Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Monday, 28 March 2022

Murtadkan Anak? Peranan Kita?

Masa terbaca dialog antara Rasulullah saw bersama Utbah bin Rabi'ah antara pemimpin Quraisy dalam buku Raheeq Makhtum, teringat dengan kes Loh, ibu Hindu yang mahu murtadkan anak-anaknya yang sudah bahagia hidup dengan Islam. 





Selepas Saidina Hamzah, bapa saudara Baginda masuk Islam, para pemimpin Quraisy makin tak senang duduk. Sebab pengIslaman tu memang bawa tamparan besar. Saidina Hamzah bukan calang-calang orang ya. Influencer tika itu.  


Utbah bin Rabi'ah berjumpa dengan Rasulullah saw untuk menawarkan beberapa cadangan dan cari titik persamaan. Mudahan Baginda terima dan penduduk Mekah yang kafir tidak 'diselar' Baginda lagi. 

Antara isi pembicaraan Utbah adalah mahu angkat Baginda jadi pemimpin tanpa persoalkan apa sahaja, jika Nabi buat dakwah semua itu sebab nak jawatan. 


Utbah juga tawarkan harta yang melimpah jika Nabi berdakwah semua itu untuk kekayaan sebenarnya. 

"Adakah sudah selesai penyampaianmu wahai Abu al-Walid?"


Kemudia Baginda membacakan ayat 1 hingga 5 surah Fussilat dan sehingga ayat sajadah. Sampai Utbah pun secara automatik tersujud masa dengar ayat itu. Terpukau dengan kemukjizatan Al-Quran.


Terus Utbah pulang dan berkata kepada kaumnya, "Berilah laluan kepadanya dengan apa yang dibawanya itu ...."

Lihat saja cara Rasulullah saw menangani isu akidah. Walaupun isu ini sangat besar hingga memecahkan hubungan orang Arab tatkala itu. 


Akidah tetap akidah. Isu pokok yang tiada kompromi untuk dipertahankan. 

Jika ada pemimpin Islam yang suruh jaga hubungan berlainan agama, hormati agama lain dan kaum lain, something wrong rasanya tu. Apalagi jika suruh kita mengalah, amatlah buruk perangai pemimpin begitu. Terlalu lama orang Islam kita ni berlembut dengan semua perkara. 


Bagaimana mungkin kita senang-senang saja biarkan permata Islam kita dimurtadkan. Anak-anak itu pejuang agama. 


Selagi boleh lawan dan pertahan, kita usaha hingga titisan darah terakhir. Moga Allah swt bantu perjuangan para pejuang kes. Kejayaan besar buat Islam insya Allah. Banyakkan doa ya kalian!


Farhana Zali

Masih Membaca Ceghita Kes Ini.

Saturday, 22 May 2021

Serikandi Palestin

 

Sumber: Twitter PEMBINA Malaysia 

Terima kasih serikandi Palestin!

Aura jihad mereka sungguh membekas buat wanita Malaysia. Menutup aurat sempurna, semangat pertahankan negara dan ketaqwaan melebihi kita semua.

Ada yang kita boleh bantu mereka?

Ya, bantu mereka dengan tiru mereka. 

Tutuplah aurat dengan sempurna. Sekecil jihad itu pun sukar untuk kita laksanakan, bagaimana mahu angkat senjata. Tutup ya, bukan balut atau salut.

Jagalah solat lima waktu dan amalan sunat kita. Perbaiki mana yang lompon dan lubang sini-sana.

Cakna juga isu semasa dan al-Aqsa. Gunakan mata hati dalam berkongsi. Membaca dan mengkaji sebelum sebar tanpa henti. Elakkan terlalu beremosi hingga lupa bahasa diri. 

Takbir!

Kemenangan yang dinanti. 

Wednesday, 22 August 2018

Mahasiswa Patut Selami Pengajaran Bulan Zulhijjah dan Ogos


Google


Disaat saya mula mencoret di artikel ini, pagi pertama Zulhijjah menjelma dengan terang dan indah. Bulan yang sinonim dengan musim haji ini datang bersama pelbagai ujian buat negara tercinta kita, Malaysia.

