Showing posts with label unisza 2014. Show all posts
Showing posts with label unisza 2014. Show all posts

Sunday, 21 December 2014

bukan semuanya bagoss

Assalamualaikum sahabat

musim study week menjelma.. jadual diperketat kononya.. tapi jemari ini masih terpaut pada papan kekunci sekarang.. alahai..

menscroll satu group di mukabuku tadi pagi bikin hati insanku terkoyak.. post yang dibuat tidak mencerminkan adab atau akhlak mahaiswa Islam langsung.. kalau tidak puas hati, salurkan ketidakpuasan hati menggunakan tempat yang betul. bukan mencarut, memaki dan mengkritik tanpa iman..bukan ke kita mahasiswa Islam sejati? nama pun unisza kan kan..


*&^%$#

apakah ini semua?

si dia memperjuangkan tamadun yang membaca.. buka booth buku bagai.. mempromosi buku-buku pada kami.. tapi.. sedarkah atau tidak, bahan bacaan apa yang si dia promosikan?

membangun tamadun ke dengan baca buku yang sebegitu.. ? iman terjentik tak.. akhlak tercetus tak..

bukannya nak cakap aku ni bijak sangat.. kempen ismajordan yang 2 jam membaca pun belum terlaksana sesempurnanya.. huhuhu

tapi, tolonglah.. mahasiswa perlu bijak memilih bahan bacaan yang sesuai, sohih dan berkualiti.. 

*you are, what you read*

Tuesday, 2 December 2014

Poster Kontroversi PRK UniSZA

Assalamu'alaikum semua

Musim hangat sejuk suam Pilihan Raya Kecil UniSZA. Tahniah buat yang berjaya untuk pemilihan kali ini. Do your work with ikhlas!


Poster nampak simple kan, tapi mengundang seribu satu pertanyaan. Dan kritikan satu kampus. Agenda Islam yang kami persembahan menjadi persoalan dan ketidakpuasan hati mahasiswa sekampus. 

Aku pun jadi tertanya-tanya. Kita kan orang Islam, salah ke nak perjuangkan agama sendiri. Kalau di luar sana pijak Islam, bakar al-Quran, serang Palestin kita marah bukan main lagi. Berapi-api, meluap-luap. Mencarut tak tentu pasal.

Tetiba bila agenda Islam mahu diangkat, kami dikritik. Herm..

Sungguh aku tak faham. Apakah semua ini??

Adakah kita orang Islam yang hipokrit? Sekejap nak Islam, sekejap tak mahu Islam. Ambil separuh yang best, tinggal separuh lagi yang tak best ikut pandangan kita. 

Isu jangan menempelkan Islam di mana sahaja sepatutnya tidak perlu timbul. Kita memang perlu bawa nama Islam itu ke mana sahaja. Kita muslim perlu jadi duta kecil Islam. Tahu tak duta?

Bawa nametag Islam di mana sahaja. Akhlak Islam di mana sahaja.

Ok. Sedih melihatkan akhlak mahasiswa Islam sekarang.. bai

Friday, 21 November 2014

tesis ohh tesis

Assalamualaikum

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

alhamdulillah.. di musim banjir dan tengkujuh di uniSZA ni, aku masih sempat diberi peluang untuk aktiviti menyapu sawang belog terchenta..

***

walaupun stok makanan semakin berkurangan.. yang hanya tinggal beberapa bungkus mee segera lagi, coklat toblerone yang sudah digigit, roti mighty white yang jarang dibeli (terpaksa beli sebab gardenia classic sudah habis) dan heater yang sentiasa berjasa memanaskan air paip yang tidak berapa nak bersih tu, aku terus sabar menanti hari-hari mendatang.. baju banyak yang bergantung lembap.. lantai licin berair dan stokin basah di sana-sini.. kehidupan tesis tetap perlu diteruskan.. teruskan dan terus menerus..

copy daripada fb persatuan mahasiswa unisza


mahasiswa tetap mahasiswa

mahasiswa bukan kanak-kanak sekolah

aku telah mengisytiharkan darurat bersama tesis tersayang..pengisytiharan yang dibuat secara solo.. tiada hitam putih.. hanya berbekalkan iman dalam hati..kini, kehidupanku seharian telah berubah 50 darjah celcius.. kehidupanku kini hanya berkisar tentang kaedah fiqh.. di mana sahaja..makan roti bakar, terfikir kaedah fiqh.. tengok rak nampak buku hijau, memanglah terbayang kaedah fiqh.. buku hijau adalah muqarar qawaid fiqh semester kali ini.. buka telegram, pun terfikir kaedah fiqh.. hehe.. memang lerr terfikir sebab nampak satu group tu.. bernama 'tesis ustaz z....' mahunya tak terfikir kaedah fiqhh..

