbaik untuk kita. 

Kadang-kadang kita rasa Allah tak pandang kita, sebab tu tak makbulkan doa kita. Kita lupa rupanya yang disebabkan kesedihan doa tak makbul ini kita lebih dekat kepadaNya. Kita banyak mengadu, menangis dan berdoa kepadaNya. 

Tahu tak sebenarnya Allah SWT nak tarik perhatian kita dengan hantarkan ujian demi ujian hidup. Dengan ujian, kita akan sujud kepadaNya. Jika tiada ujian, kita banyak kepada manusia dan leka dengan keindahan dunia ini. 

Ya Syakur Ya Ghafur. 
Allah yang Maha Bersyukur, Allah yang Maha Pengampun. 

Ini 2 ubat zikir yang Fana dapat daripada Ustaz Abdullah al-Amin dalam radio ikimfm. Ini ubat untuk lupakan masa silam, kenangan pahit dan kebencian yang sukar untuk dihapuskan dalam minda. Alhamdulillah hanya dengan asmaul husna saja dapat mengubati kekecewaan kita ini. 

Cubalah. Move on dengan cara Allah SWT!

Monday, 7 January 2019

Hello 2019!

Setelah berbulan lamanya tak menulis di sini, hari ini baru rasa mahu menulis sesuatu. Hari tu masa nak renew domain bukan main lagi serabut bagai, sayang rasanya tak renew, tapi malas menulis. Sama sajalah Fana oi. Buang duit saja kalau tak penuhkan medan yang ini. 

Alhamdulillah sudah seminggu masuk tahun baharu, 2019. Pelbagai kenangan telah kita tinggalkan dalam 2018 yang penuh dengan pelbagai rasa. Pahit, manis, masam masin semuanya bercampur dengan sebati. 

Mana kenangan yang manis, kenanglah ia berterusan, mana yang pahit itu simpanlah erat-erat agar tinggal sebagai kenangan sahaja. Kenapa tidak dibuang? Oh bukan semudah yang disangka ya untuk buang kenangan pahit. 

Tahun 2018, merupakan tahun paling mencabar segenap segi sisi kehidupan Fana. Dari segi kewangan, kerja, perhubungan, keluarga dan semuanya lah. Tapi alhamdulillah tahun lepas juga tahun terbaik konsisten bayar PTPTN dan simpanan KSWP RM100 tiap bulan tanpa culas. Punyalah struggle tau. 

Sudahlah gaji dapat cash di tangan, duit PTPTN ditolak secara auto-debit dari Maybank online. Fuh, tiap akhir bulan memang tak boleh lupa untuk pastikan cukup RM200 dalam bank untuk ditolak setiap 28 hari bulan. 

Duit KSWP Fana join yang i-suri tu. Sebab tiada majikan dan buat caruman secara sendiri. Mama-lah antara orang yang menyedarkan Fana yang walaupun kerja sendiri, KWSP penting untuk masa tua kelak. Adalah bekalan buat kita nanti. Biar simpan sikit, janji ada konsisten tiap bulan. RM100 tu kira banyak tau sebenarnya untuk yang kerja sendiri. Huhuhu. 

Insya-Allah tahun ini akan teruskan caruman RM100 setiap bulan dan nak mula simpan emas. Masih dalam proses membaca dn kaji tentang bidang ini. Tahun ini juga Fana akan konsisten simpan dalam Tabung Haji sama macam Fana buat untuk KSWP. Fana nak cuba RM100 jugalah. Target tahun ini memang nak daftar haji. Doakan tau!

Beberapa azam tahun lepas terkandas, nampaknya ada yang azam tu tak relevan dan ada yang masih dibawa ke tahun ini. Kena positif dan sangka baik dengan aturan Allah SWT. DIA akan beri yang terbaik buat hamba-Nya. 

Tahun ini kena bersungguh hafaz juz 29 & 30 nampaknya. Patutnya juz 30 tahun lepas punya azam. Herm banyak sangat main-main kan, tahun ni kena taubat dan serius sikit. Bacaan harian pun tahun lepas sangat teruk. Banyak sangat baca Facebook, jadi musnah segala aktiviti membaca buku fizikal. Tahun ini nak perbaiki dan belajar untuk fast reading. 

Moga Allah beri kebahagian untuk Fana dan keluarga tahun ini. Tak sabar rasa nak tunggu rumah kami siap tambah. Tak sabar nak besarkan kelas Tuisyen Himmah. Pelajar makin ramai ni. Perlukan ruang yang lebih selesa. 

Teringin sangat pergi Bosnia tau. 

"Aku serah seluruh hidupku untukMu. Kau berilah yang terbaik buatku yaAllah."

-FZ: 07012019-

Wednesday, 27 June 2018

Jangan Berkira Dengan Mak Ayah

Siapa perasan raya tahun ini sangat tak meriah. Tak ramai dah orang jalan raya dengan sanak-saudara. Pelik jugalah bila kami balik rumah atuk di Tambak Paya, eh sunyi saja ma. Atuk pun cakap tak ramai jalan raya lagi. Kenapa entah. Selalunya raya pertama rumah atuk tak putus orang datang. 

