Friday 11 June 2021

Jadi Pendengar yang Empati



Kemahiran mendengar secara empati item paling sukar dalam hidup seorang wanita. Wanita suka buat kesimpulan dengan cerita atau curhatan orang lain. Wanita juga bila orang mengadu masalah, dia akan bandingkan dengan diri dan mula cerita diri dia pula. Bukan selesaikan masalah si pengadu tadi. Sudahnya si pengadu pula kena dengar curhatan dia. 

Kemahiran ni Fana didik lama dalam diri. Tak mudah tapi kena cuba. Belum cemerlang mungkin, tapi rasanya ada peningkatan lah skala empati tu. 

Bila orang mengadu sesuatu, dengarlah dan jangan buat kesimpulan ikut hati kita. Dengar saja dan beri respon dari segi bahasa tubuh. Hadapkan badan dan kaki ke arah pengadu. Pandang mukanya sekali-sekala. Sahut sedikit. 

Jika orang itu tanya pendapat kita atau nasihat baru kita buka mulut. Tapi fikir dahulu sebelum keluarkan perkataan. Short and simple. Bukan berjela. Kekadang masalah itu memang tak boleh selesai pun dengan bantuan kita. Hanya jadi pendengar yang empati masalah sudah berkurang.

Kata Ir Lukman, mendengar ni bukan kerja telinga sahaja. Malah kerja telinga dan minda. Tanpa perhatian minda, proses pendengaran akan jadi kosong yang tidak bermakna. Seperti mendengar ketika tidur. Boleh dengar bunyi tapi tak tahu apa pun. 

"Hearing but not listening."

3 Faktor yang Jadi Penghalang Utama Pendengaran Empati

1) Prejudis
2) Pemahaman cetek
3) Persekitaran tak kondusif

Prejudis: Manusia ni secara normalnya suka menghukum dan mengkritik. Jika kita mula timbul persepsi negatif terhadap pengadu, proses mendengar akan jadi sulit. Sebab kita takkan mampu nak memahami, menghayati apa yang mereka sampaikan. 

Pemahaman cetek: Kemahiran tumpuan dan menghafal akan dapat dibanteras faktor ini. 

Persekitaran tak kondusif: Bunyi bising, suhu terlalu panas dan sejuk, bau yang tidak selesa dan pemandangan yang tak menyenangkan juga akan mengganggu proses mendengar. 

Nak tahu 5 langkah jadi pendengar yang aktif? 

1) Tangguh penilaian
2) Tumpu perhatian
3) Teka emosi
4) Tidak bersuara
5) Tanya untuk kepastian

Jom jadi pendengar yang penuh empati!

 Buku: 7 Rahsia Pemimpin Berwibawa oleh Ir Lukaman al-Hakim, terbitan Humaira Publication.

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...