Tuesday 2 December 2014

Poster Kontroversi PRK UniSZA

Assalamu'alaikum semua

Musim hangat sejuk suam Pilihan Raya Kecil UniSZA. Tahniah buat yang berjaya untuk pemilihan kali ini. Do your work with ikhlas!


Poster nampak simple kan, tapi mengundang seribu satu pertanyaan. Dan kritikan satu kampus. Agenda Islam yang kami persembahan menjadi persoalan dan ketidakpuasan hati mahasiswa sekampus. 

Aku pun jadi tertanya-tanya. Kita kan orang Islam, salah ke nak perjuangkan agama sendiri. Kalau di luar sana pijak Islam, bakar al-Quran, serang Palestin kita marah bukan main lagi. Berapi-api, meluap-luap. Mencarut tak tentu pasal.

Tetiba bila agenda Islam mahu diangkat, kami dikritik. Herm..

Sungguh aku tak faham. Apakah semua ini??

Adakah kita orang Islam yang hipokrit? Sekejap nak Islam, sekejap tak mahu Islam. Ambil separuh yang best, tinggal separuh lagi yang tak best ikut pandangan kita. 

Isu jangan menempelkan Islam di mana sahaja sepatutnya tidak perlu timbul. Kita memang perlu bawa nama Islam itu ke mana sahaja. Kita muslim perlu jadi duta kecil Islam. Tahu tak duta?

Bawa nametag Islam di mana sahaja. Akhlak Islam di mana sahaja.

Ok. Sedih melihatkan akhlak mahasiswa Islam sekarang.. bai

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...