Sejenis famili yang kayu bila bergambar


Raya pertama tahun ini kami pilih warna oren bata sebagai warna tema. Punyalah baba kutuk kritik cakap tak cantik sebab tak terang menyerlah. Aduh orang laki tahu apa kan. Semua nak yang terang benderang saja. Mana dia tahu matte matte ini. 

Sebenarnya tahun ini kami beraya tak beria sangat pun. Dengan rumah yang tambah tak siap, televisyen rosak tak sempat siap semuanya buat mama baba tiada mood beraya. Pakai yang lama semuanya. Cuma ganti alas kaki dan alas meja lain saja sebab dah usang nau. 

Untuk raya kali ini Fana dapat belanja mama dan nenek baju. Kiranya upah jahit baju, Fana lah bayar. Sebab beli kain hari tu mama yang beli. Dan beri 200 untuk mama belanja raya. Bil api air pun bayar siap-siap untuk 3 bulan punya. Beratuslah macam biasa. 

Bila kau kerja sendiri ini dan duit ciput tak banyak mana, kau memang kena bijak ketepikan siap-siap duit nak beri mak ayah kau. Kalau kau bagi sisa memanglah tak akan pernah ada. 

Serius Fana cakap. Walau ciput mana pun gaji, dan rasa tak cukup betul, tetaplah ikhlas beri mak ayah duit bulanan. Ada berkat dalam hidup kau insya-Allah. Memang kau tak nampak berkat itu, tapi kau akan jelas nampak bila saat kau perlukan.

Syawal kali ini agak berbeza daripada sebelum. Walaupun single masih sama, ada banyak beza juga. Hahaha. Sejak umur 25 cakap yang Syawal tahun ini terakhir bujang, sampai kesudah dah akhir-akhir masih single juga. Muahaha. Kita cuba Syawal tahun depan pula lah. 

Apa yang beza?

Budak datang rumah ramai yang amat. Ya ampunn lah. Bersilih ganti datang. Ada adik murid tuisyen, ada yang bukan. Semua panggil cikgu juga. Bila bajet tinggal ciput untuk duit raya, sistem hafal sifir wajiblah. Lepas tu tak datang lagi dah. Baru dia tahu kan. Strategi menjadi. 

Memang kerjanya di rumah, isi kuih, sapu karpet, basuh cawan, buat air, layan budak hitam merepek. Ulang dua tiga kali benda yang sama. 

Okay! Macam tiada matlamat saja entry kali ini kan. Tapi itulah. Fana nak cakap jangan sesekali berkira dengan mak ayah kita. Gembirakan mereka. Kita cuba semampu kita dan mana yang kita daya. 

Sorga menanti anda!

Farhana Zali/Ukhti Mawar
Anak Tunggul Mithali


Sunday, 21 January 2018

Pengalaman Sertai Seminar Marketing X Anjuran Funnel Evo.

Assalamualaikum semua. Terima kasih sebab sudi singgah merehatkan mata anda di page ini. Hari ini Fana nak story sedikit tentang Seminar Marketing X yang Fana join pada Sabtu lepas. Sudah seminggu berlalu, tapi baru nak buat entry kan. Hihihi.





Buat pengetahuan semua, Seminar Marketing X ini telah disponsor oleh HQ Mary Jardin untuk 100 agen yang mendaftar awal. Masa Fana baca memo tentang sponsor ini, Fana rasa macam mahu menangis saja. 

Sebenarnya memang tengah down juga sebab dalam vision board memang sudah letak untuk join IMKK Mac nanti. Tapi disebabkan ada program tarbiah yang lebih awla (utama), Fana batalkan hasrat, padahal hampir-hampir transfer duit yuran juga. Yang IMKK pun pergi atas tiket agen MJ. Baik kan Dr Maryam.  

Sebab itu sampai mahu menangis bila iklan Seminar Marketing X ini keluar. Rasa macam Allah swt bantu beri jalan yang lain untuk kaut ilmu dan pengalaman. Tambahan lagi, memang Sabtu tersebut tiada apa-apa program. Ya Allah, syukur sangat! Terima kasih Allah yang Maha Pemurah. 

Nampak tak? Satu hilang, ada benda yang datang ganti yang hilang itu. Allah itu sentiasa adil pada hamba-Nya. Usah risau dan bersangka buruk. Positif sentiasa tau kawan-kawan. 

Mengikut perancangan sebenarnya memang Fana akan pergi seorang ke Ara Damansara itu. Sebab tiada agen MJ dari Melaka yang join sama. Dengan kereta punya stereng tak berapa elok, batang apa entah dekat bawah bahagian tayar kanan pun tak betul, duk serabutlah hari Khamis itu cakap nak pinjam kereta pak cik Fana. 

