Showing posts with label Bisnes Tuisyen. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Tuisyen. Show all posts

Friday, 30 December 2016

HOMETUTOR LAIN KAYA BILA AJAR SEJAM, AKU?

# Assalamu'alaikum #

Sejak beberapa bulan saya kendalikan pusat tuisyen kecilan secara haram di kampung, banyak pengalaman dapat saya timba. Haram sebab belum daftar di SSM lagilah. huhuhu. Bukan pemerdagangan ilmu atau anak orang yer. Borang SSM sudah ambil, cuma belum hantar lagi saja.

Disebabkan minat yang mendalam untuk mengajar dan mendidik, saya tekadkan juga untuk meneruskan niat buka tuisyen di kampung. Kenapa kampung???

Mana boleh kaya buka pusat tuisyen di kampung?

Yup, saya setuju dengan pernyataan di atas. Amat sukar jika hendak kaya dengan membuka pusat tuisyen di kampung. Orang kampung yang berpendapatan rendah dan sederhana amat sukar untuk membelanjakan beratus untuk kelas tuisyen anak mereka. Sang isteri kebanyakannya suri rumah dan hanya suami yang bekerja. Kekangan sangat.  

Apalagi jika rate harga normal seperti satu jam = RM 25. Hah! Gigit kuku sajalah menanti klien nampaknya. Mustahil yang amat!

Setelah memikirkan banyak sudut dan halangan, akhirnya saya menetapkan kelas tuisyen saya RM 10 untuk satu subjek sebulan. Satu subjek hanya satu jam seminggu.  "Biarrr betulll!"

Kan, murah yang amat. Tetapi setelah berbulan dengan harga begitu, saya rasa saya tidaklah pula asyik rasa tidak cukup dengan gaji yang ada. Alhamdulillah, Allah gantikan niat nak tolong anak kampung dengan sentiasa rasa cukup dengan duit yang ada. Syukur mak, nak!

Apa sebab saya degil sangat nak buka di kampung? Kenapa tidak buat hometuition yang pasti lebih banyak pulangan?

Yang pertama dan terakhir ialah niat asal saya untuk jatuhkan diri dalam bidang ini. Nak bantu orang kampung biar semuanya dapat pendidikan tambahan secara berfokus. Biar semua anak kampung dapat keputusan baik dan pergi sambung belajar ke menara gading. Kaya bukan matlamat sebenar, anak kampung pandai dan minat belajar ialah matlamat saya. 

Statistik di kampung saya untuk anak muda belajar tinggi amat kurang. Kebanyakannya akan bekerja terus selepas SPM dek keputusan yang kurang baik. Go with the flow orang kampung yang lain.

Jadi, dengan ada usaha kecil seperti Tuisyen Himmah ini, saya sangat berharap anak kampung akan lebih bersungguh dalam mata pelajaran masing-masing. Cita-citakan yang besar dan keluar daripada kelompok biasa.

Besar sebenarnya impian saya. Saya ingin punya premis yang luas dengan bilangan beberapa kelas dan satu ruangan besar untuk bengkel atau aktiviti bersama. Doakan dapat dilunaskan ya. Ada rak buku yang besar dan tempat bermain permainan minda. Macam learning centre di kampung Paya Dalamlah. Gitu. 

Anak kampung juga boleh berjaya!!! 

Akhir sekali, special thanks to Mama dan Baba yang mula-mula dulu kurang percaya dengan pilihan saya. Yalah, tiada pendapat tetap macam orang lain yang kerja dalam pejabat. Kini, mereka yang beria suruh daftar SSM dan tambah rumah untuk buat ruangan impian saya. Alhamdulillah.

Murahkan rezeki mereka dan masukkan mereka ke dalam syurga, ya Allah. Sayangi mereka selalu juga. 

Sunday, 14 August 2016

SYUKUR DENGAN UJIAN

# Assalamu'alaikum #

Fuh! Fuh! Sapu sawang sekejap!

Syukur!

Inilah satu-satunya perkataan yang sukar untuk saya terjemahkan di saat saya didatangi ujian demi ujian.

Bagi yang mengikuti perjalanan kehidupan saya sebagai anak, pelajar, daieyah dan penulis buku #basikalkarat, anda mesti sudah masak dengan betapa gigihnya saya bangkit untuk capai cita-cita menepis kekurangan ketinggian yang ada. 



Ceh! Macam payah sangat saja hidup dia ni kan. :)

Sudah tidak sabar rasanya untuk menunggu hari bersejarah konvokesyen Oktober nanti. Hampir 8 bulan saya menanam anggur di rumah dengan tebalnya muka. 

Sebenarnya tiadalah goyang kaki sangat. Sempatlah juga saya menghabiskan manuskrip kedua insya-Allah, Badut Qudwah dan perang promosi untuk Basikal Karat cetakan pertama habis terjual. Alhamdulillah. 

Mencapai salah satu target tahun 2016; cetakan pertama habis. :) Moga para pembaca mendapat banyak manfaat, inspirasi, semangat untuk mentarbiah diri dan rakan sekeliling. 

Alhamdulillah. Sejak bulan Mac yang lalu juga saya mengajar mengaji di rumah. Anak-anak jiran dan kampung sahaja. Tiada pekerjaan tetap dan yang ternama. 

Memang selalu sahaja rasa rendah diri kalau orang bertanya soal kerja, sebab saya tidak bekerja di mana-mana pejabat atau bangunan yang boleh disebut namanya. Kerja yang seakan tiada masa depan yang cerah. Kerja yang tiada nama tempat kerja.

