Saturday 16 April 2016

CETAKAN KE-2

# Assalamu'alaikum pembaca #

Entri kali ini buat yang teringin untuk menjadi penulis dan sudah bergelar penulis. Jika kita ada terliur melihatkan karya sahabat penulis yang lain menduduki carta 'bestseller' bulanan di kedai-kedai buku seluruh Malaysia, itu memang/pasti akan berlaku.

Memang menjadi idaman kita sebagai penulis yang punya karya untuk menduduki carta bulanan itu. Tapi, jangan kita pernah lupa. Allah Maha Adil dan Maha Pemurah!

Ada penulis baharu yang dikurniakan nikmat sebegitu cepat naik nama dan bukunya. Ada yang sedikit lambat untuk mendapatkannya. Syukurlah walau apa sahaja bahagian kita.

Apa yang penting kita perlu terus berkarya dan menjual karya kita yang telah terbit. Menduduki carta atau tidak, biarlah urusan yang Maha Kuasa. 

Allah Maha Tahu segalanya!

Alhamdulillah. Walaupun #basikalkarat belum pernah menduduki mana-mana carta bulanan atau mingguan di kedai buku terkenal, kini #basikalkarat akan memasuki cetakan yang kedua.

Persediaan bekalan untuk Pesta Buku Antarabangsa di MAEPS, Serdang sedang berlangsung.

Terima kasih buat semua yang menyokong dan membeli. Mudahan banyak manfaat yang kalian perolehi. Insya-Allah.

Ikhlaskan niat berkarya dan teruslah kayuh kehadapan tanpa perlu hiraukan bisikan syaitan di kiri kanan. Mereka akan sentiasa membisikkan ketidaksyukuran dan alpa dengan pujian dunia. 

Nauzubillahi min dzalik

Mohon Allah SWT jauhkan kita semua daripada kegelinciran niat seperti ini.

Semoga berjaya semua! 

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...