Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Monday, 25 September 2017

BUKU BAHARU UKHTI MAWAR

Buku baharu saya sudah keluar!

Alhamdulillah. Syukur. Anak kedua selepas Basikal Karat. Ini sambungan yang pertama tau.




Cakap Biar Serupa Bikin nama diberi. Hanya 160 halaman yang akan menjernihkan minda anda apa itu qudwah. Mengapa penting kita jadi muslim yang baik. Perkara yang berlaku setiap hari dan kita tak sedar yang kita sentiasa diperhatikan orang lain. Jika kita menunjukkan perilaku buruk dan hodoh, itulah yang mereka sangka tentang agama kita. Muslim kan agen Islam. 

Sekarang sedang buka pesanan awal.

Bolehlah klik di pautan ini ya! Diskaun 6 ringgit tu. 

https://mall.karangkraf.com/cakap-biar-serupa-bikin.html

Jangan lepaskan peluang! Pasti lebih berbaloi berbanding Burger King yang awak makan tapi 'buang' selepas itu. 

Friday, 24 July 2015

#REVIUBUKU [MEMBONGKAR RAHSIA DUNIA MELAYU]





Assalamu'alaikum semua!
Selamat Hari Raya! Maap Zahir Batin ek! 

bukan sebarang buku tau

                            
JUDUL BUKU: MEMBONGKAR RAHSIA DUNIA MELAYU PRIBUMI ASIA TENGGARA [MENJAWAB KEKELIRUAN SEJARAH]

 NAMA PENULIS: SRIKANDI, IBNU RUSYDI & AL-SEMANTANI

TERBITAN: HIJJAZ RECORD PUBLISHING

HARGA: RM 39.90

Aku bukanlah jenis manusia yang gemar apatah lagi minat akan sesuatu yang bernama sejarah. Subjek sejarah. Buku sejarah. Ensiklopedia sejarah. Filem sejarah. Semuanya tentang sejarah. Buku tebal lagi tidak menarik kaver bukunya! Kalau tentang sastera lain pula ceritanya bagiku. Namun seiringan usia yang semakin berkurangan ini dan pemikiran juga dalam perjalanan untuk matang masak ranum, hal itu tidak berlaku lagi. Sejarah semakin dekat dihatiku. Semakin aku sayangi. Tambahan lagi jika sejarah bangsa sendiri dan monument terkenal di seluruh dunia. Sejarah kini intim bersamaku! Ewah… ewah bule..

                Buku hebat ini sememangnya membangkit aura anak jadi Melayu dalam diriku. Aku manusia kacukan Melayu, Jawa dan Bugis sudah semestinya darah persisan kulit gelap melekat dalam sanubari dan fizikalku. Ke’kasar’an dalam pergaulan manusia yang berbangsa Jawa, gemar berkiasnya manusia bernama Melayu dan bangsa Bugis yang tidak berapa kukenali (kampungku adalah kampong Jawa). Hebat! Tiga blogger ini bijak dalam mengolah fakta-fakta sejarah yang sulit ke dalam bahasa yang mudah difahami. Tidak kusedar buku setebal 303 muka surat boleh kuhabiskan hanya dalam tempoh aku uzur syarie ketika bulan Ramadhan yang lepas. Siapa kata wanita yang uzur syar’ie tidak boleh melakukan amal ibadah. Membaca salah satu daripadanya! Menuntut ilmu kan. J gambar-gambar dan ilustrasi menarik lagi minat untuk meneruskan pengembaraan. Kertas buku yang sangat berkualiti sepadan dengan harga yang ditawarkan. 

                Buku ini mempunyai 12 bab yang menarik. Melayu dan kelompok besar Austronesia, Sejarah Melayu dalam bukti prasasti dan rekod antarabangsa, Melayu dan orang Asli, Indianisasi budaya Melayu, Pengaruh Melayu di Sri Lanka, Siapa Temagi? Kekeliruan antara Thai dengan Sri Dharmaraja, Penghijrahan di alam Melayu, Bahasa Melayu bahasa pemersatu, Hang Tuah berketurunan Cina?, Keris senjata warisan nusantara, Senjata api di alam Melayu dan bab terakhir Melayu dan Austronesia: Viking Timur Jauh. Sangat menarik bukan? Sudah semestinya sebagai anak jati Melaka bab berkenaan Hang Tuah menjadi bab pertama pilihanku untuk memanaskan minda yang karat sejarah ini.