Apa pengajaran terbesar bulan Zulhijjah dan Ogos yang patut para mahasiswa ambil berat dan cuba aplikasikan dalam hidup?

Bila kita sebut bulan Zulhijjah, akan terbayanglah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail atas seruan Allah SWT. Kita juga akan terkesan dengan kesabaran para Jemaah haji di Tanah Suci Mekah sana. Begitu juga dengan bulan Ogos. Tema pengajaran yang sama kita akan dapat jika kita benar-benar amati. Pengorbanan nenek moyang kita dahulu berjihad demi sebuah kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah. Mereka bermandi darah dan berkerah wang ringgit demi tanah air.

Apa sudah jadi sekarang? Adakah berbaloi segala pengorbanan nenek moyang menyerah segalanya? Adakah semangat Nabi Ismail rela korban nyawa demi menyahut seruan Tuhan yang Maha Esa terserap dalam jiwa kita?

Saya menyarankan para mahasiswa terutamanya mahasiswa Melayu Islam untuk sahut seruan berkorban dan berani berjihad demi Malaysia tercinta. Mahasiswa patut keluar dari kelompok kampus dan mulalah aktif bersama masyarakat. Penyakit turun-temurun yang hidup hanya katil, kuliah, kafe dan Korea patut dihapuskan serta-merta. Sungguh tidak lagi relevan penyakit itu.

Melihatkan keadaan negara terkini yang amat sesak dan makin hancur identiti negara Islamnya, mahasiswa harus sedar yang keintelektualan kita dan semangat muda belia kita amat diperlukan untuk mempertahan negara dan bangsa daripada terus dijajah dalam dan luar. Idea bernas kita, kepetahan berhujah kita, tenaga muda kita dan masa lapang kita semua mesti disalurkan untuk agenda memelihara negara dan seisinya.

Sungguh, negara mendambakan kesatuan para belia untuk menjadi benteng di seluruh sempadan negara. Cakna dengan musuh yang datang menyerang. Bersedia untuk serang kembali. Serang kembali, bukan berdiam diri mematikan diri. Sikap mahasiswa yang tidak acuh pada masalah sosial dan serangan pemikiran yang bertubi-tubi kepada masyarakat perlu ditukar 360 darjah. 

Bagaimana para liberal membina tokoh belia mereka dan dihantar ke hadapan, begitulah kita harus bermain di pentas yang sama. Belia beragenda yang sanggup korban hidup senang dan lapang seperti mahasiswa lain lah solusi keamanan negara. Tiada yang lain.


Nur Farhana binti Zali
Ketua Beliawanis PEMBINA Melaka Tengah

Wednesday, 11 July 2018

Boikot Aurora Apa Kejadah Putih dan Safiey Ilias

Sebenarnya ini post Fana di Facebook yang diblock itu. Fana tepek di sini supaya kekal berpanjangan seruan.
Bila terbaca isu ni terus menjerit depan telefon. Weii apa benda semua ni. Rasa nak baling telefon saja.


Tayang punggung (niat hati nak saja tulis b****t) untuk tatapan orang. Ya Allah apalah yang telah berlaku dalam Malaysia ini.

LGBT berleluasa. Gay. Transgender. Pondan. Maknyah. Bapok. Perempuan jadian. Teruk hancur masyarakat.

Boikot-Aurora-Apa-Kejadah-Putih-dan-Safiey-Ilias-


Tolonglah boikot Aurora apa kejadah putih semua tu. Tak batal solatlah kalau tak putih pun. Tolonglah tak redha dengan perbuatan dia. Tolonglah jangan puji dia cantik, kaya dan usahawan idola. Tolonglah para artis jangan thumbs up kat dia dan puji dia. Tolonglahhh.



Dato Alif Syukri antara yang rajin bagi respon di IG dia ni. Geram rasa. Boikot sekalilah Dherbs tu. Adoi geramlah pula.

