Showing posts with label Pensel Kayu. Show all posts
Showing posts with label Pensel Kayu. Show all posts

Wednesday, 10 October 2012

ketaksuban ku..ngee

        *Assalamu'alaikum my lovely friends kerana Allah taala*

hehe..lihat tajuk entry ku..hohohoh..ya, itulah ketaksuban ku.. ingin menjadi penulis terhebat..sehebat imam al-Ghazali dengan falsafahnya.. sehebat Syed Qutb dalam kitab-kitabnya yang tinggi sastera..huh..

kenapa la nak jadi writer dia ni?apa faedahnya cik adik oii?

banyak manfaatnya nek mah..selain mengembangkan potensi menulis yang dianugerahi Ilahi ini <ceh!perasan lebih>, dengan menulis kita boleh berdakwah kepada orang..boleh ajak orang lain buat baik..tinggalkan segala bagai yang tidak baik..dan melalaikan..

hah..banyak sebenarnya paedah nulis nie akak-akak, abang-abang, pak cik, mak cik..eh, ada ke uncle and auntie baca blog ku ini..hem..hem....insya Allah...

mana tahu..dengan karangan kita..penulisan kita..tup..tup..biiznillah..dengan izin Allah..ada makhluk yang insaf dek 'terasa' dengan penulisan kita..tak ke dapat pahala tue..

disebabkan kefanatikan yang tahap tak terkawal lagi..diriku pun menghabiskan beberapa ketika ini dengan bersiar-siar..melawat segala blog yang ada.. akhirnya..kutemui kamu...hehe

dh wat link kat sebelah tepi kanan awak tu..kalau rajin..link-link kan la diri ke sana..moga awak akan jadi geng kite...huhu..uhuk..batuk sikit..

Sunday, 30 September 2012

Nak pandai baca kitab!!! HELP ME!!

   * Assalamu'alaikum my dear..* 

Bakal jiranku di syurga..apa khabar? Alhamdulillah jika masih dikurniakan kesihatan..yang kurang sihat pun ucap syukur pada Allah juga..sebab apa? Mestilah..Allah bagi awak untuk berehat.. syukurlah sikit..

Hari ini tiada kuliah..hari Ahad adalah hari tanpa kelas buat student ISM Syariah semester 1 di unisza..hehe.. tapi..buat pengetahuan korang semua..esok bersamaan hari Isnin merupakan hari paling padat buat ku.. dari pukul 8 pagi sehinggalah pukul 6 petang..masya Allah..hebak mu Farhana!!!!:D

Bukan itu yang hendak diceritakan hari ini..hehe..sebenarnya aku nak cari satu solution yang mana boleh pandai baca kitab Arab..ye..yang tulisan berangkai tu..yang bahasa syurga yang indah tu...yang penuh dengan bunga dan saatera hebat lagi tinggi tu..hem..macam mana eh?

Try jugak cari di internet nie hah..tapi tak jumpa lagi la..ni karang kena baca beberapa baris dalam kelas duk merangkak..pastu baca ikut sedap lidah aje..huhuk.. sudah tak tahu nak letak baris bawah ke..atas ke.. depan ke..hem.. ramai orang kalau nak selamat dia matikan terus..fuh! ambil jalanpaling selamat..tapi respon yang bakal dia dapat adalah senyuman sinis ustaz...hahaha...malu deh!!!

Buat masa ini, langkah yang aku ambil adalah teruskan mencari dan baca ikut sedap macam biasa..dan of kos mu'jam depan mata selalu..hehe..biiznillah...dengan izin Allah swt..aku pasti dapat cari jalan penyelesaiannya..pray for me okei!!! luv la..



gambar tiada kena mengena dengan cerita di atas..hehe..


Tuesday, 3 April 2012

Filem idaman ku..

Salam ukhuwwah..di hari-hari yang amat banyak dugaan ni.. terasa syok lak nak share satu sinopsis cerita yang aku cipta sendiri..sudah lama menginginkan cerita sebegini..islamik yang bukan hanya sekadar cinta  yang selalu ditayangkan di tv..akan tetapi lebih kepada tema; amar akruf nahi mungkar dan pendidikan.. memang sepatutnya cerita yang macam ni kena banyak di tv..memberi semangat kepada Muslim untuk berdakwah...










Penerbit filem di Malaysia selalu rasa cerita cinta sahaja yang mendapat tempat di hati penonton Malaysia..cuba lihat, kenapa cerita hindustan dan indonesia yang banyak menterjemahkan tema sebegini boleh diterima umum..












