Showing posts with label mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label mahasiswa. Show all posts

Sunday, 21 December 2014

bukan semuanya bagoss

Assalamualaikum sahabat

musim study week menjelma.. jadual diperketat kononya.. tapi jemari ini masih terpaut pada papan kekunci sekarang.. alahai..

menscroll satu group di mukabuku tadi pagi bikin hati insanku terkoyak.. post yang dibuat tidak mencerminkan adab atau akhlak mahaiswa Islam langsung.. kalau tidak puas hati, salurkan ketidakpuasan hati menggunakan tempat yang betul. bukan mencarut, memaki dan mengkritik tanpa iman..bukan ke kita mahasiswa Islam sejati? nama pun unisza kan kan..


*&^%$#

apakah ini semua?

si dia memperjuangkan tamadun yang membaca.. buka booth buku bagai.. mempromosi buku-buku pada kami.. tapi.. sedarkah atau tidak, bahan bacaan apa yang si dia promosikan?

membangun tamadun ke dengan baca buku yang sebegitu.. ? iman terjentik tak.. akhlak tercetus tak..

bukannya nak cakap aku ni bijak sangat.. kempen ismajordan yang 2 jam membaca pun belum terlaksana sesempurnanya.. huhuhu

tapi, tolonglah.. mahasiswa perlu bijak memilih bahan bacaan yang sesuai, sohih dan berkualiti.. 

*you are, what you read*

Tuesday, 2 December 2014

Poster Kontroversi PRK UniSZA

Assalamu'alaikum semua

Musim hangat sejuk suam Pilihan Raya Kecil UniSZA. Tahniah buat yang berjaya untuk pemilihan kali ini. Do your work with ikhlas!


Poster nampak simple kan, tapi mengundang seribu satu pertanyaan. Dan kritikan satu kampus. Agenda Islam yang kami persembahan menjadi persoalan dan ketidakpuasan hati mahasiswa sekampus. 

Aku pun jadi tertanya-tanya. Kita kan orang Islam, salah ke nak perjuangkan agama sendiri. Kalau di luar sana pijak Islam, bakar al-Quran, serang Palestin kita marah bukan main lagi. Berapi-api, meluap-luap. Mencarut tak tentu pasal.

Tetiba bila agenda Islam mahu diangkat, kami dikritik. Herm..

Sungguh aku tak faham. Apakah semua ini??

Adakah kita orang Islam yang hipokrit? Sekejap nak Islam, sekejap tak mahu Islam. Ambil separuh yang best, tinggal separuh lagi yang tak best ikut pandangan kita. 

Isu jangan menempelkan Islam di mana sahaja sepatutnya tidak perlu timbul. Kita memang perlu bawa nama Islam itu ke mana sahaja. Kita muslim perlu jadi duta kecil Islam. Tahu tak duta?

Bawa nametag Islam di mana sahaja. Akhlak Islam di mana sahaja.

Ok. Sedih melihatkan akhlak mahasiswa Islam sekarang.. bai

Friday, 21 November 2014

tesis ohh tesis

Assalamualaikum

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

alhamdulillah.. di musim banjir dan tengkujuh di uniSZA ni, aku masih sempat diberi peluang untuk aktiviti menyapu sawang belog terchenta..

***

walaupun stok makanan semakin berkurangan.. yang hanya tinggal beberapa bungkus mee segera lagi, coklat toblerone yang sudah digigit, roti mighty white yang jarang dibeli (terpaksa beli sebab gardenia classic sudah habis) dan heater yang sentiasa berjasa memanaskan air paip yang tidak berapa nak bersih tu, aku terus sabar menanti hari-hari mendatang.. baju banyak yang bergantung lembap.. lantai licin berair dan stokin basah di sana-sini.. kehidupan tesis tetap perlu diteruskan.. teruskan dan terus menerus..

