Assalamualaikum semua. Hari ini Fana mahu cerita suatu kenangan manis. Kenangan ini sudah seminggu berlalu. Baru hari ini berkesempatan untuk curah segalanya. Sabtu dua minggu lepas Fana hadiri seminar mega viral-lah yang dianjurkan oleh team Tuan Khairul Hakimin, Bapa Brownies Kebangsaan itu.
Alhamdulillah sangat. Tahun ini sebenarnya tahun menguji kemanjaan dan penakut dalam diri. Beberapa kali sudah pergi kawasan Selangor dan Kuala Lumpur seorang diri. Selalunya memang asyik ajak teman saja ke mana-mana, maklumlah tak mahir baca peta.
Fana pergi UKM untuk Simposium Tutor Profesional pada tahun lepas. Ini adalah pengasas yang buat Fana gerak sendirian selepas tamat belajar. Huhuhu. Biasanya sebelum ini pergi Seremban lah paling jauh sendirian.
Tempat yang paling Fana seram pergi sendiri ialah bila mahu ke konti Suria fm. Entah apa nama tempat entah. Malam itu gigih baba si pakar waze, carikan location dan simpan terus dalam waze Fana. Awak tak akan boleh bayangkan betapa hati Fana cuak berdebar sepanjang perjalanan bermula turun tol sana. Allah saja yang tahu. Sentiasa ambil jalan tengah, supaya senang ke kiri atau ke kanan.
Balik itu siap kena bayar parking dua kali lagi, kes masa keluar lebih had, sebab cari kereta tak jumpa-jumpa. Salah level rupanya. Kereta sudah berhenti depan pagar keluar untuk tunggu terangkat lepas masukkan tiket, kesudah tak bergerak pagar itu.
Sekali tanya pak guard yang lalu-lalang di situ, rupanya sudah habis tempoh. Hahaha. Kalau ada kamera shoot muka Fana, pasti buruk ya amat waktu itu. Maaf deretan kereta dibelakang, terpaksa undur semula. Haish, kelakar kalau ingat semula.
Baiklah. Berbalik kepada seminar tadi, secara berjodoh sangat Fana duduk sebelah adik graduan UniSZA. Memang pergi mana-mana mesti ada yang dikenali kan. Hahah. Dunia ini kecil saja.
Namanya Farhanah juga. Cuma dia ada ‘H’’, Fana tiada. Anak jati Beaufort, Sabah yang merantau mencari rezeki dan pengalaman. Beliau baru saja konvo November yang lepas. Maksudnya kami memang sempat sekampus lah. Isu jumpa atau tidak Fana tak pasti. Kan perempuan muka sama saja kalau sudah ramai-ramai pakai tudung tu.
Farhanah ini graduan diploma fisioterapi. Rezeki Fana lah dapat duduk sebelahnya, sebab dapat tanya pasal kaki baba tu. Dan jawapannya adalah baba kena rajin kayuh basikal. Mahu tahu cerita apa paling menarik yang beliau kongsikan pada Fana? Ya, tentang kerjayanya sekarang.
Farhanah bekerja sebagai ahli fisioterapi bagi satu syarikat swasta yang dibangunkan oleh seorang pensyarah fisioterapi UniSZA sendiri. Syarikat ini ala-ala hometuition lah. Bergerak dari rumah ke rumah mengikut permintaan untuk tujuan fisio pesakit.
Apa yang buat manis bergula ialah pensyarah pemilik syarikat itu memang buka peluang untuk para graduan fisio UniSZA yang belum dapat kerja lagi untuk timba pengalaman. Disebalik ramai pemilik syarikat mahukan yang sudah punya pengalaman, beliau mencari yang masih fresh.
“Panggil semua kawan awak yang belum dapat kerja lagi. Suruh kerja di sini.”
Mulia sungguh apa yang pensyarah itu cuba bawa. Membantu orang lain cari rezeki dan ajar anak didik bantu orang lain yang perlu rawatan untuk penerusan hidup. Itu juga lapangan jihad beliau. Mudah sangat kan nak buat pahala. Di mana-mana dan pelbagai cara. Takaful jika hidup segar di dunia ini, Islam pasti gemilang dan disegani pihak musuh.
Satu Fana nak cakap. Kau tak akan pernah menghargai apa itu fisioterapi selagi tiada orang terdekat yang memerlukannya. Percayalah.
Nur Farhana Zali
Bakal anak solehah dan mithali. Ouch!
Bakal anak solehah dan mithali. Ouch!
No comments:
Post a Comment