Tetiba baba cakap kereta tu boleh pakai sebenarnya. Tapi jalan pelan-pelan lah. Tapi kalau dapat betulkan batang apa entah tu, lagi best dan smooth perjalanan. Kalau pelan-pelan jalan, bila nak sampai. Hahaha. 

Tup tup, baba telefon pomen kata suruh cari barang cepat, sebab Fana nak guna kereta untuk ke KL Sabtu ini. Pastu hantarlah kereta ke rumah pomen. Pejam celik, makan tidur, pomen cakap kereta tak boleh siap, barang tak sampai lagi. Huhuhu. Padahal dia kata barang sudah ada. Kuikuikui. Sungguh ku tak mengertii. 

Tapi kesian juga kat pomen itu. Sebab dia kalut dengan baby dia yang baru keluar tu kena buat pembedahan. Baby tiada lubang dubur. Kesian sangat kan. 

Pastu Jumaat malam itu juga kami ambil kereta. Kiranya tak bikin apa-apa lah. Macam mana hantar macam itulah ambil semula. Malam itu juga Fana kalut print segala maklumat entah peta, tempat parking dan sebagainya. Punyalah takut kan. Tempat baharu lah katakan. 

Baba siap carikan waze siap-siap Evolve Concept Mall itu. Sekali bangun tidurr esokkkk. 


"Dah bangun. Baba kau dah cuti. Nanti pergi sekali."

Dengan selamba mama cakap kat pintu bilik. Jam 4:30 tengah terkulat-kulat tak berapa nak faham sangat butir bicara apa tu. 

Eh, kenapa cuti pula?  

Dah lah bangun cepat. Banyak tanya pula. Hahaha. Pepagi sudah kena marah tau. Begitulah keluarga kecil Fana. Nampak macam marah marah kasar, tapi sebenarnya lembut saja tu. Melaka kan. 

Rupanya masa Fana sudah tidur malam tadi, mereka berdua diskus kot. Tu yang baba ambil keputusan cuti terus. Mama memang dok risau sangat sampai nak ikut. Nak tahu sebab apa?

Sebabbbb Fana suka terlelap kalau memandu pagii. 

Okaylah! Alhamdulillah setelah sampai di tempat program, Fana terus masuk dengan yakinnya. Siap berbaju sejuk tau. Musim sejuk kan waktu itu. 

Sekali nampak kak Ezza Almi. Fana pun kejar kak Ezza dan ikut beliau macam tour guide. Hahaha. 

 Bila ada orang tanya best ke Seminar Marketing X ini?

Awak rasa apa jawapan Fana.

Gila tak best. Punya jauh dan jihad Fana dan keluarga nak datang. Fana nak cakap seminar ini tak best? Memang ego betul Fana kalau macam itu. 

Masuk saja dewan. Memang rasa semacam saja tau. Dewan gelap, tapi atas pentas ada lampu macam konsert tu. Wah!!! Memang pertama kali Fana pergi program macam ini. Rusa masuk kampung lah. 


Lain machiamm kan?


Awal-awal program Tuan Fahdi ajak para peserta sama-sama baca doa Dhuha. Ambil berkat. Aha! Permulaan yang baik. Sudah tentu isi program ini baik dan diberkati insya-Allah. 


Allah sebagai PARTNER dan CEO saya!

Awal-awal juga, Tuan Fahdi sudah cerita tentang kuasa istighfar. Beliau dulu berguru dengan Ustaz Fathuri yang tulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki yang bestseller tahun lepas itu. 

Antara yang kami belajar dalam Seminar Marketing X tempoh hari ialah macam mana nak conquer integrated marketing. Kita sudah tak boleh untuk fokus menjual di fesbuk saja. Tahun ini 2018 kena kuasai semua channel dalam alam maya. 

Kalau kita sebut tentang INTEGRATED MARKETING, kita perlu bayangkan dengan jelas apa itemnya.

Marketing X itu ialah channel marketing, tumpang ombak, web dan personal branding

Makanya di sini, anda yang online seller ini mesti sedar bahawa bukan fesbuk saja tempat menjual. Ada lagi instagram, youtube, google search. 

Dan sangat ditekankan untuk ada web bisnes sendiri. Fuh! Memang berasap lah. 

Paling kerap perkataan yang keluar ialah KUMPUL DATABASE, KUMPUL DATABASE. 

Lepas buat apa-apa marketing pun, jangan lupa kumpul database pelanggan dan prospek kita. Itu nadi bisnes kita akan sustain lama. 


Rezeki itu tak lambat tak cepat, rezeki tak salah alamat.
Susah-susahkan diri, tinggalkan apa yang Allah benci, nescaya mudah-mudahan saja Allah kabulkan hajat di hati. 

Best kan ayat Tuan Fahdi. Meresap sungguh. 

******

Sesi petang pula Puan Dila cerita tentang dua R. Rahim dan Rahman. Memang membuka minda sungguh. 