copy daripada fb persatuan mahasiswa unisza


mahasiswa tetap mahasiswa

mahasiswa bukan kanak-kanak sekolah

aku telah mengisytiharkan darurat bersama tesis tersayang..pengisytiharan yang dibuat secara solo.. tiada hitam putih.. hanya berbekalkan iman dalam hati..kini, kehidupanku seharian telah berubah 50 darjah celcius.. kehidupanku kini hanya berkisar tentang kaedah fiqh.. di mana sahaja..makan roti bakar, terfikir kaedah fiqh.. tengok rak nampak buku hijau, memanglah terbayang kaedah fiqh.. buku hijau adalah muqarar qawaid fiqh semester kali ini.. buka telegram, pun terfikir kaedah fiqh.. hehe.. memang lerr terfikir sebab nampak satu group tu.. bernama 'tesis ustaz z....' mahunya tak terfikir kaedah fiqhh..

 aku memang pantang nampak kaedah fiqh dalam kitab atau laman web tau.. terus berdetak hati.. berdebar jantung.. berpeluh tangan.. huhu.. cinta terlarang kah? bercinta dengan qawaid fiqh.. boleh saja kan? kita pun bukan ada boyferen pun.. walaupun tidak berbalas tapi aku dapat rasakan kehangatan indah cintanya.. cewahhhhh

tesisku bertajuk; aplikasi kaedah al yakin la yuzalu bissyaki dalam urusan ibadat

jangan la nak wow sangat.. bukan bahasa arab pun.. nampak saja ada perkataan arab situ, tapi bahasa perantaraan tesisku adalah bahasa kebangsaan.. bukankah kita perlu untuk memartabatkan bahasa ibunda..? penting tau martabatkan lingua franca ni.. jangan biar ia ditelan zaman..  haks.. padahal takut nak tulis dalam bahasa arab kan farhana.. baik! saya mengaku pak!... insha Allah, mana tahu suatu hari nanti.. master???? siapa tahu takdir masa depan kan.. grrrr.. ketaq lutut dengar perkataan masterr

alhamdulillah.. proposal hampir 60 peratus sudah diperbaiki selepas ditegur tempoh hari yang lepas.. mudah-mudahan ahad ini sudah boleh hantar ke musyrif yang dihormati tu sekali lagi.. 

hah, sebut tentang musyrif ni kan.. mahu dengar suatu cerita?

kami satu kumpulan yang terdiri daripada lima anak muda bujang tratangtang ni.. opps! maaf, seorang tu sudah berpunya secara halal.. kami yang bermusyrifkan seorang ustaz mewujudkan satu group telegram.. ya lah, untuk memudahkan komunikasi bukan? segala hal berkaitan dengan tesis akan dibincangkan dalam group tersebut.. kalau ada kawan lain yang ditegur ustaz, yang lain pula boleh perbaiki mana yang patut.. tak perlu untuk buat kesalahan yang sama berulang kali.. katanya ustaz..

semalam kan..semalam kan..

ustaz left!!!!!

bayangkan cuak tak cuak kami berlima.. siapa yang tak takut kan, musyrif left group tu.. marah ke merajuk ke.. itu punca yang kami tak tahu..

semua mulalah membuat paradigma sendiri.. pelbagai bentuk paradigma yang keluar.. haha.. kelakarlah kalau diingatkan semula..

malam tadi kan.. 

"maaf terdelete group.. ana berebut telefon dengan anak bongsu semalam.."

agak-agak kalianlah kan.. apakah yang aku buat sejurus membaca mesej ustaz tu??? 

dalam duldul sambil memandu.. memang menjerit la kan.. yang kita sangka dan takutkan rupanya hanya ilusi orang perempuan yang suka mengarut tak tentu pasal... (tepuk dahi)

hanya Allah yang tahu perasaan saat itu.. lega.. kelakar.. syukur.. 

semua ada.. bercampur baur..

pengajaran daripada story yang entah apa-apa ni.. jangan suka bina paradigma yang tidak berasas.. huhu.. silakan ikuti perkembangan percintaanku bersama kaedah al yakin la yuzalu bissyaki ya!

see u soon.......



Thursday, 3 April 2014

istiqamah


:: Assalamu'alaikum sahabat sekalian ::

esok saya hendak pulang ke kampung halaman yang sangat dirindui.. bau rumput lepas dimesin oleh baba.. bau nasi goreng mama yang pedas dan kaw tu.. huhu.. kenangan diimbau memang tak akan selesaikan..

padahal banyak kerja saja malam ini.. haish farhana!

semakin hari semakin bertimbun kerja-kerja dunia mahupun kerja tanaman akhirat.. masa semakin sempit dan terasa terhimpit.. melihatkan poster-poster program dari pembina u yang lain, membuatkan saya terasa jeles.. hehe.. sebab sejak kebelakangan ini pembina unisza kekurangan program yang besar.. 

tapi..

bukan beerti tiada program langsung.. biar kecil dan sedikit.. tapi istiqamah...


teruskan bekerja!!!