Harus mempunyai skrip yang baik dan konsep yang menarik sahaja..insya Allah jika baik niat kita untuk menerbitkan sesuatu filem itu..akan berjaya akhirnya dengan izin Dia..

Jom baca..sila kan komen..hukk..

SINOPSIS  ‘ SEMULUS HATI AISYAH’
TEMA : PENDIDIKAN DAN NILAI MURNI KEMASYARAKATAN
GENRE: SANTAI ISLAMIK

Aisyah, seorang kanak-kanak perempuan yang sungguh comel berumur 11 tahun. Aisyah bertudung Syria dan sangat disenangi ramai. Hobinya yang suka menulis apa sahaja yang dilihat disekeliling menjadikan diari berwarna pink serta pensel mekanikal yang di bawa di dalam beg selimpangnya sebagai teman karib di mana sahaja Aisyah berada.

Pada suatu hari, Aisyah bermain di taman permainan bersama Alya, rakan baik Aisyah yang amat gemar makan aiskrim. Aisyah terlihat sekumpulan remaja lelaki yang sedang asyik merokok dan menconteng pondok rehat di hujung tasik sana. Lantas, Aisyah mengeluarkan ‘ Pinky’ dan mencoret. “ Hari itu, cikgu ada beritahu Aisyah yang kita tak boleh merokok, tapi Aisyah lihatkan Pinky, abang-abang kat sana tu tengah merokok! Kan cikgu kata merokok tu boleh buat kita sakit dan Allah tak suka. Kenapa mereka merokok juga ye? Aisyah tak faham..”. Memang hidup Aisyah sentiasa berlingkar dengan persoalan. Aisyah keliru dengan peristiwa yang berlaku sekeliling, yang mana ianya  bercanggah dengan apa yang diajar oleh cikgunya di sekolah serta suruhan ibu bapanya di rumah.

Fikiran Aisyah bertandang kembali ketika mereka anak-beranak duduk berteleku di atas sejadah selepas solat Maghrib. Ayah Aisyah, Abdul Rahman menyampaikan tazkirah pendek mengenai wajibnya kita sebagai hamba Allah mengikuti perintahNya. Abdul Rahman menasihatkan pada Aisyah dan ibunya, Maisarah supaya jangan mudah terpengaruh dengan godaan dunia luar. Sama ada dari segi pergaulan mahupun fesyen arus semasa.

Di sudut meja guru yang lain, Zulaikha seorang guru Matematik yang sangat ‘up-to-date’ sedang mengetuk-ngetuk hujung pennya di meja. Dia kebosanan. Silibus sudah habis di ajar, tetapi harus masuk ke kelas juga. Baginya ia suatu perkara yang hanya membuang masa. Prinsip Zulaikha adalah guru ini hanya satu profession untuk mencari gaji bulanan sahaja. Tidak lebih dari itu. Pagi datang pukul 7 lebih sedikit dan balik tepat 2 petang.

Sewaktu rehat, Ammar, pelajar tingkatan 3 di sekolah tempat Zulaikha bekerja, datang ke meja Zulaikha. Dia berhasrat untuk menanyakan beberapa soalan yang dia tidak fahami dan kuasai jalan penyelesaian.  Ketika itu, Zulaikha sedang bercakap di telefon dengan teman lelakinya, Sufian.  Zulaikha membiarkan Ammar berdiri agak lama di sisinya tanpa ada rasa adab sebagai seorang pendidik. Kira-kira 15 minit kemudian, setelah perbualannya tamat, dia mematikan telefon bimbitnya dan terus menengking Ammar dengan nada yang agak keras dan kasar. Dia menegur Ammar yang menggangu perbualannya dan mengherdik Ammar yang tidak tahu hanya beberapa soalan yang mudah baginya.

Aisyah mengikut ibu dan ayahnya ke pusat membeli- belah. Sedang ibu Aisyah sibuk memilih tudung Syria yang pelbagai warna di salah satu butik di situ, Aisyah melihat seorang wanita yang agak berumur usianya sedang melepaskan ikatan rambutnya yang perang ala-ala orang Afrika. Aisyah menulis kejadian yang berlaku di dalam diarinya dan berjalan perlahan ke arah wanita itu. Aisyah bertanya kepada wanita itu kenapa dia tidak bertudung sepertinya sebagaimana suruhan ibu dan ayahnya, sambil erat memegang diari comelnya. Wanita itu naik berang lalu merampas kasar diari Aisyah dan mengoyakkannya. Aisyah menangis dan mengutip helaian diarinya dengan linangan air mata dan tersendu-sendu.

