Friday 13 May 2016

JASNI MATLANI: BERSUNGGUH DALAM BIDANG SASTERA YANG DICINTAI

# Assalamu'alaikum pembaca #


Sekarang UM sedang menelaah majalah Dewan Sastera edisi Mac 2016. Majalah ini bukan sembarangan majalah. Bukan majalah hiburan yang penuh dengan gambar artis separuh bogel dan boleh dibaca santai berbaring. Tidak sama sekali!



Fokus dan fokus! Itu kunci kalau anda mahu memahami apa yang terkandung dalam majalah ini. Penuh dengan fakta dan bahasa yang tinggi.

Muka depan untuk edisi kali ini ialah Tuan Jasni Matlani. Beliau merupakan penerima Anugerah SEA Write 2015 di Bangkok, Thailand yang lepas. Anak jati Sabah ini mula UM kenal namanya melalui buku tulisannya tentang tips penulisan cerpen terbitan PTS Publications. 





Selepas itu, terus UM borong dua buah buku kumpulan cerpen beliau yang diterbitkan oleh ITBN (2015) di PBAKL yang lepas. 





Menelusuri artikel demi artikel tentang beliau dalam majalah ini, banyak yang aku pelajari. Sungguh banyak!

Yang paling UM terkesan ialah bukan mudah untuk beliau sampai ke tahap ini. Memenangi anugerah yang paling berprestij dalam dunia sastera dalam linkungan negara-negara ASEAN.

Beliau yang lahir di Beaufort, Sabah ini telah mengahadapi pelbagai cabaran semata-mata untuk memenuhi impian beliau sebagai penulis sepenuh masa. Beliau sanggup meninggalkan Bank Negara demi kerjaya yang penuh dengan liku-liku yang mencabar.

Kita jangan bayangkan zaman dahulu seperti zaman kita sekarang. Alam maya memudahkan hasil tulisan kita dibaca dan disebarkan. Zaman dahulu amatlah sukar untuk menembusi pasaran, apatah lagi peluang yang ada hanya terbuka luas di Semenanjung Malaysia. 

Jasni Matlani mengambil kira-kira 30 tahun untuk sampai kepada tahap diiktiraf sebegini. Suatu tempoh yang lama dan menuntut kesungguhan dan keikhlasan. Iyalah, kalau kita tidak ikhlas, manakan kita akan sanggup bertahan berpuluh tahun demi dunia jihad pena ini.

Kelebihan beliau ialah sering kali menyusupkan elemen agama dalam semua karya beliau. 

"Mengapa kita tidak utamakan perkara ini (agama) dalam karya kita? Hal ini perlu supaya masyarakat kita tahu bahawa kita boleh bersatu walaupun kita berbeza agama."

Sungguh indah dan bijak! 

Jujur aku katakan, dunia sastera penuh dengan daya intelektual, kehikmahan dan seni yang tinggi nilainya.

Sungguh, aku jatuh cinta dengan insan yang se'seni' beliau. Insya-Allah, akan lahir lebih ramai sasterawan muda yang berani dan ikhlas seperti beliau suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...