Friday, 31 January 2014

DAIE 4FLAT vs DAIE 1.00

                                       :: Assalamu 'alaikum sahabat sekalian ::




alamak! semut ni main keluar masuk dalam keyboard plak.. geram je tengok dorang ni.. rasa macam nak sembur minyak gas je....



alhamdulillah.. jom sama-sama merafakkan kesyukuran kepada Allah yang MAha Hebat atas kurniaan nikmat hari ini, semalam dan esok sampai bila-bila.. malam ni saya buka portal pelajar dan check result sem lepas.. senyum simpul sampai macam nak nangis... alhamdulillah.. mencapai target saya... secara peribadinya memang tak berapa letak harapan yang tinggi untuk sem 3 ni, sebab madah yang 3 jam kredit banyak.. so, percentage untuk naik pngk tu amatlah tipis...

tapi, kuasa Allah kan.. siapa yang boleh tahan-tahan.. terima kasih ya Allah atas kurniaan ini.. walaupun bukanlah saya dapat 4 flat tapi sasaranku capai sasaran..huhu.. 

terbukti bukan...

kesibukan dengan kerja dakwah tidak mencacatkan pembelajaran kita sebenarnya.. ramai yang mahasiswa yang tak mahu join persatuan atau NGO ISLAM yang sah kerana takut result turun.. bohong semua tu! tak percaya ke dengan janji Allah yang mana kalau kita tolong agama Allah, Allah pasti akan mempermudahkan urusan kita.. insya Allah wahai sahabat sekalian..

yang penting...

PENGURUSAN AKTIVITI YANG BAGUS dan SUSUN AWLAWIYAT DALAM URUSAN

bukanlah saya nak kata yang saya bagus sangat.. tapi kita kena pandai ukur semua perkara dengan badan sendiri.. saya sama je macam orang lain..huhu.. buat jadual belajar cun-cun, pahtu tampal di dinding molek-molek.. hah.. hampeh je! mana ada ikut.. kalau ikut sekalipun amatlah sekejap dan tidak konsisten langsung.. farhana! farhana!

kita kan manusia biasa.. banyak kelemahan dan kesilapan.. tapi amat penting untuk kita sedar daripada kesalahan lalu.. saya sedar yang keputusan untuk semester sebelum-sebelum yang baru ni, saya kurang dalam buat revision sebab terlampau aulakan sesuatu dan tinggalkan sesuatu yang lain... pening pulak tengok ayat yang saya taip ni.. takpe la.. buat-buat  faham je ek!

so, semester 3 yang lepas, saya bangkit sambil melompat.. untuk kembali ke tempat asal.. tempat as mahasiswa yang sebenar! yang mana patutnya seorang mahasiswa wajib belajar dan terus belajar tanpa lelah atau malas.. jangan malas lagi farhana tau!  dakwah memang keutamaan kita tapi jangan sesekali tinggalkan tugasan utama kita.. STUDY!STUDY! 

memang.. keputusan bukan segala-galanya.. tapi seorang daie harus cerdik dan penuh ilmu di dada.. sebab kerja daie adalah menyampaikan kebenaran bukan? macam mana nak cari kebenaran itu kalau bukan dengan study kan..

jom tengok analogi.. analogi yang saya cuba terbitkan sendiri.. hehe..


DAIE 4FLAT vs DAIE 1.00

ada seorang kakak yang cun datang jumpa kita.. dan kita tahu dia ni memang pandai dan mesra.. 


"dik, malam ni ada kuliah sirah kat surau toriq. jom join nak?"
"insya Allah kak.. akak ni sibuk je saya tengok.. tapi result boleh skor jugak!"
"hehe.. alhamdulillah Allah bantu akak dik!"

kedua-duanya berlalu sambil senyum malu..

***

ada seorang kakak yang cun jugak datang jumpa kita.. dan kita tahu dia ni selalu datang kelas lambat dan result rendah.. 


