Thursday 27 February 2014

marina saman isma

sobahul khair kawan-kawan!


pagi yang cerah.. moment yang indah.. menggerakkan ruas-ruas jari yang masih Allah pinjamkan untuk membuka laptop sambil membaca al-ma'thurat... alhamdulillah! syukur ya Allah..

sempit!

ya, waktu terasa semakin sempit dan nafas terasa sesaknya. tugasan yang semakin bertumpukkan.. ditambah dengan tajuk tesis..saya semakin menghargai masa.. kalau tidak memang tidur sokmo la kan..

tugasan PEMBINA yang semakin berat.. dengan berita ISMA disaman marina amat membikin hati gundah gulana.. bukan kerana takut, tapi bagaimana saya mahu bekerja keras untuk memastikan kefahaman anak buah atau orang lain di luar sana tentang isu liberal ini..

bukan isu picisan ye.. isu besar tau!

apa lagi yang lebih penting daripada akidah yang sejahtera.. murtad? na'uzu billah..

sebab apa, selalunya yang disaman ini akan nampak bersalah dan jahat secara mata kasar dan teorinya.. yang menyaman always berani sebab benar.. kononnya la.. memang orang sekarang nampak begitu kan?

perlu kerja lagi keras ni!

#persediaanbukaboothdiumt

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...