Sunday 16 March 2014

rehlah with them!



* Assalamu'alaikum sahabat sekalian *




masak ul khair... petang-petang begini seronok kalau dapat minum teh 'O' sambil cicah biskut kering.. tapi apakan daya perlu mengerahkan batang tubuh ini untuk menyiapkan esaimen yang perlu dihantar keesokkan harinya.. alamak! nampak sangat buat kerja last minit kan.. tapi kadang-kadang kerja di saat-saat akhir boleh jadi lagi terbaik kalau disediakan dengan terlebih bersungguh tau.. sebaliknya.. kalau buat main cincai jawabnya.. memang teruklah hasilnya..

bukan hal esaimen yang belum siap untuk saya ceritakan, tapi saya ingin berkongsi dengan kamu akan perasaan berbunga dan riang ini.. rasa seronok dan teramat seronok.. huhu.. kenapa? 

mestilah, semalam saya dan akhawat yang lain dapat berrehlah bersama di lagoon kuala ibai, kuala tganu kita ni.. dengan ditemani hujan yang lebat sepoi je.. walaupun basah kuyup dan tudung pun penyek2.. kami tetap ceria..



kalau dilihat betul2, hujan lebat membasahi bumi tu..


kami sudah menyempurnakan salah satu muwosafat tarbiyah..anda bila lagi?


cepat!! duduk dalam kumpulan..


kami sedang menghias plate..


aktiviti kami semalam adalah; kami memancing, kamu menyiang dan kamu menghias.. sweetkan.. para peserta dikehendaki untuk memancing ikan dan sotong serta ikan olok-olok di atas lautan rumput kering.. pancing sebanyak mungkin.. dari larikan seafood tersebut untuk disiang oleh akhawat yang lain.. baik-baik tu.. kan ikan meloncat..hehe

kemudian, akhawat dikehendaki untuk menyiang ikan dengan sekemasnya mengikut garisan badan ikan tersebut.. dan terus dibawa kepada akhawat yang sudah siap platingnya.. memang kiut la akhawat ni..

sesi menyiang ikan pink.. ngee


ready untuk disantap!! silakan..

selain itu, akhawat bermain games pelbagai topik..huhu.. saya pun tak pasti apa nama game yang ini.. yang pasti ia diadaptasi daripada game pou.. yang memory tu.. buka-buka gambar.. ingat tak?
bukak 2 keping sahaja ok!
ada topik tokoh.. imam syahid Hasan al- Banna, Ramadhan al- Buty, Syeikh ahmad yasin.. ada juga topik kenali kitab haraki kita.. bencana.. isu semasa...

sebelum masing-masing balik ke rumah atau asrama, kami semua dihidangkan dengan pelbagai macam juadah.. macam raya dah saya rasa.. mee hoon yang sedap dimasak oleh ustazah anisah, ummi mahani dan tidak ketinggalan ummu asma'..

ada pencuci mulut pelbagai warna dan rasa.. credit to akhawat yang buat.. ramai tak tertag. hehe.. lain kali boleh buat lagi kan..

best kan rehlah ni.. siapa yang mahu join untuk program akan datang bolehlah rajin-rajin like page kami.. PEMBINA KT

pasti banyak aktiviti menarik yang bakal anda jalani.. bersama kami MENERAJU ARUS MAHASISWA!!


sekian saja..

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...