Dengan pesona Puan Dila yang lembut itu. Sejuk saja hati mendengar dan memandang. Cewah!

*****

Malam pula kami belajar tentang Youtube dan blog/website. 
Banyak benda baru Fana belajar. Alhamdulillah. Tapi yang asas sajalah. Nak belajar details kena masuk dalam Funnel Hacker. One day Fana akan join insya Allah. 

Terima kasih Dr Maryam, terima kasih Mary Jardin, terima mama baba dan terima kasih Allah yang Maha Penyayang.

Terima kasih anda yang sudi baca sampai habis. uhuk! Terharu tau.  


Bersama suries di Marketing X



Friday, 5 January 2018

HANTARAN 20k, TAPI BUAT MAJLIS SIMPLE SATU HARI TANPA FOTOGRAFER

Assalamualaikum semua. Semalam masa kelas mengaji dengan kak Yati, macam-macam cerita keluar. Biasalah menjemah kan. Kak Yati ni mak andam tau. Banyak lah cerita pasal kahwin-kahwin dan hantaran bagai. Macam-macam perangai kastemer dia dah jumpa. 

Satu kisah paling menarik semalam ialah, ada seorang kastemer kak Yati buat majlis simple sangat. Muka boleh tahan, kerja pun bukanlah cikai sangat, tapi ambil keputusan buat majlis simple dan yang wajib saja.



Iya! Hantaran kak Ju tu RM20k tau. Banyak kan. Sebab sampai mak cik bawang kak Ju ada yang mengata. Dapat hantaran banyak, tapi buat majlis macam ini saja. 

Macam ini tu maksudnya kan pelamin simple ya amat, tiada majlis berarak kompang bagai (mak cik bawang kak Ju nak buat ada tol-tol tu) haha orang Melaka kan. Ops! Tercakap pula. 

Masa belek fb kak Yati tengok gambar pengantin tu, haah lah simple pelaminnya. Nak tahu tak? Sebenarnya kak Ju tak tempah baju nikah atau persalinan bersanding (kan dia tak mahu bersanding), tapi mak cik bawang bising suruh tempah satu baju lagi. 

Lalu dia pun tempah baju biru untuk tangkap gambar saja (niat asalnya). Dia nikah jam 10 gitu, pastu terus makan beradab. Tiada kompang pung pang bagai. Pastu terus duduk atas pelamin salam tangkap gambar dengan tetamu. 

Itu yang mak cik bawang kak Ju bising kenapa tak tukar baju (dia pakai baju nikah waktu tu), kenapa tak berarak, siap bandingkan dengan majlis anak-anak mak cik bawang lagi. 

Aduhai, dengar cerita kak Yati pun dah dapat rasa betapa tekanannya pengantin waktu itu. Dengan kak Yati sekali kena marah mak andam jenis apa bagai. Adududu.

Dek rimas dengan kebisingan mulut mak cik bawang, kak Ju pun salin baju biru tapi memang pertahankan untuk tak nak berarak. Awak tahu, mak cik bawang sekalian balik rumah awal merajuk dan tak bawa balik lauk bungkus pun. Fuh! Betapa mereka tak puas hati itu.

Padahal mak pengantin bekas pencen guru besar sekolah relaks saja dengan keputusan anak gadisnya. 

Kata pengantin, 

Buat apa buat majlis besar lepas tu hutang sana-sini. Baik duit hantaran lebih tu buat persediaan kehidupan lepas kahwin.

Aha! Padu ke tak padu pemikiran pandang ke depan pengantin kan?

Susah nak cari sekarang orang muda yang nak kahwin simple dan rela simpan duit untuk anak-pinak nanti. Kita yang tengah tulis ini pun tak nak cakap lebih, belum kahwin lagi juga. hihi.

Sekian cerita tauladan hari Jumaat. Jangan jadi mak cik bawang tau bila dah dewasa nanti. Ahaks.

Monday, 1 January 2018

SELAMAT TAHUN BAHARU 2018

Assalamualaikum semua. Selamat tahun baharu 2018! Alhamdulillah. Hari ini merupakan hari pertama kita berada di tahun baharu yang bakal lebih mencabar ini. 




Apa aktiviti anda sepanjang hari ini?

Kalau Fana sepanjang hari ini penuh. Hihi. Nak tidur tengah hari my feveret pun tak sempat. Pagi Fana ada mesyuarat ummah panggilan segera, petangnya pula kami sekeluarga belanja barang dapur sedikit di Mydin Mitc. Ramai ya amat orang di sana. Troli pun habis. haha. Nasib baik kami dah grab satu di tempat parking. Bijak kan kami!

Okay! 

Saja Fana nak buat entry ini. Mahu mengimbau kembali detik-detik penting sepanjang 2017. Ada yang manis dan ada yang pahit. Mungkin ada yang Fana pun terlupa rasa apa. hihi.

