Wednesday, 4 June 2025

Nak Mula Menulis Semula

Sebenarnya dah lama terasa nak kembali menulis blog. Setelah setahun berhenti kerja, jadi surirumah tangga sepenuh masa. Dan kini hidup ada 'beg tangan' kecil pula, lagilah menulis memang terapi diri. Hilangkan penat, sedih dan burnout. Bila rasa diri makin tiada kawan, lagilah Fana membuak nak kembali menulis. Hilangkan rasa sunyi, rasa tak berguna dan rasa tiada fungsi yang tiba-tiba muncul dalam diri.
Kadang-kadang kita bukan apa, nak teman berbual saja. Nak berkongsi cerita. Tapi dalam masa yang sama kita tak nak susahkan sesiapa. Rasanya benda paling mencabar selepas mendirikan rumahtangga ni adalah kehidupan nak mengurus rumah secara efisien. Penat, letih tu biasa. Cuma bila kita nak cari kawan untuk berbual, kawan macam jauhkan diri daripada kita, itu yang sedih. Sedih tau bila kawan kita macam palaukan kita lepas kita kahwin. Kita macam rasa, "eh, salah ke aku kahwin?". Lepas ada anak lagi lah Fana terasa. Sebab tak layan anak kita. Anak orang lain elok didukung dan diagah, anak kita pandang pun tidak. Macam tak wujud saja Khadijah di situ. Kadang-kadang kita fikir, "Kenapa? Salah kita ke kalau ada anak? Salah kita ke kalau ada anak cepat?" Kesian Khadijah tau. Khadijah tak bersalah pun. Tapi dilayan macam tu. Memang benda ni buat paling sedih. Sebab tu sekarang memang banyak habiskan masa dengan keluarga kecil Fana saja. Sekarang pun cuba dekatkan balik untuk membaca dan tadabbur Quran. Nak penuhkan masa dengan benda yang bermanfaat. Andai dapat pindah, nak mulakan hidup baru yang lebih gembira. Insha Allah, nak jadi hamba Allah yang lebih bermanfaat selepas ini.

No comments:

Post a Comment

Nak Mula Menulis Semula

Sebenarnya dah lama terasa nak kembali menulis blog. Setelah setahun berhenti kerja, jadi surirumah tangga sepenuh masa. Dan kini hidup ada ...