 Aku orang yang jenis suka membaca sesuatu mulai daripada belakang dan suka hati mahu bab yang mana dahulu. Entah kenapa begini tidak dapat dikenal pasti. Sejak azali kot. Bab ini merungkai kemitosan Hang Tuah yang menjadi bualan ramai orang. Wujudkah manusia bernama Hang Tuah itu? Bagaimana dengan Hang-hang yang lain juga?  

                Walaupun secara jujurnya banyak perkataan yang sukar untuk disebut apatah lagi untuk kufahami. Ada yang baru pertama kali aku mendengarnya. Austronesia. Sri Dharmaraja. Proto-Deutro. Maguidanao. Dharmasokaraja. Dan dalam buku ini juga ada menyebutkan tentang kehebatan Srivijaya yang kita belajar sewaktu zaman sekolah dahulu. Sesungguhnya aku memang takjub dengan kehebatan orang melayu pada zaman dahulu. Mereka bijak dan berani. Belayar ke sana ke mari dan berdagang dengan masyarakat antarabangsa. 

                Jika kita sangat masyhur dengan nama Ibn Battuta sebagai pengembara Islam yang hebat, Panglima Awang atau Hitam atau Henry the Black yang berasal daripada keturunan Melayu juga tercatat dalam sejarah kehebatan ilmu pelayarannya. Namun nama Hitam ditenggelami dengan nama El Cano kerana Hitam bukan berbangsa Sepanyol! Ikuti kisah menginspirasikan Hitam dalam bab terakhir dalam buku ini.  Katanya orang Melayu mempunya psycho-navigation yang seakan six sense la. Tanpa kompas dan waze pun mereka mampu belayar. Sebab itu kita kadang-kadang mampu memandu kereta tanpa alat bantuan tapi sampai ke destinasi dengan selamat. Psycho-navigation la tu. Hehehe…

punyalah tak pandai edit gambau.. belasah je senget benget..


                Kalau mahu diceritakan tentang isi buku ini kemungkinan 4, 5 entry perlu ditulis ini. Kekeliruan yang sering mengelirukan kita seperti isu yang sering didebatkan dalam media iaitu betulkah orang Melayu ini pendatang? Atau betulkah orang Asli adalah bangsa asal negara ini? Atau betulkah kita semua ini asalnya daripada Indonesia? Semuanya akan terjawab dengan membaca buku ini. Aku mahu berikan satu klu daripada jawapan tersebut. [semua negara yang termasuk dalam dunia Nusantara ialah satu rumpun. Dahulu tiada pemisahan antara negara.  Bahasa yang dituturkan ialah bahasa yang sama. ] Dapat teka ke? 

Sememangnya aku jamin 2000% yang kalau kawan-kawan baca buku tidak akan pernah bosan dan menyesal. Daripada baca sambil berbaring, kawan-kawan boleh duduk bersila di atas kerusi tau. Buku ini akan melahirkan insane-insan yang sepertiku ini yang malas ambil tahu pasal sejarah akan insaf dan make effort untuk mencari bahan yang seterusnya. Aku juga terikut melakukan itu. Ada sehelai kertas kosong dan pen sentiasa bersamaku sepanjang aku membaca buku ini. Kertas itu untuk aku coretkan perkataan pelik yang aku harus cari maklumat tambahan mengenainya. Insha allah, doakan aku terus bersemangatlah dengan semangat ini. Jangan hangat tahi kucing sudah kan. Doakanlah ek!

                Akhir kata, sila beli buku ini ditoko-toko buku. Tamat.
               

               

Wednesday, 20 May 2015

BASIKAL KARAT #1 BAKAL TERBIT 2015

Assalamu'alaikum saudara/ri,

Musim study week la kan kita rasa nak isi blog ni dengan macam-macam.. Idea memang mencurah, tapi kemalasan mengatasi segalanya.. aishh!! 

Macam mana ni, kata DAIE kan?

Semalam kita pergi jenguk wall muka buku DAO dan atas status DAO tentang lima impian nak capat tahun 2015. Dengan senang hati, kita pun tulislah di ruang komen tu yang beratus-ratus manusia berimpian besar telah curhat (curahan hati) impian masing-masing. 

Jujurnya kita memang takjub! Ada yang berimpian seteliti berapa gaji nak sebulan, bagi mak ayah berapa, bulan sekian nak kahwin dan banyak lagi la.

Kita pun tulislah, 

"Buku pertama saya akan diterbitkan pada tahun 2015. Basikal Karat saya bakal jadi bestseller!"

