Tuesday 29 September 2015

MINOR OPERATION APPENDICITIS #1

# Assalamu'alaikum pembaca #

Sudah hampir seminggu lebih aku berpantang di rumah akhawatku tercinta, BB yang penuh dengan keceriaan dan ukhuwwah. Siapa sangka anak 'manja' sepertiku ini boleh berjauhan dengan keluarga dalam keadaan seperti ini. 



Bagiku, ini bukanlah suatu perkara yang amat besar untuk aku dijaga bagai ibu berpantang. Tiada bayi kecil untuk dimandikan dan diuruskan, hanya yang ada batang tubuh kecil ini sahaja. Masih boleh berdiri dan berjalan walaupun lambat pergerakannya. 

Tapi... 

Pertanyaan demi pertanyaan membuatkan kusebak dan memang sudah menitikkan air mata pada hari pertama di hospital.

"Mama dengan baba tahu tak?"
"Parents tak datang ambil ke?"
"Eh, kenapa tak balik kampung saja?"

Daripada aku rasa tiada apalah sangat keadaan ini, pertanyaan mereka membuatkan kusedih sekali. sobss.. Insha Allah, ada akhawat di sisi. Tiada apa yang akan berlaku.  

Bukan mama dengan baba tak sayang, tapi ada masalah-masalah teknikal yang membuatkan mereka tidak dapat datang ke KT. Kosnya pun tinggi untuk mereka datang semata-mata untuk melihatku di sini yang masih boleh ketawa dan tersenyum. Untuk aku pulang ke kampung dengan menaiki bas? Cadangan itu akan memburukkan keadaan lagi. Bas yang pemandunya pandu tanpa brek di kaki akan menghantarkan aku ke hospital sekali lagi mungkin. :)

Jangan risau, aku baik-baik aja di sini dong! Alhamdulillah. Allah ada untuk menjagaku. Allah ada juga mengirimkan akhawat yang baik hati untuk melayan kerenahku. 

Oh, raya haji dengan berpantang. Memang menguja keimanan sungguh. Ketupat daun palas, daging kegemaran semua itu hanya aku kerdipkan mata dan berlalu tanpa bau. Sakit tekak yang teramat dek kamera dimasukkan ke perut mungkin amat menyekat seleraku. Nafsu tinggi tapi dikalahkan dengan kesakitan yang melampau. 

INDAHNYA UKHUWWAH

Akhawat sakit memang akan menguji tahap ukhuwwah sesuatu tempat. Bagaimana penerimaan mereka, apa yang akan diberi sebagai tindak balas dan perasaan apakah yang diluahkan. Indahnya bila ujian demi ujian ukhuwwah yang Allah swt berikan dapat kita harungi dengan ikhlas. 

Mereka gembira menziarahiku. Mereka ceria menceritakan perjalanan ke hospital yang mencabar dek selalu hanya jadi penumpang kerana akulah pemandunya. Ummahat datang membawa bubur dan sup yang sedap walaupun sibuk menguruskan kerjaya dan keluarga. Akhawat menjagaku siang dan malam di hospital walaupun aku tahu mereka sibuk dengan kerja dakwah mereka yang tiada kesudahan. Melayanku yang keresahan dek mahu cepat dibedah kerana lapar teramat. Bayangkan aku yang kecil ini perlu berpuasa selama 21 jam untuk melakukan pembedahan kecil ini. 

Jazakunnallahu kher untuk segalanya. Moga Allah swt berkati usia antunna dan permudahkan urusan antunna dalam kehidupan dunia fana ini. 

Melihatkan mak cik Bukit Besar (terlupa mahu tanya nama mak cik, tapi beliau tinggal di Bukit Besar) sebelah katil makan nasi minyak hospital terliur aku. Boleh pula misi lalu, "Awak puasa kan?" "Haah misi." Jawabku sambil terkedip-kedip mata minta simpati. Sudahnya misi lalu dengan membawa tray ke katil sebelah sana. Hahaha.. Tinggallah aku dengan kelaparanku yang tidak berbalas. 

MOMENT INDAH DI WAD

Aktiviti harian menantu dan mentua disebelahku ini memang menceriakan. Merekalah temanku berbual dan bergosip. hehehe... Bercerita tentang pengalaman mak cik dibedah (mak cik menghidap kanser payudara) sememangnya mengerikan. Sehingga aku keluar wad pun mak cik belum keluar wad lagi kerana darah payudaranya masih keluar banyak. Anak-anak mak cik yang hitam manis itu semua memang lucu. Mereka datang je terus buat lawak. "Tu dia. Segerombolan anak-anak gelap." Serius. Memang tak kering gusi. Salam eidul adha mak cik! Tuntut tau rendang yang doktor tu cakap mahu bawa! :)

Kak Ayu, akak katil sebelah kananku sempat untuk aku berkenalana hanya beberapa jam sahaja. Aku masuk wad waktu Asar dan kak Ayu sudah boleh discharged lepas Maghrib. Habis makanan kak Ayu pass ke aku. Penuh rak tetiba. Kak Ayu hanya suspek apendix dan disahkan tiada pun. Alhamdulillah. Baru nak muayasyah dengan kak Ayu dan adiknya dengan lebih lagi. Tiada jodohkan. Nanti kita whatsapp tau kak Ayu!

Pemberi semangatku yang sebenar untuk cepat dibedah ialah adik yang berusia 12 tahun di katil hadapanku. Adik yang tenang dan berkulit hitam manis itu sungguh menginspirasikanku. Saat aku masuk wad, adik itu sedang berpuasa dan menanti waktu untuk dipanggil ke OT. Ibunya yang kelihatan amat letih kerana hanya duduk di kerusi menunggunya dan melayan kerenah anaknya itu. Aku yakin suatu keadaan yang amat meletihkan. Lihat, kasih ibu hingga ke syurga!

Saat nama adik itu dipanggil dan baju operation itu diberikan padanya, setiap gerak gerinya aku perhatikan. Dia tidak menangis langsung. Takjub! Dia kanak-kanak ok! Misi tanya, "Adik nak buat pembedahan apa ni?" "Apendix." Tenang dia menjawab. 

Lama juga adik itu di dalam OT. Ibunya mengambil kesempatan untuk tidur di atas katil bekas kak Ayu. Nyenyak sungguh kami tengok dia tidur. 

Eh, ada kerja dakwahlah tetiba. Jumpa lagi nanti. Nanti kita story lagi ya!








No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...