Showing posts with label ukhuwah. Show all posts
Showing posts with label ukhuwah. Show all posts

Monday, 30 September 2019

Apa Itu Ukhuwah?


Ukhuwah tu bukan hashtag tilljannah dan bff semata. Ukhuwah tu bukan tiap minggu makan di kedai hipster berwefie bersama. Ukhuwah bukan love you muah muah dalam wasap membawang berjemaah juga.

Ukhuwwah sebenar tu bila kita keep doakan sahabat kita agar istiqamah dalam amal. Kita juga sentiasa doakan dia berada dalam jalan yang lurus. Tsabat dalam jalan tarbiah selalu jadi pokok tanya khabar.

Ukhuwah kerana Allah itu sukar diterjemahkan. Tidak bersama selalu, tapi bila berjumpa hati bertaut. Indah!

Ukhti Mawar
Bukan Ukhuwah Muah Muah.

Wednesday, 8 October 2014

ukhuwah itu WAJIB!

Assalamu'alaikum sahabat

surah habibah 
08102014 


kalau kita bercerita tentang ukhuwah, apa yang terlintas dalam fikiran? 


cinta... sayang... 


kerana Allah swt

yup... rasa sayang semata-mata kerana Allah. kerana seaqidah dan seagama.. rasa sanggup berkorban apa sahaja demi saudara seaqidah itu. berkorban harta, masa, perasaan mahupun kehidupan. sanggup  belanja saudara kita itu makan dek kerana dia tiada wang untuk membeli juadah makan tengah hari apatah lagi buat berbuka.

 dahulukan duit kita untuk beli keperluan dia. korbankan rasa geram kita untuk dia rasa gembira.


kadang-kadang, 

ada bisikan kecil. yang membisikkan ke sanubari kecilku. permintaan untuk dibalas?

apakah????

ya, selagi kita cuba untuk ikhlas berkorban. selagi itulah kita akan diuji. syaitan setia menantimu wahai manusia. sedarlah diri sendiri...


kehidupanku juga begitu. bergerak ke sana ke mari. kuliah, program tarbiyah, program persatuan apatah lagi, membeli barang keperluan sendiri mahupun orang lain, menuntut untuk duldul kesayanganku bergerak cergas. namun, ia seperti manusia perlukan rawatan yang konsisten untuk sihat sentiasa.

berkorban sedikit wang buat kelangsungan segala-galanya memerlukan keikhlasan dalam berjuang. tiada pengharapan dan minta perhargaan manusia. aku belajar untuk terus jauhi sikap buruk itu. aku cuba untuk menangkis elemen-elemen negatif itu.

wahai Allah, dekatilah diriku dengan diriMu. agar aku sentiasa rasa nyaman dan tenang dan rasa serba cukup. 

selalu muhasabah diri, sedikit wang, masa dan perasaan yang kita korbankan hanya untuk Islam. biarlah kita tidak dikenali atau tidak disayangi, namun nama kita mekar dihadapan Allah. tiada yang lebih bagus daripada itu. 

teruskan bergerak dan bergerak. jangan toleh kebelakang dan berkira! go!

Friday, 1 February 2013

sweet day..!

               * Assalamu'alaikum*


hehe.. apa kabar iman kamu semua? masih sihat dan segar.. 

teruskan menyiram iman itu tau.. kalau tidak, dia semakin layu ... kering.. dan terus rebah menyembah bumi...

tidak sempat untuk mengeluarkan hasil akhlak yang harum dan wangi...

hari ini nak cerita tentang perjalanan aku untuk menyuburkan ukhuwwah.. hamdalillah.. allah swt masih memberi aku peluang untuk bertemu para sahabat dunia akhirat yang sangat dirindui sejak zaman sekolah dahulu.. bersama si engineer aida@ izzati yang comel @ si doktor ain ..ewah!!!

bersama mereka.. aku menyulam rindu dan menyambung tali ikatan kasih sayang semata-mata kerana Allah swt.. rindunya bersama mereka bergelak ketawa.. dan saling mengeksperimenkan pengalaman memasing.. best sangat!! terima kasih ya Allah!!

