Thursday 27 August 2015

ITIK PULANG KE TASIK

# ASSALAMU'ALAIKUM PEMINAT. EH! PEMBACA. #

Pejam celik. Makan tidur. Siang malam. Sudah berlalu dua bulan lebih cuti semesterku. Malam ini adalah malam terakhirku di rumah kampung yang tenang ini walaupun banyak nyamuk. Rumah tempat membesar memang paling syiok dalam dunia!

Siang tadi aku mengemas habis barang-barang untuk dibawa ke rumah sewa akhawat di GB nanti. Macam biasalah setiap kali hujung cuti sem, "Barang kita tak banyak pun ba." Dan seperti biasa juga baba akan perli balik masa aku angkat barang untuk disusun dalam bonet, "Macam biasa le. Tak banyak mana pun." Sambil muka memerli. hahaha... Mana tidaknya, habis barang yang terbengkalai di rumah kampung hendak dibawa ke sana. Penuh storm besok ini. 

Meja, rak pinggan, mug hadiah beli kopi, pinggan hadiah beli ubat gigi, baju yang dibawa untuk konon-konon pakai sepanjang cuti dibawa semula dengan tenang tanpa berusik, buku yang tersimpan di rumah dibawa juga untuk dibaca kononnya. Haish... Penyakit apalah agaknya penulis ni.  

Penulis mahu berhenti sekejap. Muhasabah semula apa yang berlaku sepanjang cuti ini. Adakah penulis hanya membiarkan hari-hari berlalu sahaja tanpa apa-apa faedah atau penulis sentiasa menghargai waktu cuti yang ada. 

Pada awal cuti, penulis telah letakkan beberapa target untuk cuti kali ini. Memandangkan cuti kali ini tiada pekerjaan yang dilakukan seperti cuti tahun yang sudah (penulis menjalani latihan ilmiah di Mahkamah Syariah Melaka). 

  1. TARGET BACAAN CUTI: 10/10
  2. TARGET RAMADHAN:  5/7

Alhamdulillah. Syukur kepada hadrat Ilahi yang memberikanku kesempatan untuk menebarkan bakti yang tidak seberapa untuk keluargaku. Melakukan kerja-kerja rumah yang biasanya mama akan lakukan sedikit sebanyak dapat mengurangkan keletihan mama tika pulang bekerja. 

Skil memasak juga semakin tajam. Sambalku semakin sedap aku kira (masuk bakul angkat sendiri ke penulis). Aku sempat menanam sayur dan alhamdulillah anak benih itu telah mengeluarkan tunas. 

Cuti kali ini juga menjadi saksi kematian tiga ekor kucingku. Buat pertama kalinya aku melihat kucing sakit mata, badan terkena racun sehingga meranggut nyawa dan keguguran bayi. Kejadian-kejdian ini sungguh membuka mataku. Kehidupan ini didiami oleh pelbagai makhluk yang saling memerlukan!

Dan yang paling memberi kenangan manis buatku ialah cuti kali ini impian untuk menerbitkan buku sendiri telah tercapai. Alhamdulillah sekali lagi. Aku telah menghabiskan penulisan dan mencuba menghantar. Terima! Dan aku bersungguh sepanjang proses edit-mengedit. Rupanya 50 muka surat dalam satu minggu mampu aku lakukan. Kena ketuk dan paksa baharu boleh lakukan agaknya.

Fighting!

Untuk semester terakhir ini. Aku berazam untuk bersungguh seperti budak medik. Post di facebook itu memang sentap! Doakan aku dapat teruskan niat untuk sambung ke sarjana pula. Ameen. 

 Tanggungjawab-tanggungjawab dakwah dan tarbiyah!! Anak-anak buah halaqahku! Adik-adik penggerak PEMBINA UNISZAku! Akhawatku! Here I come!!! Doakan prebet askar dakwah kecil ini selamat sampai bersama famili tersayang. 

1 comment:

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...