Monday 14 November 2016

PASCA GRADUASI UM

Alhamdulillah!

Akhirnya saya sudah bergraduasi daripada UniSZA yang dicintai. Niat di hati ingin sambung pengajian di sana terus, namun apakan daya, kita hanya merancang. 

Allah yang Maha Tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. Insya-Allah niat untuk sambung tetap ada, tempat sahaja mungkin berubah. Yang lebih mudah dan dekat dari keluarga.

Nah, saya belanja sedikit sebanyak gambar kenangan semasa hari kejadian. Walaupun sebenarnya 2 hari ke arah hari tersebut terlampau banyak kenangan pahit plus moody yang berlaku. hahaha. 

Jubah besar sapu lantai tangan tak nampak. Kad jemputan untuk mama baba masuk dewan tertinggal di homestay dan mereka sedang shopping di pasar payang membawa kunci. 

Dalam masa 3 jam, saya berkalut-malut sewa kereta, telefon mama, nangis, korek duit untuk bayar sewa kereta, iron jubah, nangis lagi sebab stress, memandu ke Pasar Payang dengan laju dan sampai di asrama terus berlari ke tandas sebab cirit-birit.

Ya Allah, tak tahulah hari bersejarah atau apa. Yang penting di petang kejadian senyuman saya lebar seakan terlupa yang mata bengkak nangis tertekan masa tengah harinya. Kihkih.




Bersenda gurau dengan adik-adik dakwah. Dengar cerita suka duka mereka!


Jujur cakap, tanpa pengorbanan mereka berdua, saya tak akan habis belajar pun. Beribu-raban habis untuk beli itu dan ini. Hanya Allah yang mampu balas keikhlasan mereka yang sangat kucintai ini. :)


Insan berempat ini yang maha sabar dengan perangaiku. Walaupun usia mereka bertaraf adik denganku, mereka semakin matang. 

Merekalah adik, sahabat, akhawat, keluarga dan segalanya! Moga korang terus tsabat dalam jalan tarbiah ini. Jangan pergi tau. 






Mama yang tegas tapi penyayang dengan gaya yang tersendiri.

Sudahlah pandang belakangnya, teruskan kehidupan bekerja yang lebih mencabar. Moga ilmuku berkat dan segar untuk dimanfaatkan buat ummah.

Doakan saya dapat sambung dalam bidang haid dan buka legasi haid suatu hari nanti. Ameen.

2 comments:

  1. Tahniah ukhti mawar.moga ilmu yg dipelajari terus diberkati dan menjadi limpahan cahaya yang menerangi ummah

    ReplyDelete
  2. Jazakillah Chegu Kimmia! :) Allahumma ameen. Terima kasih doanya tau. untuk enti juga.

    ReplyDelete

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...