Tapi apa yang Fana ingat, tahun ini merupakan tahun yang mencabar luaran dan dalaman Fana. Dugaan nak tengok betul ke Fana ini boleh berdiri atas kaki sendiri. 

Bulan April yang lalu ada live di Suria fm bersama Abang Brian. Bila hidup selalu berteman ke sana sini, pergi ke bandar yang memerlukan baca peta, tuhan saja yang tahu betapa peratus tahap tawakal Fana pada-Nya. 




Bukan mudah live di radio rupanya. Prepare jawapan 6 muka surat beb. Sekali boleh cakap setiap soalan 2 hingga 3 minit saja. haha



Moga abang Brian disapa hidayah dengan segera. Sangat suka dengan Islam beliau ini. 


Kalau suruh pergi sekali lagi pun Fana tak ingat arahnya. Memang buta tsiqah pada waze. hahaha. Sudahlah kena bayar parking dua kali sebab cari kereta pusing-pusing silap level. Aduyai. 

Kali kedua Fana pandu sendirian ialah akhir tahun lepas. Fana pergi ke Bangi untuk hadiri Seminar Viral-lah, tuan Khairul Hakimin. Patutnya ini impian tahun 2018, tapi rezeki datang lepas beberapa hari sebut-sebut kata teringin pergi. Syukurrr. Dalam nebes nebes takut pandu seorang tu, dapat juga sampai awal dan 15 minit sebelum program berlangsung. Fuh! Kira terer lah kan. 


Jumpa adik nama sama dan bekas pelajar UniSZA juga. 


Terima kasih kepada ukhti Mimi sebab beri pinjam Froggy beliau. Moga Allah limpahi rezeki yang melimpah luah. Amin.

Tahun 2017 yang lalu juga mencatatkan betapa kerasnya Fana kerja untuk bangunkan kelas Tuisyen Himmah Fana. Hampir dua tahun Fana wujudkan kelas tuisyen murah untuk anak kampung Fana sendiri.  Insya-Allah niat suci kita Allah berkati. 


Sepatutnya ada 10 orang. 


5 daripada mereka dapat masuk sekolah asrama yang agak bagus dalam Melaka. Alhamdulillah. Tahun 2018 bakal memberi sinar harapan yang lebih cemerlang buat Tuisyen Himmah. Amin. Ruang belajar yang lebih selesa mungkin?

Alhamdulillah juga untuk rezeki buku kedua Fana. Bulan Oktober akhir yang lepas, kak ngah Fana telah selamat dilahirkan. Cakap Biar Serupa Bikin nama diberi. 


Setiap penulis memang akan ternanti-nanti poster yang ini. 

Sudahlah warna wow Fana warna biru dan hitam. Cover kak ngah pun kena temanya. Rezeki orang kata. Terima kasih Karya Bestari dan kak Amal, editor super detail Fana. Berkat kena tegur berkali-kali, inilah hasil yang terbaik kami persembahkan.

Kak ngah lebih berisi, matang, tiada pembuangan masa dan pastinya lebih punya bahasa yang elok. Buku santai hasil beberapa cantuman mutiara daripada buku-buku fikrah yang sukar didapati dan difahami. 

Fana cuba untuk mudahkan bahasanya agar masyarakat umum juga bisa dapat manfaat daripada buku-buku gerakan harakah. Memang rugi siapa tak baca tau. 


Itu muka seharian muntah dek terkena angin Terengganu. 


Sekali lagi Fana syukur pada Allah swt. Tahun ini membuka satu lembaran lebih lagi keberadaan bidang darah wanita dalam masyarakat umum. Semakin ramai yang boleh terima dan mula cakna. Alhamdulillah, nikmat paling seronok Fana rasa.

Impian nak buat ebook pada masa depan telah Fana rintis dengan nota kecil 5 ASAS ILMU DARAH WANITA. Buat masa ini Fana bagi secara percuma untuk pembeli kombo kak long dan kak ngah. 




Fuh! Penat Fana taip. Senyum simpul tau taip semua ini. Banyak sangat kenangan manis. Walaupun target nak kahwin bulan Oktober tak tercapai, relaks saja lah. Siapa suruh letak target awal padahal calon pun belum ada kan. Hahaha. 

Memang pun akan timbul cemburu bagai tengok insta kawan-kawan atau akhawat tunjuk suami dan anak comel memasing, tapi pujuk diri dengan 


Allah bagi nikmat pada mereka dengan cara itu. Allah bagi aku nikmat dengan cara ini. Dapat jadi artis kan? hahah. 

Cewah! Orang sanguine dan lahir bulan April ini memang jenis pandai motivasi diri tau. Gitulah setiap kali setan datang cucuk kufur nikmat hasad bagai. 

Jadi, kita postpone bulan Oktober tahun ini lah eh. Amin kan lah kau orang ini. 

