Showing posts with label unisza. Show all posts
Showing posts with label unisza. Show all posts

Thursday, 18 July 2013

5 PERKARA YANG BEST TENTANG UNISZA

:: Assalamu'alaikum sahabat semua ::



Disebabkan akak UM lihat di grup 'persatuan mahasiswa mahasiswi unisza' giat adik-adik baharu bakal menjejakkan kaki dan tangan di unisza bertanya itu dan ini, maka tertulis pula entry yang berbaur patriotik semacam pada unisza ini. Jangan menyesal dapat unisza tau! Memang UniSZA ini belum terkenal macam UKM, UIAM dan UM, tapi ranking UniSZA semakin menaik sekarang ini. UniSZA juga universiti ISLAM ketiga dalam Malaysia. Bangga tak bangga engkorang.

Syukurlah. Orang lain nak belajar kat U pun tak dapat. Tapi awak dapat. Cakap alhamdulillah sekarang. 

Good.. :)

Mesti yang belum pernah menjejakkan kaki ke alam menara gading merasa nervous kan? Biasalah tu. Asyik tertanya-tanya. Bagaimana life di sana? Nak keluar kampus ketat ke tidak undang-undang? Ada perkhidmatan baskah? huhu. Pertanyaan klise yang tidak pernah berkesudahan tu dik. Meh, akak UM nak share sikit pengalaman belajar dan hidup di unisza nun jauh di Timur ni. 

Negeri cantik, Budaya menarik!

Insya-Allah. Moga adik-adik baharu diberi kemudahan dan keceriaan untuk sama-sama memeriahkan unisza lagi. Syukur sekali lagi please.


Secara asasnya, jika adik-adik dapat tawaran belajar di UniSZA, awak perlu lihat kos apa yang awak terima. Ada 3 kampus kesemuanya. Kampus utama di Gong Badak, kampus perubatan di bandar Kuala Terengganu (dekat dengan pantai Batu Burok tau) dan kampus sains di Tembila, Setiu. Kampus Tembila baharu lagi. Agak jauh dari kampus utama. Dengarnya suasana di sana agak tenang dan nyaman. Banyak penambahbaikan fasiliti yang telah dan akan dibuat. Kakak pun belum pernah jejak ke sana. 


Untuk maklumat lanjut, boleh skodeng website rasmi UniSZA di sini



PERKARA BEST 1:  Senior paling alim dan tak menyakitkan hati. :) 

Jangan risau sangat la. Senior di unisza adalah yang paling superb dan baik tahap giant berbanding daripada universiti yang lain. Ini pemerhatian dan pendengaran kakak saja. Sebab banyak kes dengar kakak abang senior di ipt lain semua ada yang ragging masa orientasi bagai. Di UniSZA tiada pun. Kakak fasi pun sama-sama kecil, comel dan bajet muda macam awak saja nanti. Nanti orientasi mesti dorang akan buat pertandingan swafoto dalam Twitter. hahahaha. 

Semua alim saja. Sesi annoying dengan perangai dan pakaian hakak-hakak senior atau abang senior amatlah kurang ataupun tiada. Dahulu semua kebanyakan menutup aurat sempurna, tiada seluar jeans ketat dan tshirt pendek, walaupun hanya ke kafe. Tapi sekarang sudah berubah sedikit. Entah siapalah yang mulakan itu pakai jenas ketat ke kafe. Jika ke kelas, kebanyakan dan selalunya memang akan menutup aurat semua. Baju kurung, jubah, skirt dan blaus longgar. Abang lelaki pun sopan bajunya. Kopiah perkara biasa di sana. 


Tiada buli membuli dan pandangan sinis. Melainkan awak pakai baju lengan pendek dan seluar ketat memang kami akan pandang serong. 



program welcoming piknik utk adik baru diploma.


Antara senior yang baik, jual buku bermnafaat pada adik tau. 


PERKARA BEST 2: Kawasan kampus paling tenang dan damai. 

