Monday 25 February 2013

sang guru, tolonglah!!

                                     * Assalamu'alaikum sahabat sekalian*

lama rasanya tidak menulis di sini.. hamdalillah.. setelah seminggu kembali ke uniSZA tercinta.. hidup sebagai mahasiswi... aku kembali sibuk dengan aktiviti di sini.. kuliah yang masih kelam-kabut.. program tarbiyah yang berebut untuk dihadiri.. aktiviti dakwah yang sentiasa full-time.. ohoi..!


*senyum sedikit*



haish.. bagaimana kalau guru kita tidak menunjukkan qudwah? apakah qudwah itu kak?

ya, qudwah adalah suatu contoh.. ! seperti rasulullah saw kita; baginda menjadi qudwah hasanah atau contoh yang elok lagi terbaik bagi kita ummatnya.. baginda menunjukkan akhlak Islam yang sebenar.. baginda menyeru kepada Allah dan risalah Iman.. seiring dengan itu baginda menunjukkan contoh praktikal.. hah.. begitu mudah orang lain yang jahil mendengar dan terpaut pada deen kita ini.. mudah dan indah!!!

sepatutnya wahai  guru, murabbi di luar sana.. menunjukkan contoh yang terbaik buat anak murid yang lainnya.. bagaimana murid nak ikut jika sang guru menasihati; kita sebagai orang Islam untuk saling hormat-menghormati sesama rakyat Malaysia walaupun berbeza agama... sedangkan sang guru mengeji dan menceritakan keburukan para pemimpin dan orang yang kita hormati...di hadapan sang murid yang khusyuk menadah ilmu.. mendengar segala apa yang disampaikan.. dan semestinya akan patuh dengan apa isi penyampaian sang guru..

pening sungguh aku melihat situasi ini.. keliru dan sangat sedih... sistem pendidikan apa yang digunakan oleh sang guru ini.. kotor caranya.. salah pengamatannya..

hem.. mengeluh dan terus mengeluh.. semoga sang guru diberi kesedaran bahawa yang sang guru sedang menjual professsion guru itu sendiri.. taku-takut kerana nila setitik rosak susu sebelanga..


No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...