Friday, 30 December 2016

HOMETUTOR LAIN KAYA BILA AJAR SEJAM, AKU?

09:56 Posted by Ukhti Mawar 2 comments
# Assalamu'alaikum #

Sejak beberapa bulan saya kendalikan pusat tuisyen kecilan secara haram di kampung, banyak pengalaman dapat saya timba. Haram sebab belum daftar di SSM lagilah. huhuhu. Bukan pemerdagangan ilmu atau anak orang yer. Borang SSM sudah ambil, cuma belum hantar lagi saja.

Disebabkan minat yang mendalam untuk mengajar dan mendidik, saya tekadkan juga untuk meneruskan niat buka tuisyen di kampung. Kenapa kampung???

Mana boleh kaya buka pusat tuisyen di kampung?

Yup, saya setuju dengan pernyataan di atas. Amat sukar jika hendak kaya dengan membuka pusat tuisyen di kampung. Orang kampung yang berpendapatan rendah dan sederhana amat sukar untuk membelanjakan beratus untuk kelas tuisyen anak mereka. Sang isteri kebanyakannya suri rumah dan hanya suami yang bekerja. Kekangan sangat.  

Apalagi jika rate harga normal seperti satu jam = RM 25. Hah! Gigit kuku sajalah menanti klien nampaknya. Mustahil yang amat!

Setelah memikirkan banyak sudut dan halangan, akhirnya saya menetapkan kelas tuisyen saya RM 10 untuk satu subjek sebulan. Satu subjek hanya satu jam seminggu.  "Biarrr betulll!"

Kan, murah yang amat. Tetapi setelah berbulan dengan harga begitu, saya rasa saya tidaklah pula asyik rasa tidak cukup dengan gaji yang ada. Alhamdulillah, Allah gantikan niat nak tolong anak kampung dengan sentiasa rasa cukup dengan duit yang ada. Syukur mak, nak!

Apa sebab saya degil sangat nak buka di kampung? Kenapa tidak buat hometuition yang pasti lebih banyak pulangan?

Yang pertama dan terakhir ialah niat asal saya untuk jatuhkan diri dalam bidang ini. Nak bantu orang kampung biar semuanya dapat pendidikan tambahan secara berfokus. Biar semua anak kampung dapat keputusan baik dan pergi sambung belajar ke menara gading. Kaya bukan matlamat sebenar, anak kampung pandai dan minat belajar ialah matlamat saya. 

Statistik di kampung saya untuk anak muda belajar tinggi amat kurang. Kebanyakannya akan bekerja terus selepas SPM dek keputusan yang kurang baik. Go with the flow orang kampung yang lain.

Jadi, dengan ada usaha kecil seperti Tuisyen Himmah ini, saya sangat berharap anak kampung akan lebih bersungguh dalam mata pelajaran masing-masing. Cita-citakan yang besar dan keluar daripada kelompok biasa.

Besar sebenarnya impian saya. Saya ingin punya premis yang luas dengan bilangan beberapa kelas dan satu ruangan besar untuk bengkel atau aktiviti bersama. Doakan dapat dilunaskan ya. Ada rak buku yang besar dan tempat bermain permainan minda. Macam learning centre di kampung Paya Dalamlah. Gitu. 

Anak kampung juga boleh berjaya!!! 

Akhir sekali, special thanks to Mama dan Baba yang mula-mula dulu kurang percaya dengan pilihan saya. Yalah, tiada pendapat tetap macam orang lain yang kerja dalam pejabat. Kini, mereka yang beria suruh daftar SSM dan tambah rumah untuk buat ruangan impian saya. Alhamdulillah.

Murahkan rezeki mereka dan masukkan mereka ke dalam syurga, ya Allah. Sayangi mereka selalu juga. 

2 comments: