Wednesday, 16 November 2016

ADA APA DENGAN 'RAHSIA/SIRR'???

12:13 Posted by Ukhti Mawar No comments
# Assalamu'alaikum #


Ehsan Google


Dalam bidang tarbiah dan dakwah yang anda dan saya ceburi ini, ada benda yang perlu dirahsiakan dan ada benda yang boleh sungguh-sungguh diwar-warkan. Saya bukanlah orang yang layak untuk tulis bab gini. Baru setahun jagung mujahadah nak jadi baik, memang tak layak sungguh, tapi tak kira, nak tulis juga. 

Kenapa tercetusnya idea nak tulis pasal isu ini?


Sebab sudah lebih 3 atau 4 kali dalam tahun ini saja saya berjumpa dengan kes tak boleh tutup mulut atau rahsiakan beberapa urusan tarbiah yang sepatutnya dirahsiakan. Ada yang sambil lewa, ada juga yang terlupa dan ada juga yang tidak tahu. Bagi yang tidak tahu, masih boleh dimaafkan. :)

Bagi yang sudah maklum, ramai yang belum berjaya amalkan amalan sirr ini. Sama ada yang baharu lagi, mahupun yang sudah lama dan lejen.

Contohnya apa?

Bila usrah kita. Hari mabit, daurah atau katibah kita. Kebanyakan segala bagai yang berkaitan dengan program tarbiah kita atau anak buah kita, WAJIBlah dirahsiakan maklumatnya. 

Hal ini berlainan dengan program dakwah. Program kemasyarakatan atau persatuan belia kita. Itu WAJIB digembar-gemburkan. Kata nak dakwah orang, dah tu memanglah kena diperbesarkan. Kan. Kalau tak matlamat nak dakwah tu tak sampai ler. 


Dalam sirah sendiri ada dinukilkan tentang amalan atau budaya sirr (rahsia) ini. Saya terbaca dalam buku 'Ghulam Dakwah: Iman dan Harakah' karangan Ustaz Hisyam Saqr. Kebetulan pula saya sedang mengkhatamkan buku ini. Alang-alang tu tulis sekali pasal budaya ini.

Jom, kita hayati satu persatu kisah dan cuba selitkan dalam kehidupan kita sendiri. Ops! Sebelum tu, anda tahu tak pasal ghulam dakwah. Ini bukan kisah dongeng ya, ini hadis sahih lagi menarik untuk dihadam. Cubalah baca!


  1. Proses hijrah sendiri penuh dengan rahsia. Bergerak pada waktu malam yang sunyi, tidak menggunakan jalan yang biasa orang lalu (yang mana sudah semestinya untuk mengelakkan diintip), strategi dipasang rapi dan tidak diceritakan pada semua khalayak. Para sahabat hanya mengikut arahan Nabi saw. 
  2. Pada suatu hari, ada seorang tua yang menemui Nabi bertanya: "Kamu semua daripada mana?". Baginda menjawab: "Kami daripada air." Rasullulah jika ingin keluar berjihad, baginda akan menzahirkan yang sebaliknya.
  3. 3 tahun pertama, dakwah diselubungi dengan kerahsiaan. Dilonggarkan sedikit demi sedikit mengikut keadaan, namun tidak pernah dihapuskan.
  4. Raja an-Najasyi menyembunyikan keislamannya. Dengan itu dia mampu mengekalkan takhta pemerintahannya dan dapat melindungi kaum muslimin yang berhijrah ke Habsyah. 
  5. Baginda menghantar sejumlah muslimin ke Habsyah. Hal ini bertujuan untuk memelihara mereka daripada penyeksaan dan fitnah terhadap agama di Mekah. Ini juga untuk menjaga pelapis pembawa risalah dakwah. 
Banyak sebenarnya kisah rahsia ini. Apa yang penting, adab menjaga rahsia sangat penting untuk penerusan tarbiah dan dakwah.

Satu hal yang merisaukan ialah: bila seseorang itu berkongsi dengan sahabat setarbiahnya tentang suatu program yang akan dia hadiri, tetapi sahabatnya itu tidak mendapat jemputan yang sama. agak-agaklah, kecil hati atau tidak dia. 

Duduk dalam sistem tarbiah yang sama, tapi tidak diajak. Herm, bukan tidak diajak, tetapi dia tidak perlu pun untuk program itu. Lain orang, lain marhalah (peringkat)nya. 

Jadi, senyap-senyap sajalah selagi tiada arahan untuk buka mulut. :) Selamat beramal dengan adab menjaga rahsia!

0 comments:

Post a Comment