Showing posts with label SYIAH. Show all posts
Showing posts with label SYIAH. Show all posts

Wednesday, 14 November 2012

saff itu..

9.50 malam
masjid al-azim, melaka

SAFF ITU..


hatiku sayu...
hatiku hiba...
hatiku tenang...


penuh sungguh saff itu,
putih..suci..,
masid ada ya,
insan yang segar iman mereka,
masih ada ya,
insan yang rindukan cinta-Nya,
kasihkan rumah-Nya.

bersyukur sungguh rasanya diri ini,
dapat menatap saff itu,
saling rapat dan erat,
saling bergantung dan terikat.

ya, memang,
memang itulah ukhuwah.

ku teruskan mendengar,
surah al kahfi yang suci,
lancar dan fasih sebutannya,
mudah bagi yang muda,
senang bagi yang tua, 
tidak keterlaluan lambat dan cepatnya.

hatiku terpaut kepada saff itu,
saling menyatu pergerakan mereka,
 ruku',
sujud,
salam,
indah! 

aku berharap,
ku temui lagi dengan saff itu,
andainya sukar,
seakan-akan itu juga tidak mengapa,
janji...saff itu..,
ya! saff itu...

*mood penulis tenang..walaupun membara lepas dengar ceramah pasal ritual si syiah sesat...

Thursday, 11 October 2012

SYIAH part 2...sesat deh..!

                   *Asslamu'alaikum sahabat yang dikasihi..*

hehe..nak mulakan entry pasal syiah part 2..sambil dengar lagu 'lenggang mak limah' kat youtube nie..uhuk..roomate ni hah, nak tengok macam mana tarian inang..aik..lagu orang tua tu..huk..penulis memang interest kat  seni-senun ni dan di tambah dengan sifat keklasikkan yang ada..hahaha...

amalan menyeksa diri..nak memperingati kematian Saidina Ali..


okei la..jom kite tengok pulok hari ini apa amalan yang si syiah ni amalkan..dalam masyarakat dorang tue.. pada entry yang lepas, korang dah kenal kan siapa syiah..berapa imam dorang..yang dilantik secara tak rasmi tue.. ala, yang ada sorang imam dorang ghaib tu..hehe..siap bercahaya muka kat dalam gambar..hohoho

tanpa melengah dan men'campak'kan masa lagi..jom..let's continue our journey..yehaa!!

ni hah..ada beberapa link yang korang boleh terus ke sana..banyak la amalan dorang yang sangat pelik..kalau difikirkan secara logik..memang tak logik langsung kengkawan semua..



hah..dah tengok ke..peliks kan..?

itu la..tak boleh nak dibahaskan lagi..memang totally menyimpang dari syariat.. ni dah-dah sesat..kenapalah ada yang ikut jugak kan..taqlid buta..ke ada antara korang yang dah termasuh dalam kalangan yang disebut?hah..hah..baik ngaku dan bertaubat cepat.. nauzubillah min dzalik..

ini dia..alasan ku tentang..si khalid ismath jangan diagungkan..nah..mesti bukak link ini..


meh sini..ke sini kengkawan yang kiut..ada satu rahsia ni..korang wajib pergi tengok tau yang ni..pastu tahan gelak..hehe..senyum aja boleh..

suatu amalan @ ntah apa-apa je dorang nie..membazir dan tidak berfaedah sama sekali.. atau dengan ayat kasar nye..diperbodohkan aje dorang nie..


okei..best x entry kali ini..hehe.. banyak tab kena bukak..dek nak ke link yang disuggestkan tu..huhu..moga ilmu korang tu Allah berkati..amen

kita jumpa for the next entry..terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk korek ilmu pasal syiah ni..so after this..kalau ada orang tanya pasal syiah ni..boleh ceramah sikit ye..

dan the most important is..cegah famili dan saudara seIslam kita daripada terpengaruh lagi terjerat dengan ajaran sesat ini..

salam sayang semua..


Tuesday, 9 October 2012

SYIAH!! jangan dekati mereka.. totally sesat!

              *Assalamu'alaikum pembaca yang disayangi Allah sekalian*

Apa khabar semua? Hamdalillah..jom kita ucapkan syukur sekejap..alhamdulillah..alhamdulillah.. alhamdulillah..

Hah..kan tenang hati serta iman..itu la kesannya kalau kita ini...sentiasa merasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan..walaupun sedikit!

