Thursday 23 September 2021

Sambal Goreng Jawa Versi Paya Dalam.

 


Ini menu berhantu setiap kali raya dan kenduri. Menu wajib dalam ambeng juga. Ada orang sebut nasi ambeng atau orang Melayu panggil nasi ambang. Kadang-kadang kami panggil 'berkat' juga.

Bila balik kenduri, "Dapat berkat tak?" 😍

Sambal goreng jawa. Serunding penambah selera.

Ada yang versi hitam, ada versi putih. Satu menu saja sudah punya kepelbagaian rupa. Ada versi raya dan versi kenduri kahwin juga pada Fana. Bila letak suun, automatik rasa jadi sambal goreng kerja kahwin 🤭

Bagi Fana, sambal jawa punya bermacam rahsia yang tersembunyi. Menu yang agak lengkap serba-serbi dengan protein, mineral dan lemak juga hihi. Penyediaan yang renyah sebab banyak bahan dan ada teknikal yang tinggi.

Kacang panjang, tempe, tauhu goreng, santan, cili, bawang, petai, udang dan babat (masa sesi bergambar babat masih belum empuk) disatukan dalam periuk yang sama menghasilkan aroma yang sungguh lemak. Bau lemak santan bila mendidih tu jangan cakap lah. Lagi-lagi masak dalam periuk Dessini. Okay yang ni Fana gurau hehe.

Bila cerita bab menghiris pun bukan sembarangan hiris ya. Hiris tempe dan tauhu ada gayanya. Hiris atau patah kacang panjang pun boleh jadi lain rasanya. Hiris kacang serong tu yang pakar saja boleh buat dengan tenang dan cantik. Keluarga kami memilih kacang potong serong 🤭

Serunding pun bukan calang-calang orang boleh buat tau. Lenguh tangan sampai rasa nak campak saja sudip tu huhu.

Kalau kita bayangkan sambal goreng jawa ibarat watan/tanah air, pelbagai bangsa dan kaum hidup bersama dalamnya, tetap mereka boleh hidup aman walaupun pegangan berbeza. Janji ikut resipi. Jangan derhaka resipi huhu. Resipi hormat satu sama lain dan jangan rasis.

Ya jangan rasis.

Setiap bahan sambal goreng ada kewajipan masing-masing untuk menghasilkan rasa. Setiap kaum di Malaysia punya tanggungjawab yang sama juga. Pertahankan tanah air dengan kapasiti tersendiri. Matlamat satu, cara berbeza.

Barulah sambal goreng jawa atau watan Malaysia kita tampil 'sedap' di mata dunia. Dipuji dek keenakan dan keunikannya 💐

Saya bangga jadi anak Melayu Jawa! Tiberrr. Ada geng anak jawa ke yang tengah baca tu? 

Nota: Ini sempena Fana masuk Pertandingan Menu Cinta Merdeka. 


No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...