"dik, esok petang PEMBINA ada buat Quranic Circle.. jemputlah datang ye!"
"Insya Allah kak. kalau takde apa-apa saya datang tau."
 kedua-duanya berlau biasa-biasa saja..

kisah tamat..

agak-agak sahabat kan, yang mana kita lebih tsiqah atau percaya.. yes! kredibiliti kita as daie akan tercabar dengan kekurangan perform dalam pembelajaran.. 

ini hanya pandangan peribadi saya yang kerdil ini.. saya bukan budak pandai tau tapi bukan memandai-mandai jugak!.. ok! nak makan ni..bye..




Tuesday, 29 October 2013

semakin meluap!

         :: Assalamu'alaikum kengkawan ::

semakin hari semakin meluap.. meluap-luap.. perasaan ini..
ya, nak jadi writerrrrr!!!

semasa HIMMAH 2.0 yang lepas di UPM, serdang. apa itu HIMMAH? 

HIMMAH adalah program besar tahunan PEMBINA..khusus buat ahli PEMBINA sendiri atau orang luar pun boleh join juga... tapi tak dapat diskaun la kn.. acara selama satu hari itu amat bermakna bagi ku... banyak mende yang aku dapat... sentiasa berani, bermatlamat dalam agenda hidup..! dengan sesi perkongsian tokoh-tokoh hebat dalam bermahasiswa.. klik yang ini FORUM KEPIMPINAN BEST! dengan persembahan pidato-pidato menyentuh dan tersentuh daripada ahli hebakk PEMBINA.. memang teruja dan menerujakan hati nurani.. sila klik yang ini akhi aidil idham

pokoknya memang banyak perkara hebat lagi bermanfaat di himmah ni.. so next year boleh la sahabat pergi ye.. ini link untuk tambahan kehabatan..

beraktivisme!
ustaz fauzi asmuni


pada hari kejadian.......
aku telah membeli sebuah buku yang berwarna merah... yang diberi tajuk; ' USRAH, ini semua poyo'.... isi yang santai, cara penulisan yang ringkas... yang penting matlamat penyampaian sungguh-sungguh tercapai.. [apa bahasa aku guna ni]...

untuk maklumat lanjut page penulis, Asyraf Farique [ahli PEMBINA juga beliau ni].. jom klik link ini.. Aku Bukan Suparman

eh, sebenarnya nak story mende yang meluap ni.. next entry ok! nak masuk kuliah dulu..

[ syukran sebab sudi baca entry kali ini ]

Monday, 8 July 2013

MPP....MPP...

                                :: Assalamu'alaikum ::

setelah 2 hari, bergelumang dengan orang-orang hebat PEMBINA.. setelah 2 hari jugak bergelumang dengan idea-idea inovatif dari mereka.. aku tersedar..aku tersuntik semangat...

ya!! mpp..mpp..

yes!itu ideanya.. itu yang harus direalisasikan...

berat? memang berat..

kalau kita sebut tentang mpp, apa yang tergambar dari hati nurani kita..? femes? penat? banyak kerja? ya, memang betul semua itu.. sesetengah orang suka akan jawatan tersebut, kerana dia akan dikenali oleh ramai orang dan sebab yang lain juga boleh berbakti pada mahasiswa seuniversiti..

tapi sesetengah yang lain akan beranggapan bahawa jawatan mpp ini akan menyusahkan sahaja.. kerja yang bertimbun, sering tidak hadir ke kuliah disebabkan outstation, terpaksa bergelumang dengan rakan sempp.. so sahabat rapat dulu akan semakin meninggalkan kita..

benar!!! alasan tersebut semua benar... realiti hidup seorang mpp...

tapi jika dilihat di sebalik alasan semua itu.. satu sebab paling besar dan akan memberi impak yang besar adalah..... DAKWAH!!!

mari kita buat satu perbandingan:

seorang mahasiswa yang berpersatuan mengeluarkan idea hebat dan dilontarkan kepada sahabat sepersatuan..

seorang mpp mengeluarkan idea hebat dan dilontarkan kepada seluruh warga universiti..

mana yang lebih besar impaknya???



:: syukran sebab sudi baca entry kali ini ::

Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...