Biasakan setiap pagi, mulakan hari korang dengan zikir-zikir memuji Allah dan bacaan al-Ma'thurat.. insya Allah..biiznillah..kehidupan sepanjang hari akan berjalan dengan smoooth sekali..uhuk!

^   ^
____

Syiah?? Dengar pun macam takut aje kan? la, buat apa nak takut dengan dorang tu.. bukannya wali Allah pun..bukan ulama' hebat pun..

Siapa sebenarnya SYIAH ni? mana datangnya kelompok sesat ni? kenapa orang mudah terpedaya dengan dorang ni?banyakkan persoalan yang automatik terkeluar kan,  dari lubuk hati kita dengan jujur lagi penasaran... hehe...jom..jom...korek info!!

buat pengetahuan korang, golongan SYIAH ni kan, sangat mengagungkan Saidina Ali karamallahu wajha.. hem..sepupu Nabi Muhammad tue.. yang zauj@suami@husband kepada Saidatina Fatimah r.anha; anak perempuan Nabi SAW kita yang digelar az-Zahra' tue...

dalam mengagungkan..dorang ni pulak menolak dan tidak mengiktiraf para sahabat Nabi SAW yang lain seperti Saidina Abu Bakar, saidina 'Umar al-Khattab, Saidina Usman dan ramai lagi la.. hah..mana boleh kan.. dorang kata para sahabat banyak meyimpan @ menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan menyelewengkan Al-Quran..astaghfirullah al-azim...

lagi satu kan pembaca, golongan Syiah ini melabelkan sesuka hati dorang..para sahabat Nabi SAW yang mulia itu dengan MUNAFIQ dan KAFIR!!hah..tak ke dorang keterlaluan..di tambah dengan melampau..ish..ish...

kalau cite tentang SYIAH ni kan mesti banyak nampak dan dengar perkataan 'ahlul bait'..apa kemende nye tu?buat pengetahuan pembaca, dorang ni, si Syiah ini, mendakwa dengan tak malu di tambah tak segan.. yang ajaran mereka datang dan bersumberkan ahlul bait; iaitu daripada keturunan anak cucu Nabi SAW.. hem..yela.. kan dorang mengagungkan Saidina Ali..pastu Saidina Hasan dan Husin..uhuk.. siapa hasan dan husin? soalan cepumas!!! sapa nak jawab..

betui la..pandainyer...hasan dan husin adalah anak kepada Ali bin Abi Thalib bersama Fatimah az-Zahra'.. kira cucu Rasulullah SAW la..kan dakwaan dorang "anak cucu"...hish..macam-macam la kan..

" Individu yang dikatakan Imam oleh golongan SYIAH sebenarnya tak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar ajaran yang dipegang oleh SYIAH. Mereka diangkat oleh golongan SYIAH sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak Tuhan, walhal Nabi Isa a.s. tak pernah mengaku pun sebagai anak Tuhan."

kelompok SYIAH yang paling femes di kat negara kita sekarang..dan kelompok ini jugak yang membuatkan para ulama' pening kepala pasal dorang ni..adalah.. Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12).. kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ni ha..

tu dia..kalau nampak kat dinding mana2 gumah..so?

Ni ada senarai imam 12 tu..take note k..

Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-

1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

aik!!ada pulak yang ghaib eh..hehe..

Muzakarah Jawatankuasa FatwaMajlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah dan mengharamkan pengamalannya di Malaysia. Antara negeri yang telah mewarta dan mengharamkan Syi‘ah;


hah..wajib bukak link kat atas tu..memang dah sah yang syiah ini haram lagi durjana lagi sesat.. jangan ada yang terpengaruh dan berminat nak join pulak okei..

next entry..daku akan ceritakan..apa amalan-amalan yang biasa diamalkan oleh kelompok sesat ni..dan gambar-gambar menarik..


 serta..serta..apa kaitannya si Khalid Ismath malam kelmarin yang disebut-sebutkan dalam entri ku dengan golongan SYIAH nie..ngee..

la..nak tunjukkan azan SYIAH sebenaqnya...tetiba line tenet slow pulok pepagi nie..jap eh..try lagi..

hish..lain kali je la ye..lambat la..memang SABAR ITU INDAH!!hehe..haha..huhu..


jumpa lagi..:D
  


Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...