Saturday 5 January 2013

alangkah indahnya...

      * Assalamu'alaikum kengkawan yang dikasihi dan semestinya baik hati*



" Aku redha Allah adalah Tuhanku, dan Islam adalah agamaku, dan Muhammad saw adalah Nabiku"




satu paper sahaja lagi..hamdalillah..bersyukur sungguh aku padaMu ya Allah..yang telah memberi aku kesempatan untuk menuntut ilmu yang sangat luas lapangannya ini..di tempat yang amat panoramik lagi berkah ini insya Allah.. yang memberi aku kesempatan untuk mengutip secebis daripada cebisan pengalaman dan kematangan di sini.. serta memberi aku kekuatan untuk terus berjihad memperjuangkan ad-deen dengan usaha yang kerdil ini..hamdalillah..hamdalillah...

berpagian dengan memulas urat-urat otak dengan soalan-soalan yang sungguh mencabar dan merengut nadi pembuluh darah.. bahasa arab yang tinggi..ibarat kelangsungan daripada kitab fiqh sirah yang duk kami talaqqi  itu..

 orang ramai bagi tips untuk jimat masa ketika menjawab soalan peperiksaan.. kalau tidak tahu jawapan bagi soalan tersebut..terus beralih kepada soalan seterusnya.. pagi tadi aku pun mengaplikasikan tips tersebut.. akhirnya............. rupanya dah tiba soalan berapa puluh entah..asyik tak tahu..tinggal! tak tahu..tinggal lagi!!

memang lepas ini berazam untuk fokus dalam kelas dan majlis ilmu yang perantaraannya bahasa arab ni ha.. dan kitab harus dibedah semampu mungkin... ingat kisah.. ingat term-term penting.. ingat transition yang digunakan..haks..biiznilah.. (azam tahun baharu ni kot!)


*******

di petang hari pula, aku ke kafe..bukan untuk makan..apatah minum.. jauh sekali cari wifi.. tapi dengan berat hati berjalan lemah lagi longlai ke meja tiket bas... kami dikehendaki mengambil semula duit disebabkan orang tidak ramai atau pemandu tiada.. tidak pasti yang mana satu sebabnya.. (ikut hati nak je drive sendiri bas tu..walaupun tidak cukup incinya!)

tetiba cuping telingaku dirangsang dengan suara orang memulakan bicara daripada surau toriq.. apalagi.. terus sahaja kaki ku menghayunkan geraknya ke sana.. memang rindu dah nak dengar tazkirah direct.. maklumlah musim exam dan banjir ni malas sikit nak turun dari blok yang nun jauh tu kat belakang..

aku pun masuk ke dalam surau bersama sahabat merangkap adikku, anaa sharifah.. tenang.. beberapa siswi sedang melipat telekung memasing.. ada yang sedang membetulkan tudung.. comei dah kak!

tazkirah dimulakan..kita dilarang untuk menghina ulamak!..aik!!.. isu amanat haji hadi awang dibangkit.. aku pun agak terpinga pada mulanya..mende alah apa pulak amanat tgh hadi awang ni? (sedang dalam 'kembar'a cari bahan tentang amanat ni)

perutusan puasa ke pengumuman hendak raya ni? 




aku pun berfikir sejenak..

alangkah eloknya jika tazkirah yang diberikan tanpa ada selitan hal parti atau apa.. alangkah indahnya.. jika tiada kutukan terhadap orang lain..walaupun kutukan dibuat dalam gurauan dan tak nampak macam kutuk pun..

ralat sungguh hatiku... tazkirah yang berkisar tentang selawat ke atas nabi saw.. yang hebat lagi agung.. dicemari sedikit dengan hal khilaf itu..

biru ke..hijau ke...

hak masing-masing..yang penting Islam ditegakkan.. orang Melayu diislahkan.. buat kerja masing-masing ye..!

*****



No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...