Friday 21 November 2014

tesis ohh tesis

Assalamualaikum

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

alhamdulillah.. di musim banjir dan tengkujuh di uniSZA ni, aku masih sempat diberi peluang untuk aktiviti menyapu sawang belog terchenta..

***

walaupun stok makanan semakin berkurangan.. yang hanya tinggal beberapa bungkus mee segera lagi, coklat toblerone yang sudah digigit, roti mighty white yang jarang dibeli (terpaksa beli sebab gardenia classic sudah habis) dan heater yang sentiasa berjasa memanaskan air paip yang tidak berapa nak bersih tu, aku terus sabar menanti hari-hari mendatang.. baju banyak yang bergantung lembap.. lantai licin berair dan stokin basah di sana-sini.. kehidupan tesis tetap perlu diteruskan.. teruskan dan terus menerus..

copy daripada fb persatuan mahasiswa unisza


mahasiswa tetap mahasiswa

mahasiswa bukan kanak-kanak sekolah

aku telah mengisytiharkan darurat bersama tesis tersayang..pengisytiharan yang dibuat secara solo.. tiada hitam putih.. hanya berbekalkan iman dalam hati..kini, kehidupanku seharian telah berubah 50 darjah celcius.. kehidupanku kini hanya berkisar tentang kaedah fiqh.. di mana sahaja..makan roti bakar, terfikir kaedah fiqh.. tengok rak nampak buku hijau, memanglah terbayang kaedah fiqh.. buku hijau adalah muqarar qawaid fiqh semester kali ini.. buka telegram, pun terfikir kaedah fiqh.. hehe.. memang lerr terfikir sebab nampak satu group tu.. bernama 'tesis ustaz z....' mahunya tak terfikir kaedah fiqhh..

 aku memang pantang nampak kaedah fiqh dalam kitab atau laman web tau.. terus berdetak hati.. berdebar jantung.. berpeluh tangan.. huhu.. cinta terlarang kah? bercinta dengan qawaid fiqh.. boleh saja kan? kita pun bukan ada boyferen pun.. walaupun tidak berbalas tapi aku dapat rasakan kehangatan indah cintanya.. cewahhhhh

tesisku bertajuk; aplikasi kaedah al yakin la yuzalu bissyaki dalam urusan ibadat

jangan la nak wow sangat.. bukan bahasa arab pun.. nampak saja ada perkataan arab situ, tapi bahasa perantaraan tesisku adalah bahasa kebangsaan.. bukankah kita perlu untuk memartabatkan bahasa ibunda..? penting tau martabatkan lingua franca ni.. jangan biar ia ditelan zaman..  haks.. padahal takut nak tulis dalam bahasa arab kan farhana.. baik! saya mengaku pak!... insha Allah, mana tahu suatu hari nanti.. master???? siapa tahu takdir masa depan kan.. grrrr.. ketaq lutut dengar perkataan masterr

alhamdulillah.. proposal hampir 60 peratus sudah diperbaiki selepas ditegur tempoh hari yang lepas.. mudah-mudahan ahad ini sudah boleh hantar ke musyrif yang dihormati tu sekali lagi.. 

hah, sebut tentang musyrif ni kan.. mahu dengar suatu cerita?

kami satu kumpulan yang terdiri daripada lima anak muda bujang tratangtang ni.. opps! maaf, seorang tu sudah berpunya secara halal.. kami yang bermusyrifkan seorang ustaz mewujudkan satu group telegram.. ya lah, untuk memudahkan komunikasi bukan? segala hal berkaitan dengan tesis akan dibincangkan dalam group tersebut.. kalau ada kawan lain yang ditegur ustaz, yang lain pula boleh perbaiki mana yang patut.. tak perlu untuk buat kesalahan yang sama berulang kali.. katanya ustaz..

semalam kan..semalam kan..

ustaz left!!!!!

bayangkan cuak tak cuak kami berlima.. siapa yang tak takut kan, musyrif left group tu.. marah ke merajuk ke.. itu punca yang kami tak tahu..

semua mulalah membuat paradigma sendiri.. pelbagai bentuk paradigma yang keluar.. haha.. kelakarlah kalau diingatkan semula..

malam tadi kan.. 

"maaf terdelete group.. ana berebut telefon dengan anak bongsu semalam.."

agak-agak kalianlah kan.. apakah yang aku buat sejurus membaca mesej ustaz tu??? 

dalam duldul sambil memandu.. memang menjerit la kan.. yang kita sangka dan takutkan rupanya hanya ilusi orang perempuan yang suka mengarut tak tentu pasal... (tepuk dahi)

hanya Allah yang tahu perasaan saat itu.. lega.. kelakar.. syukur.. 

semua ada.. bercampur baur..

pengajaran daripada story yang entah apa-apa ni.. jangan suka bina paradigma yang tidak berasas.. huhu.. silakan ikuti perkembangan percintaanku bersama kaedah al yakin la yuzalu bissyaki ya!

see u soon.......



No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...