Kan, berani mati punya impian. Orang cakap dalam hidup perlu berimpian besar supaya kita eksaited nak hidup dan sentiasa bersungguh dalam berusaha. Jangan biarkan hidup dipenuhi dengan angan-angan kosong tau!

Insha Allah, kalau kita bersungguh Allah swt pasti bagi. Kita mesti sentiasa bersangka baik dengan Allah swt. 

Nak tahu Basikal Karat kita tentang apa? Nantikan dientry akan datang ye. Bila? Itupun kita tak pasti. 

Okey! Nak sambung baca Dirasah Nasiyyah!

Sunday, 26 January 2014

Pengenalan; Rukun Baiah (imam HAB)

                                             :: Assalamu'alaikum sahabat semua ::


apa khabar iman kamu hari ini? sudah solat belum? tilawah al-Quran sudah? kalau belum, jom buka al-Quran sekejap, baca satu atau dua ayat... mana boleh kita tinggalkan ayat-ayat cinta Allah ini, ia kan jadi petunjuk sepanjang zaman.. tak lapuk tau.. 

ok! hari ini saya nak bincang tentang apa ya?

buku yang saya sudah mula terokai ini.. " 20 ASAS memelihara kefahaman Islam"

tajuk: Rukun Baiah; 20 Asas Memelihara Kefahaman Islam
penulis asal: imam Syahid Hasan al-Banna
penterjemah: ustaz Mahmud Abu Raiyah
terbitan: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
muka surat: 177


Tahukah sahabat Rukun Baiah itu berapa? ya, betul! jawapannya 10 rukun baiah.. silakan sebut..

  1. al-fahmu (faham)
  2. al-ikhlas (ikhlas)
  3. al-amal (amal)
  4. al-jihad (jihad)
  5. tadhiyah (berkorban)
  6. taat
  7. tsabat (tetap pendirian)
  8. tajarrud (tegas)
  9. ukhuwah (persaudaraan)
  10. tsiqah (percaya)
hah, dah tahu kesemua rukun baiah ini, boleh la dihafal ye.. buku yang saya baca di atas ini akan membincangkan tentang kefahaman rukun yang pertama iaitu ...? al-fahmu : faham!

FAHAM

bahasa: menggambarkan sesuatu dengan baik dan kesediaan untuk membuat rumusan daripadanya.
menurut al-qomus al-muhith; faham adalah mengetahui dan mengenalinya dengan hati.

faham menurut istilah di sisi imam Hasan al-Banna (HAB); 

"faham yang saya maksudkan iailah kamu meyakini fikrah kita bersifat Islam tulen, dan kamu memahami Islam seperti kami (Ikhwanul Muslimin) memahaminya, dalam lingkungan 20 asas ini yang diringkaskan seringkasnya."

Beliau memandang berat akan kefahaman yang sahih. kefahaman daripada menyeleweng dan kesilapan. Ia merupakan kefahaman yang sahih tentang Islam, tapi bukanlah asas-asas Islam.. jangan salah faham tu.. 

kalau nak tahu, semasa zaman imam HAB cipta asas ini, keadaaan Mesir dipenuhi dengan penyelewengan yang pelbagai.. bercampur aduk kefahaman.. aqidah terabai.. sebab itulah imam HAB merangka asas-asas ini.. hebat bukan?

okei.. cerita pengenalan sudah habis. masa untuk menghadam lumat isi buku.. yuk!



 

Monday, 4 February 2013

planning..

                * Assalamu'alaikum para sahabat sekalian*


hanya tinggal 2 minggu sahaja aku akan menghabiskan cuti bersama famili dan kengkawan tersayang.. hehe.. dah lama rupanya aku mentedarah kat rumah ni ha.. minta maaf nenek ku..

apa rumusan kehidupan sepanjang bercuti ini..

hem..yang aku dapat la..kita kena ada planning untuk cuti memasing.. nak baca berapa buku sepanjang cuti.. nak pastikan dah hafaz berapa muka surat al-Quran.. 

nak jumpa kawan lama untuk sambung tali silaturrahim yang sudah lama kering.. pergi rumah nenek or atuk tersayang..

tak pun luangkan masa untuk pergi surau kat kampung.. gi kenduri-kendara segala bagai..

pastikan segalanya terancang.. kalau nak bukak internet pun mesti hadkan masa dan buka yang memberi manfaat sahaja.. tiada yang zero..!!

:: tengah mujahadah habiskan baca sampai koyak buku kedua untuk cuti kali ini.. one more book!

terima kasih sebab sudi baca entry kali ini.. selamat beramal!!


Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...