Saturday 6 February 2016

PERJALANAN BASIKAL KARAT #3

#Assalamu'alaikum pembaca#

Sihat semuanya? Alhamdulillah, syukur pada Allah swt kan. 

Hari ini aku nak sambung tentang kisah perjalananku seorang diri ke kota raya untuk  melunaskan beberapa amanah sebagai penulis Karya Bestari. hikhik..

Seorang anak kampung yang kecil dan jarang ke kota raya, kini meneroka bandar Shah Alam yang banyak roundbout tu. 

Bagi yang belum membaca kisah perjalanan siri 1 dan 2, silalah klik:

PERJALANAN BASIKAL KARAT #1 
PERJALANAN BASIKAL KARAT #2 

Okay! Kita teruskan perjalanan kita. 

Setelah aku sampai di stesen Shah Alam, aku pun mencari tempat yang boleh aku berteduh dengan selamat tanpa gangguan emosi. Maklumlah pertama kali aku sampai di sini seorang diri. Seriau!

Sebenarnya tadi masa di dalam bas, aku hampir tidak turun pada stesen yang sebenar. Aku tak tahu pula stesen Shah Alam sekecil dan semini ini. Tika aku baharu buka plastik roti yang pertama, bas pun berhenti. Aku pun seperti biasa terus menyuapkan cubitan roti yang pertama. Sedapp.. Hmmm...

Aik! Kenapa ramai turun sini?

"Ni stesen apa ye cik?"
"Shah Alam kak."

Hah... Shah Alam ke. La, aku dah sampai rupanya. Punyalah selamba makan tengok orang turun bas, rupanya tempat aku pun patut turun dan angkat barang. Apalagi, kelam-kabut la aku. Nasib baik bas berhenti lama. Alhamdulillah.   

***

Ada akhawat Shah Alam akan pick up aku di sini. Aku ambil keputusan untuk menumpang sementara waktu di rumah akhawat Shah Alam. Nama rumah mereka ialah Baitul Sakinah (BS). Indah bukan?

Ya. Aku tidak mengenali secara dekat dengan sesiapa pun akhawat di sini. Hanya dengan mesej peribadi di Telegram dan berbekalkan ikatan ukhuwwah dan aqidah aku meminta izin untuk tumpang sementara waktu.   

***

Seperti yang korang tahu, aku datang sini dengan tidak berkenderaan dan sudah pasti memerlukan ada yang menjemput atau yang menghantar ke Karangkraf esok pagi. 

Ohh... Perkara paling aku tak sukai. Menyusahkan orang lain.

Akhawat tetap akhawat. Indahnya ukhuwwah hanya yang pernah merasai sahaja akan tahu. Akhawat hantar aku ke Karangkraf pagi itu dan yang paling sweet ialah aku dapat bekal kuey teow goreng berlada hitam. Memang nak nangislah kan!

***

Sampai sahaja aku di lobi Karangkraf, aku duduk di kerusi tamu di lobi. Ada beberapa insan kemas berpakaian di situ. Aku berbekalkan dengan gigi arnab di hadapan, senyum pada semua orang di situ. 

Rupanya mereka akan menjalani temuduga sebentar lagi. Kekosongan jawatan untuk video-video gitu. Keduanya daripada UITM. Tapi berlainan kampus. Bagus anak muda berpandangan jauh begini. Aku hanya diam memasang telinga mencuri dengar perbualan mereka tentang pengajian di UITM mereka dan apa yang hendak dilakukan masa hadapan. 

Salah seorang daripada mereka berusia sama denganku. Baharu tamat belajar sepertiku dan sedang buat freelance photographer. Nak cari duit untuk meneruskan kehidupan katanya.  

Sepanjang aku duduk mereput di kerusi merah itu, pelbagai ragam dapat aku perhatikan. Ada jurusolek artis. Jurusolek wanita, lelaki dan separa jantina. Masing-masing berjalan laju mengejar waktu yang dijanjikan dengan membawa bekas alat solek berkotak-kotak.

  Ada model tudung dan baju untuk majalah Dara dan Nur. Masing-masing membawa beg tarik dan baju berhanger-hanger. Cantik-cantik semuanya dan bergaya sakan. Sudah semestinya dress kuning dan muka polosku jauh ketinggalan bernegatif darjah celsius. Huahhhhaa.. 

  Ada juga staf Karangkraf yang ke hulu ke hilir mencari orang. Ada puan yang bising-bising kerana tokey butik tudung untuk penggambaran janji jam 9 tapi tidak datang lagi. 

Manusia pelbagai ragam. Indah ciptaan Allah swt!

Kenapa lama sangat aku di sini. Ohh, baharu jam 8 pagi. Lagi dua jam aku patut menunggu. 

Jumpa di siri akan datang untuk perjalanan ini. Jariku penat menaip.   

 

  

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...