Wednesday 8 October 2014

review 'tanah surga... katanya!'

Salam siang buk,

kalau aku kata aku peminat tegar filem indonesia mesti ramai yang mem'boo'kan aku. ye la, musuh ketat tu.. hehe..

memang betul. aku sangat minat menonton filem islami dakwah karya rakyat sana. bukan sinetron yang beribu-ribu episod tu tau. itu aku tak layan. tapi cerita yang aku download daripada youtube dengan carian kekunci : film islami

segar!

menginspirasikan!

patriotik!

islamik!

dakwah! (part paling seru ni)


filem terbaru yang aku tonton adalah 'tanah surga...katanya!'




mahu download?


tiada pakaian yang indah lagi moden dalam filem ini. segalanya serba daif dan buruk. baju pelakon yang compang camping dikenakan untuk menggambarkan suasana daif kampung dan pendidikan di indonesia. 

lokasi sebenar filem adalah di kalimantan. bersempadan dengan sarawak bumi kenyalang. persempadanan negeri diletakkan dua-dua bendera 'sang saka' dan 'jalur gemilang'.. sangat menarik!

watak utama cerita ini adalah seorang kanak-kanak lelaki yang menjadi cucu kepada seorang atuk pejuang kemerdekaan. dia disogokkan dengan kisah-kisah perjuangan pada zaman dahulu. menjadikan si kanak-kanak sangat patriotik dan cinta negara.

sistem pendidikan yang serba kekurangan di kampunyanya tidak menghalang dia untuk maju dalam pelajaran. menjadi antara murid terbaik di sekolahnya amat membanggakan.

ayahnya bekerja di malaysia sebagai peniaga dan telah berkahwin dengan wanita malaysia. salah satu part yang paling sedih bagiku adalah saat perlawanan bola. kedai isterinya menayangkan perlawanan bola antara indonesia dan malaysia. si bapa ini sangat teruja dalam menyokong malaysia. 

pelik bukan?

walaupun aku berwarganegara tetap malaysia, sangat geram melihatkan watak ayahnya itu!

filem ini juga memaparkan kesungguhan seorang guru wanita muda dan doktor muda yang sanggup berkhidmat di pedalaman seperti itu.

mahu tahu cerita lucu bagaimana guru wanita itu boleh berkhidmat di sekolah pedalaman berkenaan?

huhu.. ayuh, dengar ini..

suatu hari, saat mesyuarat untuk posting ke pedalaman di buat. semua guru hadir. 

sang ketua: siapa yang mahu ke kampung .... ? sila angkat tangan.

(semua guru buat-buat tidak dengar dan seakan pekak sebentar. siapalah yang mahu bekerja di corok sana tu kan..)

pada masa yang sama, si guru wanita ini gatal ketiaknya. dia pun menggaru-garu sampai tidak sedar yang tangannya sedikit terangkat ke atas. seolah-olah dia sedang mengangkat tangan.

sang ketua: nah! ini dia guru hebat kita!!! 

hahaha.. rupanya dia dianggap setuju dengan posting ke pedalaman itu..

seronok kan filem ini. aku sarankan kamu semua mesti lihat. semangat sayang negara pasti terbangkit! aku yakin itu. 

dalam Risalah Taalimnya, imam hasan al-banna menyuruh kita untuk sayang watan kita. selamatkan daripada penjajahan yang terkeji. pelihara kebebasan bangsa islam kita. hah, bukan sembarangan sayang ni tau..

selamat menonton...


No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...