Tertanya-tanya bagaimana persekitaran unisza? Jangan terkejut ya. Di UniSZA, ada seluasan padang yang menjadi rebutan ramai untuk bersantai. Sangat menghijau macam New Zealand tau.. ada kawasan pokok-pokok besar dan tinggi untuk berteduh.. ada jalan raya yang ditemani pokok bunga di kiri kanan jalan.. sungguh menawan!!


kawasan tengah kafe baru. Speaker Corner jadi tumpuan untuk aktiviti pelajar. 


jalan utama yang pertama daripada pintu depan. depan sana ada roundbout




jalan utama yang kedua. sebelah kiri jalan ada dewan gimnasium




Ini rak di perpustakaan. Ceria je nak buat esaimen.

Ini padang New Zealand berlatar belakang foyer dan asrama lelaki.


masjid nan indah di waktu dhuha..

ruangan bawah perpustakaan




Surau setiap blok akan jadi tempat program, kuliah agama dan usrah.


lagi nak tahu apa? 




PERKARA BEST 3: Bagaimana kawasan kuliah..? Sekejap eh.. 

Gambar di bawah ini diambil semasa musim banjir tahun 2012.. Tahun pertama akak di UniSZA. Kenangan paling manis tau..!

lorong untuk ke blok khalid; lecterur fki

fakulti reka bentuk

fakulti 3P

Tapi maaf ya. Ini gambar yang diambil pada tahun 2012. Sekarang ada beberapa perubahan papan nama blok. Maklumlah logo sudah bertukar! Blok kuliah yang lain, kakak tak sempat ambil lah. Tetapi jangan risau sangat sebab dekat antara satu sama lain. Tidak perlu nak naik motor atau kereta. Kuruskan badan pun boleh. Hanya berjalan kaki sudah memadai. Semua pelajar yang duduk asrama akan berjalan kaki ke kelas (kecuali budak lelaki yang terlewat bangun).  


Untuk blok kuliah, kebanyakan blok di kampus Gong Badak seperti persekitaran sekolah. Alah, yang macam rumah pangsa itu (agak lejen sedikit lah). Macam asrama sekolah awak dahulu tu. Cuma ada beberapa blok yang cantik sedikit. Macam blok baru di bahagian depan bangunan Senat. 



Belakang itu blok baru (BA).



Ini dalam bilik kuliah lama. Comel pula semua. Ada yang dah beranak-pinak.



Ini kakak senior awak yang masih ada lagi. Gambaran kafe baru awak nanti.



Belakang itu bangunan senat dan urusan akademi bagai. 



PERKARA BEST 4: Ukhuwwah mantap!

Oleh kerana fakulti dekat antara satu sama lain, hubungan antara pelajar dan pensyarah boleh dikatakan kamcing la. Kalau dengan sesama pelajar tu kan, rasa macam kenal sahaja semua. Sebab asyik nampak muka yang sama saja. Di Mydin jumpa. Di perpustakaan jumpa. Di mana-mana pun jumpa. Ukhuwwah gitu!


Muka UniSZA di mana-mana. Hahaha. 



PERKARA BEST 5: Tiada orang kacau. (untuk wanita)

Satu hal yang menarik lagi di unisza ni. Jarang sekali kalau nak tengok budak lelaki kacau-kacau budak perempuan. Untuk suweet-menyuweet memang amat rare di sini. Kalau ada pun tu yang memang tak tahu malu punya orang. Rasa selamat ok! Student lelaki tunduk saja kalau nampak perempuan. Hehehe...


Itu dahulu. Tetapi baru-baru ini, eh tidaklah baru sangat. Masa kakak pergi semula ke kampus GB untuk majlis konvokesyen, ada sekumpulan pelajar lelaki dalam kereta suweet kami masa sedang berjalan ke pesta konvo. Herm, kami syak itu adik baru mungkin yang hilang adab sopannya. 



"Kakak nak konvo sudah, dik. Awak tu perlu belajar rajin-rajin untuk masa depan."

Wahai adik-adik baru, kakak nak bagi nasihat ni..

Bersyukurlah kalian dengan segala nikmat yang telah Allah swt kurniakan kepada kita. Walaupun yang kita dapat itu bukan pilihan kita. Mahu yang lain tapi dapat yang lain.

