Tuesday, 30 May 2017

BEZA MUJAHADAH KITA

11:48 Posted by Ukhti Mawar , No comments
Assalamualaikum pembaca 



Alhamdulillah, hari ini masuk hari keempat kita berpuasa. Tahniah bagi yang tiada culas dan tipu. Orang perempuan yang kedatangan haid, jangan pula bersedih dan menyampah, banyak juga ibadah yang membuahkan pahala untuk anda. Membaca buku bermanfaat, berzikir, masak untuk orang berpuasa, sedekah dan buat amal kebajikan yang lain. 

Tadi terbaca status kawan lama. Seronok sungguh beliau memasang lampu kelap-kelip di rumah akhawat. Teringat zaman saya di bumi Port Dickson dahulu. Duduk dengan akhawat waktu puasa memang menyeronokan. Sungguh. 

Sama-sama sibuk dan penat. Masak bersama, hias rumah ikut selera kita dan cuba pelbagai resipi dengan tanpa takut salah dan orang kutuk. hehehe. 

Sejak saya kembali ke kampung halaman dan buat keputusan untuk tinggal bersama ibu ayah, saya suka untuk berkongsi realiti sebenar apa yang terjadi dan patut kita lakukan. Saya rasa ramai yang ada di luar sana yang mengambil posisi seperti saya, tetapi tidak ambil pusing apa yang sepatutnya.

Suasana kini berbeza. Sungguh, memang tidak sama. Realitinya ramai dalam kalangan kita berasal daripada keluarga biasa-biasa dan sederhana.

Bagi yang sekapal denganku, kita patut bijak mengislamikkan diri. Memang tidak semua yang kita impikan akan terlaksana. Sekurang-kurangnya kita boleh hidupkan sedikit gaya itu. Budaya baca al-Quran sentiasa. Budaya makan kurma dahulu. 

Jujur saya cakap. Jika kita tidak letak target di awal Ramadhan, kita akan mudah 'lost' dikemudian hari. Hidup seperti biasa dan biasa sahaja. Bangun pagi, sahur dan hidup seperti biasa sehingga terawih malamnya.

Di rumah, tiada yang mahu nasihat kita jika malas mengaji. Malas beramal. Suka hati kita semuanya. Jika dilayan, memang hancurlah Ramadhan kita. Pahala kurang, takwa pun tidak datang. Berbeza dengan di rumah akhawat, ada yang memerhati dan menasihati. Kita juga mudah terikut amal orang lain jika malas datang tiba-tiba. 

Oleh itu kawan, semak semula target kita. Tampal biar tidak lari dari garisan sebenar. Jangan salahkan persekitaran kerana kita yang memilih untuk di situ, tapi berusahalah hidupkan persekitaran (biah) dengan bersungguh. Mujahadah kita berbeza kawan. 

Wallahu 'alam. 




0 comments:

Post a Comment