Showing posts with label tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah. Show all posts

Tuesday, 18 October 2022

Curhat Dengan Anak Murid Tentang Couple

 "Ustazah nak buat permintaan boleh?"


Ini ayat keramat semalam yang buat suasana perbualan kami hiba. 


Semalam petang cakap dari hati ke hati dengan seorang anak tahun enam lelaki. Anak yang sama yang dapat Kit Kat sebab dapat hafal doa qunut. Dia ada kes kapel dan bermesej dengan orang perempuan. Dan yang perempuan tu agak nakal sedikit. Fana tak suka sangat. 




Habis semua cerita anak ini luah petang semalam. Anak yang semakin meningkat remaja begitulah lumrahnya. Masih mencari hala tuju hidup dan belum ada pendirian tersendiri. Bercinta tu apa pun dia tak faham sebenarnya. 

Habis kami curhat, 


"Ustazah nak buat permintaan boleh?"


Anak ini pandang Fana. "Boleh."


"Lepas ni awak takyah lah kapel dengan dia lagi. Awak pun bukan suka dia pun kan." 


Dia mengangguk. "Apa yang awak rasa awak boleh buat lepas ni?"


Dia diam beberapa saat sambil tunduk ke bawah bangunan sekolah. 


"Lepas ni kalau dia mesej saya takyah balas lah. Lagipun dia mesej saya pun waktu dia bosan saja." 


Fana senyum. Polos sungguh anak ini. Anak Kit Kat dan doa qunut daku yang disayangi.  

Ingatkan bila kena tegur, dia akan mengelak daripada bertembung mata dan bercakap dengan Fana. Mana tahu terasa hati ke kan. 


Rupanya bila waktu akhir masuk kelas dia ajar tajwid, nampak bersemangat dan bersungguh cari kalimah dalam Quran. Jawab soalan pun beria gamaknya. Alhamdulillah Allah mudahkan bicara tanpa anak ini berkecil hati atau menjauhkan diri. 


Terima kasih Allah ya Latif 🌹


Ada beberapa anak lagi dalam susunan untuk dikorek isi hati. Selain jadi mak guard jaga pagar di sekolah, ustajah pun jadi kaunselor dan mak tiri tak bertauliah ye huhu. Moga jadi saham di 'alam sana'. 

Friday, 21 March 2014

amal jamaie memang menyeronokkan!


* Assalamu'alaikum sahabat sekalian *


saya barus habis liqo' bersama penggerak PEMBINA akhawat.. tahniah buat mereka yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, kerehatan di hujung minggu ini semata-mata kerana tarbiyah dan dakwah.. tidak sangka juga, ada dikalangan mereka yang baru berkecimpung dalam bidang dakwah ini, akan tetapi pengorbanan mereka ibarat sudah faham akan realiti susah dan penatnya jalan Allah ini..

hanya secebis refreshment yang dilakukan.. pencerahan semula kenapa bekerja dalam tanzim kita.. apa yang kita akan dapat dengan segala kepenatan ini.. ada tidak hadiah yang dijanji.. PEMBINA hanya platform kita, yang kita seru adalah ISLAM..! saya rasa beratus-ratus kali saya ulang kembali ayat yang sama..huhu..

kalau ada yang mahu bergerak dalam tanzim lain, silakan.. janji teruskan berjihad dan bekerja.. tiada paksaan dalam berjemaah kan..?? no, hard2 feeling ye.. 

sedikit tazkirah telah saya berikan buat adik-adik yang sangat dikasihi itu.. adabiat amal jamaie.. apakah sebenarnya mal jamaie? apa yang dituntut dalam teamwork ini? mari, kita sharing sedikit.

  • amal jamaie adalah suatu kumpulan manusia yang bekerja dengan manhaj yang benar di sisi syarak dan bermatlamatkan keredhaan Allah semat. (saya cuma ringkaskan)
sekelompok manusia (pelakon filem), manhaj yang benar (skrip) dan keredhaan Allah (filem)

manusia-manusia yang beramal jamaie haruslah: sentiasa bermusyawarah (berbincang), isti'zan (minta pendapat), taat (patuh pada arahan pemimpin selagi bukan maksiat).

insya Allah.. akan capai matlamat kita.. ustaziatul alam.. seluruh muka bumi amalkan Islam dalam kehidupan mereka..

sekian, penulis megantuk sudah.. 

Sunday, 16 March 2014

rehlah with them!