Jangan marah dengan Allah...! Kufur nanti. Allah s.w.t yang menciptakan kita. Maka Dia lebih tahu mana yang sesuai dengan jiwa kita. Mungkin kita rasa kita tidak sesuai dengan kos tersebut, tetapi rupanya kos itu yang membawa manfaat kepada kita dan orang sekeliling. Insya-Allah. Belajar untuk redha dan syukur. 

Macam kakak sendiri, sejak kecil menginginkan belajar di UM. Universiti Malaya. Sudah dapat interview pula di UM tu untuk masuk ke kos yang sangat diminati. [dirahsiakn kos itu..huhu].. tetapi tak dapat pun. Sedih sangat. Sudahlah yang hadir 7 orang calon sahaja, pastu akak tidak dapat. Habis, siapa yang dapat? Dalam kelas dorang ada berapa orang agaknya ya? Tertanya juga kakak.

hish..pelik..pelik.. tapi, duduk-duduk fikir semula...

Kenapalah aku dicampakkan sejauh UniSZA???? [pejam mata]

Setelah setahun di unisza, barulah kakak sedar dan tahu yang ada hikmah Allah yang Maha Besar campak akak di sini. Banyak sangat...! 

  1. Famili kata: "kalau ko tak masuk sini, mesti kitaorang tak akan pergi jalan-jalan ke ganu ni!"
  2. Jiwa sesuai dengan kawasan kampung-kampung. Kakak tak suka bandar sangat macam ukm. Sesak!
  3. Tidak dapat kos yang diminati. Mungkin nak kakak bawa perubahan dalam bidang syarie sekarang... ameen..
Dan hikmah yang terbesar adalah... kakak dicampak untuk menjadi salah satu butir tasbih pergerakan dakwah di bumi UniSZA ini. Memang sangat besar hikmahnya. Mungkin kalau kita masih di tempat lama kita akan masih kekal dengan perangai lama. Tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik. Syukurlah! Allahu Akbar!!

Itu kakak yang jubah biru tengah forum. Dulu takut mikrofon tau. Sekarang takut lagi juga. 

Hah, hebat bukan susunan Allah. Cuba adik duduk sekejap. Fikir sejenak. Mesti ada sebab setiap apa yang berlaku. Percayalah..! 


bilik kuliah... [ kongres pembina]


Nak tengok bas UniSZA. Santek sangat!!!

merah..merah..delima..


Siswi nak sukan pun okay saja. Tak bercampur. Belakang itu asrama lama perempuan.

Tempat feveret semua siswa 



Ape lagi. Jom masuk UniSZA. 

Jumpa di UniSZA nanti adik-adik baru. Ingatlah adik, apa yang penting bukan di mana kita belajar, akan tetapi ilmu apa yang kita pelajari. 

Kalau yang masih tercari-cari untuk aktif berpersatuan dan mencari sahabat baik yang soleh, jomlah beraktivisme bersama PEMBINA uniSZA dan kelab PEMBINA UniSZA. Pasti tidak akan leka!  

Selamat datang ke UniSZA!!!

[ syukran sebab sudi baca entry kali ini]

Saturday, 5 January 2013

alangkah indahnya...

      * Assalamu'alaikum kengkawan yang dikasihi dan semestinya baik hati*



" Aku redha Allah adalah Tuhanku, dan Islam adalah agamaku, dan Muhammad saw adalah Nabiku"




satu paper sahaja lagi..hamdalillah..bersyukur sungguh aku padaMu ya Allah..yang telah memberi aku kesempatan untuk menuntut ilmu yang sangat luas lapangannya ini..di tempat yang amat panoramik lagi berkah ini insya Allah.. yang memberi aku kesempatan untuk mengutip secebis daripada cebisan pengalaman dan kematangan di sini.. serta memberi aku kekuatan untuk terus berjihad memperjuangkan ad-deen dengan usaha yang kerdil ini..hamdalillah..hamdalillah...

berpagian dengan memulas urat-urat otak dengan soalan-soalan yang sungguh mencabar dan merengut nadi pembuluh darah.. bahasa arab yang tinggi..ibarat kelangsungan daripada kitab fiqh sirah yang duk kami talaqqi  itu..

