Thursday 24 September 2015

PESAKIT SEMAKIN SAKIT

# Assalamu'alaikum pembaca #

Allahu akbar! 
Allahu akbar!
Allahu akbar! 



Esok merupakan Hari Raya Eidul Adha yang akan disambut oleh seluruh umat Islam di Malaysia dan negara yang sewaktu dengannya. Teruja untuk kali keempatnya untuk merayakan perayaan hebat Islam ini diperantauan lagi. Pengalaman beraya di Pantai Timur amat memberikan suasana yang berbeza di kampungku, Melaka. 

Malam tadi baru sahaja mendapat khabar daripada mama yang pak cikku dimasukkan ke wad pada pagi tadi disebabkan tekanan darah yang tidak stabil dan jiran ditamannya juga terkena strok. Dalam minggu ini sahaja pelbagai kejadian yang terjadi dalam kehidupanku. Aku juga masih dalam proses berpantang  kerana menjalani operasi apendix pada hari Isnin yang lepas. 

ehsan pak cik Google


Musibah (sesuatu kejadian yang terjadi tidak kira baik atau buruk) yang berlaku ada hikmah yang tersendiri dan kadang-kadang tidak tersembunyi pun. Jangan kita sering kaitkan musibah yang berlaku dengan dosa yang kita lakukan atau kerana sesuatu perkara jahat yang telah kita lakukan dahulu. 

"Itu kaffarah dosa kau tu."

"Allah nak bagi peringatan."

Ayat demi ayat kadang-kadang membuatkan aku berfikir. Orang yang ditimpa sakit itu terlalu banyak dosakah sehingga ditimpa sebegitu sakit? Ramai yang sihat diluar sana, kurang dosakah mereka? Dalam hidup ini, mulut kita mudah sahaja menuturkan dan kita tidak perasan pun ayat-ayat yang kita tuturkan itu seakan positif, namun sebenarnya telah menegatifkan cas yang sememangnya sedang lemah dalam badan kerna sakit yang menimpa. 

Alangkah baiknya jika kita memberi ayat-ayat hadiah yang benar-benar positif dan menggembirakan. 

"Alhamdulillah. Allah swt nak bagi rehat tu!"

Secara tidak langsung si pesakit akan termuhasabah. Adakah aku layak untuk Allah bagi rehat sebegini. Akan lahir rasa syukur kepada nikmat Allah swt daripada kesan yang tadi yang membuatkan kita berburuk sangka pada Allah swt.

Indah bukan aturan dalam hidup. Syukur dengan nikmat, kehidupan akan lebih rasa aman dan selamat.  

Teringin kukongsikan pengalaman selama tiga hari di katil hospital. Sebakul pengalaman yang menyeronokkan aku kutip untuk dijadikan bekalan. Biiznillah, entry yang akan datang ya!

Jumpa nanti. #

1 comment:

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...