Dalam pusat membeli-belah yang sama, Zulaikha berdua beriringan dengan Sufian. Mereka baru sahaja keluar dari panggung wayang menonton filem ‘ Ombak Rindu’. Filem yang bermula 7.30 malam dan berakhir pada  9 malam semestinya menuntut untuk Zulaikha dan pasangan ‘dunia’nya itu meninggalkan kewajipan mereka  iaitu bersolat Maghrib. Baginya tiada apa yang merugikan jika dia meninggalkan solat yang mana boleh dia lakukan pada esok hari lagi berbanding dengan tiket filem terhebat ini yang sukar untuk dibeli untuk masa akan datang.

Air mata Aisyah tumpah di tadahan tangan mulusnya yang sedang  berdoa. Aisyah bersama ibu bersolat Maghrib di dalam surau yang sesak dengan orang. Aisyah mengadu pada Allah tentang diarinya yang baru sahaja dikoyakkan. Dia amat marah dan geram pada mak cik itu. Hadirnya ibu di sisi,  mententeramkan Aisyah dengan berjanji akan membelikan diari baharu yang lebih cantik lagi.

Bermulalah kehidupan Aisyah bersama diari barunya. Dia mencoret untuk muka surat yang pertama dengan impiannya apabila dia sudah dewasa nanti. Aisyah berjanji dia akan menjadi seorang cikgu yang baik dan menjalankan suruhan Allah.  Dia akan mengajar anak-anak muridnya nanti dengan adab-adab sebagai seorang manusia. Berlaku baik pada semua orang dan menasihati kawan yang jahat. Dia mahu pada zamannya dewasa nanti semua orang di sekelilingnya tidak melakukan kejahatan dan sentiasa tolong-menolong sesama sendiri. Hampir 3 helai muka dihabiskan dengan impian berkobar dalam diri.

Pada suatu petang, Aisyah berbasikal bersama diari dalam bakul di hadapan rumahnya. Sedang asyik mengayuh, Aisyah tidak perasan yang di bahagian kiri jalan rumahnya ada sebuah kereta yang dipandu laju. Si pemandu Myvi merah, Zulaikha sedang asyik menaip pesanan khidmat ringkas buat Sufian tidak sedar kehadiran Aisyah secara tiba-tiba di hadapan. Zulaikha hilang kawalan lalu melanggar si kecil, Aisyah. Aisyah terpelanting. Badan kecil Aisyah berlumuran darah manakala diarinya tercampak ke dalam longkang.

Diari Aisyah dipungut oleh Zulaikha. Zulaikha membuka diari tersebut. Dia membaca baris demi baris. Dengan linangan air mata, dia berasa sungguh berdosa dengan kehidupan yang dia lalui selama ini. Menjadi seorang guru yang tidak amanah pada tugas yang diberi dan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendidik anak bangsa menjadi hebat di mata dunia. Dalam penuh keinsafan, dia memeluk diari Aisyah seerat-eratnya.

Tamat.
















Sunday, 1 April 2012

Sehari yang sunggu bermakna..

Salam ceria buat bulan April..perlahan-perlahan dia melangkahkan kakinya ke dalam pintu waktu kita.. bulan April adalah bulan feveret aku..hehe..Kenapa???

Sebab ramai hari lahir orang tersayang berada dalam bulan ini...maknanya banyaklah ongkos yang akan mengalir..huk..~aku memang suka bagi orang hadiah..sebab..orang akan happy lepas dapat hadiah..betul tak?? Kalau orang lain happy, aku pun terjangkit rasa 'happy'nya tuh..~

Buat para pembaca entry kali ini, jom kita tajdid..maknanya perbaharui.. mari kita tajdid niat kita semula..kenapa kita hidup..kenpa kita bekerja atau belajar..atas kerana Allah atau kerana perkara yang lain.. Hem..ramai orang tak hepi bila datang pagi-pagi ke tempat kerja.. rasa-rasanya kenapa eh?

Itu sebab kan, dia tak niatkan masa keluar rumah bukak pagar.." aku datang kerja pada hari ini kerana Allah..untuk mencari rezeki yang halal..demi menyara famili yang mana amanah yang Allah beri padaku dan demi kelangsungan dakwahku.."..hah..penah ke pagi-pagi doa macam ni.. kalau buat hari-hari, insya Allah kerja tu smooth je.. cam takde masalah je..angin elok je.. kena marah pun rasa macam nak gelak je..hehe.. <ngarut-ngarut dh dia ni..>


Okaylah..nak cite nih.. sapa yang nak dengar, dengar la..yang tak nak tu sila pegang tetikus anda dan klik pada item pangkah berwarna merah di atas..harap maklum..terima kasih..hehe..gurau je la.. itu pun nak sentap..

