Monday 26 January 2015

RINDU SDASA (ANAK NAKAL YANG MEMBASAHKAN JIWA)

Assalamualaikum sesahabat

ada eh sesahabat.. ada je la eh..

semalam dok belek laci meja study kat kampung.. niatnya nak la mengemas sikit.. maklumlah sudah 2 bulan lebih tak pulang ke kampung halaman.. tetiba, terjumpa pula satu plastik, plastik yang lutsinar kulitnya..  dalam tu ada beberapa helaian kertas yang sangat berharga buatku.. 

helaian kertas yang punya pelbagai jenis tulisan.. ketas kajang pun ada, kertas koyakan buku pun ada..tulisan yang pelbagai bentuk seninya.. cantik, buruk, bersegi, berkotak... herm.. tapi yang penting, ikhlas tulisannya..

aduhh.. aku sangat rindu akan mereka. serius aku cakap.. keletah dan perangai mereka amat aku rindui..

mereka yang berjaya mencuri hatiku tatkala kali pertama kami bertemu.. mereka yang polos dan comel..

jom ikut aku imbau kembali kerianganku kala itu

dahulu, semasa setahun aku di Port Dickson bekerja sambil perhati keadaan dakwah di sana, aku ditugaskan untuk mengajar mengaji di sebuah sekolah yang sangat terkenal di sana. SDASA. Aku rasalah terkenal.. huhu.. nama skola yang tak asing lagi dalam sanubariku.

setiap malam isnin dan selasa, aku dan sahabatku dunia akhirat seorang lagi, ain akan ke sana selepas maghrib. isnin malam untuk pelajar perempuan dan selasa malam untuk pelajar lelaki. walaupun kami letih dek sampai rumah sewa pun sudah jam 6 lebih, kami tetap bersemangat untuk mengajar mereka. walaupun kekadang bayaran kami terima lambat, disebabkan sayang akan mereka, kami suka bersama mereka. ia bukan hanya mengajar mengaji sahaja sebenarnya, jujur kata ingin sekali mendidik hati mereka. akhlak mereka.

adik-adik yang kami mengajar hanyalah aspura dan aspuri tingkatan 1 hingga 3 yang kami ajar.. pelajar yang baru segar dengan kedudukan asrama versus pelajar yang sudah otai di asrama..

adik-adik yang sangat ceria, nakal dan nampak degil tapi pandai. jujur aku cakap, malam pertama kami berkenalan aku sudah jatuh cinta dengan mereka. comel dan manis. 

ingat lagi aku sewaktu malam pertama kami berkenalan di surau mereka. nampak polos saja. hehe.. dengan berbaju melayu berwarna- warni dan baju kurung.. alahai, ayu sungguh.. akan tetapi, untuk malam seterusnya, minggu seterusnya, aku dan ain sudah kena jadi warden da.. dok mengelintar di dewan makan mereka sesuka hati..  pujuk sensorang masuk kelas.. haha.. asrama itu aku yang punya.. hahaha.. 

ada yang ternyorok-nyorok kepala macam kekura.. padahal dialah manusia yang paling tinggi di sana.. alahai.. ada yang buat-buat baca buku padahal kerja rumah subjek apa pun dia tak tahu..

pengalaman yang sangat manis. 




sangat.. sangat.. *speechless*

malam pertama kelas bermula, aktiviti yang dilakukan adalah tulis biodata.. huhu.. memang sangat lucu.. kalau aspuri its okay. perempuan memang suka tulis mende alah begitu kan.. tapi tapi kan.. aspura???

ustazah yang kecik ni kan.. akhirnya berjaya suruh aspura yang gagah perkasa tu tulis biodata dorang. ada yang jujur, ada yang macam tipu apatah lagi yang mengarut.. hehe

warna kegemaran? pink panther.. boleh percaya ke gangster minat pink.. haha.. panjang panjang..

aku pun belek la part ucapan untuk ustazah.. huhu.. kekadang ucapan mereka ni buat aku bersemangat. sebab kalau rasa down dengan belajar atau beban kerja dakwah, ucapan mereka ni buat aku fresh balik. 

"ustazah, belajar sampai phd tau."
"ustazah, ajar saya mengaji sampai pandai"

paling terharu sekali, 

"saya doakan ustazah dapat masuk syurga!"

amennn.... mudahan Allah makbulkan doa kalian tu.

"ustazah orang paling comel yang saya pernah jumpa"
"ustazah comel dan baik hati"

hahah.. ucapan-ucapan berbaur sabotaj dan bodek belaka.. hehe.. apa-apa pun thanks atas ucapan yang membangkitkan semangat itu.

sangat banyak la kenangan yang indah bersama mereka. satu je yang aku nak beritahu kalian pembaca sekalian. kita nak tarik hati remaja yang baru nak naik ni bukan dengan menganggap mereka sebagai anak murid atau adik. tapi anggap sebagai kawan, member. barulah senang nak tarik hati dan ngam gitu..

ok. nak kongsi lagi nanti. jumpa lagi.





No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...