Pihak berkuasa tolonglah buat sesuatu. Apa-apa sajalah. Janji golongan ni dihapuskan. Kasihan anak-anak kami nanti.
Berkawan dengan pondan. Bercinta dengan pondan. Atau jadi pondan juga. Nauzubillah. Tolonglahhh.



Dah kau buat dosa terbuka dan bangga, tegur pun terbuka lah. Pelik betul dengan hati dia ni. Ramai gilos kot tegur, boleh pula bagi tazkirah balik dan pusing guna agama. Doakan saya diberi hidayah. Sudah bertahun guna ayat yang sama. Pekejadah lah. Makin lama makin melampau pula.

Ya Allah ampunkan akuuuu. Berilah hidayah kepada dia. Hilangkanlah istidraj pada dia.

Serius geram sangat! Astaghfirullah. ðŸ˜ ðŸ˜ ðŸ˜ 

Facebook Diblock Sebab Terlalu Banyak Post Tentang LGBT

Assalamualaikum semua. Nyaman saja pagi ini. Selepas ditelek, agak banyak kerja penting perlu diselesaikan hari ini. Petang nak buat kelas ganti pula sebab Jumaat Fana sekeluarga akan ke Perak untuk hantar sepupu daftar pelatih di tentera udara sana. 

Siapa yang baca entry Fana yang lepas, memang sudah tahu kan yang Sabtu dan Ahad Fana pergi jaulah (mengembara) bersama akhawat tersayang. Siap rehatkan minda duduk di homestay mewah tapi free lagi tau. Hahaha. 

Sebenarnya sepanjang hujung minggu itulah Fana dok risau. Facebook Fana telah diblock/ disekat oleh Facebook sejak hari Jumaat lagi. Habis tak boleh buat apa-apa aktiviti pun. Hanya boleh scroll tanpa boleh like, komen dan buat status. Kejam kan Facebook ni. Sedih tau.

Kenapa Facebook Fana diblock? Buat post lucah kah?

Hahaha. Agak-agaklah kan. Sebenarnya dalam dua hari sebelum itu Fana aktif buat post pasal si maknyah geli tu, Safiey Ilias dan Sajat. Agak banyak jugalah like dan share. Lebih 200. Siap Fana buat tanda pagar SayNoToLGBT. 





Facebook Diblock Sebab Terlalu Banyak Post Tentang LGBT


Sekali ha dapat warning dan post Fana menyalahi standard community dia cakap. What! Padahal LGBT lah yang menyalahi fitrah komuniti. Yahudi punya kerja kan. Kan Facebook ni orang putih punya, Yahudi punya. No wonderlah kan. Tak pelik pun sebenarnya. Tapi acah-acah terkejut geram lah. Hahaha. 


Jadinya dua hari tak bikin panas di Facebook pasal maknyah. Makin menyampah pula kan dengan puak deme. Menjadi-jadi dah sekarang. Pihak berwajib pun senyap memanjang, geramlah pula. 

Lepas masuk fasa Malaysia Baru ini, macam-macam kejadian pelik telah berlaku. Hingga tak masuk akal langsung tau. 


  1. Gay Numan Afifi dilantik sebagai pegawai khas dalam Kementerian Belia dan Sukan
  2. Syed Saddiq menafikan yang dia telah melantik
  3. Tapi ada bukti gambar gay tu punchcard di sebelah Saddiq
  4. Tetiba keluar kenyataan yang si gay itu nak letak jawatan sebab tak tahan kecaman masyarakat
  5. Tetiba lagi sekali Saddiq cakap nanti Call me, bro!

Hahaha. Drama apa ni? Lantikan tak munasabah. YB seakan halalkan LGBT. YB kawan dengan gay (sokong perbuatan terkutuk itu). Gay buat taaruf terbuka yang menggelikan anak tekak Fana. YB putar belit cerita. YB seakan menafikan dan suruh Numan clear out dengan pergi undur diri. Ups!