Okay satu lagi kejayaan terbesar tahun ini ialah Fana ceburkan diri dalam bisnes online Mary Jardin yang sangat best tak menyesal join. Ahah sampai gitu sekali kan. Bersyukur sangat dapat masuk team surilavender bawah supervise bonda Ira. Team yang sangat supportive dan belajar banyak benda baharu. 


Inilah bonda Ira. Muda saja lagi. Tapi best panggil bonda. 


Kenangan retreat Disember lalu. Best sangat tau! 

Tapi ada beberapa yang tak tercapai sebenarnya. Antaranya ialah baca buku sebanyak 30 buah. Fana dapat 19 saja. Tahun 2016 lagi teruk. 15 saja kot. Insya-Allah tahun ini nak sungguh-sungguh capai target.

Satu yang Fana perasan apa kelemahan yang sampai tak tercapai target. Apa kau orang rasa?

Yep. Sebab Fana tak tepek vision board di dinding bilik. Fana tulis dalam diari, tapi itupun sangat umum tak detail. Jadinya 2018 Fana dah siapkan satu "MISI 2018"

Fana buat atas kad manila dan tampal apa impian tahun ini. Setiap pagi, tengah hari, petang, malam memang Fana tengok. Ada perubahan dari segi positif diri Fana. Siap buat wallpaper laptop tau. 

Kau orang pun patut buat tau! Eh, mana boleh bagi tunjuk board Fana. Ada rahsia negara dalam tu. Ahaks! 

Tuesday, 19 December 2017

USAHA SEORANG PENSYARAH YANG MULIA

Assalamualaikum semua. Hari ini Fana mahu cerita suatu kenangan manis. Kenangan ini sudah seminggu berlalu. Baru hari ini berkesempatan untuk curah segalanya. Sabtu dua minggu lepas Fana hadiri seminar mega viral-lah yang dianjurkan oleh team Tuan Khairul Hakimin, Bapa Brownies Kebangsaan itu.

Alhamdulillah sangat. Tahun ini sebenarnya tahun menguji kemanjaan dan penakut dalam diri. Beberapa kali sudah pergi kawasan Selangor dan Kuala Lumpur seorang diri. Selalunya memang asyik ajak teman saja ke mana-mana, maklumlah tak mahir baca peta.

Fana pergi UKM untuk Simposium Tutor Profesional pada tahun lepas. Ini adalah pengasas yang buat Fana gerak sendirian selepas tamat belajar. Huhuhu. Biasanya sebelum ini pergi Seremban lah paling jauh sendirian.

Tempat yang paling Fana seram pergi sendiri ialah bila mahu ke konti Suria fm. Entah apa nama tempat entah. Malam itu gigih baba si pakar waze, carikan location dan simpan terus dalam waze Fana. Awak tak akan boleh bayangkan betapa hati Fana cuak berdebar sepanjang perjalanan bermula turun tol sana. Allah saja yang tahu. Sentiasa ambil jalan tengah, supaya senang ke kiri atau ke kanan.

Balik itu siap kena bayar parking dua kali lagi, kes masa keluar lebih had, sebab cari kereta tak jumpa-jumpa. Salah level rupanya. Kereta sudah berhenti depan pagar keluar untuk tunggu terangkat lepas masukkan tiket, kesudah tak bergerak pagar itu.

Sekali tanya pak guard yang lalu-lalang di situ, rupanya sudah habis tempoh. Hahaha. Kalau ada kamera shoot muka Fana, pasti buruk ya amat waktu itu. Maaf deretan kereta dibelakang, terpaksa undur semula. Haish, kelakar kalau ingat semula.

Baiklah. Berbalik kepada seminar tadi, secara berjodoh sangat Fana duduk sebelah adik graduan UniSZA. Memang pergi mana-mana mesti ada yang dikenali kan. Hahah. Dunia ini kecil saja.



Namanya Farhanah juga. Cuma dia ada ‘H’’, Fana tiada. Anak jati Beaufort, Sabah yang merantau mencari rezeki dan pengalaman. Beliau baru saja konvo November yang lepas. Maksudnya kami memang sempat sekampus lah. Isu jumpa atau tidak Fana tak pasti. Kan perempuan muka sama saja kalau sudah ramai-ramai pakai tudung tu.

Farhanah ini graduan diploma fisioterapi. Rezeki Fana lah dapat duduk sebelahnya, sebab dapat tanya pasal kaki baba tu. Dan jawapannya adalah baba kena rajin kayuh basikal. Mahu tahu cerita apa paling menarik yang beliau kongsikan pada Fana? Ya, tentang kerjayanya sekarang.

Farhanah bekerja sebagai ahli fisioterapi bagi satu syarikat swasta yang dibangunkan oleh seorang pensyarah fisioterapi UniSZA sendiri. Syarikat ini ala-ala hometuition lah. Bergerak dari rumah ke rumah mengikut permintaan untuk tujuan fisio pesakit.

