Friday, 5 September 2014

akhirnya.. kini pasti..

00:44 Posted by Ukhti Mawar , 2 comments
Assalamu'alaikum kenkorang..


alhamdulillah.. akhirnya berjaya untuk capai penyapu sawang dan hentam segala sawang yang ada kat belog ni. terima kasih Allah!

officially... akhirnya... 



bukan sudah berpunya.. 

tapi, dah habis praktikal...!! yeah!!

so speechless.... hurm..

hari ini merupakan hari terakhir aku berpraktikal di mahkamah syariah negeri melaka. tempat yang indah dan bersih. tak tipu tau. memang bersih! tukang audit pusat datang bagi toilet kami "di sini adalah contoh amalan 5S"... wah, terharu kan.. toilet kat mahkamah ni boleh buat main batu seremban. lantai bersih, bau harum dan cermin membuatkan wajah kita tampan menawan jek bila telek muka. 

lagi nak habis, lagi banyak kerja. dan si penulis belog ini pun telah meninggalkan kerja faks yang tidak sampai ke meja pegawai semula.. hahaha... tak senonoh, kan? maaf cik nazri. takde niat pun nak tinggalkan sisa kotor nama unisza. tapi faks jabatan sana yang bermasalah. bukan salah saya.. ampun pengantin baru..

kenangan bersama mereka. pengalaman yang ditimba. sangat menginspirasikan. jangan pernah berputus asa untuk mencuba. cari pengalaman sebanyak mungkin. perkasakan kemahiran insaniah. kemahiran komunikasi dan ketrampilan kena hebat. sambung belajar lagi dan lagi. jangan sempitkan pemikiran lapangan syariah.

pelbagai nasihat demi nasihat. kepala pun dah tersumbat. kini masa untuk kami hadam lumat dan praktikkan di alam nyata. 

walaupun tuan tirmizi kata jangan sempitkan otak dengan nak jadi cikgu. aku yang degil ni tetap nak jadi cikgu. cikgu adalah pemula kehidupan ilmiah dan bukan ilmiah kanak-kanak. 


2 comments:

  1. Tahniah ukhti. Welcome back to Ganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. alamak.. siapakah anda yang anonymous nie..?

      Delete