Ini belum dengar lagi pasal Mujahid Rawa yang baru dilantik sebagai menteri dalam Jabatan Perdana Menteri dan pegang JAKIM. Kahkah pilihan yang menjulingkan mata. Bacalah apa dia punya stand tentang gay. Hadaplah. 

Facebook Diblock Sebab Terlalu Banyak Post Tentang LGBT


Tahniah menteri anda yang 'berwibawa'. Lap peluh tiap masa. Nazak Malaysia ini. Adakah kau masih boleh berdiam diri dan rasa puas selepas undi PH? Silakan. 

Ukhti Mawar
Penulis Bilis Yang Kena Block



Saturday, 16 June 2018

Apa Kaitan Pondan Dengan Maqasid Syariah? Kenapa Fana Suruh Tangkap Mereka?

Siapa yang ikuti artikel pendek Fana kelmarin pasal Safiey Ilias dan pengiktirafan pada golongan pondan atau maknyah, memang akan rasa geram kan? 

Golongan mereka ini bukan hanya berpakaian seperti perempuan secara tertutup tau, atau di kelab-kelab malam sahaja tau, tapi golongan mereka berpakaian, berpewatakan dan bersosial dengan masyarakat dalam fizikal wanita secara TERBUKA DI TEMPAT AWAM. Seperti tiada apa dan bukan suatu kesalahan atau dosa.  

Baju ketat, rambut ikal menggerbang, solekan tebal, beg tangan, kereta mewah, barangan kemas dan TEMAN LELAKI. Fuh, memang mencabar kewanitaan Fana tau. Yang benar-benar wanita pun tak berlagak seperti itu. 

Tapi suara tetap kepit dan berlakon halus lembut menyampah!

Kenapalah Fana rasa tak suka sangat dengan golongan ini dan masyarakat awam yang menerima mereka? Bukan isu diskriminasi atau dakwah tak berhikmah tau. Tapi bertahun lamanya kita hanya paparkan mereka di dada akhbar untuk tatapan umum tapi tiada tindakan undang-undang kepada mereka. 


Maqasid Syariah


Suka Fana ceritakan sedikit kaitan aktiviti maknyah yang berleluasa ini dengan maqasid syariah. Ia membawa maksud setiap pensyariatan ada tujuan yang tertentu. maqasid ialah tujuan dan syariah ialah pensyariatan agama. 

Solat ada tujuannya. Puasa pun ada tujuan yang tertentu. Larangan berzina pun ada tujuannya. 

Jom kita lihat lima aspek yang perlu dijaga atau dipelihara dalam maqasid syariah. 

Apa-Kaitan-Pondan-Dengan-Maqasid-Syariah-1



  1. menjaga agama
  2. menjaga nyawa
  3. menjaga akal
  4. menjaga keturunan
  5. menjaga harta

Apa tujuan pensyariatan larangan berzina? Cuba anda teka berdasarkan lima aspek di atas. 

Ya, betul. Larangan berzina disyariatkan agar dapat terpelihara keturunan, nyawa dan sudah semestinya agama. Zina akan hasilkan anak haram (keturunan); dapat anak haram dibunuh (nyawa); dan perempuan mengandung bunuh diri (nyawa dan agama).

Hah, faham kan? 

Samalah juga dengan pensyariatan "haram menyerupai jantina lain". 

Jaga keturunan daripada dapat mak bukan perempuan. Sebab golongan ini ada pakwe. Hidup umpama pasangan kekasih padahal gay sebenarnya. Lelaki dengan lelaki. 

Jaga agama. Sebab golongan ini banyak ubah ciptaan dan mula meragui fitrah yang Allah jadikan. Suka persoalkan ketentuan Allah yang asal. 

Jaga nyawa, harta dan akal pun termasuk juga. Hidup liar di kelab-kelab malam sambil minum arak dan 'berzina', bukanlah suatu tuntutan agama dalam merealisasikan kebebasan hak asasi manusia.

Mereka kira mereka hanya berpakaian seperti wanita sahaja, rupanya mereka jauh daripada itu. Kasihan!