Kan semalam aku ngan ain ngan natrah pergi karnival dekat kolej uniti tu.. kan kami pergi forum 'Aduh, Syoknya!'.. bukan syoknya cinta si kekasih hati..yang bukan mahram tu..tetapi syoknya kasihkan ibu kita.. best kan tajuk dia..



Panelis 2 berada yang tidak asing lagi.. Dr Tuah dan ustaz Dzul Karnain... abang dan adik.. sama hebat.. dilahirkan oleh seorang wanita yang hebat..alhamdulillah.. dengan berbaju merah mak ngah Dr Tuah segak confident di atas pentas..agak teruja jugak la aku tengok.. iyela..cube bayangkan ikon kita masa kecik-kecik dulu..teringin sangat nak jumpa..tetiba sewaktu umur sweet-sweet 17 ni..dah dapat jumpa.. semua perancangan Allah swt kan..memang HEBAT!!! thanks ya Allah...!



Aku nak share la sikit kan apa yang kami dapat semalam.. kan kita disarankan untuk menyampaikan walaupun hanya sepotong ayat.. hah, ni nak sampaikan berpotong-potong.. meh...

Senangkan kalau nak kahwin..tapi kalau nak kekalkan kebahagiaan sesuatu itu amatlah susah kan?
Senangkan nak beli kereta mewah, tapi kalau nak consistent bayar tiap-tiap bulan tu yang susah..!

Perkara yang selalu kita fikirkan..dan pertikaikan..memang mudah. nak dapat..tapi nak kekalkan amat sukar..betul tidak? Siapa yang setuju sila angkat kaki anda..hah..Allah nampak tu awak angkat ke tak?

maap!! tulisan doktor...


Dr Tuah kata ada 3 prinsip @ petua nak dapat kekuatan untuk kekalkan apa yang kita ada.. insya Allah jom..<Allah beri aku kekuatan untuk terus menyampaikan..>
  1. Jaga MENTAL= carilah ilmu jangan pernah STOP!
  2. Jaga FIZIKAL = Jismus salim..
  3. Jaga SPIRITUAL = penguat nurani.. 
Siapa tahu apa itu nurani? Ce jawab.. hah..nak bagitau ni.. NURANI adalah sesuatu yang ikhlas dan jujur daripada hati dan rohani.. lebih mulus dan suci ( tambahan sendiri)..sebab tu pentingnya kita menjaga amalan seharian kita.. bacaan al-Ma'thurat jangan pernah tinggal..insya allah terjaga 3 prinsip di atas..

soalan dari student kolej uniti.. soalan feveret tu..





aduss..ni yang susah..huk..







Nak tengok apa yang daku beli..huhu..mengikut bajet setelah ditolak tambah..ciput la..



Alhamdulillah..dapat diskaun..tu yang macam nak gila tengok buku-buku tu semua..

Hajah Maryam, ibu Dr Tuah n ustaz Dzul Karnain..kiri sekali..

buku kanak-kanak..hehe.. untuk 3 orang sepupu perempuan ku yg becok..


bangun la oi..huhu..with signature..


Mari lihat satu kepelikan..bukan peminat baca novel tetapi beli novel... kenapa agaknya ye..???


sebab cover cantik gile..hehe..


hehe..cantik kan..
 Buka sebab cantik je act..nak tengok macam mana seseorang penulis tu create cite best sampai jadi femes dan disukai ramai tulisannya...

Dah banyak membebel ni..nak stop la.. salam HM..Highly Motivated..!

Saturday, 31 March 2012

Meet HM Tuah hari ini..

Alhamdulillah..dikurniakan kesihatan hari ini..boleh la teruskan kehidupan menuju khusnul khatimah..

Sibuk dengan karnival uniti dan karangkraf..hehe..memang karnival sebegini makanan ku..hehe.. ramai novelis dan buku..~tapi novelisnya agak tidak ku kenali..minta maaf sangat~..RAM pun ada tengah hari nanti..mesti ramai yg serbu beliau kan..

Nak borong buku dan novel hari ini..sebab esok dah tak dapat datang dh..jom!habis-habisan....yeah!!!< ups, tapi ongkosnya sikit ajo..camno tuh?>




Petang nih adalah agenda paling besar.. ada ceramah Aduh, syoknya!! HM Tuah ada, ngan ustaz Iskandar Dzulkarnian dan moderatornya Ustaz Ahmad Yani dari majalah I..dah pernah jumpa masa gi bengkel kat shah alam yang lepas... tak sabarnya.....

Sayonara..jumpa di Karnival nanti..


Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...