* Assalamu'alaikum sahabat sekalian *




masak ul khair... petang-petang begini seronok kalau dapat minum teh 'O' sambil cicah biskut kering.. tapi apakan daya perlu mengerahkan batang tubuh ini untuk menyiapkan esaimen yang perlu dihantar keesokkan harinya.. alamak! nampak sangat buat kerja last minit kan.. tapi kadang-kadang kerja di saat-saat akhir boleh jadi lagi terbaik kalau disediakan dengan terlebih bersungguh tau.. sebaliknya.. kalau buat main cincai jawabnya.. memang teruklah hasilnya..

bukan hal esaimen yang belum siap untuk saya ceritakan, tapi saya ingin berkongsi dengan kamu akan perasaan berbunga dan riang ini.. rasa seronok dan teramat seronok.. huhu.. kenapa? 

mestilah, semalam saya dan akhawat yang lain dapat berrehlah bersama di lagoon kuala ibai, kuala tganu kita ni.. dengan ditemani hujan yang lebat sepoi je.. walaupun basah kuyup dan tudung pun penyek2.. kami tetap ceria..



kalau dilihat betul2, hujan lebat membasahi bumi tu..


kami sudah menyempurnakan salah satu muwosafat tarbiyah..anda bila lagi?


cepat!! duduk dalam kumpulan..


kami sedang menghias plate..


aktiviti kami semalam adalah; kami memancing, kamu menyiang dan kamu menghias.. sweetkan.. para peserta dikehendaki untuk memancing ikan dan sotong serta ikan olok-olok di atas lautan rumput kering.. pancing sebanyak mungkin.. dari larikan seafood tersebut untuk disiang oleh akhawat yang lain.. baik-baik tu.. kan ikan meloncat..hehe

kemudian, akhawat dikehendaki untuk menyiang ikan dengan sekemasnya mengikut garisan badan ikan tersebut.. dan terus dibawa kepada akhawat yang sudah siap platingnya.. memang kiut la akhawat ni..

sesi menyiang ikan pink.. ngee


ready untuk disantap!! silakan..

selain itu, akhawat bermain games pelbagai topik..huhu.. saya pun tak pasti apa nama game yang ini.. yang pasti ia diadaptasi daripada game pou.. yang memory tu.. buka-buka gambar.. ingat tak?
bukak 2 keping sahaja ok!
ada topik tokoh.. imam syahid Hasan al- Banna, Ramadhan al- Buty, Syeikh ahmad yasin.. ada juga topik kenali kitab haraki kita.. bencana.. isu semasa...

sebelum masing-masing balik ke rumah atau asrama, kami semua dihidangkan dengan pelbagai macam juadah.. macam raya dah saya rasa.. mee hoon yang sedap dimasak oleh ustazah anisah, ummi mahani dan tidak ketinggalan ummu asma'..

ada pencuci mulut pelbagai warna dan rasa.. credit to akhawat yang buat.. ramai tak tertag. hehe.. lain kali boleh buat lagi kan..

best kan rehlah ni.. siapa yang mahu join untuk program akan datang bolehlah rajin-rajin like page kami.. PEMBINA KT

pasti banyak aktiviti menarik yang bakal anda jalani.. bersama kami MENERAJU ARUS MAHASISWA!!


sekian saja..

Thursday, 11 April 2013

besday paling bermakna

                 * Assalamu'alaikum sahabat *

alhamdulillah.. akhirnya umurku sudah mencecah setahun lagi.. itu bermakna usia semakin bertambah dan kematian semakin menghampiri (walaupun mati tak kira waktu)... itu secara realiti dan kebiasaannya..

kenapa ditulis di atas sana, besday paling bermakna.. hehe..

kerana pada hari gembiraku.. aku telah mengambil keputusan untuk menggembirakan orang lain.. disekelilingku...

seawal pagi, aku dan sidah (sahabat unisza) bertolak ke port dickson tanah tumpah tarbiahku bermula.. tanah gersang yang pertama kuberani untuk mencampakkan benih di sana.. mudah-mudahan ianya menjadila..masih suburkah kalian?

