Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, 30 May 2017

BEZA MUJAHADAH KITA

Assalamualaikum pembaca 



Alhamdulillah, hari ini masuk hari keempat kita berpuasa. Tahniah bagi yang tiada culas dan tipu. Orang perempuan yang kedatangan haid, jangan pula bersedih dan menyampah, banyak juga ibadah yang membuahkan pahala untuk anda. Membaca buku bermanfaat, berzikir, masak untuk orang berpuasa, sedekah dan buat amal kebajikan yang lain. 

Tadi terbaca status kawan lama. Seronok sungguh beliau memasang lampu kelap-kelip di rumah akhawat. Teringat zaman saya di bumi Port Dickson dahulu. Duduk dengan akhawat waktu puasa memang menyeronokan. Sungguh. 

Sama-sama sibuk dan penat. Masak bersama, hias rumah ikut selera kita dan cuba pelbagai resipi dengan tanpa takut salah dan orang kutuk. hehehe. 

Sejak saya kembali ke kampung halaman dan buat keputusan untuk tinggal bersama ibu ayah, saya suka untuk berkongsi realiti sebenar apa yang terjadi dan patut kita lakukan. Saya rasa ramai yang ada di luar sana yang mengambil posisi seperti saya, tetapi tidak ambil pusing apa yang sepatutnya.

Suasana kini berbeza. Sungguh, memang tidak sama. Realitinya ramai dalam kalangan kita berasal daripada keluarga biasa-biasa dan sederhana.

Bagi yang sekapal denganku, kita patut bijak mengislamikkan diri. Memang tidak semua yang kita impikan akan terlaksana. Sekurang-kurangnya kita boleh hidupkan sedikit gaya itu. Budaya baca al-Quran sentiasa. Budaya makan kurma dahulu. 

Jujur saya cakap. Jika kita tidak letak target di awal Ramadhan, kita akan mudah 'lost' dikemudian hari. Hidup seperti biasa dan biasa sahaja. Bangun pagi, sahur dan hidup seperti biasa sehingga terawih malamnya.

Di rumah, tiada yang mahu nasihat kita jika malas mengaji. Malas beramal. Suka hati kita semuanya. Jika dilayan, memang hancurlah Ramadhan kita. Pahala kurang, takwa pun tidak datang. Berbeza dengan di rumah akhawat, ada yang memerhati dan menasihati. Kita juga mudah terikut amal orang lain jika malas datang tiba-tiba. 

Oleh itu kawan, semak semula target kita. Tampal biar tidak lari dari garisan sebenar. Jangan salahkan persekitaran kerana kita yang memilih untuk di situ, tapi berusahalah hidupkan persekitaran (biah) dengan bersungguh. Mujahadah kita berbeza kawan. 

Wallahu 'alam. 




Thursday, 18 May 2017

RAMADHAN NAK DEKAT DAH!

Assalamualaikum pembaca semua

Ehsan Roman Kraft, Unsplash

Pejam celik, pejam celik. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan kekasih hati, Ramadhan yang mulia. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan keikhlasan. Sana-sini orang beribadat dan berbuat kebaikan.

Tahun ini merupakan tahun kedua saya berpuasa di rumah sebagai bukan pelajar. Jika dahulu berpuasa di rumah sebagai pelajar, saya sibuk membaca dan ulang kaji (konon). Tak ingat pula tahun lepas saya sambut bagaimana. Seingat saya kelas tuisyen belum bermula waktu itu. Target khatam berjaya di pagi Syawal. Alhamdulillah. Iyalah, tiada kerja untuk di buat kan. 

Tahun ini mungkin sedikit berbeza. Status masih sama ya. hehe. Cuma akan sedikit sibuk dengan kelas mengaji dan tuisyen anak kampung. Demi sesuap nasi kan. :)

Seminggu ini saya masih nak dalamkan lagi mood Ramadhan dengan membaca dan cipta suasana. Emosi pun kena dirai juga. Takut-takut uzur datang di awal Ramadhan, selalunya akan hilang mood dan ke'eksaited'an tu. 

Fighting semua! Ada lagi seminggu untuk ganti puasa dan dalamkan rasa eksaited dan gembira. Aiwah!


Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...