Wednesday, 6 June 2018

Antara Safiey Ilias Dan Pondan Yang Diiktiraf

Berbulan rasa tak menulis di sini. Kalau nak cakap pasal alasan akan kukeluarkan pelbagai alasan. Eloklah kubiarkan alasan itu berlalu pergi. 

Disebabkan isu sekarang tengah hangat dalam negara, rasa meronta untuk menulis. Jika tiada orang baca pun, Fana pasti tulisan ini akan jadi kenangan atau bukti pemikiran Fana pada masa depan. 

Terlalu banyak isu yang berlaku. Geng pondan yang semakin galak secara terbuka, politik negara yang makin menjengkelkan dan pentadbiran kerajaan terkini yang diterajui PH buat pertukaran yang mendadak dan memasukkan orang liberal dalam susunan pentadbiran. Semuanya buat Fana sedih, sakit kepala, geram dan entah semua ada. 

Sejak minggu lepas lagi bila Fana scroll Instagram, mesti video dan gambar si pondan selebriti Safiey Ilias di sana-sini. Bukan dia saja yang share, tapi artis lain juga. Semua orang relaks saja bergambar, bercakap dan bergurau dengannya.

safiey ilias pondan yang ubah fizikal


Seakan dia okay dan okay untuk kita bermuamalah dengannya. Geram ya ampun Fana tengok. Ya Allahhh. Masyarakat seakan mengiktiraf mereka dan menerima golongan seperti mereka. Siap taja majlis iftar lagi. Aduhai tepuk dahi lah.

Anak yatim meraikan iftar yang ditaja oleh pondan dan siap ada pak ustad baca doa lagi. Aduhhh. 

Semua ini mengarut betul! Masyarakat patut kembalikan prinsip kita yang dulu. Prinsip yang geli atau tak suka dengan golongan mereka ini. Pulaukan sehingga mereka berubah. 

Nasihat punyalah banyak ustaz dalam negara beri, dia boleh relaks membina kejayaan dalam bisnesnya. Siap orang kita jadi agent dropship lagi. Aduhh lagilah menjadi-jadi mereka ini. 

Dia ini memang sudah buat pertukaran fizikal secara terbuka. Buat payudara dan kemungkinan sudah buang yang bawah. Sebab ada status yang dia kata sudah buang. Sedih sangat tau. Secara terbuka tanpa segan dan takut. 

Fana masih mengikuti perkembangan pondan yang diiktiraf ini dan buat bacaan sedikit. Wujudkah akta dan apa solusinya. Sedih rasa tau. Sedih sangatt. Please lah tangkap geng dia ni!

Ukhti Mawar/ Farhana Zali
Penulis Kecil

Tuesday, 21 October 2014

hikayat vs Al-Quran

Assalamualaikum

holla...

isu anjing di mana sahaja..

macam-macam pendapat..

daripada orang yang ahli mahupun yang bukan ahli..

aku baru sahaja terbaca satu artikel yang membahaskan isu anjing dan sentuh ni. 

orang yang puitis dan sastera mudah sahaja untuk menundukkan orang lain. masyarakat yang tidak faham sastera akan mudah sahaja terpengaruh dengan penulis-penulis seperti ini.

jangan kamu tidak tahu wahai penulis..

belitan iblis itu ada pada sasterawan!

ya! mereka mencipta ayat-ayat yang pelik dan sukar untuk difahami.. agar orang lain takjub dan mengkagumi mereka.. hati-hatilah wahai penulis...

dan satu lagi,

menyamakan hikayat zaman dahulu yang entah wujud atau tidak dengan Al-Quran amatlah tidak adil.. 

dalam al-Quran sempurna hukum-hakam untuk panduan kita.. dalam hikayat hanya ada kisah mainan imaginasi sahaja. tak usahlah membanding.. 

jauh panggang daripada api la..

maaf, jika ada yang terasa.. 





jom kita sertai kempen sentuh yang ini.. tak akan rugi dan dapat pahala lagi tu.. 

ehsha Allah..

nak tahu lebih lanjut.. like page sentap ni!

Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...