 aku memang pantang nampak kaedah fiqh dalam kitab atau laman web tau.. terus berdetak hati.. berdebar jantung.. berpeluh tangan.. huhu.. cinta terlarang kah? bercinta dengan qawaid fiqh.. boleh saja kan? kita pun bukan ada boyferen pun.. walaupun tidak berbalas tapi aku dapat rasakan kehangatan indah cintanya.. cewahhhhh

tesisku bertajuk; aplikasi kaedah al yakin la yuzalu bissyaki dalam urusan ibadat

jangan la nak wow sangat.. bukan bahasa arab pun.. nampak saja ada perkataan arab situ, tapi bahasa perantaraan tesisku adalah bahasa kebangsaan.. bukankah kita perlu untuk memartabatkan bahasa ibunda..? penting tau martabatkan lingua franca ni.. jangan biar ia ditelan zaman..  haks.. padahal takut nak tulis dalam bahasa arab kan farhana.. baik! saya mengaku pak!... insha Allah, mana tahu suatu hari nanti.. master???? siapa tahu takdir masa depan kan.. grrrr.. ketaq lutut dengar perkataan masterr

alhamdulillah.. proposal hampir 60 peratus sudah diperbaiki selepas ditegur tempoh hari yang lepas.. mudah-mudahan ahad ini sudah boleh hantar ke musyrif yang dihormati tu sekali lagi.. 

hah, sebut tentang musyrif ni kan.. mahu dengar suatu cerita?

kami satu kumpulan yang terdiri daripada lima anak muda bujang tratangtang ni.. opps! maaf, seorang tu sudah berpunya secara halal.. kami yang bermusyrifkan seorang ustaz mewujudkan satu group telegram.. ya lah, untuk memudahkan komunikasi bukan? segala hal berkaitan dengan tesis akan dibincangkan dalam group tersebut.. kalau ada kawan lain yang ditegur ustaz, yang lain pula boleh perbaiki mana yang patut.. tak perlu untuk buat kesalahan yang sama berulang kali.. katanya ustaz..

semalam kan..semalam kan..

ustaz left!!!!!

bayangkan cuak tak cuak kami berlima.. siapa yang tak takut kan, musyrif left group tu.. marah ke merajuk ke.. itu punca yang kami tak tahu..

semua mulalah membuat paradigma sendiri.. pelbagai bentuk paradigma yang keluar.. haha.. kelakarlah kalau diingatkan semula..

malam tadi kan.. 

"maaf terdelete group.. ana berebut telefon dengan anak bongsu semalam.."

agak-agak kalianlah kan.. apakah yang aku buat sejurus membaca mesej ustaz tu??? 

dalam duldul sambil memandu.. memang menjerit la kan.. yang kita sangka dan takutkan rupanya hanya ilusi orang perempuan yang suka mengarut tak tentu pasal... (tepuk dahi)

hanya Allah yang tahu perasaan saat itu.. lega.. kelakar.. syukur.. 

semua ada.. bercampur baur..

pengajaran daripada story yang entah apa-apa ni.. jangan suka bina paradigma yang tidak berasas.. huhu.. silakan ikuti perkembangan percintaanku bersama kaedah al yakin la yuzalu bissyaki ya!

see u soon.......



Wednesday, 8 October 2014

ukhuwah itu WAJIB!

Assalamu'alaikum sahabat

surah habibah 
08102014 


kalau kita bercerita tentang ukhuwah, apa yang terlintas dalam fikiran? 


cinta... sayang... 


kerana Allah swt

yup... rasa sayang semata-mata kerana Allah. kerana seaqidah dan seagama.. rasa sanggup berkorban apa sahaja demi saudara seaqidah itu. berkorban harta, masa, perasaan mahupun kehidupan. sanggup  belanja saudara kita itu makan dek kerana dia tiada wang untuk membeli juadah makan tengah hari apatah lagi buat berbuka.

 dahulukan duit kita untuk beli keperluan dia. korbankan rasa geram kita untuk dia rasa gembira.


kadang-kadang, 

ada bisikan kecil. yang membisikkan ke sanubari kecilku. permintaan untuk dibalas?

apakah????

ya, selagi kita cuba untuk ikhlas berkorban. selagi itulah kita akan diuji. syaitan setia menantimu wahai manusia. sedarlah diri sendiri...


kehidupanku juga begitu. bergerak ke sana ke mari. kuliah, program tarbiyah, program persatuan apatah lagi, membeli barang keperluan sendiri mahupun orang lain, menuntut untuk duldul kesayanganku bergerak cergas. namun, ia seperti manusia perlukan rawatan yang konsisten untuk sihat sentiasa.

berkorban sedikit wang buat kelangsungan segala-galanya memerlukan keikhlasan dalam berjuang. tiada pengharapan dan minta perhargaan manusia. aku belajar untuk terus jauhi sikap buruk itu. aku cuba untuk menangkis elemen-elemen negatif itu.

wahai Allah, dekatilah diriku dengan diriMu. agar aku sentiasa rasa nyaman dan tenang dan rasa serba cukup. 

selalu muhasabah diri, sedikit wang, masa dan perasaan yang kita korbankan hanya untuk Islam. biarlah kita tidak dikenali atau tidak disayangi, namun nama kita mekar dihadapan Allah. tiada yang lebih bagus daripada itu. 

teruskan bergerak dan bergerak. jangan toleh kebelakang dan berkira! go!