 orang ramai bagi tips untuk jimat masa ketika menjawab soalan peperiksaan.. kalau tidak tahu jawapan bagi soalan tersebut..terus beralih kepada soalan seterusnya.. pagi tadi aku pun mengaplikasikan tips tersebut.. akhirnya............. rupanya dah tiba soalan berapa puluh entah..asyik tak tahu..tinggal! tak tahu..tinggal lagi!!

memang lepas ini berazam untuk fokus dalam kelas dan majlis ilmu yang perantaraannya bahasa arab ni ha.. dan kitab harus dibedah semampu mungkin... ingat kisah.. ingat term-term penting.. ingat transition yang digunakan..haks..biiznilah.. (azam tahun baharu ni kot!)


*******

di petang hari pula, aku ke kafe..bukan untuk makan..apatah minum.. jauh sekali cari wifi.. tapi dengan berat hati berjalan lemah lagi longlai ke meja tiket bas... kami dikehendaki mengambil semula duit disebabkan orang tidak ramai atau pemandu tiada.. tidak pasti yang mana satu sebabnya.. (ikut hati nak je drive sendiri bas tu..walaupun tidak cukup incinya!)

tetiba cuping telingaku dirangsang dengan suara orang memulakan bicara daripada surau toriq.. apalagi.. terus sahaja kaki ku menghayunkan geraknya ke sana.. memang rindu dah nak dengar tazkirah direct.. maklumlah musim exam dan banjir ni malas sikit nak turun dari blok yang nun jauh tu kat belakang..

aku pun masuk ke dalam surau bersama sahabat merangkap adikku, anaa sharifah.. tenang.. beberapa siswi sedang melipat telekung memasing.. ada yang sedang membetulkan tudung.. comei dah kak!

tazkirah dimulakan..kita dilarang untuk menghina ulamak!..aik!!.. isu amanat haji hadi awang dibangkit.. aku pun agak terpinga pada mulanya..mende alah apa pulak amanat tgh hadi awang ni? (sedang dalam 'kembar'a cari bahan tentang amanat ni)

perutusan puasa ke pengumuman hendak raya ni? 




aku pun berfikir sejenak..

alangkah eloknya jika tazkirah yang diberikan tanpa ada selitan hal parti atau apa.. alangkah indahnya.. jika tiada kutukan terhadap orang lain..walaupun kutukan dibuat dalam gurauan dan tak nampak macam kutuk pun..

ralat sungguh hatiku... tazkirah yang berkisar tentang selawat ke atas nabi saw.. yang hebat lagi agung.. dicemari sedikit dengan hal khilaf itu..

biru ke..hijau ke...

hak masing-masing..yang penting Islam ditegakkan.. orang Melayu diislahkan.. buat kerja masing-masing ye..!

*****



Thursday, 27 December 2012

banjirrr deh unisza!!

 ** Assalamu'alaikum sahabat yang cumel semua**

hik..hik... sejuk..sejuk..grrr..grrr... banjir..banjir.... hah..BANJIRRR???

iye...unisza@yang kucintai banjir teruk...buat pengetahuan sahabat yang baik hati semua.. 2 hari yang lepas merupakan hari paling penting dalam sejarah ana dan sahabat baharu yang baru je la mendaftarkan diri ni sini..yela... tak pernah sepanjang ana yang hidup selama 22 tahun nie (tua dah rupanya)..hem..berjalan mengharungi banjir..hish..bukan banjir tu namanya..lautan air...ya Allah!!tak percaya ke?

paling tidak pun, masa ana kecik dulu pun.. pernah la kat kl dulu..tapi parat-parat betis je kot.. ni bukan saja parat lutut..hehe..kalau siswa mungkin parat lutut atau betis..tapi maklumlah ana, hamba yang lemah lagi cumell...hihihi...melebihi daripada yang biasa...

masa ana berjalan kat lautan air tue...(sebenarnya ada je jalan berbumbung belah sana, tapi hadaf utama untuk ke kafe yang dah 2 hari tak makan dek blok banjir.. trus melupakan segalanya keselamatan diri..ish..tak patut ni..jangan tiru ya adik-adik..dan membuatkan ana bersemangat terlebih..so lalu je la kat jalan tu..ingatkan tak tinggi airnye..hah..masya Allah...berani lalu, berani tanggunglah kan farhana oi..)