*ternganga*

dengan berbekalkan honda kepunyaan baba yang temperaturenya tidak berapa stabil.. kuputuskan jua untuk ke sana.. nekad! : kalau tak pergi hari ini, mesti susah nak jumpa lagi :

gembiraa tidak terhingga rasanya bila dapat menatap wajah adik-adik tersayang yang masih segar dan ceria di uniti.. uniti yang masih klasik, kekal dengan ketradisiannya yang unik.. wah!!

banyak cerita yang sempat kukongsikan bersama adik muallafku, alifah ting yang comel.. dengan bertudung ayu dan sopan.. ucapan salam menggamit pertemuan di kafe tersebut.. dia yang sibuk menanyakan tudung dan buku yang kubawa untuknya kah? hahaha.. alifah tak malu..!!

sab yang semestinya comel, kini sudah bertudung labuh.. ayu!! serius nie.. tutur kata yang masih sopan dan mendinginkan hati..

:: gembiranya hati ini melihatkan kamu wahai adik yang semakin lumat dengan keindahan Islam.. indahnya!! ::

ziarah ku diteruskan dengan pertemuan di surau klasik kami.. akhawat yang masih bising celotehnya.. tapi masih comel dan bijak.. semakin matang ya kamu semua.. berbeza dengan waktu akak tinggalkan kamu dulu..

ada yang bercerita perihal lecturer yang sudah bertukar ganti.. ada yang sibuk menguruskan urusan ke mesir dan jordan.. ada yang sibuk dengan urusan pernikahan... hahha.. yang itu penulis bohong...! maap..

hemmm.. rasanya macam nak share sikit saja tadi.. dah terpanjang pulak ye..

nasihat buat adik-adik di uniti :

" teruskan perjuangan kalian walaupun dihina, ditolak, diremehkan, lalu sahaja di depan mereka sambil tersenyum kambing.. jangan peduli.. pelihara hubungan dengan sesama makhluk tau.. rakan sekelas, rakan seuniti, mak cik pasar malam setiap selasa tu ke, kucing kat tangga blok ke... hah, yang paling utama hubungan dengan Allah wajib dijaga ye...!"

full time dengan dakwah dan tarbiyah tau.. jangan sekerat-sekerat je.. dok jadi kalau sekerat nie.. cakap serupa bikin.. all out dengan kelebihan yang ada.. kemampuan yang ada.. yang boleh bercakap, bercakaplah perkara yang baik dan bermanfaat.. yang boleh bersukan, tunjukkan sukan itu adalah islam, yang boleh menulis, tulislah apa sahaja yang bermanfaat dan boleh bagi semangat pada orang lain untukbergerak sama..

huish.. banyak pulak nasihatnya nie.. k bateri dah kong..

:: syukran sebab sudi baca entry yang ini ::






Monday, 11 March 2013

tersusun urusan..

                     * assalamu'alaikum semua*

lamanya tak ketemu kan..rindu rasanya.. 


tajuk sangat la mantopp!!!hehhe.. hengat senang ke nak tersusun urusan kita seharian.. belum jadi perdana menteri lagi ni.. itu pun anak kat umah tak terbagi makan..



buat pengetahuan sahabat semua, tersusun urusan merupakan salah satu daripada 10 muwassafat tarbiyah atau  10 ciri-ciri seorang muslim.. cuba tengok kat images google.. banyak la teramat orang lain buat poster atau lakaran tentang 10 muwassafat ini..





mesti ada dan dibentuk dalam peribadi setiap manusia yang bermulut satu.. kamulah la kan..



permulaan semester yang agak chaos..daku pun dengan semangat waja dan wira meneruskan kehidupan sebagai student dan daie full-time.. keluar bilik, masuk bilik untuk menunaikan tuntutan tarbiyah dan dakwah.. 

tukar-tukar beg untuk ke kelas.. ke surau dan kafe... [bukan menjaga penampilan tapi mungkin beg ke kelas tak sesuai ke surau..over je nanti..]

muka rasanya macam sudah blacklist kerana asyik matrix kesayangang masuk keluar pagar unisza je.. pak guard dan mak guard pun macam malas dah nak tengok mukaku.. dengan selamba je kulintasi mereka dengan senyum simpul.. oleh kerana cermin matrix belum ditampal pelekat lagi, senyumanku kuukir manis.. demi mengalihkan pandangan mereka...[minta maap bebanyak]

dengan esaimen yang hanya berbekal sebaris dua maksud dalam tafsir.. perlu dilebarkan sehingga berpuluh muka surat..haish.. doakanku terus tsabat dalam dakwah dan menuntut ilmu..yang paling penting doakanku pandai memanfaatkan masa dan menyusun urusan mengikut keutamaan.. prioriti orang puteh kata.. aulawiyat orang arab cakap... k la nak sambung study..ceh! study la....hahaha..

:: syukran sebab sudi baca entry yang hina ini....::

Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...