Sunday 20 May 2012

Sapa nak masuk syurga!

                 <3 Assalamu'alaikum <3

Ya Allah..lama dah aku tak bertandang kat blog yang amat aku sayangi ni.. lewat-lewat ni memang aku sibuk sangat..dengan program..dengan paper exam yang bertimbun tu..mujahadah untuk menanda tahu.. iye la.. lagi-lagi subjek English.. korang bayangkan..zaman dolu-dolu..korang buat karangan yang agak-agak menyesakkan untuk cikgu korang baca..dah la tulisan macam doktor tak bertauliah.. dan ayat-ayat memang 'bombastic' la sangat..hehe..[ sentence khusus untuk diri si penulis]

Eh! Sebelum melalut panjang nanti..apa khabar sahabat semua? Moga kalian sentiasa di bawah rahmat Allah dan sedang berada di jalan mencari keredhaanNya..Insya Allah..jangan pernah putus asa dengan rahmatNya okei..okei!3x..[ala-ala Mak Jemah @ Johan Erafm]...

Amacam cuti hujung minggu ni..masa terisi tak? ke terbuang sepi lagi kosong dengan perkara yang nonsense.. Segala perancangan yang telah diatur dan dipin kat jadual terbuat tak? dah selesai? Alhamdulillah..itulah baru dinamakan Muslim yang hebat! * Umat Islam harus cemerlang.. hari ini mesti lebih baik dari semalam..*

Setelah bermulanya dunia baru sebagai murobbiah..Ummu Ubaidah kembali ke dunia sibuk selepas hampir sebulan lebih mengurung diri dalam taman anggur yang enak lagi ranum.. kembali dengan pening untuk fikir nak pakai baju yang mana dan tudung yang mana.. kelam-kabut untuk start kereta disebabkan cari stokin tak jumpa-jumpa..minta kawan punch kad..sebab parking kereta tak masuk-masuk dalam box..hem..

Macam-macam la..tapi apa-apa pun..memang seronok..aku suka!!! aku suka jadi sibuk..tapi bukan menyibuk okei...sebab kalau kita sibuk..kita pasti akan takde masa nak buat perkara yang melalaikan dan tidak berfaedah..betul tak? Hah..itulah tipsnya..kalau tak nak diri kita buat maksiat atau perkara yang tak elok lagi tak berfaedah..harus sibukkan diri dengan perkara yang makruf..maknanya perkara yang kebaikan.. yang Allah suka..dan menambah keimanan kita..insya Allah akan datang keredhaan Allah swt..

Ada satu cerita..yang berlaku depan mataku sendiri..hehe..satu kisah kiut lagi suci..sewaktu aku jaga exam untuk kelas tahun 1 Al-Biruni..ada satu incident..si Ariiq Bukhori ni takde pensel warna hitam.." Murobbiah, kite takde warne hitam la"... dengan muke comel dia tuh.. pastu, aku try la pinjam kat Raja aka budak paling nakal..dalam kelas..dan sukar dikawal..yang kebetulan duduk depan si Ariiq tu..

Dengan muka selamba..dia tak bagi..masya Allah..memang la betul..ramai murobbiah kate jaga kelas tahun satu boleh wat tekanan darah naik..di tambah dengan badan jadi lenguh..pastu aku pun dapat la 1 idea menarik..dengan kelas yang agak bising walaupun tengah pekse ni.." Sapa bagi Ariiq pinjam warna hitam dapat masuk SYURGA!"....

Dengan pantas, budak-budak comel tu..bawak warna itam dorang bagi kat si Ariiq..hehe.. menjadi..menjadi idea aku.. mendapat sambutan sampai Ariiq tak tahu nak amek yang mana satu..ramai yang hulur..dan beria-ia nak Ariiq amek warna dorang..dapat masuk SYURGA..sapa tak nak kan?

Kalau budak-budak kecik macam tu nak berebut masuk syurga..lagilah kita yang dah besar gajah ni..tak kan tak nak pulak kan...banyak je mende yang bolee wat kita masuk syurga.. mende yang paling senang sekali adalah apa..ce teka..yes! betul tu..SMILE..SENYUM..IBTISAM..mudah je kan? semua orang boleh buat mende tu..

"Senyummu untuk saudaramu adalah sedekah..."

So, after this..kita haruslah berkejar-kejar untuk buat kebaikan..walaupun kebaikan itu kita nampak kecil dan simple..moga ada ganjaran di mata Allah swt..insya Allah..

See next time..salam sayang seharum bunga rampai..hehe..



No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...