Thursday 11 February 2016

PERJALANAN BASIKAL KARAT #4

#Assalamualaikum korang#

Jom kita sambung lagi kisah perjalanan aku di Shah Alam hanya untuk tempoh dua hari. Dua hari hokay! Tu pun kecoh kan dia ni. Mestilah kena kecoh sebab banyak ibrah/ pengajaran yang aku dapat kutip sepanjang dua hari itu. 

Korang kena tahu. 

Dalam hidup ini cikgu pengalaman adalah yang terbaik. Bukan usia yang tua atau muda ukuran kematangan kita. Tapi sejauh mana kita punya pengalaman dalam mengharungi hidup dan kita sentiasa serius dalam mendepani cabaran.

Pada siri kisah yang lepas, aku telah ceritakan betapa aku pelik dengan insan-insan yang aku temui sepanjang berada di lobi Karangkraf kan. Itu merupakan pengalaman pertamaku berjumpa dengan insan-insan unik sebegitu. Aku sedar yang kehidupan ini realitinya punya pelbagai manusia dan ragam. Bukan hanya manusia berkopiah dan bertudung labuh seperti di UniSZA sana. Ramai lagi perwatakan berbeza daripada mereka.

Segar!

***

Saat pertama kali aku bertemu dengan tuan editor untuk #basikalkarat ku. Aku amat teruja. Muda lagi. Encik Syamel ditemani dengan kak Amal menjemputku di lobi dan membawa ke bangunan Grup Buku di bangunan belakang. 

Aku dapat lihat kilang percetakan untuk surat khabar Sinar Harian dan gudang buku. Mahu tak gila tengok buku yang berjuta lemon dalam gudang tu. Nasib baik tak melompat je tau kat situ. 

Kami naik lif untuk ke ruangan yang hendak aku dibawa. Setiba di ruangan itu, encik Syamel memperkenalkanku kepada seluruh staf yang ada di situ. Malu yang amat hanya Allah swt yang Maha Tahu. Iyalah, pertama kali tahu.

Dengan muka polos pepagi tak bersolek, aku tersenyum simpul bila diperkenalkan pada mereka seorang demi seorang. Anggukan dan senyum sahaja mampu aku ikhlas lakukan. Dan sedikit sapaan yang tidak menjadi mungkin. Untuk buat lawak mesra jauh sekali. Ketar lutut, gigi, siku semualah.

Aku berkenalan dengan kak Sa'adi, ketua editor untuk Karya Bestari. Banyak cerita yang kami kongsi pagi itu. Daripada cerita #basikalkarat hinggalah luar #basikalkarat. Aku juga diingatkan untuk aktif promosi buku sendiri di laman sosial dan kenalan umum. Jangan malu-malu dan sembunyi. Bangga dengan hasil karya kita. 

Yup! Akan aku praktikkan nasihat kak Sa'adi itu. Beliau yang sangat rendah diri dan penuh keibuaan. Aku selesa bersama mereka, walaupun baharu beberapa minit mengenali mereka. 

Encik Syamel juga memperkenalkan aku dengan pereka muka depan, dan layout dalaman untuk #basikalkarat. Sudah kuagak orangnya mesti cantik dan comel. Sungguh aku tak tipu!

Yang paling buat kuteruja ialah apabila dapat bertemu mata dengan Puan Sri Diah, bos untuk Grup Buku Karangkraf. Beliau seorang novelis terkenal. Siapa yang tidak kenal bukan. Bilik beliau yang penuh dengan buku sungguh buat aku terbeliak mata. Dapat bersalaman, bertanya khabar dan bergambar memang memberi suntikan semangat. Terima kasih Puan Sri. :)



***

Seterusnya, pagi itu aku menjalani rakaman untuk video promo pendek dan penggambaran untuk promosi buku dan gambar simpanan Karya Bestari. Kekerasan untuk memberikan pose yang dikehendaki sudah kujangka kerana aku malu diperhatikan orang tidak kukenali. Sila buang malu tidak bertempat itu sebentar untuk kelangsungan kerjaya anda ya.
Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga buat Encik Syamel yang berpeluh-peluh mengangkat basikal tua itu ke hulu ke hilir, kak Amal yang bersungguh melakonkan pose yang dikehendaki untuk aku tiru, kakak photographer yang sungguh tenang dan mesra (maaf, terlupa nama beliau), encik videographer yang bersemangat dan kakak make up artis yang berceloteh perihal anaknya yang baru masuk taska bikin aku selesa tengah hari itu dan semua yang membantu serta memberi tunjuk ajar buatku. Terima kasih semua!




*** 

Tengah hari itu selepas makan di kafe, aku berehat sebentar di surau Karangkraf sebelum pulang semula ke Baitul Sakinah. Syukur! Allah permudahkan segalanya.  

***

Keesokkan hari pula, aku ke RTM di bandar Kuala Lumpur untuk sesi rakaman promo buku di konti rakaman Salamfm. Pertama kali masuk dan berada di dalam itu. Bilik berwarna merah itu kosong dan tenang. Buat pertama kali juga aku bertemu dan berkenalan dengan kak Ina, editor Majalah I dan ustaz Amiro Safwan. Dan pertama kalinya juga aku menaiki kereta kancik yang berlogokan Karangkraf. Kak Ina merupakan bekas wartawan dan sangat cekap memandu. Cekap sangat!

Setiba di Angkasapuri.

Berbekalkan suasana santai, masing-masing menjayakan rakaman masing-masing dengan jayanya. Alhamdulillah. Ada dua slot. Pertama untuk Majalah I dan kedua untuk tiga buah buku baharu. Buku aku, #basikalkarat, buku Kak Naniey, Kenapa Rezeki Tak Murah dan buku Tuan  Hashim Sayuti, Mudahnya Islam!.

Alhamdulillah. Selepas habis tugasan di Angkasapuri, Kak Ina menghantar aku ke stesen bas dan aku pulang ke Melaka tengah hari itu juga. 

Pengalaman di sana memang tidak dapat aku lupakan. Banyak ilmu baharu dan suntikan semangat untuk terus matang. Aku perlu yakin untuk menjual karyaku kerana di dalamnya terdapat fikrah Islam yang sebenar. Orang perlu baca dan tahu. Insya-Allah, bekalan buat aku di alam sana kelak. 

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...