teruskan membaca..eksaited nak story ni..

duk ana terhuyung-hayang jalan lawan arus air...bole pulak ada insan-insan di jalan sana men'snap' gambar seorang siswi yang berjubah pink yang sedang basah kuyup beserta beg hijau yang langsung tak macthing yang ditambah tidak berapa nak banyak incinya itu..dorang ingat ngah buat show ke hape..ke shooting kat situ...dah la sengsorang kat situ..dengan beg yang berat..ada netbook...tetiba lak, payung ana yang warna pink tu terbalik ke atas daunnya..maknanya tinggal besi tulang atau tiang sang payung...(ce bayangkan situasi tersebut dengan ikhlas..hehehe..)

ya Allah!!!hanya Allah saje yang tahu dan mengerti perasan ana time tue..malu satu hal.. penat satu hal..mana nak gerakkan kaki yang tidak berapa panjang ini untuk lawan arus..mana tangan nak betulkan pepayung namhinggit tersebut.. mana nak senyum kat camera yang dihalakan ke ana..hahaha..(bajet)

dengan berbekalkan semangat..ana pun jalan lah pepelan..takut gak termasuk dengan sengaja ke dalam longkang ke..hape ke..kang tak pepasal sapa nak tolong... dengan mengingatkan ada orang dah kena patuk ular..lagi la buat ana nak cepat sampai ke garisan penamat itu lautan..cepatlah sampai ke tepi pantai..haish..

alhamdulillah..


jeng..jeng..jeng..


akhirnya...pintu gerbang kafe..ana nampak dengan jelas lagi tanpa perlu diteropong..lega....



tapi tetiba rasa rugi lak..patutnya ada orang snap gambar ana tadi..mesti cuak habis muka..hahaha...


 ni hah..gambar sekitar shooting di unisza..harap terhibur...


cane nak beli nasik???huargh..




lautan tempat ana 'shooting' tue..
terpaksa ku redahi demi mu tasmi'...

apa pengajaran yang awak dapat wahai student unisza sekalian..apa? dapat tidur..isk..tidak memberangsangkan minda langsung..(penulis terkena serpihan tamparan pedih)..

  1. hujan adalah salah satu nikmat dan tanda kebesaran Allah swt yang tidak terhitung nilainya..hanya secebis tu yerk!  " Dan sebahagian daripada tanda-tanda kebesaranNya, engkau melihat bumi itu kering dan tandus, tetapi apabila Kami turunkan hujan di atasnya, nescaya ia bergerak dan subur. sesungguhnya Allah yang menghidupkannya pasti dapat menghidupkan yang mati; sesungguhnya Dia Mahakuasa atas segala sesuatu." ~surah al-fussilat:39~
  2. banjir yang melanda membuatkan ukhuwwah semakin erat..sampai ada akhawat yang duduk di blok lain (tidak terkena banjir) hendak tolong belikan makanan..terharu sungguh!indahnya ukhuwwah..
  3. ketakwaan diuji dengan perlaksanaan fardhu..dah sejuk-sejuk tu..solat cepat ke lambat..nak baca Quran ke tidur sekejap (konon je).
  4. melatih lebih berjihad untuk capai matlamat..situasi: study week yang menjelma..buku banyak di atas meja..barang melambak di atas meja yang sama juga.. malas untuk dikemas..ambil keputusan untuk study di atas katil empuk..makanya..
  5. banyak lagi la..setiap daripada sahabat yang hebat ni mesti dapat paling tidak pun se pengajaran kan..
semoga kita lebih mentadabbur kejadian alam..jangan dikeji dan dicari kelemahan..tapi renung dan carilah kekuatan di situ..(lebih-lebih untuk diri sendiri)..wallau 'alam..

Friday, 26 October 2012

lombu neves bebenor..!!