 tempat yang kami pilih adalah taman rama-rama di ayer keroh melaka.. walaupun nampak macam tak best je tempat itu.. tapi kiteorang asyik terkejut dan berpelikan dek tengok reptilia yang tak pernah kami tengok selama hidup kat muka bumi ini.. 



disambut dengan tanglung..

comel kan?
jangan lari kamoo!


makan time..

white anaconda..

okei.. gambar yang lain.. di entry akan datang k!

syukran sebab sudi baca entry yang ini.. :)

Monday, 12 November 2012

ADAT BERGOTONG-ROYONG..

selamat melayari percutian yang mengindahkan..hahaha..

mengindahkan la sangat..

Salamu 'alaikum sahabat semua...

maklumlah sedang enak bercuti bersama famili..ditemani esaimen yang setia di sisi..ewah!!!



hampir 4 hari aku di kampung yang dah lama tidak ku jenguk...seronok rasanya..dapat menikmati makanan yang pedas lagi sedap...dapat melihat telatah para sepupu-sepapat yang riuh lagi kecoh.. dapat menatap wajah yang disayangi puas-puas..amat menenangkan jiwa...



hari-hari cuti ku dipenuhi dengan aktiviti kemasyarakatan..hahaha.. pergi 'rewang'.. orang jawa panggil pergi tolong siap-siap untuk kenduri tu rewang... bukan buat apa pun..hehe..cume menyibukkan diri dengan sesi potong-memotong..tempe..kacang panjang..dan mengoyakkan kulit bawang putih...siyes!!!



tolong la jugak, goreng tahu n tempe..hehe..dah lama tak pegang senduk..sejak study nie..best la!!! tengok nenek..wak..duk berbual-bual..bergurau senja ala manja gitu..



tang makan sama yang best..makan satu dulang dengan orang tua...ne la bersabar dan pandai kawal nafsu..dok kita dah lama usha si labu tue..nenek depan ni yang sambar dulu..heheh..bukan rezeki kita tue namanya...alhamdulillah...




********


pengembaraan bermasyarakat diteruskan..dengan majlis walimah pada keesokkan harinya..sungguh meriah susanana.. *indahnya sungguh di majlis kahwin...ramainya orang datang berduyun..*

maklumlah rumah pak imam..ramai la yang orang kenal..dan ditambah umah Tok Ali dah lama tidak buat kenduri kahwin ni hah...





bagus la kan..aktiviti bergotong-royong macam ini masih kekal subur dalam masyarakat kita.. saling tolong-menolong... sama ada kerja di dapur..atau di bukan dapur.. mudah saja kerjanya beres... cepat saja licin segalanya...


tambahan pula, ikatan ukhuwwah antara orang kampung pun akan lebih terikat erat..simpulnya pun semakin ketat dan mati..sukar dileraikan..insya Allah...


kehidupan bermasyarakat seperti ini la yang digambarkan Rasulullah saw... saling membantu.. macam muhajirin dengan ansar dahulu..*tapi kisah zaman mereka maha hebat pengorbanannya*.. baharulah islam kukuh..negara islam ditakuti musuh...


sebab penduduknya bersatu padu.....


* bersatu kita teguh...
bercerai kita roboh..
yang ringan sama dijinjing..
yang berat dipikul sama...

sepakat membawa berkat..
asas hidup bermasyarakat...*

hah..kan dah nyanyi tu..hehe..

ayuh!!rakyat jelata..kita kukuhkan asas hidup dengan berukhuwwah...kerana allah swt..demi islam tercinta..

allahu akbarrr!!!!


### TAHNIAH BUAT PENDUDUK KG SURAU BATU, PAYA DALAM yang dikasihi....:)

Nak Mula Menulis Semula

Sebenarnya dah lama terasa nak kembali menulis blog. Setelah setahun berhenti kerja, jadi surirumah tangga sepenuh masa. Dan kini hidup ada ...