Haish! Isu kerja memang bikin diri sentiasa sedih, membandingkan diri dengan orang lain, kenapa kita tidak semudah orang lain. Syaitan berkeliaran terus di sekeliling saya. 

Siapa yang menerima nasib seperti saya mungkin akan merasai betapa kita hendak mencari kerja tetapi atas sebab tertentu, kita matikan niat. 

Mungkin ada yang punya masalah tiada kenderaan, lesen dan rumah yang jauh dari bandar. Mungkin juga ada yang punya kenderaan keluarga, namun memikirkan keperluan untuk mengisi minyak kereta, makan, logistik dan sebagainya, niat untuk bekerja di tempat tertentu terpaksa dibatalkan. 

Kita tiada sumber pendapatan, di mana hendak isi minyak untuk ke tempat kerja? Sudah semestinya kita akan menyusahkan ibu ayah sekali lagi. Huwaa! Ini yang paling buat saya sedih kalau fikirkan banyak kali.

Anda yang Allah bantu dengan mendapat kerjaya dengan mudah, jangan mudah-mudah untuk menghakimi orang lain pula ya! 

"Engkau yang malas nak cari."

"Engkau memilih nau kot!"

Anda tidak berada di tempat mereka, anda tidak merasai pahit masalah mereka, anda juga tidak memegang betapa kentalnya hati mereka. 

Satu yang saya dapat hasil daripada pengangguran dan menahan rasa sedih kecewa ini ialah SAYA BERANI UNTUK MEMASANG IMPIAN DAN BUAT TIMELINE KEHIDUPAN SAYA SENDIRI.

Ya! Ini yang saya dapat. Jujur saya cakap. 

Saya punya impian dahulu untuk jadi penulis dan buka tadika sendiri. Alhamdulillah, satu impian sudah tercapai dengan izin-Nya, hanya tinggal satu lagi. Tetapi, saya sudah tukar untuk buat one stop centre untuk anak-anak kampung belajar dan membaca serta beraktiviti. Bukan tadika, atas sebab melihatkan keadaan kampung saya sekarang. 

Cuba anda bayangkan jika saya sudah punya pekerjaan tetap (walaupun saya tak suka kerja itu), kemungkinan besar saya akan melupakan impian itu kerana sudah punya gaji sedap. Kemungkinan saya cakap. Sudah selesa. 

Buat pengetahuan anda, saya ni bukan jenis suka kerja dalam pejabat duduk depan komputer. Saya suka keluar dan buat kerja lapangan. Suka ambil angin dan bersosial. 

Bila saya menganggur ni, saya online dan baca facebook sana sini. Saya telah terjumpa dengan beberapa insan yang bekerja sebagai tutor. Mereka buat perniagaan tuisyen di rumah dan buka akademi pembelajaran sendiri. 

Wahhh! Memang terloponglah saya. Benda ini memang saya minat!

Bekerja dalam sektor pendidikan dan sekitar hal kanak-kanak dan belia. Saya memang suka. 

Bermulalah saat itu saya baca dengan penuh khusyuk dan kaji sana-sini. Add friend tutor sana-sini dan ikuti perkembangan mereka. Saya baca web, blog dan catatkan dalam buku nota. 

Saya memang jenis buat kerja akan teruja terlajak dan bersungguh keras hati nak benda itu. Insya-Allah, moga Allah beri yang terbaik untuk saya dan anda. Walaupun hakikatnya untuk mulakan itu amat pahit dengan kata-kata tidak percaya daripada orang sekeliling. 

Orang kampung memang sukar percaya dengan namanya, BERNIAGA. 

"Duit banyak bolehlah bisnes." Ini ayat cliche mereka kalau anda nak tahu. 

Disebabkan kedegilan saya (hehehe), Mama dan Baba terpaksa terjebak dalam merealisasikan impian saya ini. Baba tolong saya gantung bunting di pokok tau! Sweet kan? :) Walaupun ada juga beberapa insan yang berbunyi pasal kerja tak terjamin ni. 

Dengan izin Allah, saya akan buktikan yang saya boleh berjaya. Berikan sedikit masa ya! 

Bila niat kita itu lebih kepada hendak membantu orang ramai, Allah akan permudahkan jalannya. Jangan risau. Saya yakin. 

Jika anda masih menganggur, usah bersedih, cuba bangkit dan lakarkan impian anda. Mulakan tindakan sesegera mungkin dengan ilmu asas. Internet ada segalanya. Perlu rajin sedikit sahaja. 

Mungkin ini PERMULAAN anda capai impian anda. Allah Maha Pemberi yang terbaik! Berbaik sangkalah dengan-Nya!

Jumpa lagi! Doakan anak murid tuisyen saya capai target untuk tahun ini dan dapat kumpul duit untuk bayar PTPTN dan juga tabungan sarjana. Ameen. :)




Wednesday, 13 July 2016

PERANG MARKETING TH BERMULA

# Assalamualaikum #


Hari ini bermulalah perang marketing untuk TUISYEN HIMMAH. Malam ini saya akan pergi kedai untuk tempah bunting. Guna bajet yang ada saja. Insya Allah, kita mulakan tanpa meminjam daripada mana-mana dan siapapun. 

Bermula daripada apa yang ada dalam tangan!

Doakan kami! 

Saya juga insya Allah dapat offer untuk jv dengan CMN Education untuk mengajar di rumah anak yatim di Melaka. Doakan perbincangan kami dipermudahkan ya! :)

Nak Mula Menulis Semula

Sebenarnya dah lama terasa nak kembali menulis blog. Setelah setahun berhenti kerja, jadi surirumah tangga sepenuh masa. Dan kini hidup ada ...