                 ~Assalamu'alaikum~

Selamat Eidul Adha... selamat menyambut hari raya korban..hari raya haji....

memandang masih di dalam mood kesedihan..huwaaa..akibat tak dapat balik kampung beraya bersama keluarga tersayang... tersadailah diri ini di bumi unisza..yang sunyi lagi lengang...

memang macam tak caya je..siyes..memang kosong dan lopong.. mana semua orang yang suka duduk kat student hall sampai tengah malam tue.. mana semua orang yang suka duduk kat cafe baru tengok tv.. mana semua orang yang suka duduk kat library berborak kosong..hehe..bukan baca buku ke kalau datang maktabah??? hahaha..

pepagi lagi.. aku bangun bersedia untuk menyambut hari raya.. walaupun tidak dengan berbaju baharu..raya tetap raya!!!... dengan mandi sunat hari raya..berbedak sikit..colet lip ice sikit.. hah..done untuk berjalan kaki jogging ke masjid unisza yang tersergam indah nun sana...


cantikan masjid unisza..


 jenuh jugak la nak sampai..maklumlah, dengan berbekalkan kaki yang tidak berapa panjang nie.. aku pun langkah dengan seadanya..huhu..namun masih ikhlas..ewah!!!



setibanya aku di perkarangan masjid..subhanallah..ramai sangat orang.. mak budak..ayah budak.. budak-budak.. dan tidak dilupakan kami pelajar budak..haks..ada ke?

then, teruslah kami berdua (dengan adikku Syifaa Tasnim yang setia menanti aku berjalan lembap..hehe..).. mengambil tempat yang kosong..duduk terus pakai telekung.. badan pulak macam dah basah berpeluh..euww.. takpe.. ganti untuk sudah beberapa minggu tak riadhah..haha..

sambil pak imam dok bertakbir..kami pun buat solat sunat tahiyatul masjid 2 rakaat dulu.. macam tenang je rasanya.. dah lama tak solat dekat masjid reramai... sebab selalu solat dekat surau toriq tue je..jemaah muslimat pun tak berapa nak memberangsangkan..>insya Allah, lain kali mesti ramai punya..azam lepas raya kot!<

###

aku di Jordan kah?haha.. dengar khutbah yang berdialek ganu.. membuatkan diri ini sedikit terpinga-pinga dengan senyum kambing.. haha..duduk mesia pun tak paham khutbah..ngarut je!!

tapi khutbah best..cerita pasal anak yang hebat dan soleh..mestilah berasal daripada ibu bapa yang hebat.. wah..kenmain lagi..

###

seterusnya, kami meneruskan our journey ke tempat di mana ada reramai orang..yang sibuk pegang mende berwarna putih yang diberi nama polisterin..hahaha..itu maknanya..tempat ada makan-makan la..

mana taknye.. cafe sume tutup kot..tersangatlah kelaparan..dan kedahagaan melanda..kesian..kesian.. apalagi, kami pun jalan ke arah khemah tu sambil senyum-senyum..dengan pantas tangan menyambar polisterin..huhu..tiba-tiba, mataku yang galak ini.. ternampak something yang menjadi idaman ku tatkala term 'raya' tiba...KETUPAT DAUN PALAS...!!!

###

" kak Ana..cepat..lombu dah tumbang!!!"... hah..hah..hah..nak tengok..tapi ketupat ada lagi  nie..kejap... 

###

kengkawan, nak tahu berapa lombu kat mesejid ni.. 12 ekor kaki tangan kepala tanduk..banyak kan.. terkejut kiteorang.. pengalaman yang tak dapat kiteorang lupakan..lembu yang sihat.. terkebil-kebil biji mata tengok member sebelah kena sembelih..huwaa..."redha je la..lepas ni aku!!!" kata si lembu no 4...



" eh! neves pulak aku..."



no 3 dah tumbang..siap ada sore gelupur lagi..



eh..mana lembu...

pastikan urat marih dan urat halkum putus okei..

 haha...itu hanya sebahagian lembu...so, selamat kita menghayati erti pengorbanan yang sebenar.. 

ikhlaskan segala pengorbanan yang telah kita lakukan..moga ada ganjaran daripada Allah yang Maha PEMURAH.... jangan kedekut untuk berkorban.. hanya untuk Islam.. wang..tenaga..masa..segalanya...

sekian..terima kasih sebab sudi meluangkan masa untuk baca entry tak seberapa nak comei nie..


Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...