Wednesday 8 October 2014

ukhuwah itu WAJIB!

Assalamu'alaikum sahabat

surah habibah 
08102014 


kalau kita bercerita tentang ukhuwah, apa yang terlintas dalam fikiran? 


cinta... sayang... 


kerana Allah swt

yup... rasa sayang semata-mata kerana Allah. kerana seaqidah dan seagama.. rasa sanggup berkorban apa sahaja demi saudara seaqidah itu. berkorban harta, masa, perasaan mahupun kehidupan. sanggup  belanja saudara kita itu makan dek kerana dia tiada wang untuk membeli juadah makan tengah hari apatah lagi buat berbuka.

 dahulukan duit kita untuk beli keperluan dia. korbankan rasa geram kita untuk dia rasa gembira.


kadang-kadang, 

ada bisikan kecil. yang membisikkan ke sanubari kecilku. permintaan untuk dibalas?

apakah????

ya, selagi kita cuba untuk ikhlas berkorban. selagi itulah kita akan diuji. syaitan setia menantimu wahai manusia. sedarlah diri sendiri...


kehidupanku juga begitu. bergerak ke sana ke mari. kuliah, program tarbiyah, program persatuan apatah lagi, membeli barang keperluan sendiri mahupun orang lain, menuntut untuk duldul kesayanganku bergerak cergas. namun, ia seperti manusia perlukan rawatan yang konsisten untuk sihat sentiasa.

berkorban sedikit wang buat kelangsungan segala-galanya memerlukan keikhlasan dalam berjuang. tiada pengharapan dan minta perhargaan manusia. aku belajar untuk terus jauhi sikap buruk itu. aku cuba untuk menangkis elemen-elemen negatif itu.

wahai Allah, dekatilah diriku dengan diriMu. agar aku sentiasa rasa nyaman dan tenang dan rasa serba cukup. 

selalu muhasabah diri, sedikit wang, masa dan perasaan yang kita korbankan hanya untuk Islam. biarlah kita tidak dikenali atau tidak disayangi, namun nama kita mekar dihadapan Allah. tiada yang lebih bagus daripada itu. 

teruskan bergerak dan bergerak. jangan toleh kebelakang dan berkira! go!

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...