Thursday, 22 March 2018

Jarangnya Kita Muhasabah Diri Dalam Kehidupan Seharian

Bila kita rasa diri kita termuhasabah?


jarangnya-kita-muhasabah-diri-dalam-kehidupan-1


Yup! Bila kita pergi program motivasi. Kan ada slot yang nangis-nangis itu. Balik program memang lain macam lah rasa insaf dan termuhasabahnya. Tapi selang beberapa hari kemudian, herm kembali kepada yang asal. 

Kita kan manusia, biasalah begitu. Iman turun dan naik. Semangat juga turun dan naik. Sebab itu  orang Islam disarankan pilih sahabat yang soleh solehah. Supaya sentiasa terinspirasi dan termuhasabah setiap masa. 

Muhasabah ialah kita meneliti modal dan untung rugi bagi mengenal pasti sama ada harta kita bertambah atau berkurang. Modal dalam perkara agama ialah AMALAN FARDU. Keuntungan dalam agama pula ialah AMALAN SUNAT dan PERKARA YANG BAIK.

Kerugian pula ialah PERKARA MAKSIAT yang telah kita lakukan. Jika kita terlanjur lakukan PERKARA MAKSIAT dan KERUGIAN, kita perlu tampung semula dengan perkara sunat yang membawa kembali keuntungan.

Aik macam usahawan pula Fana kan? Dalam buku Minhajul Qasidin yang gambarkan begini tau. Fana sampaikan sahaja. Hihi. Tapi indahkan gambaran itu.  

Memanglah sepatutnya seorang daie/ pendakwah muda harus ada fikiran seorang USAHAWAN. Sentiasa fikirkan keuntungan dalam kehidupan. Ghairah untuk buat banyak amalan sunat. Teruja untuk cari lebih ramai adik untuk ikuti usrah dan program membina jiwa islami. 

Cuba anda buka Al-Quran dan selak surah al-Hasyr. Ayat 18. Cuba baca ayat dan terjemahannya.


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah dia sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)..." 

Jika kita perhatikan betul-betul, frasa melihat dan memerhatikan itu menyuruh kita menghisab atau memuhasabah apa yang telah kita lakukan, sebagai persediaan hari akhirat.

Sungguh amalam ini sungguh penting dan mulia di sisi Allah. Hingga dirakamkan dalam Al-Quran, kitab panduan seluruh umat sedunia. 

Jarangnya Kita Muhasabah Diri Dalam Kehidupan Seharian

Dalam konteks seorang daie, jika seruan kita atau ajakan kita untuk ke program tidak berjaya, amalan ini patut kita utamakan. Kita sepatutnya muhasabah kenapa mereka sukar dengar seruan kita. Adakah cara kita yang salah? Atau adakah kita sendiri belum cukup qudwah untuk ajak buat baik? Atau apa. 

Pokoknya adalah muhasabah. Bukan mencari salah sehingga kita down dan terasa terseksa, cuma cari mana punca yang boleh diperbaiki untuk lebih BERJAYA.

Anda boleh teruskan pembacaan tentang Jarangnya Kita Muhasabah Diri dalam buku Cakap Biar Serupa Bikin, karya Ukhti Mawar. 

Boleh klik gambar buku di atas untuk pembelian. Terima kasih daun keladi sudi baca sampai sini. 

2 comments:

  1. Selalu tak muhasabah ni, lemau jadinya. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Go Su! Jom sama-sama muhasabah lepas solat. Saya pun kalau down saja, barulah teringat nak muhasabah bagai. Hermm sebab tu cepat down.

      Delete

Nak Mula Menulis Semula

Sebenarnya dah lama terasa nak kembali menulis blog. Setelah setahun berhenti kerja, jadi surirumah tangga sepenuh masa. Dan kini hidup ada ...