Apa yang buat manis bergula ialah pensyarah pemilik syarikat itu memang buka peluang untuk para graduan fisio UniSZA yang belum dapat kerja lagi untuk timba pengalaman. Disebalik ramai pemilik syarikat mahukan yang sudah punya pengalaman, beliau mencari yang masih fresh.

“Panggil semua kawan awak yang belum dapat kerja lagi. Suruh kerja di sini.”

Mulia sungguh apa yang pensyarah itu cuba bawa. Membantu orang lain cari rezeki dan ajar anak didik bantu orang lain yang perlu rawatan untuk penerusan hidup. Itu juga lapangan jihad beliau. Mudah sangat kan nak buat pahala. Di mana-mana dan pelbagai cara. Takaful jika hidup segar di dunia ini, Islam pasti gemilang dan disegani pihak musuh.

Satu Fana nak cakap. Kau tak akan pernah menghargai apa itu fisioterapi selagi tiada orang terdekat yang memerlukannya. Percayalah.

Nur Farhana Zali
Bakal anak solehah dan mithali. Ouch!

Tuesday, 12 December 2017

KUCING IKUT TUAN JADI GRAB MAMA

Assalamualaikum semua. Fana ada seorang sepupu perempuan yang jenis kalau mak ayah nak keluar, terus dia duduk dalam kereta dengan muka sembab nangis-nangis nak ikut. 



Itu yang duduk sebelah ini sama lah. Tapi itu bukan sepupu Fana. Hahha. Perangai sama betul. Setiap kali hidupkan enjin, berdesup masuk dalam kereta. 

Tadi pagi tak perasan bila dia masuk. Tetiba waktu kereta dah berjalan, menongol di bahagian depan. Bawa saja lah ke kilang. Jam 5:30 pagi kawan-kawan. Seekor kucing ikut tuannya hantar mak tuan ke kilang. Aduhai.

Ikutlah selagi mampu. Nanti masuk syurga jangan lupa bawa kami bersama ya. Kau memang sudah muktamad masuk syurga, kami ini masih di awangan lagi.

*mata masuk habuk*

Friday, 3 November 2017

REZEKI ADA DI MANA-MANA. USAHA SAJA.

Assalamualaikum semua. Hari ini hari Jumaat. Sedang saya tulis entry ini, hujan renyai sedang turun dengan tenangnya. Dingin saja rasa. 

Sehari dua ini, jujur saya beritahu, banyak sentapan yang wujud dalam diri. Baru 3 hari daftar sebagai agen Mary Jardin, di bawah team #suridiamonds. Alhamdulillah, banyak pencerahan hidup dan masa depan yang saya dapat. 


Setiap yang kita lakukan, mesti ada BIG WHY kan? Saya sertai MJ pun ada beberapa big why

Sudah semestinya big why saya ialah tak mahu bagi Mama Baba risau dengan keadaan dan pilihan saya lagi. Kita semua mesti faham betapa risaunya mak ayah kita bila kita kata, kita mahu kerja sendiri, bukan kerajaan. Boleh bayangkan betapa mereka memikirkan bagaimana masa depan kita yang tak stabil. Gaji tak tetap, kadang ada kadang tiada untuk permulaan tahun pertama ini. Saya sebagai anak faham apa yang terbuku dalam hati mereka.

Walaupun muka mereka tak tunjuk risau itu, walau mereka nampak bersetuju dengan apa yang kita pilih, sebenarnya jauh dalam sudut hati mereka, kerisauan yang sangat besar. Sebesar ladang nenas di Johor gamaknya. Apalah sangat pendapatan buat tuisyen untuk bantu anak kampung. Inilah big why paling utama saya jadi agen dropship MJ. Tambah pendapatan, nak bagi mama, baba, atuk dan nenek lebih setiap bulan. 

Apa yang menarik join MJ ini, bukan kita sekadar masuk team, suruh jual bebanyak melambak cepat buat banyak sale. Tetapi ajar bagaimana nak ubah mindset negatif selama ini, ubah cara saya urus masa, ubah cara saya definisikan apa itu impian dan rezeki. Luas sangat ilmu Allah rupanya. Banyak yang saya tak tahu lagi.

Terima kasih, bonda Ira!

Mahu dengar satu cerita tak?

Dua hari lepas saya ke Kip Mart Bachang di Melaka. Niatnya nak ambil spek mata Mama. Rupanya ada sesuatu yang buat saya gila saat masuk pintu utama. Nasib baik tak menjerit guling saja depan pintu.

Saya nampak sekotak tafsir fi zilal Qur'an!!!

Idaman selama bertahun-tahun. Ada saja jual online, tapi dek kekurangan kewangan, saya tangguhkan niat. Harga biasa, dalam rm1400 atau seribu lima gitu. Tapi di Kip Mart itu saya dapat seribu saja. Mahu tak gila mak, nak! 

Terus saja menggelupur suruh abang kedai simpankan. Saya nak beli tau, encik. Simpankan.

"Baik. Awak datang tau. Saya simpan bawah meja."

