Monday 16 January 2017

LAIN MEDAN, LAIN TADHIYAHNYA

# Assalamualaikum pembaca #


Hari Sabtu lepas, saya seharian berada di Bangi dan Shah Alam. Ada meeting ummat bersama beliawanis yang super hebat dan manis.

Banyak saya belajar sepanjang sehari setengah di sana. Ada setengah tu sebab saya teringgal bas (huhuhu). Sepatutnya bas pulang ke Melaka jam 8.30 malam, tetapi disebabkan terlewat dan hujan juga, terlepaslah satu-satunya bas ke Melaka yang ada. 

Selepas bermuka panik-panikan di tengah-tengah lorong kaunter beli tiket, saya dan kak Nisa pun buat keputusan terakhir muktamad yang memang tidak boleh dibantah. Tang Mama membebel dalam telefon sebab tertinggal bas tu jangan ceritalah. Tahan telinga sajalah (hahaha).

Akhirnya saya tidur di rumah akhawat Shah Alam dan berjimba di sana hingga pagi. Mengikuti kehidupan mereka selama beberapa jam, apa yang paling terkesan dalam diri saya ialah semangat pengorbanan mereka yang super tinggi dan maha hebat.

Jika di Melaka, lain jenis pengorbanan yang perlu dilakukan, di bandar pusat seperti di Bangi, Shah Alam dan Kuala Lumpur pengorbanan duit yang sangat besar.

Mana taknya. Dari Shah Alam hendak ke Bangi tu berapa kalilah kak Nisa sentuh touch n go. Saya pula rasa bersalah. Hanya dalam beberapa minit, duit gaji bersusut demi susut. Siap belanja makan di kopitiam pula tu. Kau orang ingat murah ke makan di kedai macam tu. Saya pun terkalut-kalut nak makan chicken chop bagai. 

Allahu rabbi!

Sungguh besar pengorbanan wang mereka. Saya sungguh takjub dan cemburu. 

Sebagai kesimpulan, semua orang yang berada dalam dunia ini punya tahap pengorbanan masing-masing. Usah dikeluhkaan dan dibandingkan pengorbanan kita dengan orang lain. Mereka punya kadang-kadang lebih tinggi daripada kita. Baik simpan sahaja niat nak bandingkan dan ajar diri untuk ikhlas. 

Sekian sahaja pagi ini. Terima kasih sudi baca dan ambillah apa yang elok, hokay! 

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...