Friday, 5 September 2014

akhirnya.. kini pasti..

Assalamu'alaikum kenkorang..


alhamdulillah.. akhirnya berjaya untuk capai penyapu sawang dan hentam segala sawang yang ada kat belog ni. terima kasih Allah!

officially... akhirnya... 



bukan sudah berpunya.. 

tapi, dah habis praktikal...!! yeah!!

so speechless.... hurm..

hari ini merupakan hari terakhir aku berpraktikal di mahkamah syariah negeri melaka. tempat yang indah dan bersih. tak tipu tau. memang bersih! tukang audit pusat datang bagi toilet kami "di sini adalah contoh amalan 5S"... wah, terharu kan.. toilet kat mahkamah ni boleh buat main batu seremban. lantai bersih, bau harum dan cermin membuatkan wajah kita tampan menawan jek bila telek muka. 

lagi nak habis, lagi banyak kerja. dan si penulis belog ini pun telah meninggalkan kerja faks yang tidak sampai ke meja pegawai semula.. hahaha... tak senonoh, kan? maaf cik nazri. takde niat pun nak tinggalkan sisa kotor nama unisza. tapi faks jabatan sana yang bermasalah. bukan salah saya.. ampun pengantin baru..

kenangan bersama mereka. pengalaman yang ditimba. sangat menginspirasikan. jangan pernah berputus asa untuk mencuba. cari pengalaman sebanyak mungkin. perkasakan kemahiran insaniah. kemahiran komunikasi dan ketrampilan kena hebat. sambung belajar lagi dan lagi. jangan sempitkan pemikiran lapangan syariah.

pelbagai nasihat demi nasihat. kepala pun dah tersumbat. kini masa untuk kami hadam lumat dan praktikkan di alam nyata. 

walaupun tuan tirmizi kata jangan sempitkan otak dengan nak jadi cikgu. aku yang degil ni tetap nak jadi cikgu. cikgu adalah pemula kehidupan ilmiah dan bukan ilmiah kanak-kanak. 


Sunday, 8 June 2014

PELAJAR BARU UNISZA 2014

Assalamu'alaikum adik-adik baru...

kenangan bersama adik baru 2013/2014


ahlan wasahlan ke bumi uniSZA bumi tarbiyah.. pasti tidak menyesal malah berbangga tika menjejakkan kaki ke sini.. kenapa?

kampus kita adalah antara yang terindah lagi panoramik.. hehe.. banyak pokok di sepanjang jalan.. dan bunga yang berwarna-warni.. pasti tidak mengantuk dalam kuliah.. oksigen banyak tau di sini!

bangunan yang tidak terlalu moden akan mengajar kita erti bersyukur dengan apa yang ada dan hidup dalam wasatiyyah.. ya, bersederhana!! tidak dibayangi kehidupan moden yang materialistik dan berbudaya barat.. insya Allah..

buat adik-adik baharu, yang baharu sahaja mendaftarkan diri di kampus uniSZA.. tidak kisahlah akamu akan dipindahkan ke kota atau tembila.. kita masih satu badan yang sama.. berusahalah untuk menjadi mahasiswa yang bermatlamat dan beragenda dalam hidup.. jangan jadi seperti mahasiswa yang biasa-biasa..

tiada lagi.. KULIAH-KAFE-KATIL-KOREA!

malam pertama di asrama tu, janganlah menangis mengenangkan nasib dicampakkan ke sini.. huhu.. ambil sehelai KERTAS dan sebatang PEN.. adik catatlah apa yang terbuku di hati.. perasaan, harapan.. semuanya..

adik lakarkan kehidupan adik di uniSZA 3 tahun atau 2 tahun setengah yang akan datang.. bagaimana? cemerlang? gemilang? terbilang?

laluilah hari-hari orientasi dengan wajah yang ceria.. teruja dengan semua aktiviti.. walaupun ada yang tidak adik gemari.. [macam akak juga dahulu..time suruh senamrobik..kihkih]

kalau ada yang tidak berkenan dek hati dan iman.. luahkan dengan berhikmah.. jangan expresskan di fesbuk atau twitter tanpa ada adab Islami.. itu bukan cara kita ye.. 

rapatkanlah ukhuwah bersama kakak dan abang fasi.. mereka pasti ramah dan baik belaka.. 

ok adik.. coretan akan disambung seterusnya..

selamat bertemu nanti..

#akakdikampungtidakdapatbertemukalian


Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...