Padahal korang, duit pun tiada sebenarnya. Mulalah meraban fikir mana nak cari 1k dalam 4 hari ini. Kerja gilak. Memang waktu tu saya tawakal saja. Sebab tinggal sekotak itu sahaja. Murah pula tu.

"Ya Allah, cukupkanlah duit hamba." Ini yang saya zikirkan beberapa hari ini.

Semalam saya keluarkan rm800 duit Tabung Haji. Terpaksa kot berkorban untuk menabung lagi. Syukur juga, semalam ada parents pelajar tuisyen bayar yuran awal. Rezeki semuanya. Tambah tolak sikit duit tuisyen yang dah dibayar dan dibayar awal, cukuplah rm200. Alhamdulillah.

Cukuplah 1k yang dikehendaki. Terima kasih ya Allah. Betulkan rezeki itu ada di mana-mana, janji kita yakin dengan Allah swt.

Jika ada yang mempertikaikan kenapa saya degil nak beli juga walaupun tak cukup duit. Hanya orang yang join usrah mengerti bernilainya tafsir 11 jilid ini. 

Sebak pula. Terima kasih ya Allah. 




Thursday, 19 October 2017

FESTIVAL BELIAWANIS NASIONAL 2017

Assalamualaikum. Hari ini hari Khamis. Lagi sehari saja lagi program belia wanita Islam (beliawanis) akan berlangsung. Program ini merupakan program perdana 2 tahun sekali. Program anjuran Beliawanis PEMBINA ini mensasarkan kaum wanita dan siswi untuk hadir dan beraktiviti.

Bukan hanya duduk mendengar menadah telinga, tapi bergerak menggerakkan badan dan minda juga. Platform terbesar untuk mencari kenalan baharu dan bertukar pandangan. Seronoknya!



Tema tahun ini yang diketengahkan ialah CANTIK dan SIHAT!

Menarik bukan? Kan semua orang mahu cantik. Make up sana sini. Beli foundation pelbagai produk. Beli shawl berbakul-bakul. Semuanya niat untuk kelihatan cantik, cun, anggun dan menarik. Tidak salah pun, yang penting tidak tabaruj dan berlebihan dalam berhias. Takut tersilap niat pula. 

Kalau awak semua perhatikan, sekarang kan tengah trend hiking. Panjat bukit sana. Panjat gunung sini. Ada kumpulan sampai luar negara dia pergi semata minat panjat memanjat ini. 

Selain untuk merapatkan ukhuwwah dan meluangkan masa lapang bersama kenalan, orang ramai hiking mesti sebab untuk sihat dan fit kan. Kan otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas.

Coach Aizat akan lead senamrobik kita. 


Dua item ini sangat penting dalam kehidupan. Cantik penting. Sihat lebih-lebih lagi penting. Salah satu tiada, cacatlah sosok seseorang itu. Bagaimana mahu keluar berdakwah atau bekerja, jika badan tidak sihat? Bagaimana mahu yakin berkomunikasi jika kita tidak kelihatan kemas dan cantik kan?

Cantik itu subjektif. Lain orang lain pandangannya tentang cantik. Tiada salah dan tiada yang betul.

Saya sendiri teruja untuk pergi Sabtu ini. Pelbagai aktiviti menarik dan jualan pasti mencairkan hati. Kena bawa duit berkepok siap-siap ini. Mohon tebal cepat wahai dompet. Hihih.

Buat pengetahuan semua, saya dan seorang rakan penulis, Zulaihah Karim akan berkolaborasi untuk buka satu reruai (booth) jualan di sana nanti. Tengah fikir konsep apa kami mahu bawa. Kami akan jual buku daripada 6 orang penulis dan seorang penjual shawl. 

Ada Tuan Najmi yang terkenal dengan siri Head With Serban. Ada Opah Gangnam, Cikpuan Zulaihah. Ada cikpuan Ukhti Mawar yang cute mak kepada kak Long dan kak Ngah. Ada juga Ainul Farihah yang stylo novelis muda. Ada Nohara al-Ramadani penulis terbit sendiri dengan antologi cerpen tarbiahnya. Dan tidak ketinggalan ada Tuan Lukman al-Hakim speaker hebat ISMA.  

Tazzabarrr!

Apa aktiviti yang ada? Banyakkk sangatt lahh. 

Ada senamrobik bersama Coach Aizat. Ada teater Ibu Partiwi, lakonan beliawanis PEMBINA sendiri. Ada forum juga. Ada pertandingan Gema Beliawanis. Ada bicara beliawanis. Ada jualan pelbagai jenis barangan. Rawatan spa pun ada juga. Ada ada ada...

Makanan? Usah risau. Ada juga di sana. Konfem tak kebulur punya. 

Jumpa di sana ya! 

Jangan lupa beli kak Long Basikal Karat dan kak Ngah biru Cakap Biar Serupa Bikin di reruai B19!


Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...